Transcription
Lailahaillallah Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah Muhammadur Rasulullah.
Ampun Tuanku, ampun Tuanku. Pejabat Istana Negara pada pagi ini, walaupun kita tidak dibenarkan masuk ke pejabat, walaupun kita berjaya menyerahkan di pintu tiga pada hari ini. Dan Alhamdulillah, kita cukup terima kasih dan kita rasa berbahagia kerana pada pagi ini juga Tun Mahathir dapat bersama-sama dengan kita. Ini menunjukkan bagaimana keprihatinan Tun terhadap nasib bangsa dan rakyat pada hari ini. Jadi Insya-Allah, saya akan bacakan tentang kandungan utama memorandum kita yang kita serahkan kepada pihak istana pada pagi ini. Ada lebih kurang lapan perkara yang akan saya bacakan, manakala yang lain Insya-Allah kita akan terbitkan ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian boleh rujuk kepada Facebook ataupun media sosial yang kita akan paparkan nanti, Insya-Allah.
Ampun Tuanku semua, patik mohon sembah, patik mohon diampun. Izinkan patik-patik semua menukilkan keadaan rakyat dan menyatakan perkara-perkara yang menjadi kerisauan rakyat sekalian.
Yang pertama, rakyat berasa terguris di atas kebiadapan Perdana Menteri dan sebahagian pemimpin negara yang menghina Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mengheret kepada isu rasuah yang sepatutnya tidak berlaku, dan ini telah mencemarkan kedudukan Tuanku dan negara keseluruhannya.
Yang kedua, kadar bunuh diri terutamanya di kalangan orang-orang Melayu sedang meningkat naik disebabkan oleh tekanan ekonomi. Ada yang terpaksa membunuh anak sendiri, ada yang membunuh diri, ada yang membunuh ibu bapa sendiri. Keadaan ekonomi yang semakin parah menyebabkan rakyat semakin menderita. Harga asas [Musik] perlu disusuli dengan tindakan yang tuntas dari pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah ekonomi rakyat.
Ketiga, hari ini dunia telah meragukan negara disebabkan oleh tingkah laku pemimpin yang tiada integriti dalam menguruskan negara dan tidak mampu menyelesaikan di atas pertelingkahan yang berlaku kepada pencabulan kuasa-kuasa Raja Melayu. Tindakan-tindakan mahkamah semakin menjadi-jadi dan semakin tidak terkawal. Umat Islam dan anak-anak mualaf Islam dimurtadkan melalui keputusan-keputusan mahkamah. Kuasa-kuasa perundangan syariah yang merupakan kuasa raja-raja Melayu dimansuhkan satu persatu. Ini secara tidak langsung menghinakan institusi raja-raja yang menaungi agama Islam. Dalam masa yang sama, pemimpin negara pula dilihat lepas tangan dan ini sangat menyakitkan umat Islam.
Media melaporkan penglibatan langsung pihak-pihak ejen asing ke atas negara ini amat-amat membahayakan keselamatan negara termasuk kedudukan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan raja-raja Melayu.
Keenam, penghinaan kepada kestabilan kemakmuran negara semakin tergugat dan tegang akibat penghinaan yang berlaku ini.
Yang ketujuh, kefahaman liberalisme, pluralisme dan pasca-normal yang dibawa oleh sebahagian pemimpin semakin mengakar di kalangan rakyat. Natijahnya akan membawa kepada keruntuhan institusi raja dan Agama Islam.
Kelapan dan terakhir, pemaksaan perubahan-perubahan dasar, struktur-struktur asas, cabang-cabang perundangan dan kehakiman sehingga menjejaskan kepentingan sah Melayu dan Islam yang dinaungi oleh Tuanku Melayu semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal.
Jika dibiarkan berterusan, asas negara ini sebagai sebuah negara dengan asas Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan dan raja-raja Melayu sebagai ketua negara ini akan menjadi amat membimbangkan.
Kegagalan kerajaan ini menguruskan pelbagai isu dan perkara serta meletakkan rakyat-rakyat di bawah Tuanku di dalam situasi tertekan secara ekonomi, emosi dan kesejahteraan perlu ditangani dengan segera.
Amanat yang dikurniakan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-10 untuk mentadbir kerajaan Ke Bawah Duli Yang Mulia Tuanku bagi menjaga kebajikan negara dan rakyat, kedaulatan agama Islam dan Melayu nyata gagal. Ia membawa jatuh maruah dan keikhlasan Ke Bawah Duli Yang Tuanku yang telah mengamanahkan kuasa ini untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan negara dan rakyat terbela dan terjaga.
