Transcription
Halo, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua pelajar-pelajar yang mengikuti kuliah falsafah dan isu semasa.
Baiklah, hari ini kita telah pun memasuki kepada bab yang keenam, yang mana bab ini akan bercakap tentang epistemologi. Jadi, pertama sekali, saya nak bagitau anda semua bahawa anda perlulah bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan yang akan berlaku di masa-masa hadapan kerana masalah ataupun isu yang kita hadapi sekarang ini. Jadi, banyakan bersabar dan teruskan berjuang di dalam kehidupan Anda. Oke.
Jadi, kita akan masuk kepada yang pertama slide kita yang pertama, yaitu pengenalan. Apakah itu ilmu? Ekosistem logika? Epistemologi adalah cabang falsafah yang mengkaji tentang teori-teori ilmu. Bermaksud, ia bertanya tentang apa itu ilmu, apakah jenis-jenis ilmu, apakah hak ataupun batasan ilmu. Dan ia merupakan salah satu konsep yang dipersetujui oleh ahli-ahli falsafah. Konsep justified trouble live, singkatannya adalah JTB, kepercayaan berasaskan mengenai sesuatu yang benar. Oke, itu sedikit pengenalan tentang epistomologi.
Kita teruskan kepada definisi epistomologi. Oke, perkataan epistomologi berasal daripada perkataan Inggris, epistemologi adalah sesuatu teori ataupun kajian tentang ilmu, theory of knowledge, critical study of knowledge. Ia ialah satu kajian teoritis tentang ilmu, apakah sifat ilmu itu, dan apakah syarat-syarat yang boleh menjadikan sesuatu itu sebagai ilmu, khususnya ilmu yang sahih, yang boleh diterima sebagai ilmu yang mempunyai syarat-syarat yang telah dipenuhi, yang menjadikannya sesuatu yang berbeza daripada pandangan yang tidak berasas. Dan apakah batasan-batasan sesuatu ilmu itu, seperti yang dikaji oleh Immanuel Kant, sebagai misalnya, tentang apa yang kita boleh ketahui dan apa yang kita tidak boleh ketahui. Oke.
Secara umumnya, epistomologi ini dikatakan apa ya, sebagai salah satu teori ataupun kajian tentang ilmu. Oke, kita harus satu ilmu-ilmu apa yang ada. Contohlah, kita ambil ilmu geografi. Apakah sifat ilmu geografi itu, dan apakah syarat-syarat yang melayakkan ilmu geografi dipelajari sebagai satu ilmu? Anda kaji mojokrapak itu sahih. Oke, dalam ilmu geografi, kita mempelajari tentang awan. Apakah sifat-sifat yang terdapat dalam kajian ilmu awan itu sendiri? Adakah dia sesuatu yang sahih? Adakah dia mempunyai syarat-syarat yang tertentu yang perlu dipelajari? Dan semua ia. Dan adakah benda itu berasas? Ha, dan dimanakah batasan kajian kita untuk satu-satu ilmu itu. Itu adalah secara ringkas tentang epistomologi.
Dan ini maka ini semua berkisar di atas persoalan falsafah tentang sifat ilmu itu sendiri dan percubaan-percubaan ahli-ahli epistomologi untuk memberikan jawapan-jawapan supaya lebih jelas lagi apakah yang dimaksudkan dengan ilmu itu dan apakah syarat yang perlu dipenuhi supaya sesuatu itu boleh diterima sebagai ilmu yang sahih. Oke.
Persoalannya, ilmu apa pula yang dan budaya dalam dunia kita yang tahu diterima sebagai suatu ilmu? Ada banyak. Oke, contoh-contoh apa yang paling dekat, ilmu mencuri. Ha, ilmu itu mencuri itu juga satu ilmu. Tapi adakah dia ilmu yang patut dipelajari ataupun tidak? Ha, dia boleh pelajari dan tidak boleh diamalkan. Ini salah satu contoh. Ada banyak contoh lain, anda boleh tengok dan what sendiri daripada sumber-sumber yang ada.
