📱

Get Our Mobile App

Take your business learning on the go!

Download on the App StoreGet it on Google Play

EP9 Bung Buka Mulut! - PRN Sabah, Rasuah, Tragedi Zara Qairina | Explain Sikit

KiniTV52:51

Transcription

Sepatutnya Menteri Pendidikan bertanggungjawab untuk memastikan sekolah-sekolah ini tidak lagi mengamalkan kes *cover-up* ini. Hmm. Tutup sana, tutup sini untuk menjaga nama sekolah itu masing-masing. Tidak perlulah dia pergi ke sekolah berjumpa anak-anak meraikan hari lahir dengan mana-mana pihak. Sebelum membentuk kerajaan, kita ada membuat perjanjian dengan mereka, dengan parti. Bukan GRS ketika itu Bersatu. Hmm. Dan dalam perjanjian itu menamakan saya sebagai Timbalan Ketua Menteri SAT dan juga Menteri Kerja Raya. Hmm. Apabila mengangkat sumpah di istana, dibaca oleh pengacara, saya Menteri Kerajaan Tempatan. Padahal sudah ada. Awal hari pertama dia sudah menipu saya.

[Muzik] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat datang ke *sikit kini*, sebuah podcast yang membawakan berita-berita yang sangat hangat dan juga panas bersama saya Mastura Malak.

Baik, podcast kita pada hari ini merupakan episod yang kesembilan yang kita akan membawakan satu episod ke Sabah, negeri di bawah Bayu yang kini menjadi tumpuan politik tanah air dengan isu pilihan raya negeri Sabah yang semakin menghampiri. Isu pembahagian kerusi, rundingan politik dan juga hala tuju parti-parti besar menjadi topik yang paling hangat sekarang ini. Kita juga akan mengupas perkembangan terkini kes tragedi arwah Zara Khairina Mahathir yang mengundang persoalan yang sangat besar tentang keadilan perlindungan kanak-kanak di negara kita ini. Pada masa itu, isu rasuah di Sabah yang tidak pernah menjadi isu yang sangat panas di Malaysia, kalau kita lihat, melibatkan sehingga mencabar keyakinan rakyat terhadap kepimpinan di negeri Sabah. Jadi pada hari ini kita bersama dengan tidak lain tidak bukan, wajah utama antara kepimpinan di Sabah iaitu YB Datuk Seri Bung Moktar Radin yang merupakan Pengerusi UMNO di Sabah untuk menjawab persoalan-persoalan panas dan juga memberikan gambaran sebenar tentang situasi yang berlaku sekarang ini.

Baik, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada YB atas kesudian bersama dengan *Sen Sikit* pada hari ini. Sihat YB? Alhamdulillah. Tiga kali ya kita cuba untuk memanggil YB. Alhamdulillah kali ketiga sudi untuk bersama kami. Okey YB, kita nak teruskan mungkin untuk segmen pertama kita adalah berkenaan dengan perkembangan politik di Sabah, YB. Soalan saya yang pertama adalah, kalau lihat Datuk Seri, menjelang PRN di Sabah, bagaimana Datuk Seri melihat landskap politik di Sabah ketika ini? Apakah yang rakyat benar-benar mahukan daripada PRN kali ini? Kalau kita lihat, mungkin kepimpinan ataupun PRN nanti akan dilakukan tahun ini, mungkin dalam jangka masa beberapa bulan lagi. Apa yang YB lihat berkenaan dengan... Alhamdulillah, memang Sabah pada ketika ini menjadi tumpuan bukan sahaja di kalangan masyarakat Sabah, tetapi di seluruh negara dan juga negara-negara jiran. Betul, dan jelas bahawa pilihan raya akan diadakan bila-bila masa, iaitu mungkin hari terakhir perlu dibubarkan sendiri, iaitu bulan November, lebih kurang 22 November. Hmm. Jadi, sudah tentu Barisan Nasional UMNO Sabah telah melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa Parti Barisan Nasional diterima semula oleh rakyat. Hmm. Dan hari ini pun kita melihat bahawa rata-rata rakyat Sabah inginkan perubahan, iaitu mereka melihat Sabah adalah sebuah negeri yang hasil mahsulnya terlalu kaya-raya, tetapi negeri Sabah masih dibelenggu dengan kemiskinan dan termiskin masih kekal dalam data carta negara. Dan ini UMNO Barisan Nasional bertekad, insya-Allah, apabila diberi mandat untuk memerintah negeri Sabah, maka *within 3 years*, dalam 3 tahun, kita akan menghilangkan data-data kemiskinan di daerah di negeri Sabah ini. Dan ini tidaklah mustahil untuk kita lakukan. He he. Sebab pada saya, parti politik itu cuma macam satu badan untuk organisasi. Betul. Yang melaksanakan politik itu adalah kepimpinan. Jadi ada juga unsur-unsur bahawa Sabah... *Pusabahan* beri parti tempatan mandat. Sebetulnya parti tempatan di Sabah ini sudah memerintah banyak kali, daripada USNO, daripada Berjaya, daripada PBS, hmm, sampai ke Warisan. Tetapi nyata Sabah tidak juga berubah dan Barisan Nasional pun telah memulakan pemerintahan di Sabah. Jelas telah merubah wajah Sabah itu sendiri dan cuma dalam Barisan Nasional, saya sendiri pun dalam Barisan Nasional, memang ada kelemahan kepimpinan. Jadi kelemahan kepimpinan itu, itulah yang telah menidakkan sokongan rakyat. Alhamdulillah, hari ini Barisan Nasional UMNO itu sendiri telah kita ubah strukturnya secara besar-besaran di mana pemimpin yang dulu-dulu sudah tidak ada lagi dalam UMNO Sabah dan saya selaku pemimpin, walaupun sudah lama berjuang tetapi baru memimpin UMNO Sabah, dan saya telah membuat berbagai-bagai perubahan dan memberi jaminan kita akan membawa Sabah maju ke hadapan.

