Transcription
[Muzik] Baik. Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani. Salam pendidikan bermutu. Insan terdidik negara sejahtera. Salam sinergi Tuaran cemerlang. Kalau bukan kita siapa lagi? Pada hari ini kita sangat bertuah kerana kita bersama-sama dengan Tuan Awang Seman Awang Tahir yang merupakan pegawai pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran untuk bercakap, mengulas dan juga merungkaikan ya, satu lagi topik yang sedang hangat diperkatakan di negara tercinta kita Malaysia, iaitu berkaitan tentang RPM 2026 hingga 2027. Tapi sebelum itu, apa khabar Tuan Awang? Alhamdulillah baik Dr. Stanley. Selang setahun kita bertemu sekali lagi dalam podcast SJI Tuaran Cemerlang. Ya betul ya. Dan pada hari ini kita akan bercakap berkaitan tentang RPM 2026 hingga 2035. Jadi, Tuan Awang, mungkin Tuan Awang boleh berkongsi dengan para penonton ya, berkaitan tentang RPM ini. Apakah latar pelaksanaan RPM 2026 hingga 2035 ini? Tuan Awang, terima kasih.
Dr. Stanley, Rancangan Pendidikan Malaysia adalah merupakan kesinambungan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah berakhir pada tahun 2025 dan RPM adalah satu rancangan pendidikan jangka panjang yang mengambil masa 10 tahun untuk kita melakukan transformasi pendidikan, untuk kita mereformasikan sistem pendidikan negara. Keperluan untuk kita membuat transformasi pendidikan ini adalah untuk memastikan sistem pendidikan kita ini, Dr. Stanley, sentiasa relevan dan juga untuk kita pastikan bahawa sistem pendidikan kita ini sentiasa berdaya tahan dan mampu melahirkan modal insan yang bertaraf dunia. Sistem pendidikan tidak boleh statik, ia mesti sentiasa dinamik dan perlu dinilai dari masa ke masa. Jadi kalau ada ungkapan-ungkapan daripada luar, permintaan-permintaan dari luar sana untuk meminta sesuatu, pelaksanaannya itu tidak mungkin boleh dibuat dalam bentuk yang sebegitu singkat, memerlukan kajian-kajian lama, kajian-kajian yang jangka panjang untuk memastikan rancangan pendidikan Malaysia yang kita buat ini benar-benar dapat memenuhi keperluan dan keperluan negara di taraf antarabangsa.
Untuk RPM 2026 dan 2035 ini, ada terdapat tujuh teras yang terkandung dalam RPM itu dan lima fokus, lima ciri murid yang akhirnya untuk memastikan RPM ini dapat menghasilkan insan sejahtera. Kalau kita lihat kepada model itu, di tengah-tengahnya itu insan sejahtera, kan? Dan apakah ciri murid insan sejahtera itu terkandung dalam lima kriteria? Antaranya murid yang beradab, yang berilmu, berkemahiran dan sebagainya. Dan tema yang diangkat untuk RPM ini adalah merapatkan jurang, meningkatkan mutu, dan meraih kejayaan bersama. Tema ini menunjukkan sinergi seluruh warga pendidikan dan seluruh pihak berkepentingan untuk kita memastikan RPM ini berjaya mencapai aspirasi yang dihasratkan. Hmm. Jadi, Tuan Awang, bercakap tentang RPM ini, apakah matlamat akhir untuk rancangan pendidikan Malaysia ini, Tuan Awang?
Matlamat akhir RPM 2026-2035 adalah akhirnya atau pada akhirnya ialah kepada murid itu sendiri. Ya, kita mahu menghasilkan murid yang sejahtera yang dipanggil insan sejahtera. Hal ini bertepatan dengan falsafah pendidikan kebangsaan, iaitu untuk memastikan murid-murid yang kita hasilkan itu seimbang dari segi JERISnya, jasmaninya, emosinya, rohani, intelek dan sebagainya. Dan itulah yang dimaksudkan dengan insan sejahtera. Dalam konteks RPM ini, insan sejahtera itu dicirikan dengan beberapa ciri. Yang pertama, insan sejahtera itu mestilah insan atau murid yang beradab, yang bersopan santun, yang pandai bertimbang rasa kepada rakan-rakannya di sekolah, yang dapat menjiwai nilai-nilai murni, yang mempunyai adab yang baik. Dan pada masa yang sama akhirnya kita akan dapat menghasilkan satu warga negara yang bertanggungjawab. Dan adab ini sangat penting yang merupakan asas kepada setiap manusia. Jadi ciri yang pertama murid yang kita hasilkan daripada RPM ini mesti beradab, tinggi adab.