Kita teruskan tiga syarat ataupun elemen knowledge as justified trouble belief. Oke, apa tiga syarat tersebut? Pertama sekali, kepercayaan. Oke. Kedua, kepercayaan mestilah benar. Ketiga, syarat kepercayaan itu mestilah mempunyai justifikasi ataupun berasas. Mari kita pergi kepada yang pertama, iaitu kepercayaan. Apa itu kepercayaan? Mempunyai kepercayaan tentang apa yang kita pegang dan percayai bahawa sebagai ilmu itu. Misalnya, kalau kita merujuk kepada sesuatu teori sains dan kita anggap teori sains itu sebagai ilmu, maka kita mesti mempunyai kepercayaan terhadapnya. Kita mempercayai, misalnya, kita ada ilmu fizik, ada teori atom, maka kita mesti mempercayai akan teori atom itu. Itu adalah syarat. Itu adalah satu syarat dan satu kondisi yang membawa kepada kepercayaan. Oke, bagaimana kita nak buat satu kajian kalau kita tidak mempercayai ya? Oke, daripada kenyataan ini, ia menyatakan kepercayaan itu, kita mesti meletakkan kepercayaan kita kepada suatu satu ilmu itu untuk mewujudkan yang satu dipanggil syarat ataupun kondisi untuk sesuatu perkara itu benar.
Kedua, kepercayaan mestilah benar. Apa yang kita percayai itu mestilah benar. Misalnya, kalau kita percaya akan teori atom itu, maka teori atom itu akan mengatakan bahawa benda-benda bersifat jasad ataupun terdiri daripada atom-atom yang kecil, zarah-zarah yang kecil yang dipanggil atom yang bergerak. Kita mesti mempercayai dan kepercayaan itu kita itu mestilah benar. Oke, maksudnya apa yang kita percayai itu memang ada dan memang wujud. Ia bukan kita percaya semata-mata kerana mungkin fiction, mungkin sesuatu andaian, mungkin suatu hanya jangkaan ataupun andaian yang kita ada. Tidak boleh begitu. Ia mesti benar-benar wujud.
Kita teruskan. Kalau tidak benar kepercayaan kita itu, maka tidak mungkin ia diterima sebagai ilmu. Oke, disuruh kita bayangkan kita menerima sesuatu itu yang palsu sebagai ilmu. Maka apakah martabat ilmu jika ia menerima kepalsuan sebagai ilmu? Jadi, sudah tentulah kita tidak boleh menerima kepalsuan menjadikan sesuatu itu ilmu. Maka, kerana itulah kita perlukan syarat yang mengatakan bahawa kebenaran mesti ada bagi sesuatu itu untuk diterima sebagai ilmu. Jadi, kepercayaan itu mestilah benar. Kalau tidak benar, maka ia bukanlah salah satu daripada ilmu.
Tetapi ini tidak mencukupi. Kerana hanya dengan mengatakan bahawa ilmu itu terdiri daripada kepercayaan yang benar, ini belum lagi menjadikannya ilmu. Kenapa? Kerana mungkin kita mempunyai kepercayaan tentang sesuatu dan secara kebetulan kepercayaan kita itu benar, tetapi kita tidak mau mengatakan bahawa dengan itu kita mempunyai ilmu. Contohnya apa? Contohnya yang mudah, di dalam peperiksaan, ada satu jenis peperiksaan yang diberi nama peperiksaan objektif ataupun MCQ (Multiple Choice Questions). Jadi, di situ ada soalan dan kemudian ada pilihan yang diberikan sebagai jawapan pilihan seperti A, B, C, dan D. Dan kita diminta untuk memilih jawapan yang benar. Ada empat kemungkinan di situ dan dari segi kebarangkalian, ada kebarangkalian kosong perpuluhan 25, iaitu 25 peratus bagi kita mendapatkan jawapan yang benar secara tekaan. By guess word. Dan katakanlah seseorang itu memilih jawapan C dan secara kebetulan pula jawapan yang sebenarnya adalah C. Jadi, dia mempunyai kepercayaan yang benar, iaitu dia percaya C adalah jawapan yang betul dan didapati bahawa memang betul jawapannya adalah C. Tetapi, bolehkah kita menganggap bahawa dia seseorang yang berilmu ataupun mengetahui, mempunyai ilmu tentang apa yang di soal kan itu? Jawabannya adalah tidak. Mengapa? Kerana dia mendapat jawapan yang betul dengan cara meneka dan dia tidak mengetahui pun tentang ilmu tersebut.