YB, kalau kita sebut berkenaan dengan isu kemiskinan di Sabah, malangnya kalau kita lihat, hasil bumi di Sabah banyak. Kalau tahun sebelum-sebelum ini, negeri Sabah adalah negeri yang antara yang terkaya, tetapi sekarang kenapa masih lagi dikategorikan sebagai negeri termiskin di Malaysia? Sebenarnya Sabah ini tidak miskin sebab sumber dalaman, sumber mineralnya pun terlalu banyak. Betul. Hmm, dan kalau diterokai dengan saksama, akan boleh membawa perubahan kepada rakyat Sabah dan memberi peluang pekerjaan. Tetapi malangnya, kepimpinan yang ada pada hari ini, iaitu kerajaan GRS, memulakan penerokaan eksplorasi mineral ini, banyak sudah isu-isu timbul. Belum lagi ada penerokaan secara sah, sudah timbul macam-macam video, macam-macam tuduhan rasuah dan sebagainya. Inilah yang sebenarnya menggusarkan rakyat dan tidak ada keyakinan dengan kerajaan. Sebab itu kita bertekad untuk menambah nilai pendapatan di Sabah ini melalui mineral ini. Kita akan melakukan secara telus dan mewujudkan satu badan khas di bawah Yayasan Sabah untuk menerokai mineral ini dan kita akan mewujudkan satu tabung diberi nama Tabung Kekayaan Rakyat Negeri Sabah. Dan ini akan kita wujudkan dan keuntungan itu nanti akan kita pulangkan kepada rakyat Sabah. Yang penting pada saya, keikhlasan pemimpin, bukan soal siapa kerajaan. Sebab kerajaan itu sendiri pun kalau tidak ada komitmen untuk membangun rakyat, tidak mengubah hala tuju nasib rakyat Sabah itu, akhirnya Sabah ini akan terus menjadi negeri termundur dan termiskin sampai bila-bila. 60 lebih tahun. Bayangkan. Jadi saya memang bertekad dengan rakan-rakan untuk mengubah keadaan ini, membawa Sabah ke mercu kejayaan yang lebih baik daripada negeri-negeri yang lain.

Sebelum saya teruskan ke soalan seterusnya, bila tabung tersebut akan dimulakan dan perancangan itu... bila kita memerintah sahaja, kita akan wujudkan Tabung Kekayaan Rakyat ini. Katakanlah kita memerintah sahaja, akan diwujudkan sekiranya tidak diwujudkan. Sebab kadang-kadang bila kita tidak menjadi pemerintah, kita mungkin boleh berjanji. Saya janji hari ini, ah, sekian sekian sekian, esok sekian sekian sekian. Macam pernah dengar. Tapi bagaimana YB melihat perkara ini sekiranya tidak dilaksanakan? Apa janji dan juga apa sebenarnya visi YB? Hari ini sebetulnya rakyat ini tidak lagi kita boleh perkotak-katikkan, tidak lagi kita boleh bodohkan. Sebab apabila mana-mana kerajaan, saya nampak, membuat janji dia tidak tunaikan, akhirnya dia akan menjadi kerajaan mungkin sepenggal, mungkin tidak sampai. Sebab itu saya selalu menyatakan kepada rakan-rakan saya dalam UMNO dan Barisan Nasional bahawa kita mesti melakukan sesuatu yang kita berkemampuan lakukan dan ini tidak mustahil untuk kita lakukan sebab semua sumber ada. Sumber kekayaan itu ada bukan hanya di laut, di darat. Betul. Di mana-mana pun ada kekayaan negeri Sabah ini, tidak mustahil untuk kita laksanakan. Er, saya nak petik ada satu kenyataan mengatakan kerajaan sekarang di Sabah sebenarnya memperbetulkan keadaan yang sebelum ini yang memang dah korup dan sebagainya. Bagaimana kalau Datuk melihat kenyataan tersebut, memperbetulkan keadaan yang lama tetapi maknanya tidak melakukan perubahan?

Ah, sebab itu saya telah memberikan mereka peringatan. Mana-mana kerajaan suka membuat janji tidak didapati. Dalam Islam pun, sebetulnya kita apabila kita berjanji, kita kena tunaikan janji kita. Kata kena dikota. Kalau tidak, Allah Subhanahu wa Ta'ala pun akan melabelkan umat Islam yang berjanji tetapi dia tidak tunaikan itu sebagai munafik. Dia mungkir janji. Apabila mungkir janji, bermakna dia bukan pemimpin yang boleh dipercayai. Jadi kalau kita ingin benar-benar membangunkan sebuah negeri, sebuah negara, kita harus menunaikan janji kita. Sebab manifesto ini, walaupun satu ketika dulu saya terdengar jugalah pemimpin negara kita bahawa manifesto ini bukan kitab Al-Quran, boleh diubah, tapi pada saya janji tetap janji. Sebab itu janji kita dengan Allah, janji kita dengan rakyat. Jadi menjadi tanggungjawab kita, melunaskan janji kita.

Baik, kita teruskan dengan soalan seterusnya. YB, sedia ya? Hari ini dalam Utusan Malaysia, Datuk Seri menyebut pertemuan Barisan Nasional, GRS dan juga PH gagal untuk mencapai kata sepakat. Mengapa ini berlaku dan mungkin Datuk Seri boleh ulaskan lebih lanjut? Sebenarnya memang daripada awal saya, apabila UMNO Barisan Nasional mengisytiharkan diri keluar daripada kerajaan GRS. Kita telah menyatakan bahawa kita tidak akan bekerjasama dengan GRS sebab kepimpinan GRS ini tidak telus, tidak ikhlas, dan suka menikam kawan dari belakang. Jadi parti sebegini pada saya bukanlah sebuah parti yang kita perlu berunding. Dan sebab itu sehingga pada hari ini saya tidak tampil ke hadapan untuk berunding dengan GRS, tetapi kepimpinan atasan meminta untuk berunding tetapi bukan saya. Jadi perundingan itu gagal sebab prinsip utama kita berunding menghormati rakan-rakan kita, iaitu kerusi yang kita menang perlu kita pertahankan. Tetapi dia mahu yang melompat pun dia kira dia punya. Jadi sebab itu tiada perundingan. Jadi Presiden kata, sehingga hari ini perundingan antara BN dan PH dan GRS tidak ada perundingan. Jadi alhamdulillahlah, bermakna misi saya untuk tidak bersama-sama dengan GRS ini ternyata dapat direalisasikan sebab dia parti yang saya tidak tahu macam mana mahu berunding kalau orang suka memutar belit ini, pada saya bukanlah orang yang harus kita bincang. Ah, sebut berkenaan dengan parti tikam belakang. Adakah YB sendiri pernah terkena dengan mainan politik tersebut?

