Transcription
yang disiasat sudah tentu akan menggunakan rangkaiannya, menggunakan siapa, sama ada ahli politik untuk menyerang kita di parlimen. Saya baik-baik sahaja tetapi anda tunggu jawapan saya. Saya mintalah juga masyarakat yang pandai-pandai di sana yang banyak belajar, ada PhD undang-undang, kena belajar juga faham, jangan main statistik sahaja.
Bold dan radikal memerangi rasuah dalaman. Kalau saya nak buang rasuah dalaman itu, 'bold dan radikal' ini dalam kehidupan kita pun boleh pakai. Yang bertanya itu sebenarnya dia tidak faham. Saya kesian pada yang bertanya itu. Zaman sekarang Tuan Hisham, tiada yang masuk duit akaun sendiri. Orang bodoh-bodoh itu dah masuk akaun sendiri, tiba-tiba empat juta ada akaun. Saya mahukan orang bijak duduk di sebelah saya. Saya tidak mahukan orang bodoh duduk di sebelah saya.
Selamat datang ke satu lagi platform terbaharu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, iaitu satu lagi platform yang kita akan guna, kita guna pakai dan juga kita manfaatkan bagi penyaluran maklumat kepada masyarakat. Untuk kita mendapatkan maklumat-maklumat terkini, perkembangan dan juga pencerahan yang mungkin boleh menjadi rujukan dan juga sesuatu yang bermanfaat kepada kita semua.
Jadi untuk podcast episod pertama ini, episod sulung podcast Cola Hitam dengan taglinenya "Bukan Sekadar Operasi", itu nak kita tunjukkan ya, bahawa SPRM ini bukan sekadar operasi, ada banyak lagi yang kita boleh teroka, yang kita boleh jelaskan kepada masyarakat tentang fungsi, peranan dan juga tanggungjawab SPRM itu sendiri.
Jadi sepertimana yang telah diwar-warkan oleh hos dalam episod pengenalan sebelum ini, iaitu untuk episod pertama ini kita akan ada seorang tetamu yang amat istimewa dan amat kita nantikanlah. Jadi sebagai penghargaan untuk episod pertama ini, podcast Cola Hitam kita akan bawakan seorang tetamu, seorang tokoh yang sememangnya dikenali dan tidak perlu lagi diperkenalkan, iaitu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Haji Azam bin Baki.
Selamat datang Tan Sri. Ah, selamat datang. Terima kasih. Terima kasih Tan Sri kerana walau hari ini bukan hari ini sahaja, sepanjang masa kita tahu Tan Sri memang penuh jadualnya daripada pagi sampai ke petang. Ya, ini pun saya memang berlari turunlah sebab apa ni, lepas pada ini daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah akan datang ke pejabat saya. Kerana bukan apa, ini menunjukkan satu daripada indikator yang mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memang mengiktiraf SPRM dengan ketegasan kita sekarang.
Dan baru-baru ini pada Ahad baru ini, iaitu pada 26 hari bulan, tandatangan MOU telah dibuat dengan pihak UAE. Saya nak beritahu begini, bukan senang kita nak menembusi negara Arab, tetapi dalam hal ini UAE menjemput kita datang untuk bersama-sama untuk menandatangani MOU, sebelum ini dengan Arab Saudi Riyadh.
Di sini menunjukkan seperti saya katakan tadi, apabila kita menunjukkan ketegasan kita, apabila SPRM menunjukkan tentang bagaimana efektifnya dalam kita menjalankan pencegahan rasuah dalam negara, negara dunia akan melihat pada kita. Sebab itu saya pernah sebut dalam beberapa ucapan saya, saya mengatakan "we are living in a global village. We are looking at each other." Negara lain juga memantau kita. Kita juga memantau kita.
Semasa sampai ke UAE, saya cubalah nak menerangkan tentang SPRM. Dia kata, "Tidak perlu, Tan Sri, kami tahu segalanya tentang SPRM. Kami tahu tentang anda, kami tahu, kami juga tahu tentang pencapaian anda." Maknanya komitmen dan juga pencapaian SPRM ataupun negara kita Malaysia dalam usaha membendung rasuah ini telah mendapat pengiktirafan. Boleh katakan begitu?
Jadi, dunia banyak nak datang nak belajar. Cuma orang kita di Malaysia ini saya minta maaflah, malangnya banyak kadang-kadang bercakap tentang perkara-perkara negatif. Ada saya nak mengatakan tentang tidak tahulah mereka ini mata ke mana, tetapi saya tidak tahulah apa lagi SPRM nak tunjukkan. Kita dah tunjukkan pelbagai cara tentang bagaimana kita menjalankan kerja usaha kita dalam memerangi rasuah dalam negara kita ini.