Jadi, di sini kita perlu memasukkan satu syarat, iaitu syarat kepercayaan kita itu mestilah mempunyai justifikasi ataupun berasas. Contohnya, kalau dia pilih mengapa definisi? Adakah kerana dia memang memahami soalan tersebut, memahami jawapan bagi soalan tersebut, ataupun dia hanya meneka? Jadi, dia kena justify. Oke, itu akan dikatakan itu yang dikatakan tadi sebagai justified to believe, iaitu kepercayaan yang berasas mengenai sesuatu yang benar. Jadi, kepercayaan kita itu bukan kepercayaan buta, tetapi mempunyai asas dan justifikasi dan ia adalah benar. Barulah lengkap konsep ilmu itu dengan memasukkan ketiga-tiga elemen tadi.
Kadangkala dikatakan bahawa ketiga-tiga itu menjadikannya apa yang dikatakan sebagai necessary and sufficient conditions. Bermaksud, syarat setiap syarat itu mesti ada. Ini menjadikan ia necessary. Maknanya, kalau digugurkan mana-mana satu syarat, maka ia bukan ilmu, iaitu ia tidak memenuhi ketiga-tiga syarat yang dianggap mesti ada, iaitu necessary.
Kemudian, ada yang mengatakan bahawa tiga syarat ini sudah cukup mencukupi untuk kita menerima sesuatu itu sebagai ilmu. Ia itu, selain daripada necessary, ia juga sufficient. Sufficient. Maksudnya, apa yang kita maksudkan bila kita kertas sufficient ataupun memadai, ialah tiga syarat itu sudah memadai. Bermaksud bahawa kita tidak perlukan syarat keempat sebagai tambahan. Sudah cukuplah jika kita mengemukakan tiga syarat itu yang terdiri daripada kepercayaan, kedua, kebenaran, dan ketiga, berasas ataupun justifikasi.
Jadi, ahli-ahli falsafah telah seolah-olahnya satu persetujuan ataupun konsensus tentang konsep ilmu seperti ini, iaitu knowledge as justified true believer. Aliran utama dalam teori epistemologi, kita melihat kepada alirannya pula. Bagaimana terdapat dua aliran utama dalam teori epistemologi, iaitu aliran impresionisme dan aliran rasionalisme.
