📱

Get Our Mobile App

Take your business learning on the go!

Download on the App StoreGet it on Google Play

SAFARI SUBUH BBC | Dato H. Mohd. Nassuruddin Bin H. Daud, Lc (Menteri Besar Kelantan, Malaysia)

AL HIDAYAH TV49:32

Transcription

Inna quranal fajri kanana masyhuda. Maksudnya, dirikanlah sembahyang apabila gelincir matahari sehingga gelap malam. Dan hendaklah kamu kerjakan solat subuh, kerana sesungguhnya solat subuh itu disaksikan oleh para malaikat yang menjaga kamu waktu malam dan waktu siang.

Yang dihormati al-Fadil Ustaz Fakhruddin. Yang saya [Muzik] hormati, pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa Masjid Al-Hidayah. Hadirin dan hadirat, muslimin dan muslimat yang dihormati lagi dikasihi sekalian.

Pertamanya, Alhamdulillah. Marilah sama-sama kita panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah Subhanahuwataala, kerana dengan limpah kurniaannya pada pagi yang berbahagia ini kita dapat bersama-sama solat subuh berjemaah di Masjid Al-Hidayah ini. Di mana kita semua tahu fadilat, kelebihan solat subuh, solat berjemaah ini disebut dalam hadis Nabi Sallallahuaihi Wasallam, solatul jamaah afdalu min solatil fadli fabin wa isrina darajah; sembahyang berjemaah itu lebih daripada sembahyang seorang diri sebanyak 27 kali ganda.

Kalau kita diberitahu kita berniaga di kampung ini, keuntungannya RM1. Sebagai contoh, kalau kita berniaga di Bandar Aceh, keuntungannya RM27. Agak-agak ramai orang berniaga di kampung ini ataupun di Bandar Aceh? Sudah tentu jawapannya ramai yang berniaga di Bandar Aceh, kerana keuntungannya lebih besar 27 kali ganda. Itulah kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita yang menunaikan solat secara berjemaah. Lebih-lebih lagi sembahyang subuh yang mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah Subhanahu Wa Taala.

Sebagaimana sabda Nabi Sallallahualaihiwasallam, "Man salal isya fi jamaatin fakaannama qama nisfil. Waman subha fi jamaatin fakaannama qamal laila kullah." Sesiapa yang sembahyang Isyak berjemaah diberi pahala ganjaran di sisi Allah seolah-olah ia qiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang sembahyang subuh berjemaah diberi ganjaran pahala seolah-olah dia qiamullail sepanjang malam. Walaupun kita tidak berqiamullail, tetapi diberi ganjaran seperti kita qiamullail sepanjang malam.

Cuba kita bayangkan kalau kita sentiasa solat berjemaah. Kelebihan yang Allah beri kepada kita terlalu banyak. Kalau kita mulakan sebelum daripada solat subuh, kita solat dua rakaat sunat subuh. Disebut dalam hadis yang sahih, Rakaatal fajri khairum minad dunya wama fiha. Dua rakaat solat sunat subuh khairum minad dunya wama fiha; lebih baik daripada dunia dan segala isi kandungannya.

Cuba bayangkan kita tidak memiliki dunia. Orang yang pernah memiliki, memerintah dunia dalam sejarah ini hanya ada empat orang saja. Dan sudah tentu tidak termasuk kita, tidak termasuk raja-raja yang memerintah hari ini juga. Tetapi kalau kita mengerjakan sunat subuh dua rakaat, diberi ganjaran khairum minad dunya wama fiha; lebih baik daripada dunia dan segala isi kandungan. Orang yang pernah memerintah dunia ada dua orang raja Islam dan dua orang raja kafir. Raja Islam yang pertama, Nabi Sulaiman alaihissolatu wassalam, anak kepada Nabi Daud. Dia memerintah dunia. Rabbighfirli wahabli mulkan la yambagi liahadin min ba'di. Itu doa Nabi Sulaiman alaihissolatuwsalam; Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku. Wahabli mulkan, dan kurnialah kepadaku kerajaan la yambagi liahadin min ba'di; yang tidak dimiliki oleh seorang pun selepas daripada aku.

