Transcription
[Muzik] Cuma saya minta izin, izin saya nak buat satu pencerahan malam ini, mungkin sampai pukul 11:00 boleh kut. Pernah tengok tak viral pasal YouTube atau video saya pasal Ultraman, perah Tok Amin? Saya nak bagi pencerahan sebab teruk sangat dah la ni, macam-macam. Cuma sebelum saya cerita dan bagi pencerahan, saya nak tanya, faham betul ke tidak apa yang saya nak cakap tu? Faham betul ke tidak? Kalau siapa cakap faham, memang pembohonglah. Siapa cakap dia faham, memang pembohong. Bukan maksud saya kata dia pembohong sebab dia tak tahu pasal Ultraman.
Hakikatnya, video dan yang diviral tu berapa minit? Seminit 45 saat. Hang boleh faham *the whole thing* ke tak boleh faham *the whole thing*? Dan saya berani katakan, orang yang boleh faham ceramah dan kuliah yang diviralkan itu hanya kalau dia ada malam tu di Masjid Binjai Bayang Lepas. Kalau malam tu ada 30, 30 orang tu saja yang faham. Kalau malam tu ada 40, 40 orang tu saja yang faham. Ada 50, 50 orang tu saja yang faham. Baki lagi di luar tersebut, sama ada orang Pulau Pinang, orang di luar Pulau Pinang, memang tak akan faham sampai bila-bila.
Sebab apa saya kata demikian? Sebab isu yang sebenar, bila kita cari video yang penuh pun bertajuk "Membongkar Syiah", video tu start minit ke berapa? Video tu, tengok, video tu tak ada mukadimah. Banding dan *relate* lah dengan video-video yang lain, semua ada mukadimah dan pembuka bicara. Tapi satu-satunya video yang tak ada mukadimah isu "Membongkar Syiah", buka-buka terus angkat tangan Ultraman. Dah logik ke tidak? Mukadimah saya hari ini, "Assalamualaikum", tak mari cerita Ultraman. Tak logik.
Hakikat yang betul ialah, tuan, dia ada. Walaupun malam tu orang lain yang buat kerja, malam tu memang bermula daripada minit pertama rakaman. Jururakam bagi pihak AKS Abu Khadijah Studio ada yang jadi permasalahan dan isu dia lupa nak tekan butang 'on' bila kuliah bermula. Dia teringat bila minit ke-30 tu, baru dia perasan bahawa butang 'on' pada kamera tak ditekan. Jadi, Allah, minit 30 dah, butang 'on' tak tekan. Tekan masa tu. Masa tulah keluar cerita isu yang sebenar. Jadi, lepas tu, dalam hal penuh tu, ambil seminit 45 semata-mata, seolah-olah nak mengaitkan isu saya nak kata Ultraman tu Syiah, Syiah tu Ultraman. Lagu tu ke? Saya nak kata sebagai orang yang punyai akal yang sihat, logik ke tidak Ultraman tu berakidah Syiah? Ultraman tu orang ke animasi? Animasi. Syiah ni akidah orang yang hidup.
Isu sebenar macam ni: Malam tu memanglah kuliah rutin di masjid di Binjai Bayang Lepas, Pulau Pinang. Tajuk yang ditaklif malam tu, "Membongkar Isu Syiah". Kita pun terujalah nak bercerita, nak bercakap dengan jemaah tentang isu Syiah. Jadi, bermulalah kuliah pada minit pertama sampai minit ke-30 tanpa dirakam. Tanpa dirakam tu sebab saya kata tadi, hanya yang faham orang yang kalau malam tu ada 30, 30 tu saja hak satu hingga 30 tulah. Kalau ada 40 orang, 40 orang tu saja yang hak faham dan tahu minit pertama sampai minit 30. Hak tulah yang orang terlepas, jadi silap faham tentang video yang diviralkan.
Baik, cerita dia macam ni: Bila satu-satu kuliah, sama macam saya bentangkan di mana-mana pun, saya akan cerita pasal mukadimah. Kalau ada satu tajuk isu, satu kumpulan, satu firqah, saya biasa akan bawa pandangan-pandangan ulama mengenai perkara tersebut atau perkara yang dibincangkan. Ulama ni kata apa pasal Syiah? Ulama ni kata apa pasal Syiah? Pasal apa ulama ni kata sesat? Pasal apa ulama ni kata tak sesat? Pasal apa ulama ni kata masih dalam lingkungan Islam? Pasal apa ulama ni kata dah terkeluar dalam lingkungan Islam? Dan dalil masing-masing.
