Transcription
Dan dalam negara berkaitan dengan isu itu, jadi yang dibangkitkan oleh Jelutong tadi berkaitan dengan apa yang dimaksudkan, sebutkan oleh Muhammad Pasir Putih berkaitan dengan negara Amerika. Saya ingin jelaskan bahawa hubungan kita dengan negara Amerika adalah hubungan dua hala antara dua negara yang bebas dan merdeka. Amerika mempunyai dasarnya, mempunyai tindakannya. Kita mempunyai dasar kita yang bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana negara kuasa atau tidak. Jadi oleh sebab itu, atas pendirian tersebut, kalau ada tindakan oleh mana-mana negara yang kita tidak setuju, kita mungkin memberikan pandangan dan ulasan kita. Jadi kita tidak perlu memberikan pengisytiharan berkaitan dengan negara pada keseluruhan atau pada umumnya.
Kedua-duanya berkaitan dengan maksudnya kenyataan yang dibuat oleh Muhammad Pasir Putih itu yang mahu tidak setuju adalah tidak betul untuk menafsirkan Amerika sebagai negara yang perlu memberikan ulasan tentang apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat, Yang Berhormat dalam dewan ini. Saya sekadar menyatakan itu. Kementerian itu, pendirian Kementerian kita dan kerajaan kita bahawa kita mempunyai hubungan dengan berbagai-bagai negara dan pendirian negara-negara lain itu adalah... Speaker setuju, maka kedutaan Puteri setuju, maka kedutaan kita arahkan untuk ditutup? Tak ada, tak ada keputusan untuk tutup. Menteri tidak setuju dengan kenyataan Pasir Putih untuk mentafsirkan Amerika sebagai negara pengganas, betul. Dan Kementerian dan kerajaan tidak perlu memberikan ulasan tentang mana-mana ucapan yang diberikan oleh mana-mana ahli Yang Berhormat yang kita perlu berikan pendirian umum.
Kita masih lagi mengharapkan kerjasama dengan Amerika untuk dapatkan balik sejumlah wang yang begitu besar yang terlibat dalam *schedule one MTB*. Kalau kita tafsirkan Amerika sebagai pengganas, wang itu takkan dikembalikan ke Malaysia dan tak boleh digunakan untuk mana-mana rakyat Yang Berhormat. Saya tidak tafsirkan dasar Amerika apa-apa sekalipun. Saya katakan bahawa Amerika ada dasarnya, kita ada dasar kita. Tapi saya tidak perlu... Menteri perlu tidak bekerjasama dengan Amerika? Kita perlu kerjasama dengan Amerika.