Sebelum membentuk kerajaan, kita ada membuat perjanjian dengan mereka, dengan parti bukan GRS ketika itu, Bersatu. Hmm. Hmm. Dan dalam perjanjian itu menamakan saya sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan juga Menteri Kerja Raya. Hmm, apabila mengangkat sumpah di istana, dibaca oleh pengacara, saya Menteri Kerajaan Tempatan. Padahal sudah ada awal hari pertama dia sudah menipu saya. Dan saya pada ketika itu saya tidak reda, tetapi saya mengangkat sumpah sebab di depan TYT, depan istana, dalam istana. Tapi selepas sahaja mengangkat sumpah, TYT berangkat balik. Hmm. Dan saya balik ke rumah saya, saya telefon Haji G, *you tak tukar dalam masa 1 jam, kami Barisan Nasional akan bubar kerajaan ini, kami akan tarik diri*. Kemudian dia tukar. Dari situlah bermulanya cerita penipuan demi penipuan demi penipuan sampai terdesak saya dan rakan-rakan melihat bahawa UMNO dan Barisan Nasional perlu keluar daripada kerajaan ini dan alhamdulillah ada hikmahnya. Kalau tidak, mungkin seluruh pemimpin UMNO pun terlibat dalam video, terlibat dengan skandal mineral dan sebagainya. Jadi Tuhan ini Maha Berkuasa, Maha Adil. Ada hikmahnya kami keluar daripada kerajaan tersebut.

Er, saya nak sentuh tadi, YB ada disebut berkenaan dengan YB Haji. Apa pandangan YB dengan kepimpinan YB Haji sekarang di Sabah? Kalau saya, kepimpinan... terus teranglah, saya bukan tidak suka sama dia sebab kami berkawan, tapi kepimpinan dia tidak membawa banyak perubahan kepada kemakmuran negeri Sabah. Dia gunakan slogan Sabah Maju Jaya. Di atas besar sangat Sabah Maju Jaya. Tapi di bawah, jalan raya berlubang. Air tidak ada. Api elektrik 1 hari 8 kali mati. Jadi kalau ini kepimpinan dia dan dia menawarkan diri lagi, saya rasa rakyat Sabah telah bijak menilai pemimpin mana yang mereka perlu angkat untuk membawa Sabah ke mercu yang lebih baik. Dan kami sebetulnya Datuk Shafie pun sudah pernah jadi Ketua Menteri, Haji G pun sudah pernah, yang lain-lain pun pernah, saya belum pernah. Jadi, *why why not try me* untuk kita sama-sama mengubah untung nasib negeri Sabah ini sendiri?

YB antara ahli parlimen yang sangat lantang berbicara, sangat terus terang, katanya. Er, tetapi mungkin orang kata belum ada lagi peluang untuk menjadi pemimpin di Sabah. Jadi apa yang mungkin boleh ditonjolkan daripada sudut kepimpinan YB sendiri dengan yang lain-lain seperti yang tadi YB sebut? Sebetulnya soal menjadi peneraju Sabah ini bukan soal kepimpinan yang perlu ditonjolkan. Ianya komitmen dan juga strategi kita. Dan saya dalam manifesto kita nanti, insya-Allah, kita akan perbetulkan keadaan, iaitu tenaga elektrik di Sabah ini 5% sahaja ekstra dia ataupun yang tidak diguna pakai. Selebihnya diguna pakai oleh *local consumer* di Sarawak. Dia akan *generate* tenaga dan dijual ke luar negara, ke Filipin, ke Singapura, ke Sabah dan dia jual ke Kuala Lumpur. Jadi ini pun menjadi faktor utama. Kenapa ramai beliau-beliau di Sabah itu berbondong-bondong datang ke Semenanjung bekerja? Beratus ribu, lebih kurang 450,000 anak-anak Sabah bekerja di Semenanjung ini. Di Pulau Pinang, di Johor, di Melaka, di Kedah, macam-macam. Dan ini akan... macam mana dia tidak berhijrah sebab peluang pekerjaan di Sabah tidak ada. Banyak pelabur mahu melabur tapi tenaga elektrik tidak ada. Api apa ini? Air bersih tidak ada. Jalan raya tidak baik. Dan ini kita perlu perbetulkan. Kalau jalan raya baik, air bersih ada, api elektrik ada, memang rasa saya Sabah sesuai untuk pelabur-pelabur buat pelaburan dan saya akan pastikan bahawa ketiga-tiga masalah di Sabah ini, iaitu air bersih, api elektrik, jalan raya ini, akan dapat kita selesaikan masalah-masalah ini dengan seberapa segera yang boleh. Kalau tidak, Sabah akan terus ketinggalan zaman seperti tinggal 20-30 tahun ke belakang dengan negeri-negeri yang lain. Jadi ini salah satu strategi dan kita juga mencadang untuk membuka lapangan terbang baru. Kita pindah daripada lapangan terbang yang ada ke lapangan terbang yang baru. Kita juga membuka pelabuhan baru. Pelabuhan di Kudat. Hmm. Sebab pelabuhan Kudat ini adalah laluan antarabangsa dan ini dijangka akan dapat mempertingkatkan ekonomi negeri Sabah itu sendiri dan kita akan transformasi Yayasan Sabah dan seluruh GLC di Sabah dan kita akan memberi *education* percuma kepada rakyat, kepada pelajar-pelajar negeri Sabah itu sendiri sampai ke *university* kita ditanggung oleh kerajaan negeri. Oh, banyak janji yang YB berikan ni. Ini bukan janji yang orang kata tidak boleh kita tunaikan. Sebab di mana-mana dunia pun, pelajaran ini diberi percuma, pendidikan percuma. Bukan sahaja di Brunei, di United Kingdom, di Amerika, tetapi di mana-mana negara. Sarawak pun dia bagi percuma. Kenapa Sabah tidak boleh? Sedangkan Sabah lebih baik daripada negeri-negeri yang lain.

Okey, saya teruskan dengan soalan seterusnya. Apa pandangan yang mengatakan kerajaan campuran kadangkala lebih rapuh kerana terlalu bergantung kepada kompromi politik? Adakah Datuk Seri bersetuju dan bagaimana UMNO Sabah mengurus risiko ini menjelang PRN itu nanti? Semua apabila kita membuat kajian, 77 negara hari ini, iaitu di seluruh dunia, merupakan kerajaan campuran selepas pilihan raya. Trend ini sudah berubah, bukan lagi macam 10 atau 20 tahun yang lalu di mana satu parti, satu *single party* boleh memenangi kerusi banyak seperti contohnya Barisan Nasional memerintah berapa puluh dekad ini. Betul. Tetapi akhirnya pada 2018 kecundang dan selepas itu maka berlakulah orang kata revolusi politik itu di mana selepas pilihan raya, parti-parti mendapat sedikit sedikit sedikit dan bergabung. Di Semenanjung pun begitu dan di Sabah kita jangka pun begitu. Memang ada, memang ada risiko dia yang kita hadapi. Cuma orang kata, di situlah kita ingin memperlihatkan bagaimana kebijaksanaan pemimpin itu untuk bernegosiasi dengan rakan-rakan yang kita rasa boleh kita bawa bergabung. Tapi dalam gabungan ini sudah tentu banyak *demand*, banyak permintaan dan sebagainya. Jadi kita akan gunakan kebijaksanaan untuk mengatasi masalah apabila kita berhadapan dengan situasi tersebut.

