Transcription
wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil alamin wabihi nasta'in ala umurid dunya waddin wassolatu wassalamu ala asrofil ambiyaai wal mursalin [Muzik] wa ala alihi wasahbihi ajmain. Subhanaka la ilma lana illa maa allamtana innaka antal alimul hakim. Qala rabbishrahli sadri wa yassirli amri wahlul uqdatan min lisani yafqahu qauli. Allahumma yassir wala tuassir. Allahumma salli ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wasahbihi wasallim. Wala haula wala quwwata illa billahil aliyil azim. Amma ba'.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah kurnia, rahmat, kasih sayang dan inayah daripada Allah. Alhamdulillah pada malam ini kita sama-sama dapat dipertemukan oleh Allah dan mudah-mudahan pertemuan ini senantiasa beroleh rahmah, adanya barakah dari sisi-Nya insya-Allah. Tuan-tuan, puan-puan, hadirin, hadirat, muslimin muslimat yang dirahmati sekalian.
Insya-Allah pertemuan kita pada malam ini kita akan berbicara mengenai satu surah iaitu surah yang paling akhir, surah yang paling last yang berada di dalam kitab suci Al-Quran. Kitab suci yang sama-sama kita percaya. Kitab suci yang sama-sama kita beriman dan melaksanakan segala tuntutan, arahan dan larangan daripadanya iaitu surah an-Nas. Insya-Allah kita akan berbicara mengenai surah yang terakhir inilah bila menyebut tentang surah an-Nas.
Surah an-Nas adalah salah satu daripada dua surah yang kita kenali dan kita namakan sebagai Muawwizatain. Apakah makna Muawwizatain? Apakah maksud Muawwizatain? Dua yang melindungi. Pertama adalah surah sebelumnya iaitu surah al-Falaq. Dan yang kedua yang kita baca pada malam ini iaitu surah an-Nas. Kedua-dua surah yang dinamakan Muawwizatain ini adalah bentuk permintaan, bentuk permohonan kepada Allah Subhanahuwataala dari sudut pertolongan. Kita nak minta perlindungan daripada Allah Subhanahuwataala. [Muzik]
Jadi kedudukan kedua-dua surah ini agak tinggi, agak istimewa jika dibandingkan dengan surah-surah yang lain. Sebagai contoh, overall saya boleh mengatakan bahawa kita sebagai umat Islam yang berada di ceruk dan penjuru mana sekalipun pasti kita semua membaca kedua-dua surah ini. Baik al-Falaq mahupun surah an-Nas. Dan berani juga kita nak mengatakan kebanyakan orang Islam sememangnya hafal di lidah, di mulut masing-masing kedua surah ini. Tetapi jauh pada malam ini kita nak memahami dari sudut bukan setakat terjemahannya tetapi dari sudut tafsiran dan tadabburnya. Nak memahami bagaimanakah harapan kehendak kita berkaitan dengan surah an-Nas.
Sebagai contoh dalam surah al-Falaq, kita minta perlindungan, protection, pertolongan kepada Allah Subhanahuwataala daripada empat benda, empat perkara. Yang pertama kita minta kepada Allah dalam surah al-Falaq. Kita minta apa? Min syarri ma khalaq. Daripada kejahatan, daripada keburukan setiap ciptaan makhluk Allah Subhanahuwataala. Yang kedua, wamin syarri ghasiqin iza waqab. Kita minta kepada Allah berlindung daripada kejahatan dan keburukan waktu malam. Yang ketiga, wamin syarrin naffasati fil uqad. Kita minta perlindungan dan protection kepada Allah daripada golongan-golongan penyihir. Ada jenis manusia yang hati dia tak berapa sihat, hati dia sakit, hati dia bermasalah. Lalu ada di antara mereka yang melampaui batas bertindak dengan cara menyihir orang lain. Dia buat tuju-tuju dekat orang lain. Dia santau orang lain dengan tujuan-tujuan tertentu. Dan yang terakhir dan keempat kita minta kepada Allah berlindung wamin syarri hasidin iza hasad. Daripada makhluk-makhluk Allah. Tidak kira dari kalangan manusia sama seperti kita. Lebih-lebih lagi musuh yang jelas, utama dan nyata iblis, syaitan dan sewaktu dengannya daripada sifat hasad, dengki, iri hati, iza hasad. Dan apabila mereka menunjukkan action atas sifat hasad tadi, ini empat perkara yang kita minta kepada Allah Subhanahuwataala dilindungi kita dari hal-hal tersebut.
Manakala di dalam surah yang kita nak baca pada malam ini, kita hanya minta kepada Allah satu benda untuk Allah protect kita, untuk Allah lindungi dan memberi pertolongan ke atasnya iaitu daripada iblis, daripada syaitan serta kuncu-kuncu dan bala tenteranya yang sememangnya bersiap siaga, tidak kenal erti penat dan lelah, tidak kenal berputus asa demi nak menyesatkan dan menyelewengkan anak-anak cucu Adam daripada jalan Allah, daripada jalan kebenaran daripada hal tersebut.
Maka bermula mukadimah kita pada malam ini ialah saya nak bawa tuan-tuan untuk tarik ayat yang terakhir daripada surah al-Falaq. Min syarri hasidin iza hasad. Jadi bila kita bawa dan menemukan kepada awal surah an-Nas, kita kena cari poin, kita kena cari sumber. Bila kita dah faham tentang protection dan perlindungan-perlindungan tadi, maka benda pertama yang kita perlu tahu dan faham ialah agak-agak kita siapakah di kalangan makhluk Allah Subhanahuwataala yang mempunyai takat, yang mempunyai level, yang mempunyai peringkat yang paling tinggi menyimpan hasad, dendam dan dengki kepada anak-anak Adam. Saya rasa maklum tuan-tuan pun tahu akan jawapannya. Makhluk yang mempunyai paras level paling tinggi menyimpan dendam kepada anak Adam ialah Iblis.
Di sinilah saya nak mengajak tuan-tuan bermula kepada awal surah al-Baqarah di mana Al-Quran menginformasikan kepada kita melalui kalam wahyu firman Allah, adanya konfrontasi di antara iblis dan Nabi Allah Adam Alaihissalam. Ringkas cerita, selesai Allah menciptakan Nabi Adam, ditiupkan roh padanya, diberikan kehidupan awal kepada Adam. Lantas diberikan kepada Adam ilmu-ilmu yang pelbagai. Wa'allama adamal asmaa kullaha. Yang ada sebahagiannya menterjemahkan dengan ilmu segala nama. Dan atas ilmu tersebutlah Adam diberikan penghormatan oleh Allah. Adam diberikan kemuliaan oleh Allah atas sebab ilmu-ilmu tadi. Dan begitulah apa yang perlu kita cari dan capai dalam kehidupan kita pada hari ini. Nak mencapai satu martabat, nak mencapai satu level, nak mencapai kemuliaan dan penghormatan, kita semua perlu mencari dan menuntut ilmu.
Lihat kepada wahyu yang paling awal diturunkan kepada Rasulullah Sallallahuaihi Wasallam di Gua Hira. Apa dia? Iqra bismi rabbikalladzi khalaq. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang bersifat menjadikan. Jelas bagi kita tujuan pertama Al-Quran diturunkan adalah bermatlamatkan ilmu, bermatlamatkan pengetahuan. Kerana hujah dalil yang jelas dalam agama, Islam ni datang nak memberikan ilmu dan pengetahuan kepada umatnya. Apa guna ilmu kerana nak membasmi kebodohan? Apa guna ilmu kerana nak membasmi kejahilan? Apa guna ilmu kerana nak membasmi taksub yang membabi buta? Yang lebih jelas, Islam ni adalah agama hujah. Islam adalah agama dalil. Dia ada fakta, dia ada autoriti, dia ada integriti. Yang memerlukan pusat paksi. Dia adalah ilmu yang jelas, ilmu yang sahih.
Baik, atas dasar itulah Allah meminta kepada Iblis untuk tunduk untuk sujud kepada Adam. Bukan sujud lil ibadah tapi sujud lil hurmah. Sujud atas dasar kemuliaan penghormatan ilmu yang Allah kurniakan kepada Adam. Tetapi apa yang iblis buat? Aba wastakbara. Apa dia aba? Enggan. Tak mahu ikut dia. Tak mahu patuh dia. Wastakbara. Dan dia bersifat istikbar, sombong, takabbur, keakuan. Penuh ego diri dalam jiwa dan perasaan dia. Ini adalah dosa yang iblis telah buat. Dengan perasaan-perasaan dan dosa nilah dia membangkang perintah daripada Allah untuk tunduk sujud kepada Adam. Padahal yang memerintahkan tunduk dan sujud itu adalah pencipta kepada dia sendiri iaitu Allah Subhanahuwataala.
Jadi benda nombor satu yang perlu kita jauhi dari diri kita ialah sifat yang iblis bawa tadi. Apa dia? Sifat sombong. Bahayanya sombong dia akan merebak kepada memperkecilkan dan merendah-rendahkan kemampuan yang ada pada orang lain. Tu bahayanya sombong. Daripada kesombongan iblis, dia cuba memberikan alasan-alasan dan reason. Why dia tak mahu tunduk dan sujud kepada Adam? Lalu dia memberitakan kepada Allah bahawa dia lebih dahulu dijadikan oleh Allah berbanding Adam. Dengan dia dijadikan diciptakan dahulu, maka ilmunya lebih banyak pada anggapannya berbanding Adam. Amalnya lebih banyak pada anggapannya berbanding Adam. Pengalaman-pengalamannya lebih banyak pada anggapannya berbanding Adam. Bahkan dia bermain dengan isu penciptaan. Aku dijadikan daripada api dan Adam dijadikan daripada tanah.
Sedangkan hakikat kejadian manusia bukan pilihan kita. We have no choice. Allah nak jadi daripada cahaya ke kita. Allah nak jadi daripada tanah ke kita. Allah nak jadi api ke kita. Itulah kita. Kita tidak ada pilihan untuk memandai-mandai Allah kalau kamu nak jadikan aku daripada cahaya aku nak bukan tanah. Sorry to say we have no choice about that. Tapi nak haba dia guna isu ni dengan mempergunakan diri dia daripada api tu seolah-olah lebih mulia, lebih unggul, lebih hebat, lebih segala-galanya berbanding bahan penciptaan Adam iaitu tanah. Nilah akibat dan ekoran daripada kesombongan tadi. Dia akan pergi kepada merendah dan memperkecilkan tentang orang lain.
Tetapi adakah dia berhenti di situ? Tidak. Sifat kesombongan dia akan berantai. Dia akan merebak. Contoh bila dia enggan tunduk kepada Adam maka Allah mengutuk Iblis. Allah melaknat Iblis dan Allah mengusir Iblis daripada syurga. Bila dia yang terusir, Adam kekal di syurga, maka dia menyimpan satu sifat buruk lain iaitu dendam, hasad, iri hati terhadap Adam. Dengan kata lain, sebab Adamlah selama ini apa yang dia dapat kenikmatan daripada Allah tersingkir, terhakis, terlucut, tercabut daripada diri dia. Jadi dendam dan hasad ni dia akan membuahkan apa? Sekurang-kurangnya kalau aku terusir, Adam juga mesti menerima akibat yang sama.