Raja Islam yang kedua yang pernah memerintah atas dunia ialah Raja Zulkarnain, Qarnain yang kisahnya disebut di dalam Surah al-Kahfi. Raja kafir yang pernah memerintah dunia ialah Namrud yang menjatuhkan hukuman bakar kepada Nabi Ibrahim alaihissolatuwsalam. Tetapi Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim. Allah tidak turunkan hujan yang lebat, memadamkan api tersebut. Tidak. Allah menunjukkan kuasanya dengan memerintah kepada api. Qulna ya naru bardan wasalaman ala Ibrahim. Kami berfirman, "Wahai api, jadilah kamu sejuk, sejuk yang menyelamatkan Nabi Ibrahim alaihissolatuwsalam." Raja kafir yang kedua yang memerintah dunia ialah Bukhtan Nasar. Hanya empat orang saja yang pernah memerintah dunia. Orang lain tidak, kita lagi tidak. Tetapi kalau kita laksanakan dua rakaat, rakaatal fajri khairum minad dunya wama fiha; dua rakaat sunat subuh lebih baik daripada dunia dan segala isi kandungan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati lagi dikasihi sekalian. Usaha-usaha seperti ini adalah usaha yang baik. Mengajak orang berjemaah, lebih-lebih lagi solat subuh yang disebut khusus dalam al-Quran sebagaimana ayat yang saya baca dalam mukadimah sekejap tadi. Aqimisolah liduk syamsi ila gasakil lail. Hendaklah kamu kerjakan solat apabila gelincir matahari, masuk waktu Zuhur ilaakil, sehingga kegelapan malam, wajib solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak wa quranal fajri; dan dirikanlah solat subuh inna quranal fajri kana masyhud; kerana sesungguhnya solat subuh itu disaksikan oleh para malaikat. A tasyhaduhu malaikatul laili wa malaikatun nahar. Solat subuh disaksikan oleh malaikat yang menjaga kita waktu malam dan menjaga kita waktu siang hari. Ada malaikat yang jaga kita, yang mencatat amalan kita. Yataqabuna fikum malaikatum bila wa malaikatum bin nahar wajtami fiatil fajri wasatil asri fujina fikum fasaluhum wahuaamu bihim kaifa ibadi; tadi disebut dalam hadis Nabi Sallallahualaihiwasallam, silih berganti malaikat yang menjaga kamu waktu malam dan malaikat yang menjaga kamu waktu siang hari, dia bertukar ganti. Bila pertukaran itu berlaku ketika solat subuh dan ketika solat Asar. Waktu subuh hari ni macam subuh hari, malaikat yang jaga malam hari dia akan naik. Malaikat yang jaga kita siang hari turun. Ni waktu kita solat subuh. Fujulina batu fikum. Kemudian malaikat yang menjaga kamu waktu malam naik menghadap Allah. Fasaluhum wahuau bihim. Lalu Allah bertanya malaikat yang menjaga kita waktu malam. Sedangkan Allah tahu. Bukan Allah tak tahu. Allah Taala tanya kerana Allah Taala nak zahirkan kepada malaikat-malaikat yang berada di sisinya. Betapa baik manusia yang melaksanakan solat subuh berjemaah. Itu tujuan Allah Taala tanya, nak zahirkan kebaikan manusia, kebaikan kita. Allah Taala tanya, "Kaifa ibadi?" Bagaimana keadaan hamba-hambaku ketika kamu tinggalkan dia tadi? Tadi dia buat apa? Lalu malaikat menjawab, "Taraknahum wahum yusallun. Faatainahum wahum yusallun." Ketika kami meninggalkan mereka, mereka sedang melaksanakan solat. Ketika kami datang, kata malaikat yang jaga siang hari pula bila ditanya waktu Asar, ketika kami datang mereka menunaikan solat berjemaah. Ini kelebihan, kelebihan yang terlalu besar.