Memandangkan perkara ini merupakan sesuatu yang terlalu serius dan kritikal, maka kami patik-patik rakyat jelata sekalian merafak sembah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk mempertimbangkan tindakan yang wajar diambil atas kebijaksanaan Tuanku terhadap kepimpinan negara sekarang ini.
Berhimpun ini hak rakyat, Artikel 10 Perlembagaan Malaysia menjamin. Jadi saya antara pihak yang melontarkan rakyat perlu berhimpun bersama-sama, bukan parti-parti politik juga mobilisasi. Jadi ini anjuran rakyat dan saya tidak merasakan sebarang kesalahan.
Cuba tengok rakyat datang dengan aman, ya. Orang ramai ini hanya separuh, separuh lagi tertinggal di bawah kerana, okey, sekejap, sidang media sedikit sahaja, ya. Kita aman dan separuh tinggal di bawah kerana mereka ada warga emas dan sebagainya, tidak boleh naik ke atas, dan kita, kita okey, kita ke belakang sedikit.
Okey, jadi persoalannya ialah ini adalah anjuran rakyat Malaysia dan tidak ada masalah, itu hak rakyat. Dan semenjak bila semua benda perlu rigid dan kita mengharapkan kerjasama dan terus kebangkitan rakyat ini berterusan.
Er, okey, ya, nak saya, Cikgu, tolong kerjasama, tolong kerjasama dengan... Okey, Cikgu, tolong kerjasama. Ini senario negara, ini senario negara.
Tuan-tuan, Tuan, Tuan, Tuan, sekejap. Tuan, Tuan, sekejap. Tuan, sekejap. Minta tolong, Tuan, kenapa awak tutup jalan trafik? Apa masalah awak tutup jalan? Tuan, awak tutup jalan atas jalan raya, atas jalan raya. Tidak mahu lagi atas jalan raya.
Minta tolong, minta sini, tidak boleh. Jadi saya pun nak berhentikan sidang media dah tadi, kan? Tapi tidak apalah, bagi saya mereka pun panas, mereka rasa tertekan. Bagi saya, tidak ada masalah, cuma kita bercakap persoalan hak rakyat. Rakyat berhak menyatakan pandangan dan pendapat. Sebegitu juga, apa namanya ini, puak-puak yang bersama dengan Anwar Ibrahim, anjuran ini juga ada hak untuk menyatakan pandangan dan pendapat.
Cuma masalah Malaysia sekarang ada tiga. Pertama sekali, keadaan ekonomi yang sangat teruk sampai orang berterabur bunuh diri. Hari ini, orang bunuh diri banyak.
Yang ketiga, yang kedua, apa dia? Penyalahgunaan kuasa daripada SPRM sampailah kuasa MCMC malam tadi. Apabila puluh ribu berada dalam siaran langsung TikTok Az, contohnya, tiba-tiba kesemua akaun Mohammad Azri dipadamkan. Kemudian beralih ke Salim pun dipadamkan, akaun saya dipadamkan. Jadi ini adalah salah guna kuasa MCMC.
Ini dibayar dengan gaji dan wang rakyat. Janganlah kamu tindas dan pergunakan MCMC sebegitu rupa. Kan? Anwar Ibrahim. Yang ketiga ialah kerana negara ini tidak stabil, perkauman menjadi besar. Apa namanya ini, mereka cabar kontrak sosial, dan ini adalah kerana agenda Anwar yang serakah kuasa, Zahid yang sanggup jadi kuda kerana hendak menyelamatkan diri, dan DAP yang mengambil kesempatan di atas kesemua ini untuk menghancurkan negara ini.
Jadi kerana itu, bagi saya ialah kita rakyat, buanglah baju politik kita, kita bercakap soal kestabilan negara. Kan? Dan kalau Anwar Ibrahim tidak puas hati sangat dan dia ini reformasi-reformasi, reformasi munafik, reformasi yang penuh penipuan, yang penuh penipuan.
Kita cabar Anwar Ibrahim, kalau kamu berani, kamu bubar sahaja, kan? Kita bertanding balik pilihan raya, kalau kamu benar-benar anak jantan. Dan hari ini ternyata majoriti rakyat Malaysia sedang menolak Anwar Ibrahim itu. Buatlah tinjauan apa pun, kajian apa pun, majoriti rakyat Malaysia bukan sahaja Melayu Islam yang sangat-sangat terkesan, tetapi Cina, India dan sebagainya daripada segi ekonomi mula rasa tekanan dan mula rasa kesan terhadap perkara [Musik] tersebut.