Bila dah habis benda tu, baru kita bercerita tentang firqah-firqah yang wujud dalam aliran Syiah. Dan sebelum tu, barulah nak bermula firqah yang pertama, yang paling besar dalam firqah ataupun sekt Syiah, ialah Syiah Imam Dua Belas. Saya pun duk hurailah, Imam Dua Belas ni dia ada tiga nama. Walaupun tiga nama merujuk kepada satu grup, satu kumpulan, satu firqah yang sama. Kadang-kadang nama dia Syiah Imami Imamiah, sebab dia meyakini Imamiah termasuk dalam perkara akidah dan rukun agama. Kadang-kadang ada nama kedua dipanggil Syiah Rafidhah, kerana dia menolak kepimpinan Abu Bakar dan menolak kepimpinan Umar dan menolak kepimpinan Uthman. Sebab tu dia namakan Rafidhah. Dan dia juga dinamakan Syiah Imam Dua Belas. Kenapa dinamakan Dua Belas? Kerana mereka mempercayai keturunan imam-imam daripada Rasulullah ni maksum. Lepas tu sambungan dia, lepas tu banyaklah kan, anda boleh dengar Syiah-Syiah yang lain.
Bila sebut pasal Syiah Dua Belas, barulah saya nak kait dengan kisah Ultraman. Tujuan sebenar, niat saya tak ada sikit pun nak kaitkan akidah Syiah Imam Dua Belas dengan Ultraman, dan nak kaitkan isu Ultraman dengan akidah Imam Dua Belas. Lebih jauh lagi, tak ada niat nak kaitkan Iran dengan Jepun, dan tak ada niat nak kaitkan Jepun dengan Iran. Poin utama malam tersebut hanya nak sebut tentang isu angka, bilangan, dan jumlah nombor 12 tu. Poin saya yang sebenar tadi cerita Imamiah, cerita Rafidhah, cerita Syiah Imam Dua Belas, angka 12 tu, poin bilangan 12. Kenapa perlu kait dengan isu Ultraman? Sikit saja, macam ni.
Bila kita sebut tentang Ultraman, dia ada syarikat penerbitan dia, nama dia Tsuburaya Production. Tsuburaya Production ni ditubuhkan pada 1963 di Hachimanyama, Setagaya, Tokyo, Jepun. Jadi, bila 63 dia ditubuhkan, ada penaung-penaung dia yang kita panggil *The Key People*. Siapa *founder* dia? Eiji Tsuburaya tadi, nama Tsuburaya Production tu ambil nama dialah, Eiji Tsuburaya. Siapa presiden dia? Senyuki Morishima. Siapa *Vice President* dia? Ada dua: satu Shinichi Oka, yang kedua Junji Okabe. Jadi, orang yang paling lengkap di belakang tu yang menaikkan nama Tsuburaya Production ada seorang individu yang nama Hiroshi Yamasaki.
Hiroshi Yamasaki. Bagaimana nama ni boleh keluar? Pada tahun 1983, saya darjah satu masa tu, ada seorang kawan bagi satu majalah pada saya. Saya masih ingat lagi, majalah tu bernama *The Legend of Ultraman*. Budak darjah satu biasa *The Legend of Ultraman*. Jadi, buku tersebut terbitan 1983, bermuka surat antara 33 hingga 34 muka surat. Dalam muka surat 7, 8, 9, 10, empat muka surat dalam tu, dia ada pembentangan dalam bentuk tulisan sesi temu ramah. Temu ramah betul dalam bentuk layar perak, temu ramah betul dalam bentuk divideokan, mungkin berlaku. Cuma dia ambil adaptasi dalam bentuk tulisan, cerita benda tu, hurai benda tu dalam empat muka surat tadi, 7, 8, 9, 10. Bendanya temu ramah antara seorang wartawan dengan Hiroshi Yamasaki, antara orang kuat tunjang belakang di sebalik Tsuburaya Production.
Dia pun cerita macam mana asal usul terdetik nak buat *superhero* yang nama Ultraman. Kita baca buku ni, dia kata, "Aku tinggal di Bandar Tokyo." Yamasaki kata, "Kebetulan kawasan perumahan tempat aku tinggal tu ada jiran aku seorang berbangsa Iran. Dia ni sedang belajar di Tokyo University, mana tak disebutkan, dalam bidang *mechanical engineering*." Jepun ni belajar, kebetulan jadi jiran dia. Dan Jepun ni sebut nama lelaki tersebut, Taufik Reda. Orang Iran, kan? Dan dia berfahaman akidah Syiah Dua Belas. Dan kita tahu, sejak CEO sampai Hiroshi Yamasaki, semuanya adalah penganut agama Kristian yang tegar. Kristian yang tegar selalu sinonim dengan benda hak kita sebut tadi, 12 apostol atau Al-Hawariyun.
