Transcription
Modul Agensi Pencegahan Rasuah dan Pemerkasaan Integriti ini merupakan topik yang keempat dari 10 topik di dalam Modul.
Dalam topik Agensi Pencegahan Rasuah dan Pemerkasaan Integriti, kita akan membincangkan usaha pencegahan rasuah di Malaysia. Seterusnya, topik ini juga menjelaskan latar belakang, struktur, fungsi, dan strategi SPRM. SPRM bertanggungjawab terhadap pencegahan dan pembantasan rasuah di negara ini.
Ibu pejabat SPRM terletak di Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya. Bangunan SPRM dilengkapi dengan pelbagai fasiliti canggih yang menyokong operasi harian agensi tersebut, iaitu lokap, bilik kawat, Cam Video Interviewing Room (VIR) atau bilik temubual bervideo, dan konti radio streaming meng FM.
Kerajaan Malaysia telah meminta Shah Nazir Alam, iaitu pegawai tinggi polis Pakistan, untuk membuat kajian berhubung masalah rasuah di Malaysia pada 26 April 1958. Kajian Shah Nazir Alam dikemukakan kepada kerajaan dan beliau telah mencadangkan sebuah agensi khusus ditubuhkan untuk mencegah rasuah. Seterusnya, Unit Pencegahan Rasuah telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Fungsinya hanya untuk melaksanakan program kesedaran antirasuah. Siasatan kes rasuah pula dijalankan oleh Criminal Investigation Department, iaitu Special Crime PDrm, dan pendakwaan telah dikendalikan oleh Jabatan Peguam Negara.
Pada 1 Oktober 1967, satu agensi khusus telah ditubuhkan. Semua fungsi pencegahan rasuah telah diletakkan di bawah agensi ini. Pada 1 Januari 2009, SPRM telah beroperasi. SPRM juga mempunyai pejabat di setiap negeri di Malaysia, iaitu sebanyak 16 buah pejabat SPRM di negeri dan 2 buah pejabat di cawangan. Pejabat berperanan melaksanakan tugas-tugas pencegahan, pengesanan, dan penyiasatan kes rasuah di kawasan masing-masing.
Lima badan pemantau ini adalah berperanan memantau SPRM. SPRM akan sentiasa bebas, telus, dan profesional dalam melaksanakan tugas. Ahli badan pemantau terdiri daripada ahli politik, bekas hakim, ahli akademik, NGO, tokoh korporat, dan sebagainya. Keanggotaan bagi kelima-lima entiti bebas ini adalah dipilih dari kalangan individu berintegriti yang cemerlang dalam perkhidmatan dan profesion masing-masing.
Antara cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah adalah pengisytiharan harta anggota pentadbiran persekutuan, pertambahan jawatan pegawai SPRM, penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM di bawah Perlembagaan Persekutuan, dan pindaan undang-undang berkaitan.
Liberti Corporate, salah laku penjawat awam bagi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah adalah bukti SPRM itu bebas dan telus. Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah ini adalah mewakili parti politik kerajaan dan pembangkang, yang mana mereka berperanan untuk memantau SPRM dalam melaksanakan tugas. Kesemua aktiviti SPRM harus dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, serta laporan tahunan SPRM turut dibentangkan di Parlimen.
Jawatankuasa Aduan pula memantau bagaimana SPRM melalui Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme (BCP) dalam mengendalikan aduan tata tertib terhadap pegawai-pegawainya. Jawatankuasa Aduan SPRM tidak menyembunyikan kesalahan pegawai-pegawainya dan juga memastikan pegawai SPRM sentiasa profesional dalam melaksanakan tugas.
Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah adalah berperanan memantau dan memberi nasihat berkaitan dengan aktiviti pendidikan masyarakat oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat, serta aktiviti pemeriksaan dan perundingan yang dikendalikan oleh Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan.
