Transcription
Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Moham Nor akan memberikan penerangan mengenai modul Kian ini. Saya akan menerangkan secara ringkas modul, iaitu bagaimana melaporkan kes rasuah, langkah pencegahan yang telah atau sedang diambil, serta inisiatif kerajaan berkaitan dengan pencegahan rasuah.
Tahukah anda bahawa gagal melapor kes rasuah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta SPRM 2009? Ya, anda wajib dan bertanggungjawab untuk melaporkan kes rasuah jika ada tawaran atau pemberian yang diketahui. Gagal melapor boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya sekali. Adik-adik juga wajib dan bertanggungjawab untuk melaporkan kes rasuah melibatkan pemintaan dan penerimaan yang diketahui. Gagal melapor boleh dikenakan tindakan tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Sebagai contoh, satu kes di mana lima orang penjawat awam didakwa kerana gagal melapor rasuah dan telah dikenakan denda sebanyak RM1,500 hingga RM2,000 seorang setelah sabit kesalahan. Satu lagi contoh kes di mana seorang bekas eksekutif sebuah syarikat swasta telah didenda RM7,000 kerana gagal melapor rasuah berkaitan dengan perolehan tender.
Apa yang penting dalam melapor kes rasuah? Terdapat lima perkara yang perlu ada dalam setiap laporan kes rasuah, iaitu: Tarikh, masa dan tempat kejadian; identiti pemberi atau penerima atau orang tengah yang terlibat; apa kes yang berlaku dan kenal pasti siapa yang terlibat; saksi-saksi yang terlibat dan mengetahui berkaitan kes tersebut; dokumen yang berkaitan.
Bagaimana nak melaporkan kes rasuah? Terdapat beberapa saluran yang disediakan bagi melaporkan kes rasuah seperti tertera di skrin. Sistem Pengurusan Aduan ataupun CMS platform untuk orang ramai membuat aduan berhubung kes-kes rasuah secara online. Sistem yang membolehkan pengadu menyemak status aduan mereka. Aduan juga boleh dibuat melalui 'Mac Mobile' yang boleh dimuat naik dalam Apple Store, Google Play, atau Windows Phone Store.
Kerahsiaan pemberi maklumat, iaitu perlindungan asas kepada pemberi maklumat. Setiap aduan adalah dirahsiakan sehingga kes dituduh di Mahkamah, manakala identiti pemberi maklumat tetap dirahsiakan dan tidak akan didedahkan walaupun kes telah dituduh di Mahkamah. Pemberi maklumat dan saksi SPRM akan dilindungi.
Apakah maksud pemberi maklumat dan saksi? Pemberi maklumat adalah pemberi maklumat yang mendedahkan secara rahsia sesuatu perbuatan rasuah, tidak terlibat secara aktif dalam sesuatu perbuatan rasuah, pendedahan dibuat berdasarkan kepercayaannya yang munasabah, perlu menjadi saksi atau tidak perlu menjadi saksi di Mahkamah, dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Perlindungan Akta Pemberi Maklumat 2010 akan memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat dari segi kerahsiaan identiti, kebal daripada tindakan sivil, jenayah atau tindakan tatatertib akibat daripada pendedahan, dan perlindungan terhadap perkara yang memudaratkan jika pemberi maklumat diambil tindakan, dengan syarat pemberi maklumat sedia dikenali oleh pegawai SPRM.
Saksi pula adalah orang yang mempunyai pengetahuan langsung melalui penglihatan, pendengaran dan penglibatannya dalam sesuatu perbuatan jenayah, akan menjadi saksi pendakwaan di Mahkamah, dan akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi Tahun 2009. Saksi yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi Tahun 2009 pula akan disediakan bentuk perlindungan seperti tempat tinggal, memohon untuk mewujudkan identiti baru, memberikan pembayaran sara hidup, dan apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai.
Seterusnya adalah langkah-langkah pencegahan rasuah. Terdapat lapan panduan untuk elak daripada perbuatan rasuah:
1. Panduan tolak rasuah adalah jangan katakan 'ya' pada tawaran.
2. Yang pertama, sentiasa berhati-hati dengan pujian yang diberikan.
3. Yang ketiga, jangan sesekali menampakkan perbuatan atau tingkah laku yang menggambarkan seolah-olah kita yang meminta-minta.
4. Yang keempat, jangan membiasakan diri menerima sebarang bentuk kerakian daripada mereka yang mempunyai urusan rasmi dengan kita, walaupun sekadar belanja minum.
5. Yang kelima, elakkan perhubungan yang terlalu rapat dengan pihak syarikat yang mempunyai urusan rasmi dengan kita.
6. Yang keenam, tolak tawaran atau pujukan dengan tegas.
7. Yang ketujuh, elakkan perbincangan mengenai hal peribadi atau keluarga dengan mereka yang mempunyai urusan rasmi dengan kita.
8. Dan yang terakhir adalah berkawan dengan orang yang jujur dan boleh menasihati serta membimbing kita.
Berikutnya saya menerangkan mengenai inisiatif-inisiatif pencegahan rasuah yang telah dilaksanakan atau yang akan dilaksanakan.
Pertama, Pelan Anti-Rasuah Nasional bermula tahun 2019 hingga 2023. Pelan 5 tahun ini dilancarkan pada 29 Januari 2019 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pelan ini merupakan dasar dan arahan kerajaan berkaitan pencegahan rasuah. Terdapat enam bidang keutamaan, 17 objektif strategik, dan 115 inisiatif.
Pusat Governance Integriti dan Anti-Rasuah Nasional telah ditubuhkan pada 1 Jun 2018, berfungsi menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan governance, integriti, dan pencegahan rasuah.
Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Rasuah (JKKMar) bagi menggantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMK). Peranannya adalah menentukan dasar dan hala tuju governance, integriti, dan anti-rasuah negara, memantau pelaksanaan Pelan Anti-Rasuah Nasional (NSP) 2019-2023. Mesyuarat JKKMar dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) menggantikan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU). JAR diwujudkan di semua Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun. JAR peringkat kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN). Fokus perbincangan iaitu isu integriti, rasuah, dan tadbir urus di semua peringkat pentadbiran kerajaan.
Pengisytiharan harta oleh anggota pentadbiran dan ahli parlimen boleh dibuat pada pautan mydeclaration.sprm.gov.my. Wajib isytihar harta, harta tambahan, dan pelupusan harta semua milik ahli parlimen, isteri, suami, anak, dan pemegang amanah. Portal Pengisytiharan Harta dibangunkan oleh SPRM bagi memaparkan pengisytiharan harta oleh anggota pentadbiran dan ahli parlimen.
Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP). OACP bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governance, integriti, dan isu rasuah dalam organisasi. Pembangunan OACP adalah mandatori sepertimana arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Nombor 1 Tahun 2018 Siri N Tahun 2019. Strategi 2: Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam. Strategi 6: Memupuk Tadbir Urus Baik dalam Entiti Korporat.
Unit Integriti di Agensi Awam. Perkeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 penubuhan unit integriti di semua agensi awam. Arahan kerajaan agar semua agensi awam menubuhkan unit integriti, bertindak sebagai 'focal point' kepada pengurusan isu-isu integriti dan rasuah. UI juga merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi bagi mencegah perlakuan rasuah secara keseluruhannya. 887 UI ditubuhkan di agensi awam.
Unit Integriti dan Governance di Syarikat Berkaitan Kerajaan. Arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Nombor 1 Tahun 2018 Siri 2 Nombor 1 Tahun 2019 penubuhan unit integriti dan governance (IGU) syarikat berkaitan kerajaan. Syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Kementerian, agensi kerajaan, termasuk di bawah kerajaan negeri. Berkuat kuasa pada 5 Oktober 2018. Peranan utama IGU meningkatkan tadbir urus GLC melalui pembudayaan integriti, menolak segala bentuk rasuah.
Peruntukan Liabiliti Korporat. Seksyen 17A Akta SPRM 2009 bermaksud syarikat boleh didakwa sekiranya membenarkan kakitangannya menggunakan rasuah untuk mendapatkan sesuatu kontrak atau projek. Berkuat kuasa pada 1 Jun 2020, bertujuan meningkatkan tadbir urus sektor korporat dan menggalakkan perniagaan dijalankan secara bersih.
ISO 37001 Anti-Bribery Management. Dilaksanakan mulai 15 Oktober 2013, merupakan standard antarabangsa berkaitan pencegahan rasuah. Menetapkan polisi dan prosedur kepada organisasi untuk menangani dan mencegah rasuah. NSP 2019-2023, agensi kerajaan dan swasta digalakkan mendapatkan persijilan ABMS.
Corporate Integrity Pledge (CIP) ataupun CIP merupakan komitmen syarikat untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil, telus, dan bebas daripada rasuah. Syarikat boleh menyertai CIP melalui portal Corporate Integrity System Malaysia (CISM) di alamat cism.sprm.gov.my. Tujuh inisiatif CISM yang perlu dilaksanakan adalah: kepimpinan, kod etika, polisi mengenai pencegahan rasuah, pengurusan risiko rasuah, latihan dan komunikasi, penilaian prestasi, pelaporan pencegahan rasuah.
Penawaran Kursus Integriti dan Anti-Rasuah (KIA) di IPT. Keputusan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Rasuah (JKKMar) Siri 14, 19 April 2021. KIA ditawarkan sebagai subjek elektif peringkat sijil, diploma, dan sarjana muda di semua institusi pengajian tinggi mulai tahun 2021 dan seterusnya. KIA diperkasa untuk ditawarkan sebagai salah satu kursus mata pelajaran Pengajian Umum (MPU) mulai tahun 2023, melibatkan 595 IPT di seluruh negara.
Ikrar Bebas Rasuah. Memastikan kepimpinan organisasi bebas daripada rasuah secara sukarela berteraskan konsep kepimpinan melalui teladan. Aku janji dalam ikrar adalah:
1. Akan mematuhi undang-undang, peraturan, dasar negara berkaitan rasuah.
2. Akan membenci dan menolak rasuah.
3. Tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk rasuah.
4. Akan memastikan kakitangan-kakitangan tidak terlibat dalam rasuah.
5. Akan melaporkan kepada SPRM sebarang bentuk perlakuan rasuah.
Inisiatif-inisiatif lain: Mahkamah Khas Mengenai Rasuah, pendakwaan dan kes rasuah dalam tempoh setahun, pangkalan data pesalah rasuah, potongan cukai kepada syarikat yang melaksanakan program kemasyarakatan berkaitan integriti dan anti-rasuah, portal MyUR, garis panduan tindakan ke atas sokongan yang diterima daripada pemimpin kerajaan, individu berpengaruh atau mana-mana orang mengenai sesuatu urusan kerajaan. Integriti dalam perolehan kerajaan.
Dalam modul ini adalah aktiviti bincang dan kahar per sesi kes rasuah. Bincangkan usaha pencegahan rasuah yang dilaksanakan di peringkat IPT. Semoga dengan penerangan dari saya ini dapat membantu pelajar-pelajar untuk memahami apa yang terkandung di dalam Modul Kesembilan ini. Terima kasih dan jumpa lagi.