Petang-petang kalau ada masa, jiran mereka duk bersembang, mereka duk bercakap. Kawan ni cerita Kristian, cerita 12 Hawariyun, cerita Kristian 12 sahabat nabi, cerita Kristian, cerita 12 dia. Kawan tu pun kebetulan, "Eh, angka 12 juga!" Mungkinlah dia cerita pasal akidah dia, dia sebut pasal imam-imam dia tu. Hak tulah yang saya nak kait sebenar isu jumlah, bilangan, dan angka berapa? 12. Yang duk kait Ultraman jadi Syiah tu pasal apa? Faham tak tu? Hak sebenarnya isu 12. Jadi, contoh kalau kita ada perasaan tu, "Aku duk cerita ni 12," terfikirlah nak buat satu watak.
Bila dia terfikir nak buat satu watak, dia pergi jumpa *screenwriter* Eiji Tsuburaya. Siapa *screenwriter* dia? Dua orang: Masahiro Yamada dengan Mamoru Sasaki. Pergi jumpa orang ni, rancang nak buat apa bentuk *superhero* yang kita nak bawa kepada *founder* Eiji Tsuburaya. Diterima. Terhasillah. Sebenarnya, sebelum Ultraman Hayata dah keluar Ultraman Q awal. Ultraman Q, 2 Januari 1966 sampai 2 Julai 1966, enam bulan siri Ultraman Q. Tapi kurang sambutan. Akhirnya diubahlah. Nak masuk duk fikir 12, 12, 12 orang tu. Maka Ultraman Hayata pun bermula bila? 17 Julai 1966 sampai 39 siri berakhir 9 April 1967. Saya pun tak beranak lagi.
Jadi, watak utama Hayata, kan? Siapa ingat kapten dia? Toshio Muramatsu. Tak, dia Shin Hayata. Pasukan dia SSP, *Science Special Search Party* masa tu. Dan ni macam-macam *Dash* lah, *Mat* lah, macam-macam. Jadi, waktu tu raksasa, bila 39 episod, raksasa pun kena ada 39 jugalah. Raksasa Adoras, raksasa Antlar, raksasa Baltan, raksasa Bulton, raksasa Badon, raksasa Banila, raksasa Guigara, last sekali Zaragas campur Zetton. Zetton tu baru Hayata kalah. Marilah Ultraman Zoffy selamatkan dia. Nak alang-alang nak Ultraman sangat. Hak yang terakhir tu kuat dah tu Zaragas tu. Zaragas sebelum Zetton. Zaragas pun hampir-hampir kalah Ultraman Hayata. Zaragas, bukan Paragas. Paragas jahanam, ingat tak enam jahanam? Mumbala, Jagindas, Sujama, Katipang, Paragas, Karambit, kan? Enam jahanam tu. Paragas. Ni Zaragas, Zetton ni.
Ha, ni dia yang dia kalah ni. Dia panggil Ultraman zaman Showa, zaman klasik. Bila zaman klasik, ada berapa warna? Dua saja. Zaman klasik merah dengan merah dengan warna perak tu, kan? Keluarlah enam orang tu. Dia buat wira dia: Ultraman Hayata, Ultraman Zoffy, Ultraman Ace, Ultraman Jack, Ultraman Leo, Ultraman Taro. Sebenarnya, inilah *base* dia. Banyak lagi hak keluar sebelum zaman Ultraman. Zaman Ultraman ada di sini, Ultraman Y, ada di Ultraman Jonias, ada di sini, Ultraman Great, Ultraman Powered, ada di sini, Ultraman Zearth, ada di sini. Tapi dia nak buat keluar pula enam orang lagi zaman Heisei. Zaman Heisei ni sebab raksasa dah hibrid. Raksasa hibrid, kan? Lagi hebatlah. Jadi, Ultraman pun perlu *power* lebih. Jadi, dia tambah lagi satu warna, jadi warna merah, biru, dan perak tu. Keluarlah Ultraman Tiga, Ultraman Dyna, Ultraman Gaia, Ultraman Cosmos, Ultraman Nexus, Ultraman Mebius. Kemudian Ultraman *The Battle Galaxy* tu, keluarlah Belial dengan Ultraman Zero.