Maka iblis dengan agenda dan tipu daya dia, dia masuk kembali ke syurga dengan pelbagai perancangan dia sehingga membawa kepada kedua-dua Adam dan Hawa termakan buah yang menjadi larangan Allah. Atas terlepas pada kejadian tu kedua-dua unsur ni baik pihak iblis, baik pihak Adam dan Hawa. Dua-dua diturunkan oleh Allah Subhanahuwataala ke bumi. Bagi sesetengah bersifat pendengki ni dah cukup berpuas hati. Aku kena singkir dari syurga, dia pun kena singkir dari syurga. Tamat. Tapi adakah ni penamat dia? No way. Sebab ada satu benda lagi yang tak selesai, satu benda lagi yang tak settle.
Walaupun dua-dua dah diturunkan ke dunia ni sebagai bentuk ujian pada kelompok masing-masing, tetapi advantage dan kelebihan masih ada pada Nabi Adam dan keturunannya. Sebab kutukan dan laknat Allah terhadap Iblis. Dan walaupun dia meminta penangguhan ajal dia sampai hari kiamat panjang yang Allah tak berikan kepada sesiapa pun sampai hari kiamat tetapi penamat iblis sudah jelas. Di mana haluan dia? Syurga neraka? Final destination dia jelas neraka. Tetapi advantage untuk anak-anak Adam dan Hawa kalau mereka mengikuti jalan kebenaran, kalau mereka mengikuti jalan yang lurus mengikut setiap perintah dan larangan Allah, harapan mereka masih ada untuk kembali kepada syurga yang ditinggalkan tadi. Dia tak ada harapan dah. Panjang umur banyak mana pun dah jelas dia punya final destination. Tetapi bagi anak Adam, dia ikut perintah Allah, taat perintah Allah untuk kembali kepada syurga itu ada jaminan.
Tapi atas tulah iblis, atas penangguhan tadi minta pada Allah satu permintaan yang cukup besar. Dengan penangguhan umur dan ajal yang Allah berikan padanya, dia juga berjanji di hadapan Allah akan menjauhkan, akan menyesatkan, akan menyelewengkan anak-anak Adam daripada jalan yang benar. Dia tak mahu kesepian. Dia tak mahu lonely dalam neraka sendirian. Paling kurang pun kalau tujuan aku yang terakhir adalah neraka, ada sebahagian daripada anak cucu Adam yang aku bawa dan heret sekali masuk neraka dengan aku. Dia akan lebih berbangga kalaulah daripada nabi dan rasul yang terakhir, kita sebagai umat Nabi Muhammad berjaya dia umpan, berjaya dia hasut, berjaya dia tipu, berjaya dia belit, berjaya dia manipulasi untuk heret kita masuk ke neraka sekali dengan dia. Ini sudah cukup untuk membanggakan iblis, syaitan dan tentera-tentera dia. Jadi now pilihan di tangan kita untuk menjadi manusia yang beriman, yang taat kepada perintah-perintah Allah ataupun sebaliknya. Yang berjaya dihasut, yang berjaya dimanipulasi oleh iblis dan tentera-tentera kejahatan.
Baik tu yang pertama. Manakala musuh kita yang kedua, dia sudah berbeza sifat. Allah beri kepada iblis, Allah beri kepada jin, syaitan ni jenis makhluk yang mata kita, pancaindera kita tak nampak. Dia musuh tapi Allah beri mata kita ni tak boleh tengok depa, tak boleh pandang depa, tak boleh filter depa. Dia musuh yang tersembunyi, musuh yang hiding ni lebih bahaya lagi. Tapi ada satu lagi yang boleh jadi musuh kita ialah manusia yang sama-sama perwatakan macam kita. Spesies yang sama. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Ya. Musuh yang boleh datang daripada spesies yang sama ni yang kita boleh kenal nama dia, yang kita boleh kenal rupa dia, yang kita boleh kenal profesion dan pekerjaan dia, yang kita boleh kenal sifat-sifat dia.
Tapi yang kita tak boleh kenal, tak boleh tahu juga bersifat seperti iblis dan jin tadi tersembunyi. Tang mana? Hati-hati mereka. Muka kita nampak, muka kita kenal, nama kita tahu, kerja kita tahu kat mana, gaji berapa, semua sekali. Tapi hati dia kita tak boleh terobos. Hati dia kita tak boleh tembus. Sebagai contoh, mungkin seseorang tu dia datang kepada kita dengan muka yang manis, dengan mulut yang dikeluarkan perkataan sebaik-baik perkataan, perangai, sifat yang ditonjolkan, ditunjukkan pada kita sebaik-baik adab dan akhlak. Tapi kita tak tahu di belakang kita, hatinya memaki kita, hatinya menyumpah kita, hatinya menyeranah kita, hatinya membenci, menghasut dan penuh iri hati pada kita. Kita tak tahu. Tapi depan kita apa sikap dia? Bermanis muka, berperangai elok. Ini.
Jadi inilah dua kumpulan, dua komponen yang mempunyai kadar iri hati dan hasad dengki kepada kita manusia. Jadi surah ni nak membawa kita tentang kewaspadaan, tentang keberhati-hatian. Kerana kadang-kadang hasad yang dibawa oleh manusia boleh datang daripada makhluk yang pertama tadi. Ada diri kita ni memang kita hasad dah kita sendiri. Memang kita dengki dah kita sendiri dia mari pula hembus dia mari pula belit dia mari pula dorong kita siapa hak tak nampak tadi untuk menambahkan bebanan-bebanan. Contoh kita bertemu dengan bos kita, kita tak puas hati. Kita sama-sama bekerja tahun yang sama dah 10 tahun, dia pun 10 tahun. Why? Dengan sama waktu, sama tahun dia yang naik gaji, gaji kita tak naik-naik. Dia yang naik pangkat, pangkat kita tak tahu ke mana. Dia dapat bonus tiga bulan kita sebulan haram bonus pun tak dapat. Tak boleh jadi. Dengki mai, iri hati mai, tak puas hati mai, dendam mai. Tu hak diri kita.
Bila perasaan kita jadi lagu ni, mari hak kita tak nampak tadi. Pi hasut. Hang mesti cantas dia. Hang mesti sailang dia. Hang tak boleh berdiam diri buat fitnah ke, buat perkara yang tak benar pada dia. Sekurang-kurangnya dia kena transfer jauh-jauh. Paling kurang dia, bos akan buang daripada kerja. Lalu apabila kita termakan dengan benda-benda macam ni, jadilah apa yang iblis mahukan. Ni satu contoh saja tu. Benda tu tak mustahil boleh berlaku kepada kita tuan-tuan. Bila mari perasaan iri hati, dengki tak puas hati pada orang. Jadi masing-masing jaga hati, masing-masing jaga iman.
Jadi malam ni juga untuk pengenalan dan mukadimah, saya nak bawa tuan-tuan dan puan-puan kepada perbezaan yang paling asas, kepada perbezaan yang paling jelas di antara dua surah ni. Pertama surah an-Nas. Yang kedua surah sebelumnya al-Falaq. Apakah yang paling asas yang memudahkan untuk kita faham? Nombor satu, surah al-Falaq. Allah menceritakan dalam surah ni ialah bentuk-bentuk gangguan yang datang daripada luar diri kita. Yang kita minta berlindung, minta protection dengan Allah. Empat benda dalam surah al-Falaq tu. Semua benda tu adalah di luar diri kita. Gangguan-gangguan tu bukan datang daripada dalaman.
Contoh nombor satu kita minta apa? Min syarri maa khalaq. Daripada kejahatan dan keburukan. Sesuatu yang dijadikan oleh Allah dari setiap makhluk dia, itu bukan datang dari diri kita. Dia datang dari luar diri kita. Yang kedua, kita minta berlindung daripada keburukan waktu malam. Tu pun bukan dari diri kita, dalaman kita, tapi di luar daripada diri kita. Yang ketiga, kita minta berlindung daripada golongan-golongan penyihir. Yang jenis tak puas hati sihir, tak puas hati santau, tak puas hati tuju-tuju. Itu pun bukan datang dari diri dan dalaman kita. Dia datang dari luaran kita. Yang keempat, kita minta berlindung dari golongan yang berhasad, orang hak dengki, orang tak puas hati. Bukan diri kita. Orang yang di luar dari diri kita. Jadi semua benda-benda dalam surah al-Falaq yang kita minta Allah protect dan lindungi ni adalah gangguan yang datang dari luar.
Tetapi tengok baik-baik. Allah menceritakan empat benda ni daripada umum kepada yang paling khusus. Pertama ialah Allah menceritakan keumuman, keburukan, kejahatan setiap makhluk yang dijadikan oleh Allah. Dia boleh datang dalam pelbagai bentuk, dia boleh datang dalam pelbagai rupa. Nanti kita syarah. Manakala yang kedua, ha tengok dia punya kekhususan. Allah dah buat pengkhususan dari sudut timing, dari sudut masa. Kita hidup sebagai manusia di atas muka bumi ni cuma ada dua. Satu kita panggil waktu siang. Yang kedua kita panggil waktu malam. Lepas malam tu dia akan balik pula pada siang dan pergi malam siang malam siang malam tu je.
Tetapi di antara dua timing dua waktu ni Allah minta kita berlindung daripada keburukan waktu malam. Bukan kata waktu siang hidup kita tak ada cubaan. Bukan kata waktu siang hidup kita tidak ada ujian. Bukan kata waktu siang tidak ada jenayah malapetaka, bencana dan sebagainya. Tetapi kelebihan dan pemberatan dia ada pada waktu malam. Jadi Allah minta berlindung pada waktu malam. Dan Allah khususkan lagi tentang golongan penyihir. Dalam dunia ni ada banyak jenayah, ada banyak benda buruk, ada banyak kejahatan. Tetapi di antara benda-benda jahat yang menyumbang kepada dosa-dosa besar antaranya ialah sihir dan perbuatan sihir. Sebab apa? Sebab perbuatan sihir ni tak kena gaya boleh membawa kepada perlakuan syirik. Menyekutukan Allah bila kita bergabung dengan entiti-entiti dan makhluk yang tidak patut dan selayaknya. Dia boleh bawa pula satu dosa mensyirikkan Allah. Dosa satu-satunya yang tidak ada ampunan daripada Allah. Syirik mempersekutukan-Nya. Tu pun Allah datangkan dalam bentuk jamak lagi. Bukan mufrad. Naffasat.
