📱

Get Our Mobile App

Take your business learning on the go!

Download on the App StoreGet it on Google Play

MODUL 2 | INTEGRITI TERAS KESEJAHTERAAN

UiTM Channel23:09

Transcription

[Muzik] Modul ini akan menerangkan tentang latar belakang SPRM sebagai agensi peneraju dalam pencegahan rasuah. Modul ini juga akan menjelaskan beberapa agensi utama yang lain yang berperanan melaksanakan usaha pencegahan rasuah, peningkatan integriti dan tadbir urus negara. Negara kita diselubungi dengan banyak kes rasuah, justeru perubahan perlu dibuat dari pelbagai perspektif individu, korporat dan kerajaan bagi membendung kenaikan kes yang merunsingkan. Maka dengan itu, tata kelola yang baik (good governance) harus dibangunkan dan dipraktikkan dengan baik oleh semua pihak demi melestarikan negara dan kelangsungan pembangunan peradaban ini, selari dengan panduan dalam Surah Ar-Ra'd ayat 11 sebagaimana dalam slaid ini.

Tata kelola pemerintahan yang baik merupakan bentuk pengelolaan negara dan masyarakat yang bersandar pada kepentingan rakyat. Pemerintah dan masyarakat duduk bersama untuk membicarakan masalah-masalah yang dihadapi bersama dan sekaligus merencanakan bersama tentang sesuatu yang hendak dilakukan dan dikerjakan di masa mendatang.

Terdapat banyak jenis tata kelola yang baik yang diamalkan di pelbagai peringkat seperti kelompok, organisasi, kerajaan, komuniti dan individu. Namun, dalam perbincangan ini, kita akan memfokuskan kepada tata kelola korporat dan keinsanan. Contoh tata kelola keinsanan adalah berkelakuan baik dan bertanggungjawab ketika bermuamalah dengan Tuhan, sesama makhluk, alam sekitar dan lain-lain. Prinsip etika dalam diri individu memandu kepada tindakan dan perangai seseorang. Etika adalah nilai moral dan norma yang menjadi pedoman baik bagi suatu individu mahupun suatu kelompok dalam mengatur tindakan atau perilaku. Prinsip etika dalam diri individu memandu kepada tindakan dan perangai seseorang. Etika adalah nilai moral dan norma yang menjadi pedoman baik bagi suatu individu mahupun suatu kelompok dalam mengatur tindakan atau perilaku. Sekiranya kita memiliki prinsip etika yang baik, kita akan cenderung untuk berkelakuan baik atau melakukan aktiviti yang baik. Sekiranya seseorang memiliki prinsip etika yang buruk, dia akan cenderung untuk berkelakuan atau berperangai buruk dan melakukan aktiviti yang buruk.

Etika seseorang individu dipengaruhi oleh banyak faktor termasuklah faktor budaya, agama, persekitaran, institusi kerajaan dan sistem tadbir urus (governance) dalam sesebuah negara. Faktor-faktor inilah yang akan menentukan integriti seseorang individu. Seseorang akan mengamalkan rasuah disebabkan beliau tiada integriti. Kesempitan hidup, masalah kewangan, pengaruh kawan-kawan dan tekanan persekitaran tidak boleh dijadikan alasan untuk seseorang itu mengamalkan rasuah.

Asal-usul integriti daripada Kamus Oxford: Perkataan ini yang berakar umbi dari kata adjektif bahasa Latin 'integer' diguna pakai asalnya untuk menggambarkan keutuhan sesuatu struktur atau binaan. Pada tahun 1659, kosa kata ini diperluaskan penggunaannya untuk membezakan konsep benar dan salah dalam kehidupan manusia.

Definisi lain bagi integriti adalah kualiti kejujuran dan ketinggian prinsip moral yang dipegang oleh seseorang individu. Integriti turut ditakrifkan sebagai tahap konsistensi antara nilai moral yang dipegang seseorang individu dengan cerminan tingkah laku, perkataan atau perbuatan yang ditunjukkannya.

Analogi mengenai penilaian kendiri integriti adalah dengan membayangkan situasi di persimpangan lampu isyarat pada jam 2 pagi, ketika lampu merah menyala dan tiada sesiapa di situ kecuali diri anda sendiri.