Melaksanakan usaha ini, mudah-mudahan termasuk di dalam sabda Nabi Sallallahuaihi Wasallam, "Man sanna fil islami sunnatan hasanatan falahu ajruha wa ajru man amila biha ba'da la yanquusu min ujurihim sa;" sesiapa yang melaksanakan satu sunnah yang baik dalam Islam yang orang tak buat, dia buat. Safari subuh ni jarang orang buat. Kita di Kelantan juga, kita ada masjid-masjid yang melaksanakan program solat subuh seperti solat Jumaat penuh. Kanak-kanak sebelum ke sekolah dibawa oleh ibu bapa mereka ke masjid untuk solat subuh berjemaah. Solat subuh umpama solat Jumaat. Alhamdulillah, banyak persamaan kita di Kelantan dengan di Aceh ini, orangnya kuat berpegang kepada agama. Sebab itu saya lihat orang Aceh ni diuji oleh Allah dengan ujian yang sangat besar ketika berlakunya tsunami. Boleh jadi Allah nak zahirkan kasih sayangnya kepada kita. Kerana Rasulullah bersabda, "Innaamal jaza maamil bala." Wa inallaha taala ahabbauman ibtalahum faman falah rid walah besarnya; sesungguhnya besarnya balasan Allah akan beri berdasar besarnya ujian Allah kepada kita, ahabballahu quauman ibtalahum; bila Allah kasih kepada sesuatu kaum, Allah uji mereka. Kenapa Allah Taala uji? Allah nak suruh kita ingat kepada mereka. Nak suruh kita ingat kepada Allah. Allah nak suruh kita ni ingat kepada Dia. Sebab kalau Allah Taala tak uji, kadang-kadang kita tak ingat. Kita bila sakit barulah kita sebut Allah. Ketika kita sihat, jarang kita sebut. Bila kita susah, kita ingat Allah. Kita ingat pada Allah. Lebih-lebih lagi bila diuji dengan tsunami, tidak ada siapa yang boleh tolong kita kecuali Allah.