Allah khususkan lagi jenis manusia-manusia ataupun makhluk Allah yang mempunyai perasaan hasad, dendam, dengki. Dia bukan hanya ada. Sebab tu ayat tu datang, wamin syarri hasidin iza hasad. Dia ada niat, dia ada simpanan dan dia tunjukkan dalam bentuk praktikal action pelaksanaan. Daripada hasad tadi dia buat ni. Daripada dendam tadi dia buat ni. Daripada dengki tadi dia buat ni. Dia bukan saja dengki saja-saja duduk sini. Bukan simpan saja-saja duduk sini. Tapi dia ada pelaksanaan praktikal dan action daripada sifat dalaman tadi.
Cuba tengok dalam surah an-Nas. Dalam surah an-Nas Allah nak menceritakan tentang gangguan-gangguan yang boleh masuk ataupun memang sudah masuk dalam diri kita. Dia bukan hak luar dah. Gangguan hak boleh masuk dan sudah masuk. Apa dia hak boleh masuk dalam diri kita? Ini kita sembang tajuk asal nilah. Jin jin boleh masuk. Jin boleh menyusuk masuk dalam diri kita. Bahkan dalam hadis Rasulullah menyebut jin ni boleh masuk dan berjalan di dalam diri kita di peredaran darah-darah kita. Dia boleh merasuk kita. Memang dia boleh masuk. Apatah lagi dia boleh menghembuskan hembusan-hembusan, belitan-belitan, hasutan-hasutan, perbuatan-perbuatan yang jahat, yang buruk, yang negatif pada diri kita. Sama ada kita nak mengawal dan menentang dia ataupun kita tidak mampu mengawal dan menentangnya. Dia boleh masuk dan sememangnya sudah masuk.
Sebagai contoh, kenapa Rasulullah menyarankan kepada para sahabat dua surah Muawwizatain ni dijadikan sebagai amalan setiap kali selepas solat? Jadi kita dianjurkan oleh Rasulullah habis setiap solat lima waktu. Contoh habis sembahyang subuh jangan lupa baca dua surah ni. Habis sembahyang zohor jangan lupa baca dua surah ni. Baca juga waktu kita ni nak bangun daripada tidur dan nak tidur pada malam hari pun Rasulullah memberikan anjuran baca qul auzabbil falaq, baca qul auzabbinnas. Bahkan ada percontohan yang Rasulullah tunjuk, Rasulullah baca dan Rasulullah tiup hembus pada tangan baginda, tapak tangan baginda dan lurutkan, lumurkan pada anggota tubuh badan sebagai bentuk pertahanan dan protection. Rasulullah dah tunjuk kita buat ke tak antara buat dengan tidak. Tapi ramai juga yang buat tapi dia tak hembuslah Muawwizatain. Dia tak baca qul auzabbil falaq. Dia tak baca qul auzabbinnas. Cuma dia hembus minyak panas. Sebab umur 50 60 fuhus fuh sakit pinggang sakit urat sakit belakang. Lurut juga. Tapi lurut cara orang berusia, orang nak pergi pada pencen. Tak kisahlah hak tu.
Jadi antara contoh yang kita boleh ambil sebab mana iblis ni kita nak tahu dia nak mai. Tuan-tuan tentu kenal sebuah kitab yang diberi judul Talbis Iblis. Ha mungkin ada sebahagian penceramah dan ustaz menjadikan buku ni sebagai buku yang diajarkan kuliah-kuliah di meja penceramah. Antaranya ialah hadis yang dibawa dalam kitab tersebut yang diriwayatkan oleh isteri Rasulullah Sallallahualaihiwasallam sendiri. Siapa? Aisyah radiallahu taala anha. Yang mana Aisyah memberitakan Rasulullah sallallahuaihi wasallam bersabda, "Innas syaitan yati ahadukum fayakulu." Sesungguhnya syaitan itu dia bisa dan boleh mendatangi salah seorang daripada kamu lalu dia cuba trap kamu. Dia cuba memerangkap kamu dengan persoalan.
Bila kata contoh dia mai pada kamu dengan perkataan seperti ni fayaquulu. Bila syaitan ni mari dia kata apa? Man khalaqaka. Dia buat satu dialog. Dia buat satu pertanyaan atau lintasan, siapakah yang menjadikan kamu fayaquulu? Maka kamu jawablah Allah. Jadi siapa-siapa pun nak jawab siapa lagi yang buat kita? Siapa lagi yang cipta kita? Allah. Kemudian dia akan sambung persoalan dia. Fayaquulu faman khalaqallah. Dia akan tanya lagi, "Kalau kamu dijadikan oleh Allah, maka Allah itu dijadikan oleh siapa?" Ha dia start dah. Dia nak mari dah tasyabbuh, dia nak mari dah lintasan. Dia nak mari dah waswas, dia nak ragut dah kepercayaan keimanan. Yang kita duk pegang. Kalau aku tanya kamu tadi siapa buat kamu? Kamu jawab Allah. Tapi kali ini aku nak tanya Allah tu siapa pula yang buat? Ah sudah. Dia duk mari termenung. Siapa buat Allah ni? Siapa cipta Allah ni? Faiz wajadaalika ahadukum falyakul. Sekiranya kamu salah seorang daripada kamu mengalami hal tersebut, tak kira siapa pun kalau dia datang begini, lintasan begini, hasutan begini, kamu sebut apa? Amanu billahi wa rasulih. Tiga kalimah, tiga perkataan. Amantu billahi wa rasulih. Jawab kat dia, "Aku beriman kepada Allah dan rasulnya." Fainnaalika yuzhibaan. Sesungguhnya jawapan dan kalimah yang kita bacakan padanya tu akan menyebabkan pengusiran iblis tu. Ha jadi kalau di sisi dia, a tak boleh makan kawan ni, tak boleh auta kawan ni, tak boleh tipu kawan ni. Aku nak track dia, aku nak perangkap dia. Tapi dia pi jawab, "Aku beriman kepada Allah dan rasulnya." Tu yang pertama.
Yang lagi jelas apa yang diberitakan oleh sepupu Rasulullah Abdullah Ibnu Abbas radiallahu taala anhu. Abdullah Ibnu Abbas memberitakan pada kita, suatu ketika Rasulullah dia pernah memohon perlindungan untuk kedua-dua cucu dia. Siapa cucu Nabi? Hasan dan Husin. Banyak lagi cucu Nabi. Anak Ali dengan Fatimah. Tapi yang masyhur dan popular kisah mereka Hasan dan Husin. Jadi Abdullah Ibnu Abbas sebut apa yang pernah Rasulullah doakan buat kedua-dua cucu dia ni dengan perkataan uizukuma. Ha. Aku meminta perlindungan kepada Allah. Aku meminta protection kepada Allah untuk kalian berdua. Bikalimatillahi tammah dengan perkataan-perkataan Allah yang sempurna. Min kulli syaitanin wa hammah daripada segala jenis dan bentuk syaitan wa hammah dan jenis sengatan-sengatan binatang berbisa. Tu makna hamah. Jadi bukan setakat doa Rasulullah tu minta protection daripada iblis, daripada jin, daripada syaitan saja. Tapi yang Rasulullah minta pada peringkat yang kedua tu hammah. Hammah ni jenis binatang yang ada sengat, binatang yang ada bisa yang boleh mencederakan dan memudaratkan kita.
Kita tak tahu bila Allah nak uji kita. Mungkin ular yang berbisa, mungkin kala jengking, mungkin lipan, mungkin binatang-binatang penyengat dan sebagainya pun Nabi minta berlindung. Wamin kulli ain lammah daripada pandangan yang bersifat mencela. Kadang-kadang ada jenis manusia-manusia ni dia tilik kita, dia pandang kita, dia tengok dengan penuh kebencian. Maksudnya ada jenis orang semua pada mata dia ni tak kena, tak elok, tak berguna, tak berfaedah. Ini pun kita minta Allah jauhkan kita jenis manusia-manusia macam ni. Kita buat baik pun jadi tak kena. Kita buat jahat lagilah tak kena. Kita buat lagu ni pun tak betul. Buat hak sebaliknya daripada tu pun lagi tak betul. Jenis ada orang fesyen macam tu. Kat sini ada ke tak ada? Ha harap-harap tak lah. Minta jauh semua daripada perangai tu.
Summa yaakulu. Kemudian Nabi sambung perkataan dia haza. Nabi kata nilah kana Abi Ibrahim alaihissalam yuawizu Ismail wa Ishaq alaihimam. Nabi kata apa yang aku buat ni adalah warisan. Apa yang aku buat ni adalah sambungan daripada ayahandaku Nabi Allah Ibrahim alaihissalam yang mana dulu Nabi Allah Ibrahim yuawizu membuat benda yang sama memohon perlindungan dan protection daripada Allah untuk dua anak dia Ismail wa Ishak. Untuk Nabi Ismail pun dia minta perlindungan. Untuk Nabi Ishak alaihissalam pun dia minta perlindungan. Jadi nak menunjukkan kepada kita perbuatan Nabi tadi bukan yang first. Yang mendahului Rasulullah adalah ayahandanya Ibrahim Alaihissalam. Nabi cuma ambil warisan ikut jejak. Dan kita sebagai umat Nabi Muhammad nak ambil yang siapa? Ambil hak Nabi itulah. Gunalah doa yang Nabi sama tadi untuk diri kita, untuk anak kita, keluarga kita dan siapa-siapa yang kita rasa layak dan perlu untuk kita minta perlindungan ni boleh berlaku.
Baik. Nak menunjukkan lagi bahawa status kenabian dan kerasulan zuriat Nabi, anak cucu Nabi tu bukan terhindar dan terlindung sementelah dia ni keturunan Nabi. Bukan kata, "Oh, sebab hang tak keturunan Nabi, hang kena banyak minta perlindungan dah. Minta protection. Aku Hasan, aku Husin, aku cucu Nabi. Tak minta pun tak apa. Sebab Allah lindungi. Dak." Dari perbuatan Nabi tersebut menunjukkan Nabi sendiri minta pertolongan dengan Allah untuk kedua cucu dia. Nabi minta apatah lagi kita hak tak Nabi, hak bukan keturunan Nabi, hak dah jauh dengan Nabi. Maka amalkanlah sunnah tersebut dari sudut berdoa dan meminta perlindungan. Okey, jelas. Nombor satu.
Yang kedua, apa yang Allah beritakan dalam surah al-Falaq adalah perkara-perkara yang di luar jangkauan kita. Perkara-perkara yang tidak mampu kita kawal. Bahasa paling mudah apa yang Allah sebut dalam surah al-Falaq adalah benda-benda yang di luar kawalan kita. Kita tak boleh nak kawal. Contoh pertama kita minta dalam surah al-Falaq. Apa dia? Min syarri ma khalaq. Jenis kejahatan keburukan sesuatu yang dijadikan oleh Allah. Tak kira makhluk tu nama apa, kita minta berlindung, kita boleh kawal ke tak? Kalau orang lain nak buat jahat kat kita, kita boleh kawal tak boleh. Dia mari perasaan nak tampar kita. Dia mari tampar. Dia mari perasaan nak sepak kita, dia mari sepak. Dia mari perasaan nak sihir kita, dia mari sihir. Dia mari perasaan nak buat jahat, dia akan buat jahat. Kita tak boleh kawal.