Yang kedua, murid itu juga mesti mempunyai ilmu. Maknanya berilmu. Sama ada dia berilmu daripada segi akademik ataupun perkara-perkara yang di luar akademik. Murid tidak boleh hanya terikat kepada pengetahuan-pengetahuan akademik semata-mata tanpa mengetahui perkembangan-perkembangan semasa. Jadi murid yang kita harapkan dalam RPM ini juga selain daripada beradab, dia mesti berilmu. Berilmu. Dan selain daripada itu, murid itu juga mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Kita tidak mahu murid-murid yang kita hasilkan dalam RPM ini yang hanya sekadar menerima tanpa boleh menganalisis, tanpa boleh berfikir jangka panjang dan tidak boleh hanya boleh menerima bulat-bulat. Betul. Kalau berlaku contoh di media sosial, perkara-perkara yang tersebar, kita tidak mahu dia begitu mudah untuk percaya. Dia menganalisis, dia mempertimbangkan segala sudut maklumat. Itu yang kita mahu. Dan pada masa yang sama juga dalam konteks berilmu itu, murid-murid yang kita mahu hasilkan, insan yang kita mahu hasilkan itu faham tentang kandungan pembelajaran semasa di bilik darjah. Dia faham kandungan pembelajaran. Dia tahu apa matlamat pembelajaran itu berlaku. Dan selepas itu dia boleh mengaplikasikan pembelajaran itu di luar. Itu dari segi berilmu.
Yang ketiga, insan sejahtera itu juga perlu mempunyai ciri yang berkemahiran. Apa yang dia perlu mahir? Yang pertama, kemahiran secara praktikal. Kemahiran dia berkomunikasi, kemahiran bersosialisasinya itu praktikal. Dan juga dari segi kemahiran-kemahiran teknikal. Kalau seseorang murid itu contoh belajar dalam bidang teknik vokasional, dia mungkin kalau ada setakat paip yang pecah, yang bocor, dia boleh menggunakan kemahiran itu untuk membaiki paip itu. Kalau setakat lampu itu terbakar, dia tahu apa puncanya. Dia boleh menukar mentol. Jangan kita terlalu mengharapkan sikit-sikit rosak, panggil pekerja. Padahal perkara-perkara itu adalah asas dalam kehidupan kita. Itu ya, insan murid yang kita mahu hasilkan berkemahiran daripada segi praktikal dan teknikal. Selain itu, mereka juga perlu mempunyai kemahiran masa hadapan, boleh menyelesaikan masalah, boleh mengenal pasti punca akar itu. Menyelesaikan masalah itu harus dianalisis dan analisis itu mesti sampai kepada punca akar untuk membolehkan setiap insan atau murid itu dapat menyelesaikan, melaksanakan intervensi tindakan yang boleh menyelesaikan masalah. Itu ciri yang ketiga dalam insan sejahtera.
Yang keempat, dalam konteks RPM ini juga kita mahu melahirkan murid yang berdaya tahan, yang tidak mudah putus asa, yang tidak mudah mengalah. Kalau ada cabaran, kalau ada halangan, tidak mudah menyerah dengan halangan itu. Dia harus berdaya tahan dengan cabaran itu, dengan halangan itu, dan berupaya menyelesaikan masalah. Ini murid berdaya tahan yang kita mahu bentuk dalam konteks RPM ini. Dan yang terakhir, ada lima, Dr. Tuan-tuan dan puan-puan, yang terakhir yang kelima ialah kita mahu dalam RPM ini menghasilkan murid-murid yang berkeyakinan, yakin. Yakin bercakap di depan, yakin diberi peluang, tidak segan-segan, tidak malu-malu, yakin dia boleh terus menghadapi, menyahut cabaran itu. Menyahut cabaran. Yakin dengan diri dia, yakin dengan potensi yang ada pada dirinya itu. Itu sebab dalam kita punya teras RPM itu juga ialah mengoptimumkan potensi murid. Segala dan setiap murid itu mempunyai potensi masing-masing. Setiap individu itu adalah unik dan setiap murid itu juga ada kekuatan-kekuatan, potensi-potensi yang ada pada setiap. Dan inilah yang kita perlu angkat, tonjolkan di peringkat sekolah. Dan perkara ini juga membolehkan mereka bila mereka berkeyakinan itu, mereka boleh bersosialisasi, boleh berinteraksi dengan yakin, boleh berkomunikasi dengan yakin. Jadi ini lima ciri insan sejahtera yang mesti kita dapat hasilkan dan bentuk.