Innalillahi ibadan futanaqu dunya wul fitana nazaru fiha falamma alimu annaha laisat lihayin watana jaalauha lujjatan wataku shihal a'ali fiha sufuna. Ini perkataan Imam Syafie. Imam Syafie sebut, "Innalillahi ibadan futana." Bagi Allah ada hamba-hambanya yang cerdas, yang cerdik, yang pintar. Mudah-mudahan kita masuk golongan ini, hamba Allah yang pintar, yang cerdik. Dunia wfulit. Kata Imam Syafie, hamba Allah yang cerdik mereka tolak dunia dan mereka takut kepada fitnah dunia. Apakah erti bila kita tolak dunia, kita tak ambil dunia? Tidak. Kita jadikan dunia itu bekalan untuk akhirat. Tu makna tolak dunia. Kita ada duit, kita jadikan duit ni bekalan. Bukan saja di dunia, dunia dan akhirat tu orang cerdik. Tapi orang yang bodoh, dia ada duit, ada harta, dia jadikan hartanya hanya untuk dunia sahaja. Orang cerdik, dia jadikan harta dia, kuasa yang ada pada dia, kesihatan yang ada pada dia, kecerdasan otak yang ada pada dia untuk dunia sampai ke akhirat. Kerana Allah Taala jadikan dunia ini, dia ada pasangan dia, dunia akhirat. Hidup ni ada pasangan dia, hidup mati. Allah Taala buat berpasangan. Sihat dia ada pasangan dia, sihat sakit. Kaya dia ada pasangan dia, kaya miskin. Sebab itu Nabi pesan, tanim khamsan qabla khamsin; syababaka qabla haramik; rebutlah lima peluang sebelum tiba lima perkara yang menghilangkan lima peluang ini iaitu syababaka qabla haramik; rebut peluang waktu muda sebelum tiba waktu tua. Bila tua datang tak ada lagi muda. Tak ada, tak ada, tak ada dah mudah. Walaupun kalau kita diberi nama oleh bapa kita dengan nama muda, tetap kita tua juga. Walaupun nama kita muda, tapi muda, tua, tua juga. Rebut peluang waktu muda sebelum tiba waktu tua. Allah Taala buat begitu. Muda, lawan dia tua. Lepas muda, tua. Sababaka qabl haram wasak. Rebut peluang waktu kamu sihat sebelum tiba waktu sakit. Tidak sepanjang masa kita sihat. Tak ada masa kita akan mengalami kesakitan. Kalau kita tak guna ruang peluang yang Allah Taala beri waktu sihat, bila waktu sakit kita akan menyesal. Kita tak boleh buat apa. Kita boleh berubat. Kita berdoa kepada Allah supaya Allah kembalikan kesihatan kepada kita. Mungkin Allah makbulkan doa kita, kita sihat. Tapi sihat yang kedua tak sama dengan sihat yang pertama. Orang yang kena strok mungkin dia sihat, tapi tak sama dengan sebelum dia ditimpa strok, tak sama dah. W rebut peluang waktu lapang sebelum tiba waktu sibuk. Masa ni hukamat menyebut al-wu kasaifiam taqt qat. Masa itu laju umpama pedang yang tajam memotong. Amtu qata. Kalau kamu tak potong dia, dia potong kamu. Dia akan tinggalkan kamu. Masa akan tinggalkan kamu. Kadang-kadang kita tak terasa. Dulu kita umur 20 tahun, kemudian 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun, 60 tahun. Tua tak terasa. Masa cepat berlalu. Wayataka qabla mautik. Kena rebut peluang waktu hidup sebelum tiba waktu mati. Bila mati kita akan menyesal. Orang yang tidak melakukan kebaikan waktu hidup, bila mati dia akan menyesal. Rabbiun laallialu solihan fima tar. Allah menyebut dalam al-Quran, orang yang mati minta supaya dikembalikan ke dunia. Qabbil jiun. Qabbirjiun. Wahai Tuhanku. Dia berkata, "Wahai Tuhanku, kembalikanlah diriku ke dunia. Laal solihan fima taraku. Aku nak lakukan amalan yang soleh yang aku tidak lakukan waktu aku hidup dahulu. Aku tinggal, aku cuai." Kita akan mengaku pada waktu itu, sudah ada tidak ada peluang dan tidak ada ruang lagi. Oleh kerana itu kita guna peluang. Allah uji kita supaya kita ingat, kita kembali kepada Allah.

Wabalaunahum bil hasanati sayiat was sayiat bil hasanati was sayiat laallahum yarjiun; dan kami uji mereka dengan kesenangan dan kesusahan supaya mereka kembali kepada Allah, ingat kepada Allah. Ujian ada dua, kesenangan juga ujian, kesusahan memang kita faham ujian. Allah Taala uji. Ada orang yang Allah Taala uji dengan pangkat. Allah Taala akan tengok apa yang kita buat dengan pangkat yang Allah Taala beri kepada kita. Kita laksanakan amanah ataupun tidak. Pangkat adalah amanah. Kepimpinan adalah amanah. Innaha laanah. Wa innaha yaumalqiamatiun w nadamah illa man akha bihaqqiha waadall ma alaihi fiha. Kepimpinan adalah suatu amanah, Nabi sebut. Dan pada hari kiamat kelak ia merupakan suatu kehinaan dan penyesalan kecuali orang yang mengambil jawatan kepimpinan itu dengan cara yang hak dan dia melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya, barulah dia tidak hina dan tidak menyesal pada hari akhirat.