Baik. Er, soalan seterusnya. Presiden Warisan, Shafie Apdal baru-baru ini menyeru pengundi Sabah untuk menolak semua parti Semenanjung termasuk UMNO, Bersatu dan juga PKR. Adakah Datuk Seri melihat sentimen ini kuat di akar umbi dan bahagian UMNO Sabah bakal menghadapinya? Saya ini sebab parti ini cuma platform, cuma badan yang memimpin itu manusia dan saya ini orang Sungai, orang Kadazan. Saya memimpin UMNO Sabah. Dalam UMNO Sabah, semua pemimpinnya orang tempatan negeri Sabah, berbilang kaum. Yang Islam pun ada, yang bukan Islam pun ada. Dan mana-mana parti boleh membuat seruan. Tetapi insya-Allah, saya berkeyakinan dengan *track record* kami yang baik, saya juga telah turun ke bawah. Hmm. Di seluruh Sabah sejak 3 tahun yang lalu dan *stop* sampai sekarang. Sampai hari ini saya turun dan saya melihat sentimen rakyat di Sabah tidak akan terpengaruh dengan hujah-hujah yang sedemikian. Mereka ingin melihat kepimpinan itu. Sebab mereka juga melihat bahawa Warisan pun dulu sudah memerintah. Hmm. Jadi mereka pun tahu apa yang telah dilaksanakan oleh parti pemerintah-pemerintah yang terdahulu ini. Jadi insya-Allah, kita akan ada tempat di hati rakyat Sabah dan UMNO ini sebetulnya berbeza dengan parti-parti yang lain. Sebab kita berstruktur, kita ada jentera Pemuda, Wanita, Puteri, kita ada PDM. Kita ada struktur kita untuk kita laksanakan semasa pilihan raya itu sendiri. Tapi soalan ni tak ada daripada tak ada *list*. Sekiranyalah YB dilantik menjadi Ketua Menteri di Sabah tetapi diminta untuk tukar parti, adakah YB akan melompat ataupun masih darah kekal UMNO?

Saya rasa, er, daripada dulu waktu sekitar 2018, saya pun telah ditawarkan oleh bermacam-macam parti. Sebab daripada 2018 itu, 23 bahagian, semua tukar parti. Betul. Tinggal saya seorang kalau wakil rakyat yang ditawarkan macam-macam sehingga kalau melompat tidak ada kes mahkamah. Tapi saya masih bertekad, saya rasa ada kesilapan dalam UMNO ini dan perlu diperbetulkan. Dan sehingga hari ini, alhamdulillah, pada ketika pelompatan itu berlaku, ahli UMNO Sabah daripada 530,000 tinggal 480,000. Tapi hari ini, semenjak saya pegang dalam 7 tahun, meningkat kepada 613,000 ahli UMNO Sabah pada hari ini. Jadi tidak ada jalan untuk saya melompat mana-mana parti. Sebab daripada dulu, daripada nenek moyang saya, perjuangan kita, kita tidak akan berpindah parti selagi parti itu masih wujud. Dan saya melihat UMNO ini adalah parti keramat. UMNO diwujudkan bukan atas jalan raya, bukan diwujudkan atas dasar balas dendam ataupun bukan diwujudkan untuk sengaja merampas kuasa. UMNO diwujudkan untuk memerdekakan tanah air kita, memerdekakan dan mempertingkatkan agama, bangsa, dan negara. Jadi kenapa kita perlu tinggalkan parti yang sebaik ini?

Baik, menjawab soalan saya. Seterusnya YB, kalau lihat, kita ke Jawatankuasa Teknikal PRN Sabah pula, YB, boleh YB jelaskan peranan sebenar jawatankuasa ini? Bagaimana ia membantu persiapan pilihan raya itu nanti? Jawatankuasa teknikal ini memang perlu sebab dalam pilihan raya ini kita perlu menyelaras strategi kita dan menyusun jadual dan juga *plan* kita. Hari ini pilihan raya berbeza dengan 5 hingga 10 tahun yang lalu. Sebab hari ini banyak menggunakan *artificial intelligence* ataupun kecerdasan buatan ini, sudah tentu UMNO tidak boleh ketinggalan. Sebab itu kita telah... teknikal ini juga bersama-sama dengan penerangan, kita telah menganjurkan beberapa siri kursus penerangan berhubung penggunaan AI dan sebagainya. Dan hari ini mungkin dulu kita berkempen bersemuka, beramai-ramai, tapi mungkin pilihan raya kali ini berkurangan sudah semua orang menggunakan media massa dan mana-mana parti yang ketinggalan dalam media massa ini, rasa saya parti itu akan kalah dan tidak akan dapat sokongan daripada rakyat. Sebab itu saya memperjelaskan, perlu UMNO dan Barisan Nasional untuk masuk dalam gelanggang pilihan raya ini dengan persiapan yang rapi termasuk dalam teknikal dan juga dalam berbagai bidang dunia maya ini. Kalau tidak, kita akan terus dimamah oleh isu yang lain. Hmm.

Okey. Baiklah, kita nak terus ke soalan yang lebih panas. Julai lalu, UMNO Sabah tidak hadir dalam mesyuarat di Seri Perdana. Ramai melihat ini sebagai tanda protes halus terhadap UMNO Pusat. Apa sebenarnya mesej yang Datuk Seri mahu hantar? Ah, bukan begitu sebetulnya. Pada ketika itu, kebetulan kita pun ada banyak program di Sabah. Jadi kita tidak dapat menghantar perwakilan kita. Dan sebetulnya antara UMNO Sabah dan UMNO Pusat ini tidak ada krisis. Kita memang jalan sehaluan. Lebih-lebih lagi UMNO Sabah ini diberi autonomi. Cuma ada *certain* perkara autonomi itu tidak boleh diberi seperti contohnya watikah pelantikan calon. Hmm. Kerana ditandatangani oleh Ketua Parti. Ketua Parti bukan saya. Ketua Parti adalah Presiden Parti. Kalau saya yang tandatangani, calon-calon saya tidak akan diterima oleh SPR. Jadi sebetulnya tidak ada krisis antara saya dengan Presiden. Kami berjalan seiring dan dia memberikan saya amanah untuk mengurus UMNO Sabah termasuk pilihan raya ini. Dan saya telah melakukan yang terbaik dan bersama-sama dengan beliau. Insya-Allah, perkara-perkara seumpama ini sebetulnya tidak timbul dan kami sentiasa bekerjasama.