Tetapi yang kita boleh buat adalah nasihat, kita boleh buat saranan, kita boleh buat ceramah macam ni. Contoh ni adalah preparation, persediaan dan ikhtiar kita dalam agama kita. Islam kita melarang pada orang lain. Jangan buat buruk pada orang lain. Jangan mengkhianati orang lain. Jangan buat benda-benda negatif kat orang lain. Persediaan, preparation. Nasihat boleh. Tapi kita nak kawal orang tu tak buat jahat kat kita boleh kawal tak? Tak boleh. Kita boleh ceramah. Jangan ambil hak orang. Jangan kebas duit masjid, jangan curi harta orang. Tapi kita nak kawal seorang pencuri daripada masuk rumah kita boleh kawal dia tak boleh. Dia mai perasaan nak ambil dia ambil. Dia mai perasaan nak curi, dia curi. Dia mai perasaan nak rogol, dia rogol. Dia mai perasaan nak rompak, dia rompak. Kita berbuih mulut. Jangan, jangan, jangan, jangan. Tapi lepas itu kita tak boleh kawal.
Ha jadi kita tak boleh kawal hak mana yang over lebih limit yang melampaui batas yang ghulu. Contoh benda nombor satu contoh diri kita sendiri. Apa benda yang duduk dalam diri kita? Hawa nafsu. Hawa nafsu Allah bagi pada setiap manusia. Hawa nafsu agama datang bukan untuk bunuh. Agama datang bukan untuk cantas. Agama datang bukan untuk buang. Agama datang bukan nak lenyek-lenyek dia bagi hilang bagi tak ada. Tak. Islam datang bagaimana nak memperlakukan hawa nafsu. Kita kena tunduk dan kawal dia. Tundukkan dia dan kawal dia mengikut peraturan agama yang ditentukan oleh Allah. Bukan mari nak buang dak?
Cuba tuan-tuan bayangkan kalau nafsu ni boleh buang apa jadi? Nafsu hak duk dalam diri kita ni yang Allah sediakan ni boleh dibuang, boleh dibunuh. Apa jadi? Seorang mari jumpa saya, "Ustaz, alhamdulillah semalam saya berjaya membunuh nafsu makan dan minum saya." Agak-agak berapa lama dia? Agak-agak berapa lama? Ha tiga hari paling kurang kan? Nafsu makan tak ada, nafsu minum tak ada. Lepas tu mai dengar cerita Pak Din lagu mana? Pak Din tak ada dah. Semalam baru kenduri tahlil arwah. Sebab apa? Tak ada nafsu makan, nafsu minum. Tak boleh nak bunuh. Dia hanya boleh latih dia ikut aturan agama. Antaranya yang kita lalui beberapa bulan lepas melalui ibadah berpuasa nak latih nafsu tu, itu pun latih siang tak bagi makan, bukan tak bagi makan langsung, puasa maghrib hang nak makan makanlah, bukan tak bagi minum terus, maghrib nak minumlah, hawa nafsu terhadap pasangan siang tak boleh, malam ikut hanglah. Ni bayangkan dia nak bunuh terus makan di minum di apatah lagi kalau kalau dia mai habangan saya. Agak-agak apa jadi? Balik rumah tengok wanita, balik rumah tengok perempuan, balik rumah tengok isteri dan pasangan tak ada nafsu. Apa jadi? Hidup tetap hidup. Tapi di mana akan berakhirnya zuriat dan keturunan? Habislah. Tengok bini tak layan, tengok bini tak lalu. Last sekali dua-dua mati lagu tu. Keturunan tak ada. Harta banyak. Saham banyak, aset banyak. Nak tinggal sekat siapa, nak faraid kat siapa. Sebab nafsu ni sentiasa 24 jam ada dengan kita.
Bahkan kalau tak boleh bunuh pun, tak boleh ke ustaz nak tinggal sekejap pun tak boleh. Tak boleh. Kita kata time ni kita perlu nafsu sebab aku nak makan, aku nak minum. Biar ada nafsu makan, biar ada nafsu minum. Time ni aku nak guna sebab nak bersama dengan isteri malam ni. Tapi time kerja ni aku tak mahu guna. Aku nak tinggal sekejap. Boleh tak contoh ustaz, saya nak pi kenduri. Jadi disebabkan nafsu saya ni selalu jenis ke arah kejahatan. Kalau pi kenduri tambah-tambah kawan yang kahwin, jumpa kawan lama mesti mengumpat, mesti kata kat orang tu, mesti kata kat orang ni. Jadi untuk mengelakkan hal tu berlaku, nafsu tu saya letak kat rumah sekejap. Jadi saya pi kenduri tanpa nafsu. Jadi perkataan saya pun baik, perangai saya pun baik. Balik rumah ambil bubuh balik boleh tak? Ataupun nak pi pejabat takut nanti pejabat nak cantas orang tu, nak sailang orang ni, nak kutuk orang tu, nak fitnah orang ni. Jadi sebelum pi pejabat ambil letak dulu balik pejabat karang sambung balik. Dia akan 24 jam stay dengan anda. Yang perlu anda buat tundukkan dia, latih dia dan kawal dia. Tak ada nafsu, tak adalah lah kita. Tapi nafsu sentiasa akan menyuruh kebaikan ke keburukan?
Baik tengok manusia. As-Syams ayat kelapan. Faalhamaha fujuraha wa taqwaha. Allah mengilhamkan kepadanya manusia ada dua. Satu fujur, satu takwa. Tapi kenapa Allah sebut fujur dulu berbanding takwa? Sebab sifat hawa nafsu manusia ni akan lebih banyak dia punya peratusan dan persentage kepada negatif, kepada keburukan dan kejahatan. Allah sebut fujur dulu. Banyak manusia akan buat benda-benda jahat dan buruk kerana desakan hawa nafsu. Tapi yang berjaya kawal dia akan mendapat status takwa. Tengok perkataan Nabi Allah Yusuf Alaihissalam cukup indah. Buka surah Yusuf 53. Wama ubarriu nafsi dan aku sesekali tidak mengatakan diri aku ini suci. Itu seorang nabi dan rasul pun tak berani nak kata diri dia ni confirm suci, confirm bersih, confirm terlepas dari segala dosa. Tapi dia sebut innan nafsa laammaratun bisu. Sesungguhnya hawa nafsu ni kebanyakan mengarah dan membawa manusia pada perbuatan buruk. Illa man rahima rabbi kecuali yang mendapat lindungan rahmat daripada Allah Subhanahuwataala maka berjayalah dia terhindar daripada hasutan hawa nafsu tadi. Inna rabbi ghafurur rahim. Sesungguhnya Tuhan aku bersifat maha pengampun lagi maha mengasihani. Tu hak nombor satu dalam diri kita. Bila dia melampau macam-macamlah. Time dia elok tak ada masalah. Time dia melampau tu tulah min syarri ma khalaq.
Ada jenis orang contoh kita berkawan dengan dia hari ini. Hari ini cakap dia elok, perangai dia elok. Bila jumpa di kantin tempat kerja, siap belanja makan, siap belanja minum. Kebetulan birthday kita bagi hadiah lagi. Tapi esok belum tentu dia datang dengan perangai yang sama. Dia boleh mari esok tu dia jerkah kita, dia marah kita, dia tampar kita, dia nak siku kita. Mustahil tak benda tu? Tak mustahil. Jadi waktu dia baik kita syukur alhamdulillah. Waktu dia melampau, waktu dia terbabas tulah min syarri ma khalaq hak melampau daripada jenis manusia tadi tu kita kata konteks manusia tengok contoh makhluk Allah yang nama dia matahari bila sebut matahari kalau saya tanya tuan-tuan apa kelebihan matahari apa istimewa matahari apa faedah dan benefit yang ada pada matahari mungkin saya boleh baca list jawapan dari tuan-tuan berjela-jela. Kata matahari ni bagus kerana matahari nilah yang menerbitkan waktu siang. Bila matahari mari maka hilanglah kegelapan daripada kita. Ya ni kita malam bayangkan kita tak ada lagi elektrik, kita tak ada lagi lampu-lampu. Bila malam kita gelap tak nampak apa kegelapan. Bahkan muka isteri di rumah, muka pasangan di rumah tak nampak. Kereta kita hak duk bawah garaj kalau tanpa cahaya tak nampak. Pokok-pokok depan rumah kita tak nampak. Kita jadi nampak bila matahari terbit di waktu pagi jelas bagi kita semua benda.
Alhamdulillah. Dan kaitkan matahari dengan konteks kita sebagai hamba Allah dari sudut ibadah. Waktu-waktu solat lima waktu yang dulu kita tak pernah ada jam. Yang dulu kita tak pernah ada kalendar. Jadi waktu subuh kita ditandai dengan terbit matahari. Waktu zohor kita matahari pacak atas kepala. Waktu asar kita matahari berada dengan lintang bayang sekian-sekian. Waktu maghrib bila matahari terbenam. Waktu isyak bila hilangnya cahaya-cahaya di ufuk. Kita tandakan dengan ibadah. Apatah lagi dengan konteks lain. Kita pergi bekerja, isteri di rumah buat apa? Kerja rumah, basuh pakaian, basuh kain, basuh seluar. Nanti dia nak jemur. Yang keringkan tu apa benda? Matahari. Tapi kerana kita bukan orang business, kita bukan orang berniaga. Jadi kita hanya tahu jemur pakaian, jemur seluar, jemur baju. Bagi orang yang business, depa tak jemur macam kita jemur. Depa nak jemur ikan kering, depa nak jemur ikan bilis, depa nak jemur tembikai, depa nak jemur tu, jemur ni. Business nanti kaitan pula dengan alam semesta, matahari ni memberikan apa? Cahayanya masuk pada pokok keluarlah klorofil ke, fotosintesis. Fotosintesis tak ada kena-mengena dengan fotografi. Walaupun depan tu ada perkataan foto, fotosintesis, kehijauan daunlah macam mana benefit. Lepas tu hak pi berjemur tepi pantai. Ha macam-macam claiming dia. Kenapa berjemur? Kulit vitamin B, vitamin C, vitamin D. Tentu mesti terkata PH 5.5 aku dah terlebih 5.7. Naik jerawat. Naik jeragat macam-macam. Kita cerita benefit matahari panjang berjela.