Teori ataupun fahaman empirisme, ataupun empirisisme, mengatakan bahawa ilmu yang sahih itu diperolehi melalui penggunaan deria yang lima, ataupun pancaindera seseorang manusia. Kita ada deria penglihatan, yang melalui mata kita melihat. Dan kita mempunyai deria pendengaran, iaitu telinga, dan melaluinya kita mendengar. Dan kita mempunyai deria rasa, dan melaluinya kita merasakan keenakan makanan, contohnya. Deria sentuhan, di mana kita mengetahui sama ada sesuatu itu pejal ataupun benda yang lembut atau keras melalui sentuhan tangan kita. Jadi, ini semua adalah saluran-saluran yang memberikan kita sensation ataupun sensasi, misalnya sensasi melihat ataupun mendengar melalui pancaindera kita itu. Dan bagi golongan empiris, inilah yang merupakan sumber ilmu yang sahih, bukan yang lain-lain, tetapi deria kita yang lima. Dan pengesahan sesuatu ilmu juga ditentukan dengan merujuk kepada pengalaman yang kita perolehi daripada deria kita. Misalnya, kalau ditanya kepada kita, "Mana awak tahu bahawa sekarang ini sedang turun hujan di luar sana, sedangkan masa itu kita berada di bilik kuliah?" Jadi, untuk mengetahui sama ada kenyataan itu benar, kita pergi keluar dan melihat melalui tingkap dan lihat sama ada hujan sedang turun. Jadi, kalau melalui penglihatan kita, kita nampak hujan turun mencurah-curah, maka sudah tentulah kenyataan yang mengatakan bahawa hari ini hujan sedang turun adalah benar. Pengesahan ilmu ini juga adalah melalui pancaindera ataupun penglihatan kita yang menggunakan mata itu. Ia merupakan sejenis pancaindera. Jadi, di situ kita lihat bahawa golongan empiris menekankan akan peranan pancaindera di dalam pencernaan atau penghasilan ilmu dan juga di dalam proses pengesahan ilmu atau kepercayaan itu.
Antara ahli-ahli empiris yang masyhur di abad ke-18 dulu, diberikan ialah ahli-ahli falsafah seperti John Locke dan David Hume. Rata-rata mereka menganggap bahawa manusia ini pada masa kelahirannya, masa manusia itu adalah seorang bayi lagi, mereka lahir ke dunia ini tanpa apa-apa ilmu pengetahuan. Dan dengan itu, mereka menganggap bahawa keadaan seorang bayi yang baru lahir itu seperti papan tulis yang kosong yang tidak mengandungi apa-apa catatan lagi. Dan hanya melalui pendedahan kepada alam luaran yang ditanggapi oleh pancainderanya yang lima itu, maka timbullah ilmu pengetahuan di dalam instan itu terhadap keadaan di sekelilingnya. Ia mulai mengenali dunia kerana adanya adanya masukan daripada luar kepada pancainderanya atau organ-organ yang mendirikan derianya itu. Itulah penjelasan mereka bagaimana ilmu itu wujud di dalam seseorang itu. Mereka begitu menekankan akan peranan pancaindera dalam menghasilkan ilmu. Inilah fahaman empiricist.
Rasionalisme. Fahaman yang kedua adalah suatu fahaman mengenai teori ilmu yang mengatakan bahawa ilmu yang sahih itu diperoleh bukan dengan penggunaan deria yang lima, bukan daripada aplikasi deria yang lima itu, tetapi sebaliknya, ia terbit daripada penggunaan akal yang rasional. Sifat akal, ya, sifat aqliyah di dalam pencernaan teori ilmu inilah yang menjadi asas dan tonggak bagi fahaman rasionalisme. Berbeza dari empirisisme yang mengatakan bahawa ilmu itu terbit daripada deria kita yang lima atau penggunaan deria kita yang lima, teori-teori rasionalisme pula menyangkal pandangan ini dengan mengatakan bahawa deria kita boleh menipu kita. Misalnya, kita melihat sesuatu itu, tetapi sesuatu yang kita lihat itu berbeza daripada reality yang sebenarnya. Contohnya, deria kita melihat susu yang dimasukkan ke dalam segelas air yang berisi air dan kelihatan seolah-olah sudu bengkok di dalam gelas yang berisi air itu, sedangkan hakikatnya sudu itu tidak bengkok, cuma kelihatan bengkok. Jadi, bagi pihak rasionalis, mereka mengatakan ini menunjukkan bahawa deria kita tidak semestinya memberikan gambaran yang sebenarnya tentang apa yang terdapat di dalam alam ini. Keadaan ini bagi mereka boleh dielakkan atau diperbetulkan dengan penggunaan akal yang rasional. Akal yang rasional lah yang boleh memberikan kita ilmu dan kebenaran yang sejati. Penekanan mereka ini menunjukkan bahawa mereka mementingkan akal yang rasional di dalam penghasilan dan juga pengesahan ilmu itu. Umpamanya, kita mengkritik dengan cara rasional akan kesilapan suatu teori dan dengan itu membolehkan kita mengemukakan suatu teori yang betul dan tepat dengan menggunakan hujah-hujah yang rasional. Jadi, inilah yang menjadi pegangan pada fahaman rasionalisme.