Integriti individu bermaksud keselarasan antara apa yang dikatakan dan dikotakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang, dan kepentingan diri dan kepentingan umum. Integriti organisasi pula bermaksud tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan, sistem dan proses kerja serta pematuhan amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi sehingga menjadi budaya integriti.

Penjawat awam pula bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang diberi untuk kepentingan umum, tidak disalahgunakan untuk kepentingan diri. Beri keutamaan kepada kepentingan awam bila berlaku konflik. Konsep yang sama boleh diguna pakai dalam konteks sebagai pelajar, pensyarah, penghuni asrama, ahli masyarakat dan sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri.

Definisi oleh Pelan Integriti Nasional (PIN): Sebelum adanya Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 hingga 2023, PIN adalah dasar Kerajaan berkaitan integriti dan antirasuah. NACP 2019 sehingga 2023 telah memansuhkan PIN. Definisi Institut Integriti Malaysia adalah lebih terperinci mengenai integriti. Ia merujuk kepada semua sifat baik yang perlu ada pada seseorang individu atau organisasi.

C.S. Lewis adalah penulis terkenal dari United Kingdom. Beliau juga ahli akademi di Oxford University dan Cambridge University. Definisi C.S. Lewis adalah mudah iaitu melakukan sesuatu perkara yang betul walaupun tiada orang yang melihat. Definisi ini menekankan prinsip yang perlu ada pada seseorang individu, prinsip untuk sentiasa melakukan perkara yang betul pada bila-bila masa atau di mana sahaja, tidak akan terpengaruh dengan anasir tidak baik yang berada di persekitaran kita.

Integriti sering dikaitkan dengan ketinggian prinsip-prinsip moral yang menjadi cerminan peribadi setiap individu tanpa mengambil kira sama ada dilihat atau tidak. Kemahuan untuk melaksanakan suatu tugas 'without fear or favour' sebagai penjawat awam merupakan satu pendirian tegas yang wajib dihayati dan dipegang kuat oleh setiap penjawat awam secara umumnya.

Cuba berfikir sejenak, apa pandangan anda mengenai tahap integriti masyarakat di Malaysia? Eksperimen sosial ini dijalankan di Malaysia oleh pelajar Kia Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Tujuan untuk menguji masyarakat kita apabila melihat wang yang tercicir, iaitu yang sengaja dicicirkan. Kesimpulan daripada eksperimen ini, tahap integriti masyarakat kita masih rendah.

Adakah perbuatan yang berlaku di slaid berikutnya berintegriti atau tidak? Ini adalah contoh integriti yang terpaksa dilanggar kerana desakan hidup. Dalam keadaan terdesak, seseorang boleh melakukan apa sahaja, termasuk niatnya untuk memulangkan duit apabila sampai masanya, tetapi beliau sudah mencabar integriti diri. Jika kes ini diadukan dan ada pihak yang menyiasat, tindakan boleh diambil walau menggunakan apa sahaja alasan kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Desakan hidup tidak sama dengan jenayah. Dalam kes ini, sekurang-kurangnya individu ini boleh dimaafkan jika beliau memaklumkan perbuatannya mengambil wang masjid. Beliau berjanji untuk pulangkan semula. Jumlah yang diambil adalah kecil dan munasabah dengan alasan beliau mengambil wang itu.

Kesan akibat kemerosotan integriti dari sudut individu, kepimpinan, sistem dan prosedur, budaya dan struktur dan institusi. Diri sendiri menjadi benteng yang paling penting untuk melawan segala godaan dan ujian. Diri sendiri menjadi benteng yang paling penting untuk melawan segala godaan dan ujian. Manusia melakukan perbuatan tidak berintegriti kerana tunduk pada hawa nafsu dan ujian hidup.

Pemimpin wajib mempamerkan teladan terbaik (tone from the top). Pemimpin menjadi ikutan warga organisasi. Jangan menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, maksudnya pemimpin yang menyuruh anak buahnya berintegriti padahal dia sendiri pun tidak berintegriti. Pepatah Cina ada mengatakan bahawa buruk atau rosaknya ikan adalah dari kepalanya.

Sistem yang lemah membuka ruang berlakunya perbuatan tidak berintegriti. Untuk mengukuhkan integriti sistem dalam organisasi, mesti mampu mencegah daripada berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Contohnya, proses pengurusan perolehan yang tidak mempunyai mekanisme semak dan imbang mesti dibaiki.