Tapi bila matahari yang sama yang kita nikmati tu kita bersyukur. Allah bagi kering pakaian, syukur. Allah bagi hilang kegelapan syukur. Allah bagi penanda waktu syukur. Allah bagi fotosintesis klorofil melalui tumbuhan syukur. Tapi kalau benda yang sama dia melampaui batas dia ghulu. Setiap hari dia mari 37° Celsius. Ujian Allah kali ini dia mari 50° Celsius matahari yang sama. Apa jadi? Apa jadi? Panas. Panas tak boleh duduk. Kita aircond hak sebiji tak cukup dah. Jumpa kedai Sengheng ke Wahli Group ke apa ke semua pi tambah dua tambah tiga. Pasal apa ni? Panaslah ni ustaz tak boleh nak duduk 48° 50° contoh. Banyak orang termasuk saya sendiri mengakulah langgar trafic light lah ni. Dulu tak pernah langgar. Bukan saja nak langgar sebab kita tu bergegas dengan motor balik sekolah 2:30 pukul 3:00 dan tak dan dan tak dan pap merah kena berhenti. Depan kita tu ada tiga. Nak perhabis tiga ni piilah 5 enam minit juga. Pasal apa langgar tu? Bukan nak langgar tak sabar duk tunggu ni hak tiga ni nak habis nu panas orang dalam kereta tak apa. Depa ada aircond. Kita atas motor kadang-kadang celah sikit. Oh tak ada dah. Langgar ni JPJ mai cari sat lagi ni pengakuan terbuka langgar tengok tu dah langgar kerana panas ni kita duk cerita sungai banyak air empangan air tasik banyak air bila mari 48° 50° apa jadi pada sungai pada tali air pada parit kita tak ada air dah kita nak tak benda tu kita tak seronok dah kita tak suka ha nilah konteks min syarri ma khalaq pada matahari yang sebelum ni kita duk syukur macam-macam.
Tapi bila dia melampaui batas tu kita tak seronok dah. Kemarau air tak ada panas yang melampau. Kita ambil contoh air sama macam matahari. Bila saya suruh tuan-tuan listkan keistimewaan, kelebihan, benefit air macam-macam. Dari sejak kita bangun tidur, nak cuci muka, nak berwuduk, nak bermandi harus, nak bermandi wajib, nak buat sembahyang, nak basuh berak, nak basuh kencing, nak mandi, nak gosok gigi, air segala-galanya. Keluar daripada tandas nanti nak pi kerja sambil pakai tali leher bini pula letak apa dia air dengan macam-macam. Nama dia kopi, nama dia teh, nama dia jus tu, jus ni. Nanti nak makan, nak minum, nak pakai, nak berkelah air. Tapi bila dia melampaui batas, hujan tak berhenti. Apa jadi tuan-tuan? Banjir. Ini kita minta jauh tadi. Yang waktu macam-macam tak jadi apa pada air tu. Alhamdulillah ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat air. Tapi bila mari banjir, hak nilah min syarri ma khalaq. Konteks air tadi hak dia berlebihan.
Jadi bila banjir tuan-tuan pun tahu dia punya kesan. Bukan kata hanya ayam itik yang hanyut. Bukan kata lembu, kerbau, kambing yang hanyut. Tak kena gaya. Kita yang hanyut. Hanyut saja terlekat tak apa. Hanyut saja selamat. Okey lagi. Hanyut pergi tak kembali. Rabbani. Konteks negara kita mungkin berpuluh-puluh mati lemas waktu banjir. Tapi negara yang lebih besar mungkin ratusan jiwa terkorban. Ribuan jiwa terkorban akibat bencana banjir. Itu kita tak mahu. Kita minta berlindung daripada benda yang sama. Hak kita duk syukur sebelum ni. Air empangan pecah tiba-tiba melimpah habis. Mula-mula pi atap dulu. Yang kedua pi dinding rumah kita. Yang ketiga tiang hanyut. Habis banjir tinggal apa? Tiang empat biji. Tiang tiang tiang tu. Itu tak hanyut. Nasib baik. Ha tu kita minta berlindung api. Nikmat api macam-macamlah kan. Ha kita boleh memasak, memanggang, merebus, membakar apa semua sekali. Api pula janganlah dalam kepala ni tradisional dan klasikal sangat. Jadi bila sebut api, kita bawa api dalam bentuk moden juga. Yang tuan tekan sini nyala lampu, tekan sini kipas pusing, tekan sini aircond jalan tekan sini. Buka sana tekan sini tutup sana kat rumah tekan peti ais penapis kuku pengisar apa semua tu. Tapi kalau benda ni terlebih melampau apa jadi api ni? Yang waktu ni kita syukur nikmat boleh guna macam-macam ni. Kalau dia melampau, dia terlebih mungkin litar pintas, mungkin letupan, mungkin kebakaran. Ha tu yang kita minta berlindung tu dari konteks api dan elektrik tadi. Hak time dia elok, hak time dia okey. Alhamdulillah syukur.
Waktu saja-saja elok je bukit tu. Waktu saja-saja elok je gunung tu. Tapi satu masa dia bergegar dia muntah keluar habis. Magma keluar, lava keluar, gunung berapi keluar. Hak time dia okey tu alhamdulillah syukur hak time dia keluar macam-macam inilah min syarri ma khalaq. Binatang hak kita jaga binatang hak kita bela berapa lama dah dia baik dengan kita kambing mari kita duk gosok kepala kambing tak kena gaya ada satu hari yang jenis hati dia lagu mana yang kita duk ambil makanan tu nak bagi kat dia kita tunduk tu dia mari sodok kita punya punggung. Ha ni mestilah berlaku dak? Takkan tak ada kejadian macam ni. Tiba-tiba lembu hak kita duk bela jinaknya dengan kita, baiknya dengan kita. Mari hari tu dia pi tanduk kaki dia. Pap kena terikat kita, batang kita patah kita ulat senduk hak kita duk buat pertunjukan hari dia tak betul angin dia jadi apa? Hak tulah patut kita. Hak tulah duk gigit kita. Yang dia elok, hak dia jinak, tak ada masalah. Hak dia terlebih tu kita minta min syarri ma khalaq. Tuan-tuan kiaslah dengan apa pun. Semua ni boleh datang dengan pelbagai rupa dan bentuk. Kita tak mahu hak melampaui batas tu kita minta berlindung apa jua makhluk Allah.
Bini kita hak time balik muka dia senyum. Time balik muka dia berhias. Time balik oh gincu tebal. Time balik makanan dah siap. Okeylah hak tu. Tapi kita tadi kat pejabat bos mengamuk dah. Balik dia pula tambah lagi. Bising bising bising bising bising. Dahlah berkembang gantung. Dahlah rambut tu macam pontianak tak terurus. Abang ni ini tak beli ini tak ada ni. Serabut kepala. Tulah kita kena minta berlindung juga. Kuat abang ni. Terkena kan. Dia adalah tempat kan. Dia ada satu nak kias satu benda tadi. Dia ada satu dalam latihan dulu ada pegawai tu dia tiup satu belon. Dia tiup satu belon. Belon tu dia ikat kan. Kemudian dia suruh kita cucuk. Cucuk belon tu. Kawan tu pun cucuk pam pecah. Ha dia tiup hak lain. Kawan tu cucuk pam pecah. Tiba-tiba ada satu kawasan tu dia cucuk tak pecah. Bukan tak pecah langsung. Maknanya cucuk kawasan tu dia lebih kebal daripada tempat-tempat hak lain. Tang mana tuan-tuan? Dan hak dekat kita buat ikatan tu kan kita tiup belon kita ikat hak dekat dengan ikatan tu dia kendur sikit. Jadi hak lain tu dia tegang. Kita cucuk pam kita cucuk pam kita cucuk pam tapi hak tu pap cucuk tak berganjak. Dia nak buat kiasan dengan bandingan hati manusia ni. Macam mana kita tak boleh frust, kita tak boleh putus asa dalam nak mendakwahkan manusia? Mungkin kita ceramah-ceramah tak ada orang tersentuh hati dia. Maksudnya macam tadi pam pecah juga. Macam tadi pam tak jadi juga. Tapi ada dalam tempat kita tu ada satu tempat yang mungkin terkena elok dia jadi. Ah saya nak kira hak sebaliknya pula ni. Mungkin hak lain tak seronok. Mungkin hak lain tak ketawa. Tiba-tiba pak cik ni abang ni ha dia paling kuat sekali. Dianggap mungkin kelakar bagi dialah tersentuh di situ. Okey kembali boleh faham dah bentuk tadi.
Tengok pula step yang kedua. Kita berlindung dari keburukan waktu malam. Kita boleh kawal tak waktu malam? Tak boleh. Walaupun dalam surah ni minta Allah berlindung. Aa Allah minta kita berlindung dari waktu malam. Kita tak boleh nak angkat tangan. Ya Allah, ya Tuhanku, aku minta dan bermohon kepada-Mu. Jadikanlah bagi diriku dan keluargaku siang 24 jam tak malam-malam. Boleh disebabkan gerun dan takutnya pada waktu malam, takut jadi apa-apa yang Allah minta kita berlindung waktu malam, kita pun angkat tangan jangan beri malam pada kita. Tak jadi tak jadi dia tak boleh kawal. Jadi preparation lah yang kita kena buat. Nak kawal tak boleh. Berbuih mulut. 20 tahun berdoa, "Jangan buat malam kat aku. Jangan buat malam kat aku." Pukul 7:30 gelap. Pukul 7:30 gelap. Dia tak boleh nak kawal. Preparation macam tadi. Kalau kita rasa dengan kegelapan malam ada aktiviti jenayah mencuri, ya kita boleh buat preparation. Aku mesti upah ataupun sewa pengawal aku bayar 150 pengawal jaga depan pintu rumah. Ya boleh. Aku akan beli apa benda tu? CCTV yang mahal-mahal, yang berkualiti. Biar
Lihat muka itu bukan samar-samar, bukan tidak jelas. Memang nampak muka pencuri. Pasang 10 biji boleh. Aku akan pasang alam baharu. Dia bukan kata masuk rumah, duduk 10 meter dengan rumah boleh. Tapi kita itu tidak mahu pencuri itu tidak datang rumah kita. Kita boleh kawal tak persediaan? Kita boleh buat. Ya. Persediaan kita boleh buat. Ikhtiar itu. Tapi kita nak kawal pencuri jadi tidak masuk rumah kita, kita tidak boleh kawal. Marilah apa banyak mana, marilah pak guard banyak mana, marilah apa. Kalau dia ada niat, dia rempuh juga, dia terobos juga, dia masuk juga. Lihat ATM kita. Ha, tutup lagi, pergi lagi. Pergi kena tembak pintu kena ini ATM. Ha, dia heret sekali. Kalau dia nak, tidak boleh nak elak.