Baiklah, kita teruskan kepada teori koherensi, teori korespondensi, dan teori pragmatik.
Teori kebenaran korespondensi, ataupun teori kebenaran kesepadanan, bermaksud kebenaran sesuatu pernyataan atau ayat itu adalah ditentukan oleh sama ada apa yang dinyatakan oleh ayat atau kenyataan itu adalah sepadan atau serupa dengan apa yang di luar, yang terdapat di luar sana, iaitu hakikat yang terdapat di dalam alam kita itu. Sama ada hakikat itu adalah sepertimana yang digambarkan oleh pernyataan itu. Apa contohnya? Contohnya, apabila saya membuat satu pernyataan bahawa "Sekarang ini hujan sedang turun dengan lebatnya di luar bilik kuliah ini." Ayat ini dianggap benar sekiranya hakikatnya adalah sekarang ini hujan sedang turun di luar bilik kuliah ini. Tetapi sekiranya ayat yang mengatakan bahawa hujan sedang turun di luar sana tidak bersamaan dengan hakikat yang terdapat, iaitu tidak ada hujan yang turun di luar sana, maka ayat yang menyatakan bahawa "Sekarang ini hujan sedang turun di luar sana" dianggap palsu. Jadi, di sini kebenaran bergantung kepada sama ada yang dinyatakan oleh ayat atau pernyataan itu adalah serupa atau bersamaan dengan hakikat yang terdapat di luar sana, seperti yang digambarkan oleh ayat atau pernyataan itu. Jadi, itu yang dimaksudkan dengan teori kebenaran korespondensi.
Kita teruskan kepada teori kedua, teori kebenaran koherensi, ataupun keselarasan. Ini merujuk kepada kriteria yang digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu pernyataan itu benar ataupun palsu. Berbeza daripada teori kebenaran korespondensi, di mana kebenaran sesuatu pernyataan itu ditentukan dengan membandingkan apa yang dinyatakan oleh ayat itu dengan apa hakikat yang terdapat di luar sana yang digambarkan oleh pernyataan itu. Jika ada kesamaan, maka ayat dianggap benar. Tetapi untuk teori koherensi ini, ia berbeza sedikit, kerana kebanyakan sesuatu pernyataan itu ditentukan bukan dengan membandingkan ayat atau pernyataan itu dengan hakikat yang terdapat di luar sana, tetapi di sini, apa yang dilakukan adalah dengan kita menghubungkan ia dan mencari hubungan di antara sesuatu ayat itu dengan ayat-ayat yang berkaitan dengannya dan melihat sama ada terdapat konsistensi ataupun sebaliknya, percanggahan di antara ayat-ayat tersebut. Sekiranya pernyataan ini adalah konsisten atau selari ataupun tidak ada percanggahan dengan ayat-ayat yang lain yang diterima sebagai benar, maka pernyataan atau ayat ini boleh diterima sebagai benar. Di sini, kebenaran ini ditentukan bukannya dengan membandingkan ayat itu dengan hakikat yang terdapat, tetapi sebaliknya, dengan membandingkan ayat itu dengan ayat-ayat yang lain yang berkaitan dengannya dan diterima sebagai benar.