Dan untuk lima aspek ini barangkali kita tidak sampai 2035. Betul. Betul. Dan daripada segi itu sebenarnya dalam kalangan murid yang sedia ada dalam sistem sekarang ini, perkara-perkara ini memang sudah juga berlaku. Tetapi melalui RPM ini, kita mahu memperkasakan lagi dan lebih fokus kepada aspek-aspek ini agar lima ciri murid ini akan menjadikan murid masyarakat yang kita bentuk, menjadi masyarakat yang berkualiti, yang bermutu, yang boleh menjadi warga negara yang memberi impak kepada negara dan boleh menghasilkan warga negara yang bertanggungjawab. Sebagaimana yang dikatakan oleh Tuan Awang sebentar tadi di mana matlamat akhir RPM ini adalah untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai lima aspirasi ya. Itu yang pertama berkaitan tentang adab, berilmu. Selepas itu mereka perlu ada kemahiran, mereka perlu berkeyakinan dan juga mereka juga perlu pada masa yang sama berdaya tahan. Ya. Jadi sekiranya kelima-lima aspirasi ini, aspirasi murid ini tercapai, kita akan mempunyai modal insan permata negara yang bukan sahaja kompeten dalam pasaran kerja, tapi mampu mengemudikan kepimpinan negara kita di masa akan datang. Kerana sudah terang lagi bersuluh, murid pada hari ini pemimpin di masa hadapan. Baiklah, untuk mencapai matlamat ini Tuan Awang, apakah yang perlu kita tumpukan untuk mencapai hasrat ini Tuan Awang?
Sebelum saya menjawab soalan Dr. Stanley berkaitan dengan apakah tumpuan itu, saya mahu kaitkan kembali dengan tadi Dr. sebut tentang peranan sekolah untuk menghasilkan insan sejahtera ini berdasarkan lima ciri murid. Saya nak beritahu di sini bahawa apabila kita tengok dan lihat lima ciri murid itu, kita dapat lihat bahawa sistem pendidikan kita ini bukan semata-mata untuk menekankan peperiksaan berorientasikan. Betul. Bukan semata-mata menekankan kepada pencapaian intelek dan pemikiran. Saya sengaja bangkitkan ini untuk kita sama-sama melihat bahawa sistem pendidikan dalam RPM ini adalah merupakan satu rancangan yang menyeluruh dan bersepadu. Kenapa saya sengaja ulang ini? Sebab kita mahu masyarakat tahu bahawa fungsi sekolah yang diketuai oleh pengetua dan guru besar serta guru-guru di sekolah, tugas dan tanggungjawab guru ini bukan semata-mata dalam bidang meningkatkan prestasi akademik. Itu sebab timbul istilah mengajar dan mendidik. Betul. Bila ada disebut istilah mendidik, maka di situlah peranan sekolah, guru untuk mendidik itu yang bukan hanya diukur dari segi inteleknya itu dengan pencapaian gred A dan sebagainya, tapi juga diukur melalui bagaimana akhlak tingkah laku yang dihasilkan, bagaimana kita membentuk dan mendidik murid-murid itu. Begitu juga dengan aspek-aspek yang lain dari segi kemahiran dan sebagainya.