Ahli Penilaian Operasi adalah profesional yang mahir dalam siasatan. Peranan mereka adalah memantau aktiviti siasatan SPRM. Panel Penilaian Operasi ini juga harus memastikan tiada kes, maklumat, dan aduan yang disembunyikan atau "swap under the carpet". SPRM mesti membentangkan untuk kelulusan Panel Penilaian Operasi, iaitu semua maklumat dan aduan yang tidak disiasat dan kes yang hendak ditutup.
Terdapat empat fungsi SPRM, iaitu menerima aduan kes rasuah dan salahguna kedudukan. SPRM hanya mengendalikan maklumat dan aduan kes rasuah sahaja. Ya, tidak semua aduan yang dibuka kertas siasatan. Yang mana setiap tahun SPRM menerima 6500 sehingga 8000 maklumat dan hanya sekitar 1000 sahaja dibuka kertas siasatan.
SPRM juga menjalankan siasatan daripada maklumat dan aduan yang berasas. Kertas siasatan akan dibuka. SPRM amat berhati-hati dalam membuka kertas siasatan kerana wujudnya implikasi terhadap orang yang disyaki, kerana ianya akan menjejaskan kenaikan pangkat, penganugerahan pingat atau darjah, dan juga pencennya.
SPRM memberi rundingan dan nasihat untuk tambah baik prosedur dan tatacara yang lemah. SPRM juga memberi khidmat nasihat kepada agensi kerajaan dan swasta untuk memperkukuhkan sistem dan prosedur. Peranan ini dilaksanakan oleh Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM.
Berdasarkan kajian SPRM, antara punca rasuah adalah wujud peluang kerana kelemahan sistem dan prosedur. Seterusnya, SPRM juga mendidik dan mendapatkan sokongan masyarakat dalam memerangi rasuah. Merujuk kepada Seksyen 7(f) Akta SPRM 2009, iaitu mendidik orang ramai untuk menentang rasuah, dan Seksyen 7(g), iaitu mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah.
Di SPRM, Bahagian Pendidikan Masyarakat adalah bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi dan peranan yang dinyatakan. Sebagai contoh, bahagian ini akan mengadakan program pendidikan antirasuah, menyampaikan ceramah-ceramah mengenai antirasuah, serta menghasilkan pelbagai bahan penerbitan media cetak dan media elektronik, serta menggunakan pelbagai media massa secara berkesan bagi penyebaran mesej antirasuah.
Pengasingan kuasa, meritokrasi, dan keadilan jenayah ini bertujuan untuk memastikan bahawa SPRM dapat menjalankan tugasnya dalam pencegahan dan pembanterasan rasuah secara adil dan bebas daripada sebarang campur tangan politik atau pengaruh luar. Prinsip pengasingan kuasa juga dapat mengelakkan salahguna kuasa apabila agensi yang melaksanakan dan mendakwa. Sebagai contoh, sekiranya SPRM mempunyai kuasa mendakwa, mesti wujud kebarangkalian pendakwaan atas seseorang individu dibuat berdasarkan dendam ataupun sentimen peribadi, bukan atas fakta.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga tidak mempunyai kuasa mendakwa kerana dalam sistem undang-undang Malaysia, kuasa untuk mendakwa jenayah terletak di bawah Jabatan Peguam Negara. Ini adalah sebahagian daripada prinsip pengasingan kuasa yang diamalkan untuk memastikan integriti dan keadilan dalam sistem keadilan jenayah. Kuasa Peguam Negara juga jelas diperuntukkan dalam Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, iaitu Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.
Bagaimana SPRM nak mencapai visi, misi, dan agenda pencegahan rasuah? Berikut merupakan tiga strategi utama dalam melaksanakan tugas dalam SPRM. Tiga strategi ini adalah berdasarkan Seksyen 7(a) hingga 7(h) Akta SPRM 2009.
