📱

Get Our Mobile App

Take your business learning on the go!

Download on the App StoreGet it on Google Play

KIAR - Bab 5 - Rasuah Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Skor MPU7:57

Transcription

Assalamualaikum.

Waalaikumussalam Tuan. Ni ada hadiah untuk Tuan.

Untuk saya? Terima kasih. Rezeki saya. Tapi ini hadiah ke rasuah?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Apa khabar Tuan Puan? Tuan-tuan yang kemem, saya boleh berlaku kepada Tuan Puan. Boleh berlaku sewaktu Tuan Puan menjawab jawatan sebagai penjawat awam mahupun di peringkat swasta. Ada masa dan ketikan rasuah, hadiah boleh menjadi rasuah. Jadi dalam video pada kali ini, kita akan melihat, kita akan membincangkan bagaimana hadiah akan menjadi rasuah. Tuan-tuan, pertama, pemberi dan penerima hadiah mempunyai hubungan yang rasmi. Ini adalah antara ciri-ciri bagaimana sesuatu hadiah boleh bertukar menjadi rasuah. Kita kena berhati-hati tuan-tuan. Sebagai contoh, saya sebagai seorang pensyarah menerima hadiah yang besar, katakan daripada pelajar saya yang mempunyai hubungan yang rasmi dengan saya. Ataupun Tuan Puan sebagai seorang penjawat awam memberikan, tuan-tuan sebagai seorang kontraktor contohnya, memberikan hadiah kepada penjawat awam yang lain yang boleh memungkinkan pertimbangannya dalam dia nak sign dokumen, tuan-tuan. Nanti jaga-jaga tuan-tuan.

Kemudian, apa ciri-ciri yang lain bila mana rasuah hadiah boleh menjadi rasuah adalah apabila pemberian hadiah mempunyai balasan yang tertentu berkaitan dengan tugas rasmi penerima hadiah. Sebagai contoh, apabila A dapat sesuatu, maka A telah berjanji kepada pemberi hadiah tadi. "Nan, jangan lupa ya, adjust-adjust ah sikit. Jaga-jaga tuan-tuan, makan tak habis kita nanti."

Kemudian yang ketiga adalah, pemberian hadiah akan mempengaruhi keputusan yang akan dibuat oleh si penerima kerana hadiah itu memberikan kesan di hati dia, memberikan kesan pertimbangan dia dalam sesuatu urusan rasmi. Dan satu lagi ciri-ciri adalah apabila nilai hadiah tidak setimpal dengan maksud hadiah itu diberi. Sebagai contoh, katalah hadiahnya pada hari raya. Selalu hari raya, katalah orang bagilah katakan kuihlah sebalang kecil. Yang ni, Min tak hadiah dia kata, "Tak apa, nanti saya renovate kan rumah untuk hari raya." Bahaya! Jangan rasuah dihina, maruah dibina, tuan-tuan.

Kalau kita lihat P seksyen 165 Kanun Keseksaan, satu seksyen yang telah diwujudkan dan yang bermaksud bahawa kesalahan pegawai awam menerima barang bernilai tanpa balasan setimpal daripada pihak yang mempunyai urusan rasmi dengan. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Sama-sama kita jaga-jaga tuan-tuan.

Jadi, satu peringatan kepada saya, satu peringatan kepada pelajar-pelajar semua yang bakal mungkin menjadi penjawat awam khususnya. Jangan kita sesekali menerima hadiah atau apa-apa barang yang bernilai daripada mana-mana syarikat kontraktor yang ada hubungan rasmi dengan pejabat kita bekerja. Pemberian seumpama tu, tuan-tuan, dia akan kadangkala akan menimbulkan rasa, salah. Akan menimbulkan dilema kepada kita. Mungkin niat orang tu memang bukan untuk memberikan rasuah. Dan kita pun mungkin tidak mahu menerima rasuah pun. Tetapi kerana telah diberi hadiah, maka kita akan mula akan ada pertimbangan yang berbeza. Maksudnya, hadiah tadi mengubah kesan pertimbangan dan keputusan yang kita buat. Selepas itu, mungkin dipengaruhi oleh hadiah yang kita dapat tadi. Akhirnya, apa akirnya? Saya ataupun tuan-tuan akan melakukan perlakuan rasuah. Minta simpanglah tuan-tuan.

Jadi tuan-tuan, wau bagaimanapun, ada hadiah yang boleh diterima oleh penjawat awam. Kalau kita lihat kepada Pekeliling Perkhidmatan bilangan tahun 1998 mengatakan bahawa hadiah boleh diterima jika hadiah datang daripada orang yang tak ada kaitan dengan tugas rasmi. Itu pun ada syarat tuan-tuan. Nilai hadiah mesti kurang daripada satu perempat gaji ataupun RM500. Ataupun hadiah itu datang daripada rakan sekerja sempena dengan persaraan, pertukaran, pertunangan, perkahwinan, boleh. Ataupun hadiah daripada suami, isteri, aniversari, ibu, bapa, mertua, anak, adik-beradik, boleh lah. Hadiah daripada saudara-mara atau rakan-rakan bersempena dengan pertunangan, hari jadi ataupun majlis yang berkaitan dengan agama dan adat, adat resam. Ataupun hadiah itu adalah berbentuk lencana, pen, bagi plug, C mata, tu boleh. Ataupun hadiah dalam bentuk benda-benda yang mudah, mudah rosak, tuan. Contoh, tuan-tuan dapat sayur, buah-buahan orang bagi. Hamper buah yang tu boleh lagi diterima pakai.

Tapi satu tanggungjawab kepada saya dan tuan-tuan yang menjadi penjawat awam nanti adalah penjawat awam mesti melaporkan kalau hadiah yang setiap hadiah yang kita terima kepada ketua jabatan. Jadi di mana peranan ketua jabatan? Ketua jabatan yang dikemukakan pengisytiharan tu mesti membuat keputusan sama ada ketua jabatan tu nak benarkan ke tidak. Ketua jabatan tu boleh mengarahkan hadiah tadi dikembalikan kepada si pemberi oleh yang menerima tadilah. Ataupun hadiah tu ambil, disimpan di jabatan.

Maka tuan-tuan, marilah kita fikir balik. Sebarang hadiah yang kita terima, itu hadiah ataupun rasuah? Kita perlu tanya kita, siapa si pemberi? Apakah adakah saya ni ada kepentingan dengan beliau? Adakah dia ada urusan rasmi dengan kita? Kedua, kalaulah kita tak memegang jawatan sekarang, adakah orang tu akan bagi kita hadiah juga? Dan yang ketiga, kenapa agaknya hadiah bagi kat kita, tak bagi kat orang lain pun kita kenabang? Dan mungkin ini tuan-tuan, ada udang di sebalik batu. Maka bertitik tolak daripada itu, tuan-tuan, sekali lagi saya menasihatkan diri saya, menasihatkan tuan-tuan juga supaya kita berjaga-jaga dalam dan terus kita membudayakan integriti, tuan-tuan. Rasuah dihina, maruah dibina. Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Jumpa lagi pada video yang akan datang. Bye.