Contohnya apa? Contohnya, pernyataan seperti "John adalah pembunuh si mati." Ayat ini, untuk menentukan sama ada ia benar atau palsu, kriteria yang digunakan di sini adalah dengan membandingkan atau mengaitkan ayat ini dengan ayat-ayat yang lain yang ada hubungan dengannya. Contohnya, ayat atau pernyataan seperti "Cap jari John terdapat pada senjata yang digunakan di dalam pembunuhan itu." Jadi, ayat ini dikatakan sudah diterima sebagai benar kerana bukti ada menunjukkan bahawa ada cap jari John terdapat pada senjata yang digunakan. Jadi, kita lihat di sini bahawa kenyataan seperti "John adalah pembunuh" dan kenyataan "Cap jarinya terdapat pada senjata yang digunakan untuk membunuh itu" tidak ada percanggahan. Kerana jika John lah yang membunuh, maka sudah tentulah cap jarinya terdapat pada senjata yang digunakan. Jadi, selaras atau konsisten di antara kedua-dua kenyataan tersebut. Satu lagi kenyataan yang berkenaan di sini yang berkaitan ialah kenyataan seperti "John adalah seorang yang terakhir dilihat keluar daripada tempat kejadian oleh saksi-saksi yang boleh dipercayai." Jadi, jika benar bahawa John adalah orang yang terakhir yang dilihat keluar dari pada premis tersebut, maka sudah pula kejahatan seperti ini adalah konsisten dan tidak bercanggah dengan ayat yang mengatakan bahawa John adalah pembunuh. Jadi, dengan ini, adanya konsistensi di antara ayat-ayat tersebut, maka kenyataan bahawa John adalah pembunuh si mati boleh diterima sebagai benar. Jadi, itulah yang dimaksudkan dengan teori kebenaran koherensi, tabungan di antara ayat kepada satu ayat kepada satu ayat yang lain.
Ayo, kita teruskan kepada teori yang seterusnya, iaitu teori kebenaran pragmatik. Apa yang penting dalam teori ini ialah sama ada sesuatu tindakan yang kita lakukan itu yang berasaskan kepada konsep-konsep yang digunakan, seperti konsep-konsep di dalam ilmu sains, misalnya, dapat menghasilkan sesuatu yang practical atau yang nyata dan mempunyai kegunaan dan sebagainya. Maksudnya, tindakan yang membawa kepada tindakan yang berkesan. Contohnya, di dalam teori sains seperti teori atom, untuk mengetahui sesuatu kenyataan yang berhubung dengan teori atom ini adalah benar atau tidak, maka kita lakukan eksperimen-eksperimen. Contohnya, berasaskan kepada teori tersebut. Jika eksperimen-eksperimen itu menghasilkan sesuatu yang positif, iaitu keputusan yang dihasilkan oleh eksperimen itu menunjukkan apa yang diramalkan oleh teori itu, misalnya, adalah benar, iaitu kita dapat keputusan eksperimen yang mengesahkannya, maka teori atom itu diterima sebagai benar. Kebenaran itu adalah kerana ia dapat menghasilkan sesuatu yang bersesuaian dengan apa yang diramalkan oleh teori itu. Ataupun sekiranya konsep-konsep teori atom itu dapat menghasilkan teknologi yang baru yang hanya boleh dihasilkan dengan penggunaan teori atom itu. Jadi, teknologi baru ini ada sesuatu yang praktikal dan ia terhasil atau tindakan kita yang menggunakan konsep atom itu untuk menghasilkan sesuatu teknologi, misalnya, teknologi bom atom, berasaskan kepada teori atom. Jadi, di sini kebenaran teori itu mungkin tidak boleh ditentukan atau disahkan secara langsung dengan membandingkannya dengan reality, kerana realitanya adalah bersifat mikroskopik, iaitu tidak kelihatan oleh deria kita. Jadi, bagaimana untuk menentukannya? Menentukannya dengan cara sama ada kesan praktikal teori itu adalah seperti yang diramalkan oleh teori. Sama juga seperti contoh yang lain yang mungkin lebih mudah, yang bukan dalam konteks sains dan teknologi, seperti konsep atau fahaman kita mengenai angin. Apakah yang dimaksudkan dengan angin? Jadi, jika terima konsep angin, maka ia akan membawa kepada satu, membawa kepada satu jangkaan, iaitu kesan-kesan angin, misalnya pokok akan tumbang jika angin kuat dan sebagainya. Itu menunjukkan bahawa ada kesan yang nyata hasil daripada penerimaan kita terhadap konsep angin tadi. Dengan itu, maka kita boleh mengesahkan bahawa wujud angin itu kerana kepercayaan kita akan kewujudan angin itu terbukti dengan nyatanya dengan adanya fenomena seperti tumbangnya pokok yang ditiup oleh angin ataupun kesan-kesan lain seperti orang boleh ditolak dengan adanya angin yang kuat dan sebagainya. Jadi, ini yang dimaksudkan dengan pragmatik, iaitu kesan terhadap sesuatu yang nyata dan praktikal.