Sebab tu kita di Kelantan, alhamdulillah kita diberi peluang oleh Allah memerintah mentadbir negeri Kelantan sejak daripada tahun 59, 1959, 1959 sehingga tahun 78. Kemudian kerajaan jatuh, dirampas dengan cara tidak demokrasi, diisytiharkan darurat. Tu sejarah Kelantan. Maka kita hilang peluang. Tapi kita tetap berusaha dan alhamdulillah rakyat memberi sokongan. Tahun 90 kita kembali berkuasa. Kita yang meletakkan asas Islam. Sehingga hari ini kita diberi peluang oleh Allah Subhanahuwataala, dalam masa kita memerintah 50 tahun lebih, tidak ada seorang pun pimpinan-pimpinan kerajaan negeri, Dewan Perwakilan Rakyat, ahli parlimen kita. Tidak ada seorang pun yang terlibat dengan rasuah. Tidak ada seorang pun yang didakwa terlibat dengan rasuah sepanjang kita memerintah 50 tahun lebih. Rekod yang paling bersih yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Adapun parti-parti lain di Malaysia, semua pemimpin mereka terlibat dengan rasuah. Ada di kalangan mereka yang terlibat. Tapi Parti Islam se-Malaysia tidak ada pimpinan kita yang terlibat. Bahkan alhamdulillah, pegawai-pegawai kerajaan di sini dipanggil pejabat, pejabat-pejabat. Di bawah keluaran kita juga tidak ada yang terlibat dengan rasuah. Zero rasuah. Alhamdulillah. Ini rekod. Bila kita meletakkan Islam sebagai asas. Kita mengajar pimpinan dan rakyat. Kerajaan kita diasaskan di atas asas Islam. Kita perkenalkan prinsip Ubudiah, Masuliah dan Itqan. Ubudiah, perhambaan diri kepada Allah. Masuliah, pertanggungjawaban, Itqan. Kita laksanakan sesuatu dengan cara yang terbaik. Inilah ajaran Islam. Kita semua adalah abdi kepada Allah, hamba Allah. Wama khalaqtul jinna wal insa illa liya'budun. Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka benar-benar mengabdikan diri kepada-Ku. Kita membentuk peribadi muslim. Kita membentuk keluarga yang beramal dengan Islam. Masyarakat yang beramal dengan Islam. Kerajaan yang beramal dengan Islam. Alhamdulillah kita dijadikan rujukan, walaupun kuasa kita tidak sepenuhnya kuasa negeri, tapi kita buat mengikut bidang kuasa yang ada pada kita. Walaupun kita tidak boleh laksanakan syariat Islam sepenuhnya kerana terikat dengan kerajaan federal, tetapi apa yang kita ada kuasa, kita buat. Di antaranya kita luluskan undang-undang Islam, Kanun Jenayah Syariah di dalam Dewan Undangan Negeri, jadikan sebagai satu undang-undang. Alhamdulillah bila Aceh diberi kuasa autonomi, pimpinan Aceh berkunjung ke Kelantan untuk menimba pengalaman kita, draf undang-undang, undang-undang negeri yang berasas kepada syaran Islam untuk dilaksanakan di Aceh. Setelah Aceh diberi kuasa autonomi, saya yang beri taklimat kepada pimpinan-pimpinan daripada Aceh. Kita beri rang undang-undang yang kita luluskan secara detail. Alhamdulillah pelaksanaan syariat dilaksanakan di Aceh. Kita di Kelantan kita boleh laksanakan sebahagian kecil sahaja kerana kita terikat dengan perlembagaan pusat yang menyekat kita. Tapi kita menjadi rujukan termasuklah kerajaan Brunei Darussalam bila nak laksanakan syariat Islam di Brunei. Mereka juga berkunjung ke Kelantan mengambil rang undang-undang yang kita luluskan dan dijadikan panduan oleh kerajaan negeri Brunei. Negara Brunei Darussalam yang laksana sekarang modelnya model Kelantan. Alhamdulillah, apa yang kita boleh buat kita buat. Semua sistem kewangan kita mengikut syariah di Kelantan. Kita tidak membenarkan terlibat dengan muamalah ribawiyah. Riba tak boleh. Allazina yaulun riba la yaquumuna illa kama yakum. Allazina yaakulunar riba. Orang-orang yang memakan harta riba tidak akan dibangkit pada hari kiamat kelak. Allah Taala sebut dalam Quran, melainkan sama seperti orang yang dirasuk oleh syaitan. La yakumun illa la yakumun illa kama yakumul yatitan minal masikaahum innamal riba wahallahul waharam riba. Sedangkan Allah menghalalkan jual beli. Allah mengharamkan riba. Maka kita perkenalkan sistem pinjaman untuk pegawai, penjawat-penjawat kerajaan, pejabat-pejabat, pegawai kerajaan termasuk wakil-wakil rakyat. Pinjaman tanpa interest. Pinjam nak beli rumah RM300,000, bayarannya juga RM300,000, dengan kita tidak mengambil keuntungan walaupun satu sen. Dipotong gajinya bulan-bulan. Pinjam 300,000, bayar 300,000. Untuk beli kenderaan, pinjam 200,000, bayar 200,000. Pinjam 100,000, bayar 100,000. Apa yang kita boleh buat, kita buat. Kita membantu orang-orang yang lemah, duafa. Sebagaimana saya dengar sekejap tadi, jemaah safari subuh melaksanakan kutipan derma untuk membina rumah duafaat. Alhamdulillah kita buat atas nama kerajaan lama. Rumah asnaf kita bina seluruh negeri. Kita bagi rumah free kepada orang yang susah, perorangan yang tergolong dalam golongan duafa. Dan kita telah memperkenalkan satu dasar yang akhir sekali menjadi dasar peringkat federal juga. Mereka ikut sama. Alhamdulillah, perkara yang baik ada yang mereka terima juga, iaitu kita jadikan dasar kerajaan negeri Kelantan rumah mesti tiga bilik. Ini lama dah kita buat. Ha, yang disebut tadi rumah syarie aa kita dah buat, alhamdulillah atas nama kerajaan lama dah. Semua orang nak buat rumah sekurang-kurangnya tiga bilik. Bukan setakat kerajaan, orang kampung pun nak buat rumah kena tiga bilik. Sektor swasta pun nak buat rumah mesti tiga bilik. Lebih pada tiga bilik tak apa. Kerana untuk ibu bapa, ketua keluarga satu bilik. Anak lelaki satu bilik, anak perempuan satu bilik. Kita nak hindarkan daripada berlaku sumbang mahram. Dan Rasulullah ajar supaya kita asingkan anak perempuan dengan anak lelaki. Ini ajaran Islam. Alhamdulillah ini kita buat. Dan bila berlaku kematian orang umur 55 tahun ke atas, semua rakyat Kelantan bila mati kerajaan akan bagi RM1000 untuk pengurusan jenazah. Semua tanpa mengira fahaman politik, tanpa mengira status agama, tanpa mengira status bangsa, semua diberi. Kita beri semua. Dan orang-orang yang susah, kita senaraikan mereka, nama-nama mereka sebagai peserta ladang rakyat. Kita buat ladang. Kita, anak syarikat kerajaan negeri buat ladang. Ladang kelapa sawit. Kita banyak, kita ambil pekerja-pekerja daripada Indonesia, daripada Lombok. Mungkin kalau ada orang Aceh nak pergi, kita boleh, insya-Allah. Gajinya alhamdulillah boleh. Paling rendah gaji RM1700, tu paling rendah. Tempat tinggal disediakan. Jadi kita banyak ladang-ladang anak-anak syarikat kerajaan negeri termasuk kita wujudkan perbadanan ladang rakyat di mana nama-nama orang-orang miskin ni kita sertakan sebagai peserta ladang rakyat. Mereka menerima dividen. Tiap-tiap bulan kita bagi keuntungan. Kalau mereka nak bekerja itu akan diberi upah lain. Kalau tak bekerja pun diberi habuan, bulan-bulan diberi. Itu cara kita buat. Kerana Nabi bersabda, "Hal tunsarun wat turzaquun illa biduafaikum." Bukankah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki oleh Allah kerana adanya orang-orang yang lemah di kalangan kamu. Allah beri rezeki pada kita ni kerana ada orang lemah itu. Allah Taala tolong kita. Kita kena tolong orang lemah, baru Allah Taala tambah rezeki pada kita. Ini keyakinan kita. Dan alhamdulillah Allah Taala beri pertolongan yang banyak kepada kita. Kita ada minyak, kita ada gas, kita ada emas, kita ada biji. Yang terbaru kita ada REE. REE ni mahal. Ha ni REE. Tapi bukan semua negeri di Malaysia ni ada REE. Allah Taala beri kekayaan kepada negeri yang ramai orang Islam dan negeri yang diperintah oleh parti Islam. Kebetulan begitu. Alhamdulillah. Allah Taala tahu sejak azali lagi. Jadi yang ada REE ni, REE ni harga dia macam emas, menjadi rebutan dunia hari ini. Cina, Amerika nak beli. Ada di negeri Kelantan, negeri Terengganu, negeri Kedah, negeri Perlis pun ada. Semua ni empat buah negeri diperintah oleh parti Islam, Parti Islam se-Malaysia, PAS. Yang negeri lain yang ada sikit di Perak. Perak tu kita masih belum menang di Perak. Itu pun kita tak menang kerana parti yang tidak bersama-sama dengan kita dia sanggup bekerjasama dengan parti non-muslim. Sedangkan dari segi kerusi kita banyak, begitu juga di Pahang. Tak apalah, itu itu politik. Tetapi kita yakin dengan pertolongan Allah.