Berbalik kepada soalan Dr. Stanley tadi. Apakah tumpuan RPM ini? RPM telah menggariskan lima tumpuan untuk kita mencapai di tengah-tengah tadi itu insan sejahtera yang mempunyai lima ciri tadi. Yang pertama yang ditumpukan ialah mutu. Iaitu kita bermula pendidikan bermutu. Insan terdidik negara sejati. Apa maksudnya mutu? Mutu dalam RPM ini ialah bagaimana keupayaan dan ketersediaan sistem pendidikan yang kita ada sekarang ini mampu menyediakan peluang dan pengalaman pembelajaran terbaik kepada murid-murid kita. Sejauh mana sistem pendidikan kita ini boleh menyediakan sistem pendidikan yang terbaik dan mutu itu harus berlaku di setiap proses. Kalau di peringkat sekolah, pengurusan sekolah mesti bermutu. Kalau di peringkat guru, PdP guru mesti bermutu. Begitu juga dalam aspek-aspek yang lain. Dalam konteks RPM ini ada digariskan iaitu sekurang-kurangnya murid mencapai gred C dalam empat subjek, Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, dan Matematik. Dan dalam aspek mutu ini juga kita mensasarkan Kementerian Pendidikan, JPN, PPD, dan sekolah mensasarkan agar kita mencapai 33% sekolah mencapai tahap sekolah inspirasi. Jadi itu yang pertama dari segi mutu tumpuannya.
Yang kedua, RPM juga memberikan tumpuan kepada akses dan ekuiti. Iaitu memastikan semua warga negara Malaysia berpeluang mengikuti alam persekolahan. Dan baru-baru ini telah diputuskan oleh Parlimen Akta Pendidikan Wajib. Bermakna dengan kaedah ini, tidak ada murid kita yang tidak bersekolah. Nah, ini yang sangat penting. Sebab saya percaya pendidikan itu boleh mengubah kehidupan. Kalau murid-murid kita ini tercicir dari awal lagi sudah tidak pergi sekolah, bekerja dalam usia kanak-kanak, kita tidak begitu adil kepada mereka. Jadi, Kementerian Pendidikan kita sebagai pelaksana memastikan agar setiap murid itu dapat memasuki alam persekolahan. Dan mendapat perkhidmatan pendidikan yang terbaik untuk aspek akses dan ekuiti.
Yang ketiga, tumpuannya juga ialah ketersediaan sumber dan kecekapan. Kita mahu sekolah-sekolah kita yang sedia ada berada dalam keadaan selamat dan kondusif agar pembelajaran itu berlaku, agar sekolah kita diyakini oleh masyarakat sebagai sekolah yang selamat. Di peringkat sekolah, di peringkat KPM, JPN, PPD sekolah, keselamatan adalah perkara paling utama yang perlu dijaga. Oleh itu, dalam konteks ketersediaan sumber dan juga kecekapan ini, semua peringkat daripada KPM sampai sekolah memang sentiasa berusaha untuk memastikan agar sekolah-sekolah sentiasa selamat. Dalam konteks ini kita mahu pastikan misalnya sekolah-sekolah yang skala tujuh kita perlu selenggara, naik taraf dan sebagainya dan SOP dan juga peraturan-peraturan di sekolah perlu dipatuhi oleh pengurusan sekolah agar tidak berlaku kecelakaan, kemalangan, buli dan sebagainya. Ya, itu dari segi aspek. Yang ketiga, ketersediaan sumber dan kecekapan.
Yang keempat, tumpuan KPM juga dalam RPM ini ialah dari segi aspek keluwesan. Luwes. Luwes ini keanjalan. Keanjalan. Iaitu keupayaan menyesuaikan pendekatan pedagogi. Satu set pedagogi. Maksudnya begini. Kalau di peringkat guru ketika dia sedang melaksanakan PdPC perlu ada keluwesan. Ketika seorang guru itu sedang melaksanakan PdP, mungkin ada dalam kalangan pelajar itu yang kurang jelas atau kurang faham. Dalam konteks keluwesan itu, guru janganlah terikut sangat dengan menghabiskan langkah-langkah itu dengan membiarkan defisit pembelajaran berlaku. Itu sebab guru perlu luwes mengubah suai di RPH-nya itu agar mencapai objektif. Itu sudut yang paling asas di bilik darjah. Kalau dari dalam bidang pentadbiran dan pengurusan juga perlu ada keluwesan, keanjalan. Kita ini berurusan dengan manusia. Kalau di sekolah guru berjumpa dengan murid, dengan ibu bapa. Kalau kita di PPD berdepan dengan ibu bapa, dengan masyarakat. Ada perkara-perkara yang memerlukan kita kreatif, anjal, luwes, memudahkan kerja-kerja pihak berkepentingan kita, pelanggan-pelanggan kita yang hadir, tetapi atas kapasiti masih mengikut peraturan dan SOP yang sepatutnya.