Strategi penguatkuasaan adalah seperti mana yang diperuntukkan melalui Seksyen 7(a) dan 7(b) Akta SPRM 2009. Seksyen 7(a) adalah menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang perlakuan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu. Seksyen 7(b) adalah mengesan dan menyiasat apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta SPRM 2009, apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, dan apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.
Berikut merupakan statistik aktiviti SPRM secara purata dalam 5 tahun. Antara kes terbesar yang pernah disiasat oleh SPRM adalah skandal 1MDB atau SRC International. Kes 1MDB masih dalam perbicaraan dan SRC International telah berjaya disabitkan kesalahan di bawah Seksyen Akta SPRM 2009. Skandal Sabah Pa merupakan kes berprofil tinggi dan berkepentingan yang telah disiasat oleh SPRM. Untuk makluman, kes ini merupakan antara nilai rampasan yang terbesar, iaitu sebanyak RM214.139537, dan individu berkenaan juga telah didakwa di bawah Seksyen AMLAFA 2001. Ini pula merupakan contoh kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam yang telah disiasat oleh pegawai SPRM.
Strategi pencegahan adalah seperti mana yang diperuntukkan melalui Seksyen 7(c), 7(d), dan 7(e) Akta SPRM 2009. Bagi Seksyen 7(c), iaitu meneliti amalan, sistem, dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009. Bagi Seksyen 7(d), iaitu mengarahkan, menasihati, dan membantu mana-mana orang atas permintaan orang itu tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu. Dan bagi Seksyen 7(e) pula, iaitu menasihati Ketua Badan-badan Awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem, atau tatacara yang sesuai.
Berikut merupakan pemeriksaan dan khidmat nasihat yang melibatkan kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam. Ini juga merupakan salah satu kejayaan pemeriksaan dan khidmat nasihat yang melibatkan kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam. Berikut merupakan pemeriksaan dan khidmat nasihat yang melibatkan kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam.
Strategi pendidikan adalah seperti mana yang diperuntukkan melalui Seksyen 7(f) dan 7(g) Akta SPRM 2009, iaitu Seksyen 7(f) adalah mendidik orang ramai untuk menentang rasuah. Seksyen 7(g) adalah untuk mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah. Aktiviti utama yang berterusan, iaitu ceramah antirasuah, program pendidikan antirasuah, dan juga pameran.
Bagi statistik ini, ia menunjukkan jumlah aktiviti dan jumlah audiens secara purata dalam setahun. Untuk makluman, SPRM bekerjasama dengan agensi awam, syarikat swasta, NGO, dan sektor politik untuk mengadakan program-program antirasuah.
Pada 31 Oktober 2003, Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan 9 Disember sebagai International Anti-Corruption Day atau Hari Antirasuah Antarabangsa.
GERAK (Generasi Anti-Rasuah) telah ditubuhkan pada tahun 2007 berikutan Kajian Persepsi Rasuah di Malaysia 2002, yang mana kajian tersebut telah mendapati 30.5% responden pelajar sanggup terlibat rasuah sekiranya mereka mempunyai peluang. Ia merupakan inisiatif SPRM bagi mendidik golongan pelajar bersama-sama memerangi rasuah. Kelab GERAK dikawal oleh SPRM. Golongan ini merupakan "professional in making", yang mana mereka adalah bakal pemimpin negara.
Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) telah dijenamakan semula sebagai GERAK pada tahun 2018, yang mana sehingga kini SPRM memberi tumpuan untuk menubuhkan lebih banyak lagi GERAK di institusi pendidikan.
Modul Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) bagi pelajar institusi pendidikan tinggi. Kursus ini memberi penekanan elemen antirasuah dalam sistem pendidikan atau pendidikan bagi menyebar luas mesej antirasuah dalam kalangan belia.
Berikut merupakan elemen antirasuah yang telah diterapkan di dalam buku teks sekolah. Ini merupakan hasil kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), yang mana ianya bertujuan agar mesej antirasuah ini diajar di dalam bilik darjah oleh guru. Ia juga sebagai pelengkap kepada usaha SPRM melaksanakan program di luar bilik darjah ataupun kokurikulum.
