Transcription
Dan dua tumpuan di Dewan Rakyat hari ini masing-masing berkaitan dengan projek kapal tempur pesisir LCS, sama ada projek itu diteruskan atau sebaliknya. Selain itu, satu usul tergempar dikemukakan ahli Parlimen pembangkang, meminta agar Dewan Rakyat membahaskan mengenai permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 18(1). Untuk perincian lanjut, kita bersama rakan tugas Hashimi Muhammad. Hashimi, teruskan dengan laporan anda.
Baik, terima kasih di studio. Itu antara dua topik yang menjadi tumpuan untuk persidangan sesi pagi ini, yang mana pada sebelah petang ini juga akan berlangsung usul bahas titah diraja. Kalau kita melihat kepada apa yang dikatakan, soalan tambahan telah pun dikemukakan oleh Norhizam Ismail, Ahli Parlimen Lumut, yang ditanyakan, "Adakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan perbelanjaan siling pembinaan LCS sebanyak RM919 juta bagi enam buah kapal tersebut?"
Itu telah pun dijawab oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang mana menurut beliau, kerajaan tidak bercadang untuk mengurangkan kos tersebut, meskipun kapasiti dikurangkan daripada enam kepada lima buah kapal. Dan turut dijelaskan oleh Datuk Seri Mohamad Hasan adalah mengenai tempoh dijangka beroperasi sepenuhnya. Kerana sebelum ini media melaporkan bahawa kapal LCS itu dijangka siap pada 2024. Dimaklumkan oleh Datuk Seri Mohamad Hasan seperti tadi bahawa kapal ini dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2026, kerana belum melalui proses ujian dan penilaian tertentu, walaupun ia dijangka siap pada 2024.
Yang mana menurut Datuk Seri Mohamad Hasan, antara penilaian tersebut ialah penilaian di pelabuhan dan juga penilaian pelayaran. Yang mana kedua-dua ujian ini akan mengambil masa sekitar 20 hingga 24 bulan. Dan sekiranya kedua-dua ujian ini telah pun selesai dilaksanakan, barulah kapal ini akan dibenarkan untuk berada di perairan untuk digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia bagi menjaga kedaulatan negara.
Namun, ditegaskan juga oleh Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa ketika ini untuk kapal LCS pertama telah pun hampir siap, di mana kesemua komponen utama seperti enjin, kotak gear, dan bebaling telah pun dipasang. Seperti yang dikatakan oleh Datuk Seri Mohamad Hasan, betul-betul di dalam gudang itu, semua sudah dibeli. Bahkan, kapal dalam badan kapal, gear, semua alat-alat pertahanan ataupun persenjataan dan juga elektroniknya saja. Jadi, terasnya tinggal lagi satu saja teras untuk dipasang.
Kapal ini dibina melalui blok-blok. Semua blok sudah dipasang, cuma blok teras tersebut kerana memang dikosongkan untuk kita memasukkan sistem elektroniknya nanti. Jadi, tak boleh pasang dulu, kalau tidak nanti perlu dibuka balik untuk memasang sistem elektronik dan juga alat persenjataannya. Yang lain sudah ada, enjin sudah ada, sudah dipasang. Dan Datuk, betul kita mengatakan kapal ini siap pembinaannya. Ya, ini ada dua perkara itu. Betul, kapalnya ada dua peringkat. Satu, pembinaannya dalam 'dry dock'. Dua, kapalnya dah siap kerana perlu melalui apa yang dipanggil sebagai 'harbour acceptance trial' dekat pelabuhan. Macam 20 lebih bulan, 22, 24 bulan, barulah kapal ini akan dikomisikan. Ya, jadi kita kata kapal ini siap-siap dalam 'dry dock'.
Dan sejak minggu lepas juga, rakyat mencuri tumpuan mengenai pengeluaran. Kerajaan membenarkan pengeluaran. Namun, kita melihat juga Timbalan Menteri Kewangan mengatakan kerajaan ketika ini tidak boleh membenarkan pengeluaran ahli caruman ketika ini disifatkan terlalu sedikit, yang mana termasuk juga melibatkan pengeluaran 145 bahagian daripada 19.
Dan kita dengarkan apa yang telah pun dikemukakan oleh ahli Parlimen pembangkang mengenai pengeluaran. "Dengan sukacitanya, saya ingin memohon pertemuan Yang Berhormat Datuk untuk menekan saya membawa satu usul tergempar bagi membahas berkenaan permohonan mengeluarkan satu seperti berikut: Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa kerajaan supaya menyegerakan pengeluaran KWSP secara bersasar oleh pencarum KWSP. Pencarum sudah semakin terdesak, tambahan pula harga barang semakin naik dan kos sara hidup yang meningkat saban hari. Ada yang terpaksa menjual harta dan tinggal. Sudah menjadi tanggungjawab untuk mengotakan janji bagi membantu rakyat. Saya merasakan isu ini perlu disegerakan untuk dibincangkan kerana kerajaan perpaduan yang disebut boleh mengambil langkah yang sama seperti yang dilakukan suatu era pemerintahan dahulu."
Dan ketika membahaskan usul titah diraja seperti tadi, ahli Parlimen bersetuju dengan usul dengan baik, yang mana beliau mencadangkan bahawa kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar ini, kerana memandangkan keadaan rakyat ketika ini, segelintirnya masih lagi terbeban dan juga terdesak. Maka, wajar menyuruh Datuk Mas Ermieyati untuk kerajaan menilai semula untuk membenarkan pengeluaran KWSP ini secara bersasar.
Kita dengarkan apa yang telah dikemukakan oleh beliau ketika membahas titah diraja seperti tadi. "Seperti tadi disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi, dan ramai yang membangkitkan, setiap melahirkan keresahan untuk rakyat di luar sana. Sebab itu saya mohon bantuan daripada kepimpinan kerajaan pada hari ini untuk lihat dan timbang semula. Walaupun pada minggu lepas Yang Berhormat tidak akan dapat dipertimbangkan, tapi tolonglah. Yang kita mohon adalah untuk pengeluaran KWSP bersasar. Ini betul, ada 1.3 juta ahli ataupun 515,000 rakyat penyimpan yang bawahnya di bawah RM10,000. Dan mungkin mereka ini yang baru bekerja. Tapi bagaimana dengan pencarum yang telah lama bekerja, 20 tahun, 25 tahun? Mungkin simpanan mereka ada puluhan ribu ataupun ratusan ribu. Takkan ini pun tak boleh dipertimbangkan? Kerana apa? Ini adalah mereka, mereka berbelanja tak lama lagi nak puasa, lepas tu nak raya, nak masuk sekolah. Macam-macam keperluan yang perlu dipenuhi. Jadi, saya harap kerajaan yang ada ihsan ini, bantulah, pohon untuk pertimbangkan semula untuk KWSP secara bersasar ini."
Bagaimanapun, usul tergempar yang dikemukakan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim ditolak oleh Dewan Rakyat. Belanjawan 2023 yang dijangka dibentangkan pada 24 Februari ini untuk dibahaskan di Parlimen. Kita akan bawakan semua ini, khususnya melihat kepada langkah-langkah kerajaan. Adakah akan ada inisiatif lain untuk memastikan bahawa beban rakyat ketika ini yang mendesak untuk pengeluaran KWSP secara bersasar ini akan ada inisiatif lain yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2023 ini? Dan kita akan membawakan semua perkembangan Dewan Rakyat di Astro Awani dan Astro Arena.
Di studio. Baiklah, terima kasih Hashimi Muhammad, langsung dari Dewan Rakyat.