Dengan tangkapan terbaru-baru ini melibatkan dua pegawai atasan, tidak pernah berlaku. Saya dah bekerja 42 tahun dalam SPRM sejak 1984. Saya yang paling senior sekarang ini dalam SPRM dan juga mungkin pegawai yang paling senior sekali dalam perkhidmatan awam. Jadi saya nak menyatakan bahawa sampai ke tahap itu, kita telah menjalankan tugas tanpa rasa takut. Nak saya beritahu lagi, salah seorang itu adalah kawan saya, kawan baik saya. Kita pernah berjumpa dalam mesyuarat dan sebagainya, tetapi bila kerja, kerja dan tanggungjawab itu perlu didahulukan.
Okey, tapi sebelum kita nak masuk sedikitlah pada topik ataupun perbincangan santai, sampai malam pun boleh. Okey. Saya suka jugalah saya nak bertanya sedikit tentang Tan Sri ini, walaupun kita lihat sibuk dengan urusan tugasan rasmi daripada pagi petang, masih lagi ada masa ataupun waktu untuk beriadah. Sebab saya tahu sekarang Tan Sri sedang...
Saya nak bagi tahu beginilah, sebagai pegawai SPRM, apatah lagi saya sebagai Ketua Pesuruhjaya, saya kena kelihatan sihat, saya kena sihat dan saya juga kena ada tenaga. Sebab itu dari segi saya terang-terang cakap, saya memang dari segi interpersonal saya memang saya bina dan juga saya juga mencari jalan bagaimana saya perlu sihat. Dan saya nak, saya pun bukan cakap kosong, dalam polisi SPRM telah diwar-warkan sebelum ini, dah dibuat pengumuman, siapa-siapa BMI lebih pada 27 tidak akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat melainkan ada usaha sepertimana program saya telah jalankan.
Jadi untuk diri saya juga, pemimpin melalui teladanlah. Saya mampu tiga jam tanpa henti. Terus terang saya kata, tanya pengawal peribadi saya. Saya uji diri saya. Saya ini sejak dari budak lagi perangai saya, kalau saya nak buat satu perkara, terang-terang saya kata, memang saya akan buat sehingga selesai. Tak selesai dia menjadi igauan pada saya. Saya tidak boleh tidur malam. Jadi begitulah saya sekarang.
Jadi di sini Tan Sri, apa yang saya boleh lihat bermaksud keseimbangan. Apa tu, Tuan Hisham? Saya nak beritahu, satu untuk agensi, organisasi kita kena sihat. Saya terang, kalau saya tak sihat, saya tinggalkan jawatan ini. Daripada mana-mana yang mempunyai banyak masalah stres. Kalau dia tidak atau tidak sihat, dia tidak boleh memimpin organisasi. Jawapan dia mudah sahaja. Tinggalkan.
Semalam Yang Amat Berhormat kata apa? Hmm. Ini tentang prestasi ya. Dan juga ada kaitan juga pada saya dengan kesihatan. Kalau sekiranya dalam tempoh seminggu ini Yang Amat Berhormat bagi peluang, kalau anda rasa anda tidak efektif lagi, maksud dia begitulah sindiran Yang Amat Berhormat itu, tinggalkan jawatan. Kita pergi ke jawatan paling rendah. Pada saya bukan masalah rendah, saya rasa maksud Yang Amat Berhormat itu, engkau tinggalkanlah jawatan ini lebih senang. Tarik diri. Tarik diri dan orang lain boleh ganti.
Saya rasa ini lebih kepada pemimpin daripada organisasi. Pada sayalah, tidak guna pergi paling bawah, terutama sekali kepada ketua-ketua pengarah, ketua-ketua setiausaha ke, ketua-ketua jabatan kena nampak perkara ini. Maksud saya, saya nak bagi tahu Tuan Hisham, kalau anda tidak sihat, esoknya anda akan tinggal seorang atas katil, tiada orang pedulikan kamu. Saya nak beritahu, jadi paling seminggu sahaja, esok isteri kamu akan tinggal kamu juga. Di mana esok yang jaga jururawat sahaja ataupun kalau ada duit sedikit kita upah. Ah, yang jaga bunga hujung kaki dengan buah, itu yang ada sebab kita tidak menjaga kesihatan kita. Hmm.
Jadi maknanya itulah kesihatan itu pentinglah tadi dalam apa juga. Penting dan saya nakkan pegawai-pegawai saya sihat dan bertenaga untuk menjalankan amanah yang diberikan. Okey. Dan amanah yang diberikan ini yang pentingnya adalah untuk rakyat. Ya. Untuk diri sendiri tentulah kita kena sihat. Jadi, jadi kita kena cari jalan sebab orang yang sihat kerjanya akan efektif. Betul. Akan, akan ini, berkualiti. Berkualiti.