Kita teruskan kepada kaitan teori epistemologi ini dan pencernaan ilmu. Teori-teori epistemologi mempengaruhi proses pencernaan ilmu, khususnya ilmu-ilmu seperti ilmu sains tabii, ataupun natural science, dan juga ilmu sains sosial. Teori epistemologi mempunyai kaitan dengan pencernaan ilmu seperti ilmu sains tabii, iaitu natural science, seperti fizik, kimia, dan biologi. Ilmu-ilmu tersebut mengandungi dua sifat epistemologi yang utama, iaitu ia bersifat rasionalis dan juga bersifat empiris. Jadi, di sini wujud kaitan antara teori epistemologi, iaitu fahaman rasionalisme dan fahaman empirisisme, dengan ilmu sains tabii yang mengandungi ciri-ciri tersebut. Contohnya, apabila kita menjalankan eksperimen di dalam sains, kita dapati bahawa ini adalah satu bentuk pemikiran empresses, di mana pembuktian melalui penggunaan deria kita, iaitu deria penglihatan dan sebagainya, digunakan di dalam proses pencernaan untuk mendapatkan data bagi menyokong suatu teori saintifik itu. Jadi, penggunaan deria di dalam pengutipan data dan membuat cerapan dan sebagainya ini adalah contoh penggunaan kaedah empirical di dalam sains yang didasari oleh teori epistemologi yang beraliran empirisisme.
Kalau kita lihat sifat-sifat ilmu yang terdapat di dalam ilmu sains, iaitu penggunaan kaedah kuantitatif dan kaedah matematik. Kita lihat bahawa matematik adalah suatu ilmu yang dihasilkan melalui pemikiran yang rasional. Dan ini merupakan sesuatu yang bersifat rasionalis, iaitu pengaruh epistemologi rasionalisme di dalam menghasilkan ilmu sains yang menggunakan ilmu matematik itu. Ilmu matematik adalah contoh ilmu yang dihasilkan melalui penggunaan kaedah rasionalis itu, iaitu berfikir secara logika rasional tanpa melibatkan penggunaan deria. Dan penghasilan ilmu matematik, kita lihat juga di dalam ilmu sains, banyak penggunaan ilmu matematik yang dikaitkan dengan pendekatan rasionalisme. Jadi, itulah hubungan di antara epistemologi dan beberapa aliran yang terdapat di dalam pemikiran kita.
Kita teruskan kepada kaitan di antara revolusi sains yang berlaku di abad ke-17 dengan aliran-aliran utama di dalam teori epistemologi.