Bolehkah kita nak elak malam? Kan waktu malam ini kita nak elak hantu tidak datang kacau kita. Kita pun ikhtiar ada dah seorang perukiah sebelah kita. Mari hantu dia akan baca ayat rukiah. Azimat macam-macam, tangkal macam-macam. Depan itu penjuru tadi pagi tadi, "Qul auzubinnas" 40 kali, "Qul auzubil falaq" 40 kali. Yang ini 40 kali. Kalau pencela hantu nak datang, dia datang tak? Dia datang situlah jin ke apa ke. Dia tidak kira yang kamu duduk baca, dia tidak kira perukiah siapa. Sebut kita sebut tadi ikhtiar boleh apa boleh. Kita nak kawal benda itu tidak boleh. Waktu malam kita nak kawal orang nak datang mengintai rumah kita. Jangan bagi ada orang mengintai rumah aku. Tapi kalau dia nak mengintai, dia datang mengintai. Dia nak datang mencuri, dia datang mencuri. Dia nak ceroboh, dia datang menceroboh.
Sama juga dengan yang ketiga, kita minta berlindung daripada sihir. Boleh kita baca yang Nabi ajar, kita baca doa-doa dalam sunnah Nabi. Tapi kalau orang itu nak sihir, kita boleh kawal tak? Tidak boleh. Dia nak sihir, dia dendam, dia dengki, dia sihir juga. Kita boleh sediakan persediaan sahaja, penangkal sahaja, pelindung sahaja. Tapi untuk orang tidak sihir kita, kita tidak boleh kawal. Orang yang nak hasad dengki kepada kita boleh kawal. Kita malam-malam macam malam ini jangan hasad dengki, jangan dendam, jangan niat tidak baik, berbuih mulut. Tapi orang nak hasad, hasad begitu. Orang nak buat tindakan daripada hasad dia, dia boleh buat macam-macam. Sebab malam biasanya malam ini pasal apa Nabi minta berlindung daripada malam? Satulah konteks malam ini jenayah lagi banyak. Bukan kata nak menafikan siang itu tidak ada orang buat jahat, siang tidak ada orang buat jenayah. Tapi malam konteks dulu-dulu kalau nak curi rumah orang, ceroboh masuk rumah orang siang ke malam? Malam. Nak mengintai rumah janda, rumah anak dara siang ke malam. Tidak ada orang kata, "Kamu nak pergi mana?" Pukul 12 tengah hari. Matahari begitu mengintai jiran sebelah. Pukul 12 tengah hari tidak bolehlah nampak muka. Malam dia ada perasaan dia. Ha, walaupun kaki itu dalam selut, dalam cat belakang rumah, nyamuk pula 13,000 ekor atas belakang. Tapi semua itu tidak jadi halangan. Yang penting keseronokan. Ha, keseronokan apa? Keseronokan mengintai orang itulah.
Baik, itu malam juga jin iblis ini aktif siang ke malam? Malam. Bukan kata siang itu dia tidak ada. Bukan kata siang itu dia tidak wujud. Dia ada. Tapi Nabi pun sebut tentang hubungan jin dan konteks waktu malam. Bila tiba waktu malam, suruhlah anak kamu masuk dalam rumah. Tutuplah pintu kamu, tutuplah tingkat jendela kamu, tutuplah makanan kamu, tutuplah pada minuman kamu, tutuplah api-api daripada rumah kamu. Itu persediaan. Sebab benda ini boleh datang. Dia pun aktif. Kalau dia nak jenis mengganggu manusia pun biasanya sebelah malam. Cuba dia buat waktu siang, dia buang tabiat sedikit, dia tukar waktu. Apa jadi hari itu? Ingat tak sembahyang raya? Bila kita habis sembahyang raya biasa apa yang kita buat selepas habis sembahyang? Standard. Ramai-ramai pakat pergi kubur yang berdekatan. Ha, ini pun satu lagi perspektif. Orang duduk tanya pasal apa perlu pergi kubur hari raya. Kita kena lihat secara realiti. Anak-anak muda sekarang ini ramai duduk kampung ke keluar kerja? Keluar kerja. Kadang-kadang hari raya itu sahaja waktu yang terbaik untuk mereka ziarah. Bukan kata memang niat sahaja nak ziarah hari raya, hari lain memang tidak balik kampunglah kerja. Jadi bila cuti hari raya itulah peluang bersama adik-beradik datang ziarah mak, ziarah kubur bapa. Jadi bila pergi ziarah, habis sembahyang raya pukul berapa? 9:30, pukul 10. Waktu pukul 10 pagi itulah tiba-tiba datang hantu pocong keluar. Agak-agak dia menakutkan orang di kubur atau dia kena belasah dekat orang pada masa itu? Agak-agak kalau dia keluar 10 pagi dia keluar tong tong tong pun tidak ada orang takut dah. Dia keluar 10 pagi tidak ada makna. Maksudnya kalau ada 40 orang atas kubur itu, 40 orang itulah akan kejar, akan belasah, akan pukul dia. Tapi kalaulah 40 orang itu, bahkan saya tambah lagi ada 100 orang pukul 12 tengah malam dia keluar seorang, agak-agak 12 itu akan pukul dia ke tidak? Yang 100 orang itulah yang lari daripada dia. Membezakan apa? Waktu pontianak kan tengah malam pukul 2:00 pagi. Kita pun takut padahal kereta itu penuh. Sebelah isteri, belakang anak yang besar, belakang anak yang kecil. Dia seorang sahaja terbang tapi kita takut dah. Tapi kalau dia keluar pukul 12 tengah hari duduk terbang begitu, apa jadi? Orang takut ke tidak? Tidak takut orang akan keluar-keluar. Peristiwa luar biasa. Pontianak keluar pukul 12 tengah hari, Instagram keluar, Facebook keluar. Dia akan jadi bahan mainan, bahan kelucuan. Orang tidak jadi takut dah. Hanya waktu yang membezakan. Itu contoh-contoh yang kita katakan tidak logik akal ke apalah. Cuba saya nak beritahu begitu. Dia dah boleh jadi macam lain. Kita punya persepsi dan tanggapan pada waktu keluar dia itu. Kalau tidak percaya biar keluar sungguh pukul 10. Agak-agak jadi bagaimana? Ha, memang kena dia orang takut dia keluar pukul 10:00 pagi.
Baik, kembali yang ketiga. Biasanya bab sihir-menyihir. Bukan tidak ada orang sihir waktu siang tapi sihir biasa waktu malam. Jumpa tok bomoh waktu malam. Ha, Komen dan geng pun jumpa tok bomoh waktu malam. Biasanya malam orang hantar sihir pun malam. Orang hantar tuju-tuju pun malam. Orang hantar santau pun malam. Jenis nak buat jahat pun malam. Baik. Hasad dengki pula. Hasad dengki 24 jam. Tidak kira siang malam dia boleh datang. Tapi hasad dengki menunjukkan hati yang gelap ke hati yang cerah? Ha, sifat malam tadi, sifat gelap tadi, orang yang jenis hasad, orang yang jenis dengki, hati dia itu kelam, hati dia itu gelap, hati dia itu gulita. Bukan jenis hati cerah, hati terang. Manakala dalam surah an-Nas, Allah nak menceritakan sesuatu yang kita ada pilihan. Kita boleh kawal. Yang syaitan nak datang, iblis nak datang itu dia punya suka. Tapi kita boleh pilihan nak terima hasutan dia. Oh, nak lawan dia punya hasutan. Tidak berbuat apa-apa atau kita ada pertimbangan, dia tetap hasut, dia tetap datang, dia tetap belit, dia tetap auta kita tapi kita atas dia. Nak dengar auta dia, nak dengar hasutan dia, nak dengar belitan dia atau sikap kita melawan. Sebab Allah dah pesan tuan-tuan baca Yasin sini. Baca Yasin tak malam Jumaat? Ha, baca. Biarlah apa pun. Lihat ayat 60. Siapa ingat ayat 60? "Alam ahad ilaikum ya bani adama alla ta'budus syaitan innahu lakum aduwunum mubin." Allah Subhanahu Wa Ta'ala memerintahkan dan memperingatkan kepada anak-anak Adam. "Alla ta'budus syaitan." Jangan sesekali kamu memperhambakan diri kamu kepada syaitan. Jangan kamu jadikan diri kamu abdi kepada syaitan. "Innahu lakum aduwunum mubin." Sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang paling jelas, musuh kamu yang paling nyata. Ayat-ayat macam ini cukup banyak. Tuan-tuan buka An-Nisa ayat 60. [Muzik] baida. Buka surah al-Qasas ayat 15. "Innahu aduwunum mudillum mubin." Banyak Allah menceritakan tentang sifat syaitan ini. Pertama dia adalah musuh. Musuh yang nyata. Musuh yang jelas. Musuh yang memang nak bawa kamu dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. Kesesatan yang nyata, kesesatan yang jelas. Pendek kata rumusan yang kita boleh buat, tidak ada satu kebaikan pun, tidak ada satu keberkatan pun, tidak ada satu kemuliaan pun yang akan daripada yang akan datang daripada makhluk yang nama syaitan. Walaupun pada awalnya manis, pada awalnya bergula, pada awalnya lembut, ingat pasti pengakhiran dia dia akan seret kita pada penyelewengan. Dia akan seret kita pada penyesatan. Kita boleh kawal ke tidak? Kita boleh.