Baik. Bagaimana pula dengan hubungan dengan Datuk Seri Zahid Hamidi? Adakah UMNO Sabah bebas untuk membuat keputusan sendiri atau terpaksa ikut rentak UMNO Pusat? Sebagai negeri yang berautonomi, kita diberi mandat untuk mengurus. Contohnya kerusi yang kita tandingi, calon-calon memilih calon dan menyusun strategi manifesto dan sebagainya. Ini dilakukan oleh saya dan rakan-rakan dalam UMNO Sabah. Baiklah. Er, kalau kita lihat di Sabah, kalau kena ikut kerajaan pusat, betul. Tapi jika UMNO Pusat terus menekan UMNO Sabah, adakah Datuk Seri terbuka untuk bekerjasama dengan Warisan ataupun parti lain demi *survival* politik? Ah, serupa jangan minta-mintalah, sehingga hari ini belum ada tekanan sedemikian. Hmm. Dan pada saya, politik ini dia seni. Apabila kita berhadapan dengan apa-apa juga krisis, maka kita harus kembali kepada seni itu. Seni ini iaitu kebijaksanaan. Kebijaksanaan ini kalau kita telaah dengan baik, kalau kita urus dengan baik, insya-Allah apa juga krisis akan dapat diselesaikan. Kalau tidak, kita pemimpin ini kalau diberi tekanan, dia menggelabah terus, sudah tentu dia tidak akan membentuk diri dia sebagai pemimpin yang bijaksana. Hmm. Dan saya selalu beristiqamah sebetulnya, dalam apa juga cara, mungkin ada masalah masa tertentu kita akan tertekan, tetapi kita kembali kepada asas dia, iaitu kita perlu merehatkan diri kita dan berfikir secara bijaksana. Saya percaya apabila kita tenang, kita akan boleh membuat keputusan yang wajar dan waras.

Baik. Sebelum kita ke soalan seterusnya, apa kata kita berehat seketika, kembali selepas ini? Baiklah, jika anda menyukai kandungan yang dihasilkan Kini TV, sokong kami dengan membuat sedikit sumbangan melalui kod QR yang tertera di pautan di bawah ini. Sokongan anda akan membantu meneruskan peranan semak dan imbang dan menghasilkan berita yang berkualiti.

[Muzik] Baik, kembali seterusnya bersama dengan YB Bung Moktar. Untuk perbincangan seterusnya, YB, saya nak tanya dan sentuh mengenai isu yang membuka mata seluruh rakyat Malaysia. Bukan sahaja di Malaysia, tapi pastinya saya yakin di Indonesia dan juga negara-negara jiran lain juga mendapat perhatian isu arwah kematian arwah Zara Khairina Mahathir. Dan soalan saya hari ini, Sabah kini menjadi perhatian nasional selepas kes arwah Zara Khairina Mahathir. Jadi sebagai pemimpin Sabah, apakah langkah segera kerajaan yang patut diambil untuk mengelakkan tragedi sebegini berulang kembali?

Ya, ini soalan baik. Hmm. Iaitu saya juga telah menyarankan di Parlimen bahawa sudah tiba masanya sekolah-sekolah, terutama sekali sekolah berasrama ini, hmm, harus diawasi dan diberi peraturan ketat. Kalau boleh kita cuba hentikan kes buli ini di sekolah ini. Sebab ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah, hmm, untuk mendapat pendidikan. Tetapi sebaliknya, anak mereka balik dengan beg kematian. Bukan pertama kali ya. Hmm. Cuma mungkin pada ketika itu belum ada kesedaran daripada masyarakat dan selepas kes Zara ni, dan saya sebetulnya salah seorang pembahas daripada Sabah ketika itu yang menyatakan bahawa kerajaan perlu melakukan sesuatu sebab kebimbangan kepada ibu bapa ini. Sekarang ini mereka risau menghantar anak mereka ke asrama penuh sebab mereka hantar balik mati, balik buli buli dan sebagainya dan perlu diberhentikan. Sebab itu saya minta kerajaan, termasuk ini Menteri Pendidikan, sepatutnya Menteri Pendidikan bertanggungjawab untuk memastikan sekolah-sekolah ini tidak lagi mengamalkan kes *cover-up* ini. Hmm. Tutup sana, tutup sini untuk menjaga nama sekolah itu masing-masing. Tidak perlulah dia pergi ke sekolah berjumpa anak-anak *wish birthday* dengan mana-mana pihak. Dia perlu bertanggungjawab melihat sekolah di seluruh negara ini bahawa buli itu memang sudah tidak diizinkan dan juga kalau buli, sekolah-sekolah itu dipertingkatkan kualitinya. Pasanglah CCTV, pasanglah macam-macam supaya anak-anak itu terlihat, ibu bapa ada keyakinan dengan sekolah kita. Hmm. Dan kes Zara ini juga sebetulnya bukan hanya berlaku di Sabah ya, tapi sentimen rakyat itu. Betul. Ini bukan lagi sentimen orang kata ada politik belakang. Tidak ada sebab Indonesia pun kita nampak, di Thailand pun 2000 lebih teksi dia... *TikTok* tu apa teksi apa dipanggil, melekat stiker *Zara Justice* Pujara. Kau bayangkan bagaimana boleh di Filipina pun begitu. Jadi ini perkara sekarang ini sebetulnya kes ini telah sedang dibuat di mahkamah dan juga ada *inkues*. Jadi kita tunggulah, sebetulnya ramai juga rakyat menunggu, tetapi rakyat banyak yang tidak sabar, tetapi peraturan kita memang begitu. Sudah tentu kita harus patuh dengan peraturan kerajaan apa yang ada.

YB, kalau kita lihat di Parlimen, YB antara pemimpin di Sabah yang cukup lantang untuk mempertahankan isu Zara ini. Sedangkan YB sendiri di dalam kerajaan yang bersama dengan kerajaan sekarang ini. Dan kalau kita lihat YB, saya nak tanya soalan ni mungkin agak sensitif, tapi betulkah benar wujud terlibatnya VVIP dalam insiden tersebut? Jujur, saya pun sebetulnya tidak ada sumber yang tepat. Sebab itu apabila tidak ada sumber yang tepat, kita tidak boleh mengagak-agak. Tetapi inilah sentimen inilah yang telah menjiwai hati rakyat di bawah sehingga mereka bangkit untuk membuat *justice for Zara* sebab mereka merasakan ada ketidakadilan dari segi pengurusan, dari segi siasatan dan sebagainya. Dan memang Pengarah GSG Malaysia pun telah menyatakan ada kecuaian semasa proses siasatan itu. Dan sebetulnya setiap insiden yang melibatkan kematian perlu ada orang kata bedah siasat. Bedah siasat. Tetapi pada kes Zara pula tidak ada dan diminta atas persetujuan ibunya, maka mereka bertolak ansur. Sebetulnya perkara ini tidak boleh sebab berlaku dengan saya sendiri. Anak buah saya ikut kempen dengan saya dan meninggal di hotel dan saya meminta supaya tidak dibedah siasat. Tetapi dia kata tidak boleh, kena bedah siasat juga. Jadi kalau ini tidak boleh, kenapa yang ini boleh? Hmm. Sebab itu daripada peringkat awal sudah ada *suspicion* di antara rakyat itu sendiri. Sama ada anak VVIP terlibat atau tidak, saya pun tidak maklum. Tetapi kenapa boleh jadi begini? Sebab itu *inkues* itu perlu dilaksanakan dan *justice* di mahkamah itu perlu ditegakkan. Ini penting untuk memberi keyakinan balik kepada rakyat di seluruh negara kita.