Dan yang kelima yang terakhir ialah kemampanan. Jadi ada lima tadi ciri murid itu lima. Lima. Jadi kalau kita mahu ingat lima. Lima, lima. Lima ciri murid, lima tumpuan. Yang kelima ini kemampanan. Maksudnya sistem pendidikan yang kita rancang dalam RPM ini akan membolehkan sistem kita ini sentiasa mapan, berdaya tahan, boleh maju ke depan dan pada masa yang sama dapat menerima perubahan sedia itu untuk diserapkan. Dari segi sistem pendidikan itu sendiri dan dari segi keberhasilan kita menghasilkan murid dari aspek sosialisasinya, tingkah lakunya, adabnya, ilmu yang dimiliki. Salah satu yang ditekankan dalam kemampanan ini juga ialah kita menekankan kelestarian. Bagaimana kita harus mendidik murid-murid kita agar mereka serasi dengan alam sekitar, agar mereka mempunyai rasa tanggungjawab menjaga, memelihara alam sekitar. Ini yang kita tekankan. Jadi RPM ini dia lebih menyeluruh sesuai untuk mencapai lima ciri murid, maka lima tumpuan ini juga menjadi teras untuk kita menghasilkan, mahu mencapai matlamat ini.
Di peringkat menengah rendah tingkatan 1, 2, dan 3. Kita memang telah meminta sekolah membuat intervensi program agar dapat mengatasi murid-murid yang mencapai TP3 ke bawah. Kita kan menggunakan kaedah pendekatan IRCA. Betul. Intervention by root cause analysis. Maksudnya intervensi yang kita buat itu ada berasaskan kepada punca akar itu. Kita tidak mahu membazirkan masa guru dengan membuat intervensi, intervensi program-program yang banyak tapi impaknya kurang, tidak menggunakan strategi kemenangan pantas. Kita mahu sekolah dengan mengaplikasikan punca akar itu untuk membuat intervensi, mereka dapat menghasilkan impak yang tinggi dengan hanya menggunakan kerja secara kemas dan sistematik. Tidak perlu banyak program, banyak tapi tidak ada impak yang tinggi pun akan mengurangkan beban tugas guru. Jadi dengan kita melatih guru-guru kita betul-betul mengenal pasti punca akar itu, dengan kita mengangkat guru-guru agar mereka dapat melaksanakan program intervensi yang tepat, maka gred sekurang-kurangnya gred C ini boleh kita capai.
Itu antara contoh daripada beberapa prakarsa yang saya tunjukkan bahawa PPD Tuaran sekarang ini memang bukan lagi setakat beri ambil kunci atau kalau sekarang C sudah bahkan kerja yang berkunci kan ada jugalah bukan setakat tekan butang lepas tu berbunyi kereta, kita memang serius, memang kita sambut RPM ini secara tangkas. Dan secara proaktif untuk kita melaksanakan program RPM ini tanpa bertangguh. Betul. Dan ini matlamat kita dan ini yang kita tekankan kepada semua staf kita di PPD, kepada semua pengetua guru besar, kepada semua guru. Jangan bertangguh. Terus buat untuk kita bertindak lebih proaktif. Agar kita dapat mencapai hasrat RPM ini. Betul. Ya.