Saya sambut apa yang Yang Amat Berhormat kata, tapi dari segi tindakan saya itu mungkin luar biasa sedikitlah. Saya teruskan tangkapan sahaja. Hari ini dua orang pegawai kanan, satu ketua pengarah, satu timbalan ketua pengarah telah ditangkap. Okey. Okey. Kerana mereka menerima rasuah dan semalam orang-orang mereka telah sabotaj satu serbuan yang kita buat.
Jadi di sini menunjukkan bagaimana kalau orang yang bukan sahaja tidak sihat, yang ketua pengarah ini saya tengok tidak sihat pun tidak sihat, tapi tidak ambil duit sihat. Bila dia pemikiran dia tidak sihat, termasuk pemikiran, maka unsur-unsur negatif akan masuk dan dia boleh terima rasuah dan akhirnya menjejaskan orang lain. Menjejaskan kerja-kerja lain.
Jadi ini yang dimaksudkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya rasa mungkin beliau bukan sedikit marah. Beliau benar-benar marah. Betul. Dengan ketua-ketua agensi-agensi yang tertentu kerana beliau nakkan supaya benda ini, semua kerja-kerja kita dalam tugas-tugas yang kita jalankan termasuk penguatkuasaan berjalan dengan baik di bawah kerajaan beliau. Hmm. Ya.
Saya tidak pernah jumpa lagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti beliau yang juga mempengerusikan mesyuarat untuk penguatkuasaan. Saya boleh cakap sebab saya hadir sekali. Makna komitmen, komitmen Yang Amat Berhormat kalau dia ada masa, saya pun kena ada masa. Ah, saya tidak boleh lari. Jadi saya bekerja sepanjang masa, tetapi kita carilah ruang walaupun 30 minit ke 40 minit saya main contoh saya memang pickleball sekarang ini, tidak boleh pagi petang, tidak boleh petang malam, macam itulah. Kalau mana-mana sesuai, kalau katakan tidak boleh main pickleball, pergi gim. Kalau tidak naik tangga supaya kita berpeluh. Jadi supaya kita badan kita sihat.
Jadi mana-mana yang orang-orang tertentu dalam SPRM ini yang masih lagi tidak mendengar cakap saya, tunggu sahaja dan lihat apa tindakan akan diambil. Okey Tan Sri, termasuk saya jugalah. Termasuk anda juga.
Okey, tapi kita imbas kembali sedikitlah Tan Sri. Imbas kembali sedikitlah sebab saya berpeluang bekerja bersama dengan Tan Sri saya kira hampir 17 tahun dah. Saya ingat 2008. 2008. Tetapi pada masa itu, masa perkenalan saya dengan Tan Sri masa itu, saya lihat masa itu walaupun Tan Sri masih lagi di peringkat pegawai pertengahan. Yalah masa itu saya gred 48 masa 52. Orang kata saya dah nampak Tan Sri punya karakter itu dari segi idea yang Tan Sri sumbangkan, sampaikan dan juga pelbagai inisiatif yang Tan Sri cuba perkenalkan. Cuma soalan saya, daripada mana datang kekuatan ataupun dia punya faktor yang menyumbang Tan Sri begitu?
Dia perkara ini ada dua ini. Ini pengalaman saya dan juga saya belajar daripada beberapa orang pakar psikologi. Kita manusia ini ada satu perkara, karakter tidak akan berubah. Okey, ini yang dikatakan apa tu, kadang-kadang dia kata apa tu, seseorang untuk menjadi pemimpin dan sebagainya, sebenarnya maksud dia sini ialah kita ada karakter yang tidak akan berubah. Contohnya karakter yang mana dia tidak boleh tunggu. Hmm. Ada tiga karakter yang saya belajar sama daripada yang lain ya.
Satu daripadanya orang itu sebagai pemimpin dia akan tunggu dan lihat, kumpul data dulu. Ada juga satu lagi itu "by who or by group I don't care. You better do it now." Itu elok dalam penguatkuasaan. Yang ketiga, apa tu? Kita tunggu apa-apa yang berlaku akhirnya agaknya dah orang dah mati baru kami tindakan. Macam itulah. Ini ini kampung nak tenggelam ini. Tak apa kita tengok dulu macam mana. Kita ini lampu merah, lampu merah dia, dia punya muatan merah, dia memuatkan lampu merah, panggil dia.
Satu lagi yang saya belajar pada pakar psikologi tentang karakter yang tidak berubah ini ialah sama ada anda jenis orang mata, orang telinga ataupun orang hati. Okey. Saya jenis mata maknanya tegas. Ada juga telinga makna mendengar, yang hati ini dia menangislah. Dia kuat menangislah. Maknanya sedih. Yang ini tidak sesuai. Ah, dia ini kalau esok bagi penyiasat dia akan kesian banyak. Okey. Okey.