Datuk, tadi Datuk sebut berkenaan dengan *cover-up* di bawah KPM itu sendiri. Bagaimana Datuk melihat sekiranya terlibat VVIP yang *involved* dalam kes arwah Zara ini sebagai kepimpinan di bawah Sabah sendiri? Bagaimana kita nak mengurangkan ataupun meredakan kemarahan mereka ini supaya sekurang-kurangnya ada wakil daripada Sabah yang turun padang untuk sekurang-kurangnya memberi satu *statement* mengatakan, okey, hari ini keputusan sekian sekian sekian, sekurang-kurangnya ada *update* yang terkini, tetapi sekarang ini tidak hanya menunggu keputusan daripada pihak yang teratas. Bagaimana YB melihat perkara ini? Ya, perkara ini memang sudah menjadi *complicated* sebab kes ini dalam siasatan mahkamah. Betul. Sebab itu di Parlimen pun kita tidak boleh bincang sebab kes telah sedang berlangsung di mahkamah. Jadi kita kena menunggu dan *inkues* itu pun kita nak tunggu. Cuma saya punya pendirian. Mana-mana pihak pun yang terlibat, tidak kiralah ada anak VVIP kah, siapakah mereka, apabila terlibat dan didapati bersalah, perlu dihukum. Sebab ini melibatkan, pertama, melanggar peraturan, melanggar undang-undang. Kedua, kita harus mengembalikan keyakinan rakyat itu kepada kerajaan, kepada mahkamah. Kalau tidak, akhirnya rakyat mungkin satu ketika saya bimbang akan ada satu kebangkitan rakyat untuk pula tidak mengiktiraf mahkamah, tidak mengiktiraf kerajaan dan sebagainya. Dan ini akan menjadi satu perkara yang tidak diingini oleh mana-mana pihak.

Baik, terima kasih YB. Seterusnya kita kembali dengan segmen isu rasuah dan juga integriti di Sabah. YB, kalau kita lihat Sabah sering dikaitkan dengan isu rasuah. Malah kes-kes besar melibatkan ahli politik Sabah terus menjadi bualan. Bagaimana UMNO Sabah nak pulihkan imej politik negeri tersebut? Saya melihat bahawa perlu ada perubahan dan saya telah membuat kajian, iaitu kalau mahu mengatasi rasuah, setiap kerajaan negeri itu perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas, iaitu jawatankuasa teknikal dan juga jawatankuasa pemutus yang tidak melibatkan YB ataupun menteri seperti yang berlaku di Sarawak. Dan ini pada saya perlu kita jadikan amalan di negeri Sabah, iaitu di mana Sabah ketika ini sedang orang kata sedang sibuk untuk bercerita soal rasuah, soal *mining* dan sebagainya dan ini tidak dapat dielakkan dan ada juga yang masih rakyat... menyatakan bahawa banyak orang ada video dua *sia* pula yang didakwa. Ini pun menjadi persoalan. Betul. Tetapi telah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa yang lain itu tidak mencukupi bukti dan saya pun tidak mahu mempertikaikannya sebab kita ini pun berjalan atas dasar undang-undang. Hmm. Cuma apa yang saya perlu lihat bahawa perlu ada keadaan mekanisme dan pendekatan baru, hmm, untuk kerajaan yang memimpin nanti akan datang ini, untuk memastikan bahawa mengelak mana-mana YB lagi, mana-mana menteri dia dikaitkan dengan rasuah. Kalau tidak, akhirnya Sabah ini akan terus dibelenggu dengan isu rasuah. Betul. Sebut berkenaan rasuah, isu rasuah. Ada yang kata ahli politik Sabah mudah dibeli demi projek ataupun jawatan. Adakah Datuk Seri bersetuju atau itu hanya persepsi? Saya rasa ini hanya persepsi dan juga mungkin kebetulan. Bukan semua sebetulnya pemimpin di Sabah ini mudah dibeli dan ini apabila berlaku. Sebab itu apabila berlaku, seringkali berlaku persepsi masyarakat itu sudah melekat dalam minda mereka dan apabila ada persepsi, sudah tentu ada reaksi dan dengan ini maka ianya naratif dia telah menjadi negatif dan ini yang membimbangkan pemimpin-pemimpin di Sabah bagaimana untuk mengelak daripada berlaku. Sebab itu saya kata perlu ada pengwujudan satu jawatankuasa khas di setiap kementerian untuk memastikan bahawa projek-projek itu diterjemahkan secara telus kepada mereka yang layak dan tidak memilih atas dasar kroni ataupun kerabat dan sebagainya. Dan pada saya ini lebih penting sebab kita mahu memastikan kalau betul-betul mahu ingin berubah maka kita kena buat satu perubahan revolusi yang betul-betul boleh meyakinkan masyarakat. Ada satu kenyataan pada beberapa bulan lepas kita memanggil Albert sebagai orang kata saksi utama kes isu rasuah di Sabah dan mengatakan adalah rasuah ini katanya sudah biasa menjadi kebiasaan kepada kepimpinan politik mahupun orang-orang yang berniaga ini. Jadi bagaimana sebenarnya kita nak meletakkan persepsi ini jauh, tidak melibatkan ahli politik sedangkan katanya itu adalah satu amalan yang memang tradisi daripada dulu lagi, tidak boleh dielakkan. Bagaimana YB Datuk Seri melihat perkara ini?