Topik kita adalah mengenai fahaman falsafah dalam bentuk epistemologi. Namun demikian, ia ada kaitan dengan satu fenomena sejarah yang berlaku pada abad ke-17 yang diberi nama revolusi sains, yang telah membawa kepada satu perubahan yang radikal dan penting di dalam perkembangan sains, di mana pengaruhnya hingga hari ini dapat dilihat dan terkesan. Kalau kita bandingkan sains di abad ke-17 dengan sains sebelumnya, maka kita dapat melihat bahawa sebelum abad ke-17, sains itu tidak bersifat eksperimental, tetapi teori-teori di dalam sains telah dibuktikan kebenarannya atau dapat pengesahan melalui kajian-kajian eksperimen. Jadi, ini adalah perubahan yang baru apabila kaedah eksperimen itu diserap di dalam pencernaan ilmu sains di abad ke-17.
Kalau kita lihat dari sudut epistemologi, ini bermaksud bahawa sebelum abad ke-17, kaedah eksperimen itu tidak diguna pakai di dalam penghasilan ilmu sains, kerana sesuatu teori itu diterima hanya atas dasar penghujahan logikal dan rasional yang dikemukakan oleh ahli-ahli sains pada masa itu. Jadi, kalau kita lihat sains, misalnya, Newton, tidak bersifat eksperimental, tetapi cuma bersifat teoritik dan spekulatif. Ahli-ahli falsafah seperti Plato, Aristoteles, mempunyai fahaman-fahaman mereka yang berbeda tentang apakah sifat alam. Tapi ini yang sebenarnya. Namun demikian, teori-teori mereka, walaupun berbeda, tetapi mempunyai penyokong-penyokongnya yang tersendiri dan tidak ada suatu teori yang diterima oleh semua pihak. Jadi, di sini, mengapa keadaan ini wujud adalah kerana teori atau fahaman epistemologi yang digunakan adalah berdasarkan kepada pendekatan atau kaedah rasionalisme, iaitu penghujahan secara intelektual dan rasional itu menjadi asas kepada penerimaan sesuatu teori.
Sebaliknya, di abad ke-17, terdapat perubahan transformasi di dalam penghasilan ilmu sains, iaitu terdapat kriteria yang kedua yang digunakan, iaitu kaedah eksperimen. Dan ini melambangkan satu, melambangkan atau mencirikan apa yang kita terima tadi sebagai fahaman empirisisme di dalam epistemologi. Jadi, ini bermaksud bahawa di abad ke-17, sains itu berubah daripada satu ilmu yang dihasilkan melalui pendekatan rasionalisme semata-mata atau pendekatan rasionalistik, kepada suatu ilmu yang mengandungi kedua-dua aliran atau teknologi, iaitu yang bersifat rasional dan juga empiris. Bermakna di sini bahawa suatu ilmu yang di begitu dipercayai dan begitu kukuh kedudukannya, iaitu ilmu sains yang sekarang ini, bukan saja didasari oleh satu aliran, iaitu rasionalis, tetapi juga bergabung dengan aliran kedua, iaitu empirisisme.
Dengan adanya penggabungan kaedah rasionalisme dan empirisisme dalam penghasilan ilmu, maka kita dapat melihat akan hasilnya di dalam bentuk sains, ilmu tabii, ilmu sains tabii yang diterima umum. Dan dilihat akan impor dan hasilnya, contohnya, ilmu-ilmu yang diterima membuahkan hasil seterusnya di dalam bentuk teknologi moden. Dengan itu, maka fahaman epistemologi yang merupakan sintesis di antara rasionalisme dan empirisme mendapat perhatian yang lebih di dalam sejarah epistemologi itu sendiri. Contoh yang paling mudah, kalau kita dapatkan di dalam kehidupan kita, lihatlah di sekeliling anda, lihatlah di tangan anda, telefon yang wujud, laptop yang wujud, teknologi-teknologi moden yang wujud. Ini adalah hasil daripada penggabungan di antara rasionalisme dan empirisisme di dalam kaedah sains itu sendiri.
Sekian saja untuk kuliah kali ini. Terima kasih. Assalamualaikum.