Walau anna ahlal qura amanu wattaq lafatahna alaihim barakatim minasama wal. Kalaulah ahli sesuatu negeri itu benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah, nescaya Kami akan buka pintu keberkatan daripada langit dan bumi. Allah Taala buka pintu keberkatan. Alhamdulillah. Kelantan ni dulu digelar Serambi Mekah. Aceh juga digelar Serambi Mekah. Ini persamaan kita. Orang Kelantan dia kuat berpegang dengan agama, sebagaimana orang Aceh. Kuat. Sebab tu orang Aceh ni yang pergi ke Malaysia pun memang pegangan agamanya hebat, kuat. Ramai yang menjadi peniaga-peniaga di Kuala Lumpur. Bukan saja di Kuala Lumpur, di seluruh Malaysia. Di Pulau Pinang ada tempat yang namanya Lebuh Aceh. Memang orang Aceh ke sana. Kalau di Terengganu ada Bukit Aceh. Oh, orang Aceh dia pergi bukit, dapat kat dia. Satu bukit nama Bukit Aceh. Har ni hebat. Di Kelantan pun ada orang Aceh. Dan kita memang, kita di Malaysia ini memang memberi pertolongan kepada saudara-saudara kita di Aceh. Ketika rakyat Aceh menghadapi konflik dahulu, ramai yang berhijrah ke Malaysia. Kita layan sebagai saudara kita. Innamal mukminuna ikhwah. Orang mukmin ini bersaudara. Kita orang Aceh ke dulu bila Kemboja, umat Islam di Kemboja di Kemboja dibunuh oleh rejim Pol Pot, mereka menghalau orang Islam, bunuh orang Islam. Orang Kemboja lari ke Malaysia, khususnya ke Kelantan, ramai kita bantu mereka, kita anggap sebagai keluarga kita. Innamal mukminuna ikhwah. Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. Jadi kita, mudah-mudahan apa yang dilakukan safari subuh ini termasuk dalam man sanna fil islami sunnatan hasanah. Orang yang melaksanakan sunnah yang baik. Falahu ajruha wa ajr amila biha. Orang yang buat sunnah yang baik, dia akan dapat pahala dan dia akan dapat pahala bila orang beramal dengan apa yang dia buat. Orang tiru. Allah Taala tak kurang sedikit pun. Tidak kurangkan pahala mereka. Ini suatu amalan yang baik yang perlu diteruskan, yang perlu disokong bukan sahaja di sini, bahkan sepatutnya inilah yang dilakukan oleh umat Islam seluruh dunia.