Ini pun sebetulnya persepsi, tapi Datuk Albert, saya nampak dia bukan saksi tahu. Dia pun dituduh. Ya. Jadi saya tidak tahu kes ini sejauh mana. Sebab apabila ada tuduhan, pasti ada saksi. Sekarang siapa saksinya? Sebab dia pun sendiri dituduh. Jadi saya pun tidak tahu terutama apa yang dikatakan oleh Albert dan lain-lain ini, persepsi. Sebab seperti awal-awal saya katakan, apabila perkara ini berlarutan, dilakukan terlalu kerap, sudah tentu akan menimbulkan persepsi yang lebih negatif. Hmm. Sebab itu perlu ada perubahan pendekatan yang baru dilakukan termasuk bahawa menteri dan juga mana-mana pihak tidak ada lagi kuasa untuk memutuskan sesuatu. Biar jawatankuasa memutuskan dan menteri apabila direkomendasi oleh jawatankuasa, dia tidak boleh ubah lah. Jadi dia boleh lepas tangan dan tidak terlibat secara langsung memilih mana-mana kontraktor tersebut. Kalau tidak, tentu sebagai sebuah negeri yang baru nak mengejar negeri-negeri yang lain, baru nak mengeluarkan Sabah daripada kemiskinan ini pun mungkin sudah satu perkara yang perlu kita hadapi. Sudah tentu perlu ada satu mekanisme, perlu ada pendekatan yang lebih komprehensif untuk memastikan Sabah maju tetapi menteri-menteri terhindar daripada tuduhan rasuah. Er, kalau kita tahu negeri Sabah adalah negeri yang memang kaya dengan perlombongan dan sebagainya. Adakah benar untuk mendapat lesen perlombongan sahaja memang perlukan [Muzik] duit sumbangan kepada sekian-sekian yang menjadi kerajaan tersebut? Saya tak nak sebut siapa, tapi adakah benda tu memang wujud?

Sebenarnya perlombongan ini baru lebih, orang kata, giat dilaksanakan semasa kerajaan GRS ini. Semasa Barisan Nasional, ia tidak langsung menimbulkan eksplorasi ni sebab sebetulnya eksplorasi hasil mahsul negeri ini, ia *the last resort* untuk kita memastikan negeri itu terus kekal makmur dan kaya-raya. Hmm. Jadi semenjak GRS memegang tampuk kerajaan, mereka telah memulakan eksplorasi. Tetapi itulah, selalu banyak salah guna sehingga syarikat dianugerahkan, dibatalkan, diberi balik, dibatalkan. Pembatalan satu syarikat sampai dua kali. Pada saya ini, bukan merupakan satu perbuatan yang perkara yang baik sebagai untuk satu permulaan perniagaan. Kalau kita rasa syarikat itu memohon terlalu besar, kenapa tidak kita tangguhkan di peringkat awal? Kalau kita tahu dia dapat puluh-puluh ribu, sudah lulus baru kita tahu, "Oh, berpuluh, padahal kita yang mengurus, jawatankuasa pun ada." Hmm. Jadi, pada saya, perkara-perkara ini perlu diselaraskan dengan baik. Perlu ada jawatankuasa teknikal yang melihat, yang memantau untuk memastikan bahawa hasil mahsul kekayaan Sabah itu dapat dimanfaatkan untuk rakyat negeri Sabah.

Baik, mungkin Datuk Seri, apakah sebenarnya kelemahan utama pemimpin-pemimpin politik di Sabah ini berbanding dengan ahli politik di Sarawak misalnya yang mungkin dilihat lebih berhati-hati dalam mengambil pendirian politik ini? Saya tidak boleh huraikan. Cuma pada saya, mungkin juga ada sifat-sifat ingin mengaut keuntungan dan sebagainya. Tetapi pada saya itu bukan segala-galanya. Pemimpin itu perlu harus melihat masa depan rakyatnya sendiri. Sebab itu kita ini sebagai pemimpin ada tanggungjawab. Bukan hanya tanggungjawab kita kepada Allah, tetapi kepada umat kita sendiri. Apabila kita tidak jujur melaksanakan amanah dan tanggungjawab, sudah tentu kita tidak akan selamat dunia dan akhirat. Dan saya pun hairan kenapa sering-sering pemimpin Sabah dikaitkan dengan berbagai-bagai insiden dan sebagainya. Dan ini pada saya harus kita lihat sebagai satu perkara yang perlu kita beri perhatian dengan sewajarnya supaya tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Baik, ini mungkin soalan saya terakhir. Apa sebenarnya mesej utama Datuk Seri kepada semua pengundi di Sabah dan fokus utama UMNO Sabah jika diberi mandat semula? Tadi Datuk Seri kata akan berjanji untuk memberikan pendidikan percuma dan sebagainya. Jadi apa lagi yang mungkin mesej yang Datuk Seri nak sampaikan kepada semua pengundi di Sabah, paling kurang memberi satu peluang kepada Datuk Seri, mungkin kalau diberikan, ditakdirkan Tuhan menjadi Menteri Besar di Sabah.

Dalam pilihan raya akan datang ini, kita telah seperti saya nyatakan, PBS telah pernah memerintah negeri Sabah. GRS sudah pernah memerintah negeri Sabah. Hmm. Warisan pun telah pernah memerintah negeri Sabah. Barisan Nasional pun sudah pernah memerintah negeri Sabah. Justeru itu, pilihan kali ini adalah peluang untuk rakyat menilai daripada empat parti utama ini yang telah pernah memerintah negeri Sabah, parti mana sebenarnya telah benar-benar membangun negeri Sabah? Saya sedar bahawa Barisan Nasional pun ada kelemahannya melalui pemimpin. Tetapi Barisan Nasional pada ketika ini dipimpin oleh orang baru. Semua kepimpinan UMNO Barisan Nasional, orang-orang baru yang dulu tidak pernah berjawatan dan kita bertekad untuk memberikan rakyat Sabah perkhidmatan yang terbaik. Dan dalam manifesto ataupun kita punya tawaran-tawaran baru kepada rakyat negeri Sabah ini, kita banyak memberikan harapan kepada rakyat, iaitu perlu untuk kita mengubah, membawa Sabah keluar daripada kemiskinan, mengeluarkan lapan daerah daripada mundur dan miskin termasuk mewujudkan perumahan sebanyak 500,000 hingga 1 juta di antara 5 hingga 10 tahun. Ini pun kita tawarkan. Dan di samping pendidikan percuma, kita juga memastikan bekalan air bersih dapat kita muktamadkan dalam masa 5 tahun. Api elektrik tidak lagi mati-mati dalam jangka 3 tahun dan kita akan memiliki tenaga baru 3 hingga 5,000 MW untuk negeri Sabah itu sendiri. Dan kita juga memastikan jalan raya, rangkaian jalan raya di Sabah itu dipersiapkan, dapat dibangunkan dan membawa pelabur-pelabur datang. Dan juga kita akan mengembangkan ekonomi negeri Sabah melalui perkembangan Kalimantan, daripada Tawau ke Kudat, ke Tawau. Ini penting sebab ekonomi serantau ini di mana dianggarkan akan ada lebih kurang 40 hingga 60 juta penduduk Indonesia berhijrah ke Kalimantan dalam masa 2-3 tahun dan sudah tentu ini akan kita manfaatkan sebab ini peluang ekonomi untuk rakyat di Borneo terutama sekali di Sabah untuk berinteraksi, bertukar-tukar perniagaan dengan peniaga-peniaga dari Kalimantan. Ini sebetulnya banyak lagi. Saya pun tidak boleh huraikan satu-satu. Tetapi tawaran-tawaran baru ini bukan sahaja boleh menarik sokongan rakyat, tetapi mereka juga berkeyakinan bahawa kita mampu melakukannya. Dan saya cukup menjelaskan bahawa mana-mana parti yang menang tetapi dia berjanji dan berjanji tapi dia tidak tunaikan. Kalau tidak sampai satu penggal pun, mungkin hanya satu penggal dan UMNO tidak akan menjadi kerajaan satu penggal. Bahkan ketika kita, kita menang satu penggal ini untuk menang beratus-ratus kali pilihan raya lagi. Jadi kalau kita mahu menang, maka pertama, janji kita hendak tunaikan. Jika kita mahu menang, kita datang daripada rakyat harus kembali kepada rakyat. Jadi kepada pengundi-pengundi rakyat di negeri Sabah, lihatlah benar-benar *landscape* politik Sabah pada pilihan raya ini dan beri sokongan kepada parti yang tuan-tuan dan puan-puan rasa boleh membawa dan membangun rakyat negeri Sabah itu sendiri.