Saya macam itu daripada budak lagi. Karakter saya yang saya sebutkan tadi. Saya ini pertama saya nak cepat dalam satu, satu hasil itu nak cepat. Yang kedua, saya rasalah kalau saya buat satu perkara itu, saya nak buat sebaik-baik mungkin. Ini anak saya yang perempuan ini mengikut perangai saya. Hmm. Dia ikut mana pun dia nak cuba juga tunjuk bakat dia, bakat dia. Jadi perkara-perkara ini itu satu karakter yang mungkin sukar nak diubah dan tidak boleh diubah dan mungkin menimbulkan satu kesan, ada orang suka ada tidak suka.
Dari segi kehidupan saya, seperti saya sebut tadi, kalau apa perkara saya nak buat itu, kalau tidak selesai saya rasa bersalah, saya tidak boleh tidur malam. Saya akan mengigau. Tanyalah mak saya, saya punya mengigau itu satu macam sebab siangnya tidak selesai. Sebab itu sebagai Ketua Pesuruhjaya sekarang ini, saya pastikan waktu harinya selesai seperti mana saya nak dan saya boleh atau saya nak tangguhkan esok. Saya pastikan benda itu selesai pada apa yang saya nak dan malam saya boleh tidur lena. Cakap 'cok' ini adalah saya sebut dia jadi 'B', saya kata malam saya pergi, maksud saya di sini ialah jangan ambil yang perkara yang tidak elok sebutan saya itu senang untuk faham.
Maknanya kita kena mengawal, mengurus stres kita sebagai ketua jabatan. Kalau ketua jabatan sendiri tidak boleh mengurus stresnya, dia pun huru-hara juga hidupnya, macam mana anda nak memimpin satu organisasi.
Sebab itulah SPRM ini saya, saya tidak tahulah pandangan orang tapi pada saya setakat ini saya puas hati apa yang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai saya. Apa yang yang nak oleh diri saya ini dengan pengurusan tertinggi, hala tujunya pada saya "we are on the right track now." Itu yang saya nampak. Jadi benda ini sebenarnya asalnya daripada kerja. Sebab itu bila saya jadi pegawai kanan seperti Tuan Hisham sebut-sebutkan itu, sebenarnya dah ada dan benar diri saya semasa saya di Perak lagi.
Sebab saya nakkan pertama mesti ada pembaharuan. Kita tidak boleh hidup cara lama. Contohnya inovasi tentang pemulihan aset. Dah lama saya dah juarai sejak 2005 lagi. Saya buat jerayawara 1 Malaysia. Yang kedua, penggunaan tentang risikan yang berkesan. Di mana siasatan kita tidak akan berkesan kalau risikan kita tidak berkesan. Yang ketiga barulah tentang kaedah kita mencegah dari segi pendidikan masyarakat.
Tapi saya tidak terlalu menceburi sangat perkara itu kerana pada saya perniagaan teras kita, apa yang permintaan awam, kita kena dahulukan dulu. Dan bahagian pencegahan dan pendidikan masyarakat, mereka perlu menggemakan kumpulan sasarannya dengan betul. Baru ini saya bincang dengan pengarah pendidikan masyarakat Datuk Nizam. Anda boleh buat apa program pun tetapi mesti ada siri kesinambungan ataupun mesti ada kesinambungannya. Kalau tidak ada kesinambungan contohnya jumpa dengan pelajar-pelajar lepas itu habis begitu sahaja.
Sekali sahaja. Sekali sahaja. Kita habis masa, habis duit. Buat satu konvensyen, habis resolusi tinggal resolusi, pamflet tinggal belakang, buat larian ramai-ramai. Ha, akhirnya tukang sapu sampah akan kutip pamflet kita. Buat penatlah. Buat penat. Hmm. Jadi biar tidak banyak. Umpama saya dulu belajar silat, kalau penumbuk itu ialah penumbuk satu kati. Dulu orang pakai kati bukan kilo. Tumbuk sekali orang itu jatuh. Bukan tumbuk yang satu apa tu, yang satu tahil ke. Ha begitu. Kita pakai kati. Tumbuk satu kati supaya orang itu tumbang.
Begitu juga tindakan kita di SPRM. Kalau nak buat, buat betul-betul. Hari ini saya kata "by who or by you have to arrest." Saya beritahu dengan Datuk Seri Ahmad Kusari tadi, "I don't care. You arrest the KP and the TKPO as well. Then I will announce today." Okey.
Tan Sri, tapi Tan Sri tadi ada menyentuh tentang hala tuju dan juga sedikit tentang pemulihan aset. Itu yang antara benda yang saya nak tanya itu, nak supaya masyarakat lebih memahami. Kalau kita lihat daripada macam kita cakap 2005, tapi daripada tahun lepas lebih giat lagi sehingga kita berjaya buat pemulihan sebanyak 15.5 bilion. Itu semua agensi. Kalau SPRM sahaja dalam tahun dua ini lebih kurang 8.5 bilion, 8.6 bilion. Dan baru-baru ini pun Tan Sri ada menyasarkan bilion, untuk tahun ini 10 bilion.