Baik. Yang ketiga, biasanya dalam surah al-Falaq, keburukan-keburukan yang datang itu dia hanya makan luaran. Dia tidak masuk dalam dalaman. Tuan-tuan faham macam ini? Baik. Kalau orang itu ada niat nak tampar kita, dia akan berakhir dengan apa? Orang itu ada niat ini, "Eh, dia ini geram aku. Dia ini aku nak marah ini, dia ini aku benci sangat. Aku nak pergi tampar." Jadi bila dia datang, dia dapat tampar kita. Itu adalah noktah, itu adalah titik, itu adalah kepuasan. Sebab niat dia nak apa? Nak tampar. Dia dapat tampar, pang! Dia sudah habis. Lega, puas. Kalau aku nak tendang, nak sepak dia ini, habis dia sepak, habis dia tendang, habis. Aku sihir dengan niat dia strok. Aku sihir dengan niat dia tidak boleh bangun. Aku sihir dengan niat dia akan jadi cacat. Kita strok, kita cacat, kita apa dia habis begitu. Dia biasa tidak makan dalam. Dia nak kita ini ditukar jauh. Dapat tukar jauh. Bahagia dah kawan itu kena tukar. Bahagia dah kawan itu kena buang dekat bos. Bahagia dah kawan itu kena pecat. Habis dia hanya bersifat keburukan luaran. Tetapi dalam surah an-Nas dia boleh makan dalaman tidak kena gaya. Dia boleh mengganggu kepercayaan akidah dan iman kita. Contoh Allahuakbar Allahuakbar azan subuh. Tiba-tiba dia pun datang. Sedap tidur lagi daripada sembahyang subuh. Baik kamu tidurlah, tidak payah sembahyang subuh. Kita pun termakan belitan dia, termakan hasutan dia. Ambil kain selimut, tarik. Last sekali sedar 8:30. Bila sedar 8:30, apa dosa dan kesalahan kita dah buat? Terlepas solat subuh, solat lima waktu yang wajib atas tiap-tiap mukalaf kita dah tinggal. Jangan main-main. An-Nas ini dia boleh menyebabkan kita langgar perintah Allah, kita tinggal ibadah kepada Allah yang wajib. Tadi contoh sahaja tapi contoh pun ramai buat kan? Mari pula masuk bulan Ramadan. Keluarlah yang pakai baju Melayu, pakai songkok elok mengisytiharkan bahawa esok bermula satu Ramadan. Bila bermula 1 Ramadan ha, dia datang pula hembus. Bukankah minggu lepas kamu pergi jumpa doktor dekat hospital besar dia kata, "Kamu ini gastrik teruk tak?" Periksa gastrik teruk. Doktor kata tidak boleh tidak makan, tidak boleh tidak minum, tidak payah puasa sebab nak jaga kesihatan. Takut jadi mudarat. Oh, betul juga tidak payah makan. Last sekali hari pertama tidak puasa, kedua tidak puasa, sampai rapat 30 hari tidak puasa. Contoh dia datang hasut begitu tinggal puasa. Lepas itu keluar pula muka yang sama baju Melayu warna lain pula pakai songkok. Saya penyimpan mohor besar raja-raja nak mengumumkan esok raya. Oi, esok raya aku sembahyang tidak, puasa tidak tapi zakat takkan tidak bayar kut. Lihat pula senarai list majlis Jabatan Agama masing-masing. Kalau makan beras ini, zakat aku 10. Kalau makan beras ini, zakat aku 12. Kalau makan zakat ini, zakat aku 14. Jadi aku yang tengah 12. Jadi esok aku nak pergi bayar. Aku ada isteri ada anak dua. Jadi 12 * 4. Tiba-tiba dia datang pula. Berapa sen sangat sahaja RM12 zakat kamu itu? RM12. Kamu lihat di luar sana berapa ramai yang lari daripada bayar LHDN? Berapa ramai tidak bayar cukai pintu? Berapa ramai tidak bayar cukai itu cukai ini? Bukan RM12 macam kamu. LHDN itu dekat sejuta tidak bayar. Kawan ini zakat perniagaan 40,000 tidak bayar. Kamu cuma berapa? RM12 apalah sangat. Orang lain tidak bayar. Ratus-ratus, ribu-ribu. Dekat nak juta. Aku RM12 tidak payah bayar pun tidak apalah. Pergilah sembahyang raya. Satu-satunya sembahyang yang kita buat sejak hidup atas muka bumi. Jumaat tidak tahu ke mana. Lima waktu tidak tahu ke mana. Itu yang kita buat. Ha, ini panggil Islam apa? Islam kapal selam. Yang last satu dia ada mula-mula Islam. Islam tahunan. Tahu Islam tahunan? Ha, Islam tahunan ini dia akan pergi sembahyang sembahyang raya sahaja dua kali setahun. Itu sahaja orang nampak muka dia ada jenis Islam mingguan. Hari minggu sahaja sembahyang Jumaat sahaja nampak. Ada jenis Islam musiman ikut musim. Ada kenduri adalah dia, lembu rebah adalah dia, tidak ada kenduri dia tidak tahu ke mana. Ada Islam kapal selam. Kapal selam kadang-kadang timbul kadang-kadang tenggelam. Tapi bila nama kapal selam banyak tenggelam ke banyak timbul? Ha, banyak tenggelam jarang-jarang timbul. Masa-masa adalah dia ada ceramah adalah dia ada kuliah adalah dia. Lepas itu tidak ada. Ha, sama jugalah. Surau ini pun malam ini sahaja penuh macam ini. Saya tidak tahu. Saya agak sahaja sebab saya baru datang. Kalau malam malam tiap-tiap malam penuh macam ini alhamdulillah. Takut malam esok tinggallah dua baris. Baik, kembali. Jadi benda-benda macam itu boleh apa? Ha, boleh kita melanggar perintah Allah. Jangan main-main. Tidak kena gaya hasutan yang boleh tukar agama. Hasutan yang boleh pada murtad. Sebab itu kita lihat dalam al-Falaq tadi, kalau orang itu niat nak tampar orang, dia tidak lebih pada itu. Tidak ada lagi orang, "Eh, aku tampar dah dia tidak keluar-keluar lagi dari Islam." Ada tak dia terfikir sampai macam itu? Tidak ada. Dia fikir sampai puas hati dapat tampar kawan itu. Aku dah sihir dia itu. Dia sihir tujuan dia nak suruh apa. Eh, aku sihir tidak murtad lagi kawan itu. Dia tidak ada sampai macam itu. Dia nak apa yang dia nak jadi pada kawan itu.
Yang keempat, eh, kita tidak mula lagi ini. Baru mukadimah lagi. Cuma tidak habis lagi. Tidak apa. Sebab itu kena tiga kelas. Saya kena main dua kali lagi. Kali kedua tafsir ayat satu hingga tiga. Kali yang ketiga tafsir ayat empat hingga enam. Malam ini memang mukadimah sungguh. Kita tidak mula lagi pun. Yang keempat, tolong faham dua istilah ini. Ingat betul-betul satu mudah sahaja. Musta'az bih. Yang kedua, musta'az minhu. Apa dia musta'az bih? Kalimah musta'az ini daripada kalimah istiazah yang kita duduk baca. "Qul auzubirabbil falaq." "Qul auzu birabbil falaq." Yang ini pula "Qul auzu birabbin nas." "Auzu auzu" itu jadi istiazah permohonan perlindungan muawwizatain kata dasar yang sama ain waza. Yang ini pun sama musta'az ada ain ada wau ada za. Musta'az bih bermaksud tempat sumber pada siapa kita minta pertolongan itu. Musta'az bih tempat dia kita minta tolong, sumber dia kita minta tolong. Siapa kita minta? Minta tolong untuk musta'az bih rata-rata saya kira keseluruhan kita semua minta tolong dengan Allah. Ha, itu jelas. Musta'az bih Allah. Musta'az minhu. Bila kita yakin dan percaya semua daripada kita minta tolong dengan Allah. Yang kita nak minta tolong itu nak minta tolong Allah lindungi daripada apa? Musta'az minhu. Jelas dah minta dengan Allah, lindung dengan Allah. Tapi nak minta Allah lindung apa? Nak minta Allah lindung apa atas diri kita? Baik. Dalam surah al-Falaq cuma ada satu musta'az bih. Satu sahaja "Qul auzubirabbil falaq." Musta'az minhu yang kita minta berlindung "min syarri min syarri ma khalaq wamin syarri ghasiqin iza waqab wamin syarrin naffasati fil uqad wamin syarri hasidin iza hasad," empat. Tapi dalam surah an-Nas musta'az bih, tempat sumber perlindungan ada tiga. "Qul auzubirabbinnas, malikinnas, ilahinnas." Musta'az minhu. Yang kita nak minta berlindung satu sahaja. "Min syarril waswasil khannas." Daripada kejahatan keburukan, was-was syaitan yang bersifat timbul tenggelam, yang bersifat boleh datang dan mundur, yang bersifat boleh datang dan pergi, silih berganti. Sebab cara iblis nak hasut, dia masa dia datang dia datang, dia berjaya berjayalah, dia tidak berjaya dia undur dulu. Lepas itu dia undur tidak datang-datang dah ke tidak? Tidak berjaya dia datang lagi. Ha, itu maksud al-khannas. Silih berganti tapi dia bersifat istimrar, berterusan. Dia tidak patah hati, dia tidak putus asa, dia tidak frust sebab tujuan kawan ini sesat, tujuan kawan ini terseleweng. Lepas itu sifat dialah sifat syaitan apa? "Allazi yuwaswisu fi sudurinas minal jinnati wannas." Baik, ingat musta'az bih musta'az minhu.