Program WIRA Antirasuah (War) dikhususkan untuk sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja. Ianya dilaksanakan mulai tahun 2014 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ladang Harovada. Itu SPRM ingin mendekati komuniti Cina yang didapati kurang pendedahannya berkaitan jenayah rasuah dan kurang pengetahuan mengenai SPRM (Kajian Persepsi Kebersanan Tindakan SPRM 2012 dan 2013). Sehingga kini, program WAR telah diteruskan di sekolah kebangsaan yang lain juga.
Program WAR ini juga telah mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung adalah taklimat kepada murid, tayangan video antirasuah kepada murid-murid, edaran risalah kempen SPRM, dan juga taklimat kepada guru dan ibu bapa mengenai antirasuah.
Kedai Jujur atau Kios Jujur adalah antara projek rintis SPRM bersama KPM pada tahun 2020. Projek rintis ini telah diusahakan di 10 buah sekolah di sekitar Putrajaya, yang mana objektifnya adalah bagi mendidik amalan integriti dan keusahawanan beretika dalam kalangan murid secara praktikal.
SPRM telah menggunakan semua platform untuk mempromosikan dan menyebar luas mesej antirasuah. SPRM juga turut menjalinkan hubungan baik dengan pihak media bagi memastikan isu-isu yang dilaporkan adalah tepat. Orang ramai boleh mengikuti media sosial SPRM untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai isu-isu rasuah dan program-program yang telah dilaksanakan. Ini merupakan salah satu inisiatif untuk mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan mesej antirasuah.
Radio MEng FM merupakan radio streaming beroperasi secara atas talian ataupun online dan boleh didengari di seluruh dunia. SPRM merupakan satu-satunya agensi penguatkuasa yang mempunyai radio streaming. Dengan adanya radio streaming ini, SPRM boleh menyampaikan apa-apa mesej antirasuah pada bila-bila masa sahaja. Yang penting, orang ramai juga boleh muat turun aplikasi radio ini melalui App Store ataupun Google Play.
Pendidikan antirasuah ini adalah bagi mendekati golongan belia dalam mendidik mengenai pendidikan rasuah. Terdapat juga program kebudayaan dan kesenian, yang mana pendekatan ini berupaya mendekati golongan yang lebih berumur dan penduduk luar bandar. SPRM akan terus meneroka platform baru yang sesuai dengan perkembangan semasa untuk menyebarkan mesej antirasuah.
Selain SPRM, terdapat juga agensi-agensi lain yang berperanan meningkatkan integriti dan tadbir urus. Jom kita lihat agensi tersebut.
IMIntegrti berperanan dalam mempromosikan dan meningkatkan kesedaran mengenai integriti serta etika di kalangan sektor awam, swasta, dan masyarakat. IMIntegrti juga akan mengadakan program-program pendidikan dan kesedaran untuk memperkukuhkan budaya integriti di seluruh lapisan masyarakat.
EIC memantau tingkah laku dan integriti anggota agensi penguatkuasaan seperti Polis, Imigresen, Kustom, dan agensi penguatkuasaan lain. EIC menerima dan menyiasat aduan berhubung salah laku atau penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai penguatkuasaan. Berikut merupakan agensi penguatkuasaan yang dikawal selia oleh EIC.
Jabatan Audit Negara berfungsi untuk menjalankan audit kewangan dan audit prestasi terhadap agensi kerajaan. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa dana awam diuruskan secara cekap, berhemah, dan berintegriti, sekaligus meningkatkan ketelusan dalam pentadbiran awam.
Agensi-agensi ini bekerja secara bersama dan saling melengkapi dalam memperkuatkan integriti dan tadbir urus yang baik di Malaysia bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran negara.