Budaya yang tidak elok boleh merosakkan organisasi. Amalkan budaya integriti di dalam organisasi. Patuhi segala peraturan yang berkuat kuasa. Budayakan melakukan perkara yang betul walau tiada mata yang melihat. Contohnya, mematuhi peraturan tidak merokok di kedai makan, mematuhi peraturan jalan raya seperti memberi lampu isyarat untuk membelok, peraturan pejabat seperti etika berpakaian dalam waktu makan dan lain-lain.

Struktur yang tidak kemas dan lapuk boleh melemahkan sistem dan prosedur, seterusnya membuka ruang berlakunya rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Faktor-faktor berlakunya perbuatan rasuah dan salah guna kuasa boleh dibahagikan kepada faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman adalah seperti tiada integriti, tamak, suka diraikan, hidup mewah. Faktor luar pula ialah seperti tekanan hidup, desakan atau pujukan kontraktor, taktik kontraktor berbaik-baik dengan orang tertentu, tawaran demi tawaran rasuah.

Slaid berikut adalah beberapa kes menarik yang berkaitan isu integriti dan tadbir urus. Kes sebenar ini boleh menjadi iktibar kepada semua pihak, bukan bertujuan untuk memalukan atau membuka aib mana-mana pihak. Integriti bukan sahaja memberi kesan kepada pelaku, namun juga kepada mangsa dan pihak ketiga.

Dalam kes seperti ini, dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2012, seorang petugas Bernas telah tidak jujur dengan menyeleweng pemberian subsidi baja kepada pesawah yang layak. Dilaporkan bahawa penerima baja berkenaan bukan dari golongan pesawah yang layak.

Integriti juga dicabar dalam mendapatkan pekerjaan dan naik pangkat. Dalam kes siasatan SPRM, pernah seorang bekas pengurus kilang didenda selepas mengaku bersalah memalsukan dokumen bagi tujuan memohon kerja.

Kes Pengarah Veterinar Negeri, Datuk Dr. Nor Soraya Noram didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan pada 15 Januari 2013. Mahkamah Sesyen bebas bebaskan tertuduh pada 21 Februari 2014. Mahkamah Tinggi ketepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan menjatuhkan hukuman 4 tahun penjara dan denda RM10,000 pada 29 Januari 2015. Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman sabitan. Tertuduh dihukum penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM10,000.

Kes ini melibatkan seorang pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Bagaimanapun, tertuduh dalam kes ini dilapor dilepaskan oleh Mahkamah. Perbuatan pegawai tersebut amat tidak berintegriti kerana mengambil kesempatan terhadap golongan yang memerlukan iaitu ibu tunggal yang miskin.

Kes Penolong Pengurus Hartanah dan Prasarana Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Kes ini didakwa pada 18 November 2014 di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah.

Contoh perbuatan yang bukan sahaja tidak berintegriti tetapi salah di sisi undang-undang. Bayangkan, sebelum kes ini terbongkar, berapa ramai individu yang telah berjaya memperoleh ijazah beli? Kejadian ini berlaku pada tahun 2011. Pertuduhan bagi kes di atas adalah mengikut Seksyen 471.

Integriti dalam institusi agama juga tidak terikat begitu sahaja. Pelbagai latar belakang mereka yang terlibat dengan isu pelanggaran integriti dan rasuah. Jika melihat contoh ini, tertuduh merupakan CEO kepada Pusat Zakat Pulau Pinang, didakwa menyeleweng wang zakat. Kes menjadi perhatian umum kerana individu bertopengkan institusi agama yang mulia dan tidak sepatutnya terlibat dengan isu pelanggaran integriti. Namun, manusia tidak kira latar belakang memang boleh dibeli maruahnya apabila melibatkan wang dan harta. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan. Iktibar daripada kes ini adalah apabila ada ujian sebegini, hanya integriti yang menjadi pertahanan seseorang individu itu.

Kita mesti mengetahui tahap risiko rasuah di tempat kerja. Untuk idea yang berikutnya, sekiranya anda bekerja di sektor atau bidang ini, adakah anda mempunyai risiko tinggi untuk terjebak dengan rasuah dan salah guna kuasa? Oleh sebab itu, anda perlu lebih berhati-hati.