Tapi sebenarnya Tan Sri, kalau kita lihat tindakan-tindakan terkini, kaedah-kaedah terkini yang dilaksanakan SPRM dan MATF ini masih lagi terdapat orang kata kritikanlah ataupun pandangan daripada pelbagai pihak. Yalah Tuan Hisham, sebenarnya perkara baru ini bukan senang. Dulu-dulu contohnya, anda kahwin satu perempuan anda tidak kenal. Ya. Dalam tempoh sebulan pertama itu anda baru nak kenal diri dia. Biasalah.
Saya pernah sebut, tanggapan atau persepsi baik, positif, negatif ini kita tidak boleh halang. Hmm. Kalau banyak negatif pun saya faham kerana perkara-perkara baru. Okey. Contohnya pemulihan aset. Negara-negara besar di dunia yang telah maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada telah lama ada undang-undang yang dinamakan apa tu? Prosedur Penangguhan Pendakwaan. Satu kes yang boleh diselesaikan, dia buat penyelesaian dengan satu penyelesaian, tetapi tengok kes dia, buat ambang kes berkenaan, dia ada polisi dia.
Dan semasa undang-undang ini, undang-undang ini diperkenalkan, mereka juga menghadapi masalah yang sama. Ada undang-undang sejak tahun 1990. Dah lama. Ini dah 2025, 35 tahun kita pun baru nak memperkenalkan. Jadi saya mintalah juga masyarakat yang pandai-pandai di sana yang banyak apa tu belajar ada PhD undang-undang, kena belajar juga faham, jangan main statistik sahaja.
Contohnya saya tahu salah seorang ahli politik mengatakan tangkap 100, dakwa 100. Hmm. Ini kenapa tidak tuduh banyak-banyak ini? Itu pemikiran konservatif. Kami dah cakap dah. Saya dah cakap banyak kali tentang kawasan tumpuan. Tahun 2025 saya dah kata bahawa kawasan tumpuan kita ialah kes-kes berprofit tinggi, jenayah sindiket sebagai contohnya dan kes-kes yang melibatkan yang besar-besar, berskala besar. Dan juga saya masukkan, gabungkan juga dengan bahawa kita akan juga pergiatkan tentang pemulihan aset.
Makna di sini pemulihan aset ini mengambil pula wang dah dicuri daripada penjenayah-penjenayah. Ini bukan kerja yang rutin. Rutin contoh kutip cukai dan sebagainya, itu orang akan bayar. Anda kena kutip. Kalau negara maju, negara dah maju dengan perdagangannya banyak, dah tentu cukai akan banyak kutip. Tetapi duit yang dia curi hasil daripada contohnya penipuan, penipuan, penipuan, aktiviti haram seperti narkotik dan sebagainya. Ini duit rakyat yang perlu kita ambil. Kalau dia curi, kita curi balik. Macam itulah.
Dan saya pernah sebut kalau boleh saya nak membankrapkan penjenayah-penjenayah ini. Ini satu kerja aktiviti tambahan, kerja yang boleh katakan tambahan yang kita semua kena ada komitmen buat kuasa. Sebab itu saya pimpin MATF, pasukan petugas pelbagai agensi. Jadi nak mengumpulkan agensi pasukan petugas ini bukan senang. Mereka juga ada pelbagai juga pandangan dan sebagainya. Ini perkara baru Tuan Hisham.
Jadi tahun ini sebab mandat ini dah diberikan oleh Yang Amat Berhormat, tahun ini mesti lebih tegas lagi, mesti lebih berkesan lagi dengan penggunaan taktik-teknik yang apa tu, teknik-teknik baru dan sebagainya. Kita kena buat pembaharuan. Saya dah sebut dalam banyak kali ucapan saya, pembaharuan ini walaupun tahun lepas pun tidak sama. Betul. Kita punya pendekatan, apatah lagi yang tiga tahun lepas.
Jadi kita ini dalam hal kita untuk pembaharuan yang nama sedap yang panggil transformasi ini, transformasi, kena ada pelan strategik dia. Tahun 2026 apa saya sebut lebih kurang 2025 juga, tapi saya lebih fokus kepada tentang apa yang kita buat tahun 2025 itu lebih fokus dan lebih efektif, peningkatan dari segi tindakan kita dan sebagainya. Sasaran kita kena tinggi, saya dah sebut dah 10 bilion, bubuh 10 bilion untuk semua agensi, jangan harapkan SPRM sahaja.