Nampak gaya macam insya-Allah boleh berpotensi, YB. Insya-Allah. Insya-Allah. Tapi saya nak tanya YB Datuk Seri, adakah Datuk Seri yakin sekiranya mendapat mandat daripada rakyat di Sabah ini? Bagaimana pula untuk menarik golongan muda-muda? Kalau kita lihat sekarang ini Sabah, kebangkitan Sabah ini ramai golongan orang muda yang sangat marah kerana peluang pekerjaan yang tidak ada dan sebagainya. Bagaimana cara untuk orang kata menarik semula golongan-golongan generasi muda untuk kekal memberi sokongan kepada UMNO Sabah?

Isu anak muda ini bukan hanya dihadapi oleh UMNO atau Barisan Nasional, ia dihadapi oleh sebuah parti. Betul. Sebab apabila kita lulus undi 18 tahun di Parlimen itu, 18 tahun ini dia duduk dalam *form*. Hmm. Lepas itu, dan bagaimana kita nak *exist* di sekolah, sudah tentu memang banyak kesukaran. Tetapi insya-Allah, kita ada mekanisme kita dan kita ada juga tawaran-tawaran yang baru kepada anak-anak muda. Anak-anak muda ini bukan sahaja dia perlu... dia bukan sahaja perlu harapan, tetapi dia perlu ada keyakinan yang kita lontarkan kepada mereka. Dan kita juga faham bahawa dalam pilihan raya ini, 60% pengundi di semua kawasan itu anak-anak muda 40 tahun ke bawah. Dan ini sudah menjadi satu kekangan kepada semua parti. Tetapi insya-Allah, sebab kita ada strategi kita, kita ada cara kita bagaimana untuk menarik anak-anak muda ini mengundi calon-calon Barisan. Dan ini saya... saudara-saudara cuba, sebetulnya kebangkitan UMNO ini di Sabah ini bermula di Kimanis di mana pada satu ketika itu UMNO Sabah dalam keadaan kalah. Hmm. Ditinggalkan lagi dan kita baru nak bangkit, tiba-tiba ada pilihan raya, kita berhadapan dengan kerajaan negeri, kerajaan Warisan ketika itu dan dibantu oleh kerajaan persekutuan. Perdana Menteri turun, Timbalan Perdana Menteri turun, menteri-menteri turun. Saya sendiri *lead* UMNO Sabah ketika itu dalam keadaan orang kata tidak ada pengalaman, tapi alhamdulillah kita berjaya menewaskan Warisan di Kimanis ketika itu. Maka daripada itulah kebangkitan UMNO Sabah dan selepas itu ada tujuh PRK di Semenanjung, semuanya UMNO menang. Jadi pada saya ini merupakan satu langkah yang baik dan saya yakin bahawa kita masih boleh menempatkan antara parti yang terbaik di negeri Sabah. Jadi jentera-jentera untuk PRN sudah disediakan dan dah perancangan semua sudah, *everything* sudah *ready*. Okey, mungkin kata-kata terakhir YB untuk kita punya perbincangan pada hari ini. Ada tak yang YB nak sampaikan mungkin berkenaan dengan isu rasuah, isu Zara Khairina dan juga isu-isu politik di PRN Sabah sendiri?

Pertama, saya mengucapkan kepada Kini TV lah sebab telah mengundang saya untuk ke podcast ini dan seterusnya saya juga meminta kepada rakyat negeri Sabah supaya bertenang dalam isu Zara Khairina ini sebab isu ini pun telah dibawa ke mahkamah dan tinggal menunggu *inkues* dan walaupun kita tidak ada kepuasan diri, tetapi kita harus patuh dengan peraturan-peraturan kerajaan dan insya-Allah akan ada keputusan-keputusan yang terbaik. Dan sebenarnya kita pun akan berhadapan dengan pilihan raya pada masa akan datang tidak lama lagi. Tidak tahu mungkin bulan September, bulan Oktober, yang terakhir pun bulan November. Jadi bersedialah untuk mengubah. Perubahan dalam Al-Quran, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memberikan manusia itu peringatan bahawa Allah tidak akan mengubah untung nasib umatnya, melainkan umat itu mengubah sendiri. Maka UMNO Barisan Nasional bersedia membawa perubahan dengan syarat sama-sama kita mengubah untung nasib rakyat negeri Sabah. Itu dia slogan yang diberikan oleh Datuk Seri. Okey, itu sahaja mungkin daripada saya. Sabah, negeri yang kaya dengan budaya dan sumber alam tapi juga medan percaturan kuasa yang sentiasa bergejolak. Dari rundingan kerusi PRN yang belum muktamad, kes Zara Khairina yang masih lagi meruntun hati hingga ke kes rasuah yang membayangi politik negeri. Semua ini hanya menandakan satu perkara. Masa depan Sabah ditentukan oleh keberanian kepimpinannya dan kebijaksanaan rakyatnya. Baiklah, terima kasih sekali lagi kepada YB Datuk Seri Bung Moktar Radin kerana bersama kami dan terima kasih juga kepada semua yang terus menonton dan bersetia bersama kami di *Sen Sikit Kini*. Saya Mastura Malak. Jumpa lagi pada episod seterusnya. Assalamualaikum dan salam hormat. Waalaikumussalam.

[Muzik]