Alhamdulillah, hari ini kita adakan program safari subuh di Masjid Al-Hidayah. Hidayah ni petunjuk. Masjid Al-Hidayah. Hidayah ni penting dalam hidup kita. Orang yang dapat hidayah itu orang pilihan Allah. Fayudillahu yasya wahdi yasya. Allah menyesatkan siapa yang Allah kehendaki dan Allah beri hidayat kepada siapa yang Dia kehendaki. Mudah-mudahan yang berada di sini semuanya mendapat hidayah. May yahdillah fahual muhtad. Wam yudlil falan tajid lahu waliyan mursyida. Siapa yang diberi hidayat, petunjuk oleh Allah maka dia akan dapat petunjuk. Siapa yang disesatkan oleh Allah, tidak ada mana-mana wali yang boleh memberi petunjuk, yang boleh memberi pertolongan kepadanya. Tak ada hidayah. Iman perkara yang paling penting dalam hidup. Innaka tahdi man ahbab walakinnallaha yahdi yasya. Kamu tak boleh beri hidayat kepada orang yang kamu kasih. Rasulullah kasih kepada bapa saudaranya Abu Talib. Sehingga bila Abu Talib nak meninggal dunia, Nabi berdakwah mengajaknya mengucap dua kalimah syahadah. Ya ammi qul lailahaillallah ashad laka bihaallah. Pak cik, ucaplah lailahaillallah. Dengan kalimah ini, kata Nabi, saya akan menjadi saksi di hadapan Allah, dengan ucapan ini. Tapi Abu Talib mati tak berucap. Rasulullah menangis kerana orang yang Rasulullah kasih. Dia yang pelihara Rasulullah. Dia yang beri perlindungan kepada Rasulullah. Lalu turun ayat Quran, innaka tahdi man ahbab. Kamu tak boleh beri hidayat kepada orang yang kamu kasih. Walakinnallaha yahdi yasya. Tapi Allah boleh beri hidayat kepada orang yang Allah pilih. Kita ni termasuk may yasya, orang yang Allah Taala pilih. Innallaha yid dunya liman ahabba waman la yuhibbu. Wala yil iman illa man ahabba. Q ahabah. Rasulullah bersabda, "Allah memberi dunia." Allah Taala bagi dunia kepada orang yang Allah kasih dan kepada orang yang Allah tidak kasih. Allah bagi belaka dunia. Contoh, Nabi Sulaiman, Allah Taala kasih. Allah Taala bagi dunia. Nabi Sulaiman kepada orang yang Allah tidak kasih, Firaun, musuh Allah, Allah Taala bagi dunia kepada Firaun. Tetapi Allah tidak beri iman kecuali kepada orang yang Allah kasih. Allah kasih kepada Nabi Sulaiman. Allah Taala beri iman. Allah kasih kepada kita. Allah Taala beri iman. Famanahullahul iman. Faqad ahabbah. Sesiapa yang Allah Taala beri iman kepadanya, maka sesungguhnya Allah telah kasih kepadanya. Maka kita kena jaga iman kita, Islam kita, amalan Islam kita kena jaga.