Jadi SPRM juga kena berubah. Kita bukan, kita bukan pemungut hasil. Ya. Kita bukan pemungut hasil. Tetapi kita nak merampas balik, mencuri balik duit yang dicuri. Ah, bahasa senanglah. Kadang-kadang saya ini ramai tidak suka sebab kadang-kadang saya menggunakan contoh-contoh yang agak kasar lah. Jadi bila nak cakap tentang perumpamaan ini, bila masyarakat ini kita nak cakap tentang bahasa-bahasa yang terlalu linguistik ke apa, orang tidak faham. Saya guna bahasa senang sahaja, bahasa kampung. Jelas. Ah, jelas.
Jadi nak bawa kefahaman masyarakat baik mereka yang intelek atau tidak intelek ini bukan senang. Mereka intelek pun berkata ini tangkap 100 apa jadi, banyak tangkap tidak tuduh ini. Dia tidak tengok pula dari segi pendekatan kita tentang tangkap. Saya nakkan pegawai saya kalau ada asas untuk tangkap, tangkap. Kerana apa? Untuk lebih efektif dalam siasatan. Kalau tidak ada kes untuk tuduh, tidak apalah. Jadi timbul macam-macam. Ah, ini dah memalukan masyarakat. Timbul pasal baju oren, perkara-perkara remeh-temeh akan timbul. Saya banyak kali sebut "don't waste your energy and your voice for petty things. You focus on bigger picture." Kita habis banyak tenaga di situ.
Jadi adakah kerana itu, kerana apa tu, hala tuju baharu yang SPRM ataupun agensi-agensi bawah MATF cuba lakukan. Adakah itu yang menyebabkan timbulnya tagline "bold and radical" itu? Ya, ini mungkin juga berbalik pada diri saya. Saya memang dalam hal kerja saya Tuan Hisham pun dah tengok sejak 2008 lah. Sejak kita kenal, berani dan radikal memerangi rasuah dalaman. Kalau saya nak buang rasuah dalaman itu, 'bold dan radical' ini dalam kehidupan kita pun boleh pakai. Betul.
"We have to be bold." Kita kena berani. Tengok contoh-contoh orang tidak berani. Apa jadi orang tidak berani ini? Orang ketinggalan belakang. Orang yang tertinggal menangguh-nangguhkan satu perkara akan menyebabkan kerugian. Percaya cakap saya, banyak kali orang rugi hidupnya kerana tidak kiralah untung duit ke tidak, tetapi kita kerugian kerana kita banyak menangguh kerana kita tidak berani. Hidup ini kena berani Tuan Hisham. Ya.
Kalau tidak, tidak ramai pergi, pergi temu bual orang berjaya, tanya mereka-mereka yang jadi taikun. Kalau mereka tidak berani, sudah tentu mereka tidak berada di kedudukan mereka. Sekarang tengok pada pemimpin-pemimpin. Saya tidak nak sebutlah. Pemimpin-pemimpin yang berjaya. Jika mereka tidak berani, kalau dia orang tidak berani, dia lembut bercakap, "Okeylah, esoklah kita buat. Tidak apalah, kita tunggulah. Tunggu tunggu dan lihat ini." Ha, itu yang kata lampu isyarat tadi. Dia banyak lampu isyarat. Kejap itu. Okey, berhenti kejap kita buat keputusan kemudian.
Tidak. Dalam kehidupan harian kita, konsep tunggu dan lihat ini sebenarnya kita kena kurangkan. Anda perlu berani. Nak buat, buat. Ah, kalau tidak kena kering hati. Ah. So hati kena kering. Dalam penguatkuasaan ini penting. Dalam penguatkuasaan kalau tuan cuba ubah ayat itu, er 'bold dan berani' itu jadi apa? Tunggu dan, tunggu dan lihat. Dan lihat. Apa jadi? Habislah. Habis.
Sebab itu orang suka kalau SPRM cuti. Ah, kalau boleh cuti, cuti lah SPRM. Kami tidak cuti ya. Pegawai saya tidak bercuti. Ambillah bulan 11 hingga sekarang. Saya tidak nak bulan-bulan belakanglah. Bulan November sampai sekarang pegawai saya tidak cuti ini. Mana nak masuk Ramadan ini, macam mana? Mana saya pun tidak bercuti. Hmm. Orang lain seronok. Saya tidak cuti. Saya ada di Malaysia ini sebab hari-hari saya akan mendikte kes-kes dan sebagainya. Termasuk juga bila tahun baru masuk, saya dah mula mendikte tentang apa program pendidikan masyarakat. Betul. Ah, semua saya nak tengok. Jadi, jadi KP ini pada saya tanggungjawab ini, kerja yang pertama sekali saya terang-terang cakap, ini kerja yang saya suka. Hidup saya ialah SPRM.
