📱

Get Our Mobile App

Take your business learning on the go!

Download on the App StoreGet it on Google Play

Pengenalan Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR)

Skor MPU3:38

Transcription

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Apa khabar Tuan Puan?

Tuan Puan, video pada kali ini mengutarakan tentang kandungan yang terdapat dalam kursus integriti dan anti rasuah ataupun Kia. Tuan-tuan, Malaysia ini adalah rumah kita semua. Sebagai satu analogi, bila kita ada rumah, maka kita akan jaga rumah kita. Kita akan pertahankan rumah kita daripada anasir-anasir buruk yang datang daripada luar mahupun daripada dalam.

Maka, bertitik tolak daripada itu, Jabatan Pengajian Tinggi telah menjadikan kursus integriti dan antirasuah sebagai suatu kursus mata pelajaran pengajian umum bermula pada tahun 2021. Pada waktu itu, dimulakan sebagai kursus elektif, tetapi telah menjadi satu kursus yang wajib bermula semester 1 2023/2024. Ini datangnya daripada satu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Antirasuah pada tahun 2021. Itu dari segi sejarahnya.

Kita lihat pula, tuan-tuan, dari segi kandungan kursus ini. Tuan-tuan, kursus ini mengutarakan tentang konsep integriti dan konsep antiasuah. Kursus ini juga memberikan pengenalan dari segi apakah antara agensi-agensi yang terlibat secara langsung tentang pencegahan rasuah serta pembudayaan integriti di negara kita.

Kursus ini turut mengetengahkan Akta SPRM 2009, yang mana kandungan-kandungan dalam akta itu merupakan satu perkara yang penting sebagai satu pengukuhan integriti dan pembudayaannya dalam kalangan masyarakat. Kalau kita lihat juga, kandungan kursus ini juga adalah termasuk kepada jenayah kolar putih serta kesalahan yang berkaitan dengan liabiliti korporat. Maka, kursus ini juga turut memasukkan elemen bagaimana kita nak melaporkan rasuah, apakah langkah-langkah pencegahannya, serta bagaimana untuk kita membudayakan integriti.

Tuan-tuan, bertitik tolak daripada itu, maka kita lihat kenapa kita perlu belajar kursus integriti dan antirasuah ini. Tuan-tuan, pertama, integriti dan tadbir urus merupakan satu elemen yang dominan kepada pembangunan negara. Selain daripada itu, kestabilan politik, kestabilan ekonomi, kestabilan sosial juga didasari oleh nilai-nilai integriti masyarakat. Kerana, kalau kita lihat kesediaan masyarakat, kecaknaan masyarakat kepada isu-isu yang berkaitan dengan integriti dan antirasuah dapat mengelakkan daripada rasuah terus membarah dalam masyarakat.

Maka, tuan-tuan, ayuh kita bersama-sama kita belajar betul-betul kursus ini untuk kita lihat, untuk ia agar ia menjadi satu membentuk jati diri kita kepada pembudayaan integriti. Bersama saya Dr. Mohamad Shamsi Nor bin Abdul Aziz dalam video-video siar yang akan datang. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bye.