📱

Get Our Mobile App

Take your business learning on the go!

Download on the App StoreGet it on Google Play

TEKNIK MENJAWAB [RINGKAS] GEOGRAFI TINGKATAN 1 (Contoh Esei Bab 13 : Sisa Domestik)

CIKGU FAIROSE5:04

Transcription

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya akan bincangkan secara ringkas ujian Geografi. Ujian Geografi terbahagi kepada tiga, iaitu Bahagian A, soalan objektif.

Soalan objektif, seperti biasa, pilihan jawapan A, B, C, D. Seterusnya, Bahagian B, soalan struktur. Kita akan lihat secara ringkas berkaitan soalan dan struktur di dalam slaid yang berikutnya. Dan akhir sekali, Bahagian C ialah soalan dan isi yang akan dibincangkan secara terperinci berdasarkan kata kunci yang diberi dalam setiap satu soalan. Soalan yang satu ialah soalan kemahiran peta. Kemahiran peta ini berkaitan dengan rujukan grid, ciri fizikal, ciri budaya, skala, jarak, dan penafsiran peta yang diberi.

Mari kita lihat isi kandungan buku teks Geografi Tingkatan Satu. Tadi telah dinyatakan, soalannya berdasarkan kemahiran. Maka, Bahagian B, soalan satu hanya melibatkan Bab 1, 2, 3, dan Bab 4 sahaja, kerana hanya Bab 1 hingga Bab 4 yang berkaitan dengan kemahiran Geografi. Seterusnya, bagi soalan dua dan soalan tiga adalah terbuka bagi bab-bab yang lain.

Bahagian C, soalan isi. Dalam empat soalan yang dipaparkan, murid-murid hanya perlu memilih dua soalan sahaja untuk dijawab. Kemudian, setiap satu soalan, contohnya soalan satu, ada soalan 1A dan 1B, tetapi saling berkaitan, saling berhubung kait soalan tersebut. Kemudian, kamu fokus kepada kata kunci dalam bentuk ayat yang panjang. Kenal pasti kata kunci. Jika dalam soalan kamu nampak perkataan 'Nyatakan' atau 'Kemukakan', kamu hanya perlu memberikan/menulis fakta sebagai jawapan. Jika kamu nampak perkataan 'Terangkan', 'Jelaskan', 'Mengapa', 'Cadangkan', 'Bagaimanakah', dalam jawapan kamu perlu dinyatakan fakta dan huraian ataupun fakta dan contoh. Seterusnya, jika dalam soalan dipaparkan perkataan 'Uraikan' atau 'Wajarkan', kamu perlu menyatakan fakta, huraian, dan contoh.

1A: Jelaskan amalan 3R dalam mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik. (4 markah)

1B: Uraikan kesan-kesan pembuangan sampah yang tidak terurus. (6 markah)

Soalan 1A: Jelaskan amalan 3R dalam mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik. Kata kuncinya ialah 'Jelaskan'. (4 markah) Kata kunci dalam soalan tadi ialah 'Jelaskan'. Jadi, murid-murid perlulah menyatakan fakta dan huraian ataupun fakta beserta contoh.

Mari kita lihat jawapan untuk soalan 1A. Amalan menggunakan semula bahan buangan seperti bekas minuman, surat khabar, atau buku-buku dan pakaian. (2 markah) 1 markah untuk fakta pertama dan 1 markah untuk contoh pertama. Seterusnya, menghasilkan barang daripada barang terbuang seperti penghasilan kraf tangan dan baja kompos.

Kesan-kesan pembuangan sampah yang tidak terurus. (6 markah) Kata kunci 'Uraikan'. Kata kunci kepada soalan tadi ialah 'Uraikan'. Maka, murid-murid perlulah menyatakan fakta, huraian, dan contoh semasa menulis jawapan. Oleh kerana markah bagi soalan tersebut ialah 6 markah, maka dua fakta, dua huraian, dan dua contoh diperlukan.

Soalan 1B: Pembuangan sampah yang tidak terurus. (6 markah) Mari kita lihat jawapannya. Pencemaran bau akibat timbunan sampah boleh mengganggu kesejahteraan hidup seperti di kawasan perumahan setinggan. Kejadian banjir kilat akibat pembuangan sisa domestik di sungai atau di longkang seperti yang kerap berlaku di Bandaraya Kuala Lumpur.