Makna, makna yang macam dalam amanat Tan Sri awal tahun baru ini, Tan Sri ada menekankan tentang isu pokok, kan. Jadi, yalah isu pokok mudah sebenarnya, risiko. Dan juga apa yang diperkatakan di dalam satu kawasan daerah itu, itu yang kita kena lihat. Maksudnya dalam bahasa Inggeris ialah "public demand". "Public demand". "Public demand" ini apa? Sebab itu kita juga kena tahu "public demand" itu adakah yang remeh ataupun gambaran yang lebih besar.
Saya dah arahkan pegawai. Sebab itu semua pengarah kena, kena gunakan otak dia. Gunakan pemikiran kreatif. Kalau tidak mereka tidak guna jadi pengarah. Saya dah bagi amaran dah. Kalau tidak efektif saya akan keluarkan. Senang cerita. Sama macam amaran PM lah dia. Saya dah cakap awal lagi. Hari itu naik amanat saya. Ya. Kalau anda rasa saya bagi contoh mudah, bagi contoh di Johor. Hmm. Ah, kalau Tuan Khairuzzam, anda tidak reti nak mengendalikan Johor, saya rasa anda lebih baik keluar. Anda keluar, kita cari orang lain. Mudah-mudah sahaja, bukan untuk dia. Tapi saya nak mengatakan tentang secara keseluruhan, secara keseluruhan.
Apatah lagi Johor sebuah negeri yang pada saya negeri sasaran. Negeri-negeri yang besar. Berapa berapa bandar ada? Selangor, ekonomi perkembangan Selangor, Pulau Pinang. Ini negeri-negeri yang mana perkembangan ekonomi dia besar. Jadi pengarah berkenaan kena lihat apa benda isu dia, apa risikonya dan kita kena tahu yang mana kita nak dulu. "Which one is important and urgent." Itu panjang lagilah. Kalau nak cakap masa dalam saya punya pembentangan itu panjang lagi. Nanti orang muak nak dengar.
Maknanya kena lebih peka tentang isu-isu yang berkepentingan awamlah. Ya. Apa yang rakyat minta, rakyat perkatakan. Ah, dan kita juga kalau ada perkara yang dikatakan itu isu remeh, kita kena terangkanlah kepada rakyat mengatakan, rakyat semua ini perkara-perkara yang kecil. Okey, kita akan kendalikan cara lain. Tetapi yang perkara besar di negeri berkenaan begini. Contohnya kalau di Kelantan saya kata baru ini kalau pengarah dia tidur, saya pastikan dia kerja 36 jam.
Isu di Kelantan ialah isu sempadan. Isu pasal pencerobohan hutan, mineral dan sebagainya. So dua isu sahaja. Yang remeh-temeh adalah melibatkan penguatkuasaan, itu kerja biasa. Tetapi yang kehilangan duit, kehilangan ataupun ketirisan di Kelantan adalah hal sempadan dan juga hal apa tu, pencerobohan hutan, mineral dan sebagainya.
Jadi kena, kena bekerja dengan bijaklah Tan Sri untuk kena untuk orang kata berimpak kan. Ya. Kalau masih lagi buat kerja-kerja yang biasa rutin, pergi tangkap tepi jalan, makna kita tidak efektif. Ah, itu sebagai contoh saya ambil negeri-negeri kecillah, datang ke negeri-negeri besar Selangor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Johor. Ini negeri yang mana pada saya lombong emas SPRM, maksudnya bukan kita nak tangkap orang. Lombong emas di mana kita nak tengok isu ekonominya, isu rasuahnya yang mana kita kena bantu.
Saya dah sebut itu hari bahawa peranan SPRM dalam hal kita mencegah rasuah, membasmi rasuah ini sebenarnya untuk membantu mengembangkan ekonomi kita untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Hmm. Pada suatu hari pakar-pakar kata tidak lama dah 2030, indikator nampak bagus sekarang ini. Jadi kita kena bersama-samalah dengan kerajaan di mana kalau semua nakkan negara kita ini sebagai negara berpendapatan tinggi, masyarakat yang berilmu ke sampai 2030 tidak lama dah. Empat tahun lagi. Apa, apa dia empat tahun pejam celik pejam celik, umur anda berapa masa itu? Saya masa itu umur 66, saya rasa sihat lagi, saya akan tengok "I will witness the development of the country." Jadi semua kena sama-samalah.
Okey, tapi Tan Sri, Tan Sri tadi ada menyentuh sedikit tentang persepsi kan, bergantung berdasarkan apa tindakan terkini yang berani dan radikal yang ada orang suka tidak sukalah. Tidak suka dia banyaklah persepsi itu, cuma baru-baru ini Tan Sri dalam sidang parlimen ada seorang ahli parlimen membuat hujah yang mengatakan tindakan yang dibuat oleh penguatkuasa ini terutama SPRM lah, lebih menyasarkan kepada penjawat awam ataupun penerima. Dan pemberi itu seolah-olah kita kompromi, kita dah berbuih dah saya nak cerita, saya ingat ceramah pun dah cakap tentang menerima.