Sebab tu kita di Kelantan kita wujudkan sekolah-sekolah agama dengan menggunakan sukatan Al-Azhar daripada sekolah menengah sampai ke universiti. Bahkan setengah-setengah sekolah daripada sekolah rendah. Kita guna sukatan Al-Azhar. Walaupun kita terpaksa membelanjakan kewangan yang amat banyak iaitu satu perlima daripada bajet negeri kita gunakan untuk pendidikan Islam. Tidak ada mana-mana negeri di Malaysia yang menggunakan bajet tahunannya satu perlima untuk pendidikan Islam kecuali negeri Kelantan. Kita bina sekolah sendiri, kita bayar gaji guru sama dengan gaji guru yang mengajar di sekolah Kementerian Pelajaran Kerajaan Federal. Kita bagi kelengkapan semua. Kita bina hampir 100 buah sekolah dan alhamdulillah keputusan peperiksaan sekolah kita di Kelantan, SPM baru-baru ini, sekolah yang terbaik di Malaysia. Pelajar cemerlang yang paling cemerlang, yang paling ramai sekali.

Ialah daripada negeri Kelantan. Ini yang paling penting ilmu.

Bila kita bina manusia, kita akan membina negara. Dengan kita lahirkan golongan intelek, maka negara akan membangun. Itulah kaedah yang diajar di dalam Islam. Kita mesti di antara pembangunan rohani dan juga pembangunan jasmani. Bahkan pembangunan rohani lebih, tidaklah kita lebih utamakan daripada pembangunan jasmani.

Waastagfirullahalazim wakum. Wassalamualaikum. Heb. Oh lagi lagi.