Bidang pekerjaan yang berkaitan dengan pengurusan kontrak dan tender amat berisiko kerana anda berhadapan dengan kontraktor dan pembekal yang cuba mendapatkan projek walau dengan apa cara sekalipun. Anda juga mempunyai kuasa tertentu yang boleh disalah guna untuk kepentingan anda dan keluarga.

Bidang pekerjaan yang berkaitan dengan pengurusan pembelian dan pembekalan. Bidang pekerjaan yang berkaitan dengan pengurusan pembelian dan pembekalan. Sama juga, anda mempunyai kuasa tertentu yang boleh disalah guna atau diseleweng untuk kepentingan anda dan keluarga.

Bidang pekerjaan yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan penyeliaan juga berisiko kerana kuasa dan budi bicara yang anda miliki. Anda mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan. Anda juga boleh melepaskan atau tidak ambil tindakan sekiranya anda mahu.

Bidang pekerjaan yang berkaitan dengan pengurusan harta dan aset pejabat juga berisiko kepada penyalahgunaan harta atau aset pejabat. Anda boleh memanipulasi rekod harta dan aset pejabat untuk faedah anda. Anda berpotensi menyalah guna harta atau aset pejabat untuk diri sendiri.

Integriti bukan hanya sekadar perkataan. Integriti mesti dibudayakan. Negara seperti New Zealand dan Finland menjadikan integriti sebagai budaya. Budaya integriti mesti bermula daripada sekecil-kecil perbuatan sehingga perkara yang besar. Contohnya, menjaga masa, tidak mencuri tulang, tidak mengambil hak orang dan sentiasa menghormati orang lain.

Bersihkan hati, jaga tingkah laku, elakkan melakukan perkara-perkara yang salah. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Tanggungjawab membentuk integriti mesti bermula dari rumah. Ibu bapa mesti mempamerkan percakapan dan perbuatan yang baik kepada anak. Ibu bapa tidak boleh melepaskan tanggungjawab membentuk keperibadian anak-anak kepada guru semata-mata.

Semua agama mengajar penganutnya untuk mengamalkan nilai-nilai murni. Tiada agama membenarkan perbuatan yang salah seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Agama tidak menghalang untuk menjadi kaya raya. Apa yang penting, kekayaan bukan diperoleh melalui jalan yang salah. Setiap individu mesti berusaha mencari rezeki yang halal.

Ilustrasi ini menggambarkan realiti masyarakat kita. Kita hanya melihat halal atau haram kepada fizikal makanan sahaja. Hasil yang diperoleh secara haram adalah haram. Sekiranya harta diperoleh melalui jalan jenayah seperti rasuah, harta tersebut boleh dirampas mengikut undang-undang.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan integriti penjawat awam. Isu dalam perkhidmatan awam yang utama bukan ketiadaan peraturan atau undang-undang, tetapi isu utama adalah ketidakpatuhan kepada peraturan dan undang-undang tersebut. Negara kita mempunyai terlalu banyak peraturan dan undang-undang dalam pelbagai perkara. Banyak undang-undang yang tidak atau kurang dikuatkuasakan. Contohnya, peraturan mengenai merokok di tempat awam, membuang sampah bukan pada tempatnya, penggunaan parkir OKU dan lain-lain lagi.

Antara inisiatif penting yang diperkenalkan oleh kerajaan paling baharu adalah Jawatankuasa Khas Mengenai Antirasuah (JKKMAR) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Jawatankuasa Rasuah G yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 hingga 2023. Ia merupakan dasar negara berkaitan antirasuah. Dasar lima tahun ini mesti digerakkan oleh semua agensi, bukan sahaja terletak pada SPRM semata-mata.

Dasar Kerajaan berkaitan antirasuah yang terbaharu yang menggantikan NACP adalah Strategi Antirasuah Nasional (NACS) 2024 sehingga 2029. Dasar lima tahun ini mesti digerakkan oleh semua agensi, bukan hanya terletak kepada SPRM semata-mata. Dasar Kerajaan berkaitan antirasuah yang terbaharu yang menggantikan NACP adalah Strategi Antirasuah Nasional (NACS) 2024 sehingga 2029. [Muzik]