Tak, dan saya menterjemahkan nama-nama tu yang anda dengar tu. Contoh kita kata Mebius diistilahkan sebagai Imam Mahdi, Zero sebagai Nabi Isa, Belial sebagai Dajal. Bukan maksud kita hak betul-betul hakiki adakah Ultraman ni nanti Dajal? Adakah Nabi Isa tu Ultraman? Tak. Ni bentuk *subliminal message* dalam bentuk kronologi. Kena faham. Bila kita tengok cerita ni, contoh Belial, Belial ni jahat. Dia cuba pergi ambil *plasma plug*, dia nak matikan *The Land of Light* tu, kan? Akhirnya dia dikalahkan oleh Ultra Father. Ultra Father ikat dia, dirantai, bubuh dalam gua. Faham tak? Agak-agak kita nampak biasa, tapi sebab dia Kristian tegar, kita tahu dia akan pergi ke mana juga. Sama macam kita, penjahat ni yang nama Belial ni kena ikat dekat Ultra Father, kena rantai, letak dalam gua seorang-seorang tu, dia panggil *subliminal message*. Walaupun tu hanya pandangan dan pendapat.
Agak-agak kalau anda sendirilah lagu tu, nak kata apa tu? Kalau kita nak *relate* dengan akhir zaman, nak kata siapa tu duk dalam gua kena rantai? Anda pun akan sebut, saya tak perlu sebut benda tu. Lepas tu bila dia keluar, dia menghidupkan balik raksasa-raksasa hak terpendam di sebalik benteng-benteng. Agak-agak siapa tu? Ya, Yakjuj Makjuj. Anda sendiri yang sebut. Lepas tu hero hak mari hak bunuh Dajal, hak bunuh Belial, siapa? Ultraman Zero. Hak lain terai dah, terai tak kalah, terai kalah. Sebab semua duk planet M78. Hakikatnya Zero dijaga oleh Ultraman Leo dengan Ultraman Astra di planet L77. Lain nak cerita Ultraman sangat.
Tapi saya akui, saya macam kita kata terlepas cakaplah. Last sekali bila teruja nak masuk perbahasan balik, ulang balik saya tersebut, maka keluarlah 12 Ultraman. Sebenarnya saya nak cakap betul di sini, pembetulan: keluarlah 12 jenis Ultraman. Hak Syiah tu memang terkeluar tapi sebentar tu, bukan maksud tu tersilap. Jadi takut orang faham Ultraman tu Syiah, Syiah tu Ultraman. Hak ni diakui sendiri sebab kita teruja nak masuk perbahasan firqah Syiah seterusnya dah tu. Jadi sebab hak tulah, mungkin orang fikir kita nak mengaitkan. Cuba buka hati, logik tak ada orang hak hidup dengan akidah nak kaitkan dengan animasi? Sekarang faham tak? Malam ni jelas tak jelas?
Tapi kalau hal ini bagi orang di luar sana yang dia rasa masih perlu diperbesarkan, kalau anda rasa ada ketenangan, kebahagiaan, anda *on* lah nak memperbesarkan ke, nak viral lagi, silakan. Tapi bagi orang yang ada perasaan, "Ustaz, sebelum ni saya tak faham," "Ustaz terang jelas dah." "Sebelum ni saya tak tahu," "Ustaz terang jelas dah." *Stop* tu. Dua-dua saya tak boleh halang. Orang nak makin memperbesarkan pun saya tak boleh halang. Orang nak *stop* dia faham pun saya tak boleh halang.
Tetapi kalau di luar sana ada niat cuba menjatuhkan saya, moga-moga Allah jaga hati saya agar tidak berbuat benda yang sama, tidak cuba menjatuhkan anda. Kalau di luar sana ada orang cuba menghina saya dengan isu ni, kalau boleh Allah jaga hati saya agar saya tidak sampai menghina di luar sana. Kalau ada orang nak memburuk-burukkan saya dengan isu ni, kalau boleh minta Allah jaga hati saya jangan sampai saya memburuk-burukkan anda semua. Baki lagi apa yang kita minta ialah semua dihidayahkan Allah dengan jalan yang selamat dan sejahtera.
Hakikatnya, tu je isu yang sebenar. Poin saya ialah tentang isu angka, jumlah, dan bilangan 12 tu. Dan berani saya sebutkan, kalau tak ada Taufik Reda pun dalam cerita ni, Hiroshi Yamasaki tetap akan buat Ultraman 12. Cuma sebab kita cerita pasal akidah, apa tu akidah Imam Dua Belas, kebetulan kawan tu pun akidah tu. Saja saya nak kaitkan. Bukan nak kata Ultraman tu Syiah, Syiah tu Ultraman. Jepun tu Iran, Iran tu Jepun. Jauh sekali maksudnya anda tersasar, anda tersilap. Cuma pembetulan hak betulnya, hak selepas tu keluar 12 tadi, saya perbetulkan terus dah. Hak sebenar keluar 12 orang Ultraman sebab teruja nak masuk perbahasan firqah seterusnya.
Boleh faham setakat ni, ya? Harap yang di sini lebih memahami yang di luar sebab kita berdepan. Kalau ada kemusykilan lepas ni, kita boleh tanya terus. Tapi sebelum tu, kena makan dululah. Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.