Jadi dengan itu kita telah pun mendengar ya, saya pun memang sangat bersemangat ya Tuan Awang. Jadi dalam konteks ini untuk Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, bersesuaian dengan tajuk podcast kita pada hari ini iaitu Sinergi RPM 2026 hingga 2035, PPD Tuaran sudah sedap memecut atau masih panaskan enjin? Bukan lagi dalam fasa panaskan enjin, tapi kita sedang memecut supaya kita selari ya, bersama-sama dengan evolusi RPM 2026 hingga 2035. Jadi dengan itu sama-sama kita pelbagaikan lagi usaha kita untuk kita mencapai ya, mencapai RPM ini supaya ianya memberi impak kepada modal insan permata negara di negara Malaysia bermula dari Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran. Dengan itu, nampaknya sedar tidak sedar Tuan Awang, masa sangat mencemburui kita. Kita telah pun berada di detik terakhir. Tapi sebelum itu, mari kita sama-sama saksikan montaj promosi ini. Ya. [Muzik] [Muzik] [Muzik]
Baik, bertemu sekali lagi. Baiklah Tuan Awang, sebelum kita menamatkan sesi istimewa kita pada hari ini, mungkin Tuan Awang boleh memberikan rumusan dengan RPM yang kita bincangkan pada hari ini. Terima kasih Dr. Stanley. Sebagai rumusan daripada perbincangan kita pada hari ini, saya ingin mengharapkan agar kita seluruh masyarakat bersinergi bersama-sama untuk memastikan RPM ini mencapai matlamatnya. Seperti yang saya nyatakan tadi dalam RPM, kita mahu sama-sama, itu sebab sinergi itu dipentingkan daripada pengurusan pendidikan di peringkat tertinggi di peringkat KPM, JPN, PPD, pengetua, guru besar sekolah dan seluruh masyarakat khususnya dalam kalangan ibu bapa agar sama-sama kita melihat hasrat kita ini sama, cara kita berbeza tetapi hasrat kita sama. Kalau kita sebagai guru, maka guru buatlah pendidikan terbaik semasa melaksanakan PdP guru. Kalau kita adalah pentadbir sekolah, kita adalah pengetua dan guru besar, maka kita buat yang terbaik mengurus tadbir urus sekolah ini dengan terbaik dan bermutu. Kalau kita sebagai ibu bapa, kita bantulah anak-anak kita ini menyediakan prasarana yang mencukupi, sokongan, motivasi yang padu kepada anak-anak kita. Kita bantu juga sekolah untuk memastikan RPM ini berlaku.
Kalau kita tengok tadi antara yang pertamanya yang ciri itu beradab, beradab tidak hanya boleh berlaku didikannya itu di peringkat sekolah. Betul. Banyak masa anak-anak kita ini di rumah, maka peranan ibu, bapa, abang, adik, dan sebagainya sangat penting untuk kita membantu secara sinergi agar murid insan sejahtera ini dapat kita hasilkan. Dan saya berharap pada kesempatan ini juga agar RPM ini senantiasa dikomunikasikan oleh pihak sekolah, kepada ibu bapa. Saya mahu kepada rakan-rakan pengetua, guru besar, dan guru-guru juga menjelaskan, membuat satu sesi libat urus di peringkat sekolah agar RPM ini dapat dikomunikasikan dengan jelas yang membolehkan ibu bapa kita faham apakah kerangkanya, apakah matlamat akhirnya, apakah ciri murid yang kita mahu capai. Dengan adanya kesefahaman komunikasi antara sekolah dan ibu bapa, mudah untuk kita melaksanakan RPM ini sebab tidak timbul masalah komunikasi, tidak timbul masalah kurang faham, tidak timbul masalah salah anggap dan sebagainya. Jadi sama-sama kita bersinergi untuk memastikan hasrat RPM menjelang 2035 mencapai hasrat dan matlamatnya. Terima kasih doktor.
Baik terima kasih Tuan Awang. Dengan itu pendek kata apabila kita bercakap tentang RPM 2026 hingga 2035, kita berkaitkannya dengan kemenjadian kita iaitu beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya saing dan berkeyakinan. Dr. Stanley, saya mahu minta juga mahu kongsilah dengan rakan-rakan audiens ya supaya kita tahu kita di PPD Tuaran telah menghasilkan akronim untuk lima ciri murid itu yang kita panggil Dabil Matakin. Ah ya betul. Dabil, dab dab beradab. Ha Dr. Stanley. Betul. I L ilmu, berilmu. Ma. Ha apa tu? Berkemahiran ya. Saya pula yang berkemahiran. Berkemahiran. Kemudian ta berdaya tahan. Berdaya tahan. Kin berkeyakinan. Sebagai selingan ya, sebagai tambahan. Betul ya. Jadi dengan akronim yang dikongsikan oleh Tuan Awang sebentar tadi, maka sudah terang lagi bersuluh begitu meriahnya Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran menyambut dan memecut RPM 2026 hingga 2035. Dengan itu, sekian sahaja sesi perkongsian kita untuk podcast kita pada hari ini. Kita jumpa lagi di podcast yang seterusnya. Bye. [Muzik]