Baik, yang kelima. Kedua-dua surah ini kita ada perlindungan istiazah tadi dengan kalimah Rab. "Qul auzubirabbil falaq." Yang ini pula "Qul auzubirabbin nas." Kedua-dua guna Rab permulaan. Kalimah Rab dalam bahasa Arab yang paling mudah, yang paling senang dan paling ringkas. Apa makna Rab? Tuan. Rab, tuan. Tapi waktu kita hidup dan bermuamalah dalam dunia ini, kita banyak menggunakan kalimah yang sama untuk jenis manusia yang sama macam kita. Bila kita rasa nak bagi penghormatan, bila kita rasa dia ada pangkat, bila kita rasa dia ada kelebihan, contoh jumpa pegawai polis, kita bahasakan apa? Tuan. Jumpa pegawai bomba, tuan. Polis yang saman kita yang langsung tidak ada pangkat apa pun mungkin konstabel. Tapi sebab nak usyar-usyar nak buat ayat tidak mahu dia saman kita biasakan apa? Tuan juga, tuan. Tidak boleh ke adjust-adjust? Ah, padahal kawan itu pangkat pun tidak ada. Patut inspektor tuan. Patut yang atas lagi tuan. Tapi yang ini nak adjust, tuan. Tidak kena gaya. Yang duduk di kaunter-kaunter itu. Padahal yang nak buat borang nak suruh isi borang sahaja tapi nak suruh mudah urusan. Tuan, tidak boleh adjust ke tuan? Borang ini, tuan. Tuan semua ini salah satu budaya kita. Memang budaya kita orang Melayu budaya menghormati. Bukan setakat budaya kabel dan sebagainya. Faham? Baik. Tapi tuan di sini hubungan kita dengan Allah bukan tuan semata-mata sebutan, bukan tuan semata-mata penghormatan, bukan tuan semata-mata nak memuliakan. Tetapi tuan yang dimaksudkan ialah pemilik mutlak. Pemilik mutlak, tuan yang sesungguhnya, tuan yang memiliki apa yang dia miliki. Saya nak suruh tuan faham pemilik mutlak ini macam ini. Kalau Allah dia memiliki sesuatu dan atas pemilikan itu dia berhak atas segala-galanya. Tidak ada orang boleh mempersoal, tidak ada orang boleh komen, tidak ada orang boleh campur tangan atas pemilikan yang dia ada. Tapi pemilikan kita belum tentu lagi mutlak. Contoh bila tutup itu nak habis itu. Ha, 9:30 dah tuan-tuan tidak perasan. Baik. Contoh macam ini. Bayangkan tuan-tuan seorang bilionair, tidak apalah lebih lagi trilionair. Jadi satu hari bila tuan-tuan ini jutawan, bilionair, trilionair pergi ke bilik pameran kereta, bila bilionair nak pandang lagi tak Perodua Proton? Biasanya tidak pandang dah. Nak pandang lagi tak? Apa dia lagi eh? Yang sebaris dengan zaman Honda. Honda ke Toyota ke Nissan ke mungkin kita tidak pandang. Tapi bilionair biasa kalau pergi bilik pameran dia nak tengok jenama apa. Ha, mungkin Rolls-Royce, Bugatti, Porsche, Ferrari, Volkswagen, Volvo, Maserati. Apa lagi eh? Ha, tidak kiralah jenis-jenis begitu. Jadi bila lihat-lihat ada satu Ferrari model baharu, lihat CC 5.0 cc besar, harga 4 juta. Baik. Jadi kita pun tertawan, kita berminat dengan kereta itu. Jadi kita panggil jurujual datang tanyakan spesifikasi tentang kereta. Ya encik, kereta ini kereta yang dikeluarkan tahun ini 2025 baru keluar bulan lepas bulan April. Dia punya spesifikasi cc sekian-sekian enjin begini apa semua habis dia cerita. Saya berminat, saya berkenan. Jadi biasanya kalau orang itu menyatakan minat nak beli, jurujual nombor satu dia buat apa? Encik nak buat pinjaman berapa tahun? Ha, itu pertanyaan orang macam kita yang tidak ada duit, yang ada duit sedikit 5 tahun, yang ada duit sedikit tujuh, yang tidak ada duit sembilan. Sembilan tanpa apa? Deposit. Ha, sembilan tanpa bayaran pendahuluan lagi, tidak ada duitlah itu. Er, ada lihat tak muka saya dalam majalah? Majalah perniagaan, majalah itu. Bilionair, trilionair jangan tanya 5 tahun, 7 tahun, 9 tahun. Tunai 4 juta. Encik ada tunai sekarang 4 juta dalam but kereta saya. Bukan kata 4, 10 juta saya bawa hari-hari. Berlagaklah kaya kan. Jadi pergi buka but kereta, ambil 4 juta rembat atas meja dia. Saya nak beli tunai. Jadi buat urusan sekarang geran pemilikan saya nak lah juga. Jadi dia pang, "Encik nak plat nombor berapa?" Plat harga lebih kurang sejuta. Ha, sejuta. Tambah lagi. Siaplah keluarlah geran pemilikan. Kertas tidak besar mana. Tapi itu amat-amat berharga dan bermakna. Kerana dalam geran itu nama siapa? Nama kita. Alamat kita. Kad pengenalan kita, spesifikasi kereta berapa cc berapa semua lengkap. Jadi bagi kita bila kita dah bayar 4 juta, Ferrari tadi adalah hak kita. Ferrari tadi adalah milik kita. Ferrari tadi kita boleh berhak dan buat macam-macam atas dia tapi tidak semutlak. Ya. Nama atas geran kita, pemilikan kita. Tapi benarkah kita pemilik mutlak pada kereta itu? Belum tentu. Ikut hukum dan undang-undang dunia. Bila dah beli kereta kita, kita nak bawa. Tapi satu sayangnya kita tidak ada lesen memandu. Orang kaya belum tentu ada lesen memandu. Jadi dia pun sebab kekayaan dia, dia nak bawa juga kereta ini nak tunjuk dia beli kereta baharu tanpa lesen memandu. Adakah dengan kekayaan dia bila polis trafik sekat dia, polis trafik jumpa dia tidak saman dengan sebab oh orang kaya jadi tidak jadi saman walaupun tidak ada. Saman ke tidak saman? Ya. Saya nak kait dengan pemilik mutlak tadi. Jawapan yang paling top anda berikan ialah, "Encik minta lesen? Ikut aku. Kereta aku." Jawapan kita atas hak dan pemilikan. Ikut aku. Kereta aku, duit aku. Aku beli, aku bayar. Ikut aku. Kereta aku. Walaupun aku tidak ada. Dia saman ke? Dia tidak saman. Saman. Encik tidak kira encik trilionair ke bilionair ke zilionair ke naik kereta ikut undang-undang Malaysia tidak ada lesen saya saman 300. Jawapan kita tadi berharga berbaloi tak, "Ikut aku kereta aku." Dengan anggapan geran itu nama kita. Dia tetap akan saman tuan-tuan 300. Geram nak marah. Ai, saman eh. Oh, lihat lampu merah geram tadi kena saman. Langgar lampu merah datang pula trafik lain. Dia saman ke tidak saman? Tidak kiralah kamu jawab sekali lagi jawapan yang sama. Ikut aku kereta aku. Dia saman ke tidak saman? Dia saman 600 kena. Jangan jadi macam seorang pak cik itu. Seorang pak cik itu memang dia nampak lampu merah tapi dia langgar dengan motor. Bila polis trafik tanya pasal apa pak cik langgar lampu merah? Pak cik tidak nampak tak lampu itu? "Saya nampak lampu itu cuma saya tidak nampak encik. Lampu merah saya nampak, encik saya tidak nampak. Kalau saya nampak encik saya tidak langgarlah lampu merah itu." Ha, jangan jadi macam itu. Ha, itu memang sah-sah kena 600. Ha, jadi bila kena lampu isyarat 600 naik pula lebuh raya. Naik lebuh raya. Masalah bagi kereta sisi besar ini ialah apa? Yang bulat itu 110. Kita pula 5000 cc. Takkan nak bagi kancil turbo potong. Malulah. Tiba-tiba naik Z kancil turbo sing s potong. Tidak boleh jadi. Kita pun kejar kejar punya kejar punya kejar. 5.0 meter pula 36. Ha, duduk main 32 34 memang itu tidak berhenti. Petar petarap itu 300 pula contohlah berapa dah? 900 sampai bandar Ipoh. Turun bandar Ipoh. Pusing punya pusing tidak jumpa parking. Padahal besar ada dah logo itu tiada parking. Tapi pergi parking juga. Datang bandar raya kita jawab macam tadi, "Ikut aku kereta aku." Dia saman ke tidak saman 300? Dua. Balik pula balik pula JPJ kejap. Bukan apa ini nak kait dengan pengubahsuaian yang melampau. Katakanlah orang lain ekzos keluar asap, kamu punya ekzos keluar api. Contoh orang lain lampu duduk depan, kamu lampu duduk atas atap. Ha, orang lain macam ini macam ini. Maksudnya JPJ kejar tadi pengubahsuaian yang melampau. Rim paling besar kereta sekarang berapa? Yang tuan-tuan tahulah rim paling besar berapa saiz inci berapa? 24. Ha, kita pula bagi 30. Contohlah itu maksudnya lebih pada undang-undang Malaysia. Jadi pantaslah disaman. Jadi kena pula 300. Balik rumah sampai saman ada 1500. Bagi bilionair besar tak 1500? Tidak besar. Esok aku pergi IPD mana-mana aku nak pergi bayar. Tiba-tiba esok nak pergi bayar start kereta, kereta tidak mahu hidup. Boleh tak dalam geran kamu ini nama aku pemilikan atas kamu pun aku. Jadi sebab aku memiliki kamu, aku tuan punya kamu, aku suruh bayar dekat kamu. Kamu tidak boleh mati, kamu kena hidup. Hidup tak kereta itu? Kamu cakap berbuih pun kereta itu tidak akan hidup. Macam mana pun nama-nama aku bateri tidak boleh kong. Bateri itu tidak jadi kong ke kong? Situlah. Brek tidak boleh keluar, tidak boleh menitis. Minyak brek tidak boleh bocor. Bocor situlah. Kompresor tidak boleh rosak. Rosak situlah. Tapi nama nama siapa? Tapi mutlak tak atas benda itu? Tidak. Jawapan kereta aku ikutlah aku punya. Tidak terpakai pun. Tuan-tuan ada benda lain? Macam juga geran tanah. Geran tanah nama kita. Sebelah ini tanam balak. Sebelah ini tanam kelapa sawit. Sebelah ini tanam ganja dengan ketum. Bab ganja dengan ketum datang orang dadah, datang orang narkotik. Pasal apa tanam ini? Kita pun tunjuk geran. Jawapan sama. Ikut aku tanah aku. Terpakai tak? Ikut aku tanah aku tidak terpakai. Kalau tadi dia bagi saman, yang ini dia bagi gari terus. Jadi walaupun geran hak kita tapi kita bukan mutlak. Tidak seperti Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Walaupun dari sudut hukum pun Allah kata contoh kelapa sawit halal, buah limau halal, mangga harum manis halal tapi yang tidak halal yang dia halang kita. Yang dia tidak mahu kita bagi makan pun hidup subur. Bukan kata oh disebabkan tumbuhan ini halal aku bagi hidup subur. Disebabkan ketum dengan ganja haram pada undang-undang Malaysia. Aku buat jadi tidak subur, jadi mampus ke tidak? Dia bagi subur begitu. Ah, tapi ada siapa boleh komen? Ada siapa boleh bawa gari? Ada siapa boleh nak runtuhkan kerajaan dan kekuasaan dia? Tiada komen, tiada pertanyaan. Kamu tidak boleh kata apa. Itu baru mutlak sungguh. Kalau kata dari sudut binatang yang ini dia bagi makan, yang ini dia kata haram. Tapi dia tetap menggemukkan kambing dengan rezeki dia. Dia tetap menggemukkan babi dan anjing dengan rezeki yang sama. Bukan kata oi sebab orang Islam haram makan babi mesti kecil babi mesti kurus begitu tidak tapi kita tidak boleh makan dah yang ini boleh makan gemuk yang ini boleh tidak boleh makan walaupun gemuk kita tidak mutlak tapi yang sana tidak boleh nak kata apa. Jadi sedar dirilah nak suruhnya sedar diri tidak sedar diri saya dah sedar 9:40 jangan bagi sampai pukul 10 sebab saya pun penat juga boleh berhenti tak? Ah, sebab ini baru mukadimah, tidak masuk tafsir pun lagi. Baik, panggil lain eh. Boleh? Ha, insya-Allah saya pun dah lewat ini dah 9:40. Jadi saya minta berhenti di sini mudah-mudahan ada manfaat bersama. Manfaat bersama pun nombor satu manfaat itu siapa? Saya minta Allah bagi manfaat untuk diri saya dulu. Yang duduk bercakap ini yang duduk memperingatkan orang. Moga-moga ada ibrah dan pengajaran untuk diri saya sendiri. Yang kedua, mudah-mudahan dia juga jadi pengajaran, dia juga jadi ibrah, dia juga jadi contoh untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Jadi, saya sudahi dengan lafaz yang mulia. Dan dengan Allah taufik dan hidayah. Dan salam sejahtera ke atas kamu, serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menyempurnakan hati-hati atas cinta-Mu dan telah melemparkan alat dan telah bersatu atas kesetiaan-Mu dan telah bersatu atas pertolongan syariat-Mu maka sambungkanlah mereka dengan ketaatan-Mu dan kekalkanlah kasih sayang mereka dan tunjukilah mereka jalan-jalan-Nya dan penuhilah mereka dengan cahaya-Mu yang tidak padam dan lapangkanlah dada mereka dengan limpahan iman kepada-Mu dan penuhkanlah tawakal kepada-Mu dan hidupkanlah mereka dengan kebaikan-Mu dan ini adalah tempat kembali. Dan selawat Allah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya dan salam sejahtera. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka sifatkan, dan salam sejahtera ke atas para rasul, dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.