Okey dia, saya nak beritahu negara kita ini berpusat, perkhidmatannya adalah perkhidmatan awam 1.4 juta lebih kurang. Kita adalah satu negara antara negara di dunia di mana kita ini mempunyai perkhidmatan berpusat. Berpusat. Sudah tentu yang mempunyai kuasa itu sasaran kita. Amanah diberikan pada orang berkuasa bukan diberi pada orang yang tidak berkuasa. Kena faham konsep itu.
Kalau tengok sejarah khalifah dan sebagainya, dia tidak sebut tentang pemberi sangat. Dia juga dia banyak sebut tentang orang yang diberi amanah. Umar Abdul Aziz menerima. Ah, dia kata kalau saya tahu mana-mana gabenor saya menerima apa-apa sumbangan, hari ini juga saya pecat dia. Dia tidak sebut sangat tentang siapa-siapa bagi. Nampak? Umar al-Khattab beritahu bini dia pulangkan balik rantai emas itu yang diberi oleh satu raja. Dia, dia tidak sebut raja itu. Dia sebut anda. Kenapa? Sebab kamu itu isteri aku. Isteri amirul mukminin. Isteri khalifah. Kalau kamu bukan isteri khalifah, ada orang nak bagi. Ah, maksud dia begitu.
Sebab itu dalam hal kami juga, kita memang menyiasat pemberi dan penerima. Baru-baru ini dua-dua kita dakwa. Kes Albert Datuk Seri Samsuk Iskandar dan kes Sabah sama juga orang yang samalah. Yang lain-lain kebanyakan yang dituduh adalah penerima kerana mereka yang mendesak dan membuatkan menimbulkan satu suasana kepada pihak-pihak pemberi itu, contoh kontraktor anda di bawah tekanan. Ya. Dalam tekanan kalau tidak bagi, habis.
Okey, terbaru sekali kes TLDM. Okey, bayangkan satu bukan kanan TLDM ada dua biji hotel. Dalam kes itu anda tahu apa? Dalam kes berkenaan dia paksa kontraktor lebih kurang enam ke tujuh kontraktor ke lapan menyewa hotelnya dengan letak pekerja-pekerja sebab konsep dengan TLDM menggunakan pekerja luar dan sebagainya. Mereka perlu berinapan, dipaksanya untuk bayar. Jadi nak tanya sekarang Tuan Hisham, saya nak tuduh pemberi ke penerima? Yang jadi, ini yang penerima ini dua biji hotel ini, yang pemberi ini dalam kehidupan mereka dalam ketakutan, kehidupan mereka dalam satu stres, paksaan. Paksaan, dia perniagaan dia akan bankrap. Nampak tak?
Jadi yang bertanya itu sebenarnya dia tidak faham. Saya kesian pada yang bertanya itu sebab dia dah tidak faham dengan situasi yang ada. Mungkin dia hanya tengok satu dua contoh. Jadi dia nak jadi juara mengatakan penjawat awam ini sebenarnya kena dera dengan SPRM. Hmm. Saya boleh jamin di sini yang kena tangkap, kena tuduh ini kerana mereka betul-betul merekalah sebenarnya penyebab berlakunya kekalutan dalam sistem pentadbiran negara.
Makna adakah itu juga sebenarnya disebabkan dia orang punya keuntungan politik untuk dapat keuntungan politik. Biasalah orang politik. Hmm. Dia orang akan gunakan. Okeylah saya terang cakaplah, dalam parlimen ada dengar dia cakap pasal jabatan-jabatan kecil-kecil, jabatan orang asli ke dan sebagainya sebagai, dia akan gunakan jabatan kritikal seperti SPRM dan sebagainya sebagai satu alat politik dan sebagainya. Dia tidak cakap benda lain kan sebab bila guna nama SPRM ini semua akan buka mata.
Jadi tidak apalah itu satu cabaran pada sayalah kan. Saya kena mengurus perkara ini, saya kena menangani isu ini. Okey orang politik cakap begini, jawapan saya begini. Sebab itu saya dalam mana platform sekarang ini dijemput podcast ke, ucapan mana, saya sekarang dah mula pergi ke depan dah, saya kena terus terang dah, walau benci saya, itu anda punya pasal, saya buat kerja saya.
Maknanya SPRM ini Tan Sri kita boleh lihat seolah-olah menjadi samsak tinju lah. Memang samsak tinju, itu realitinya Tuan Hisham, saya tidak, saya tidak menolak dan saya tidak menghalang pun. Kerana realitinya kita adalah relevan. Betul. Okey, so saya dah cakap banyak kali semasa saya Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi dulu pun saya dah sebut, saya Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi 2016 sehingga ke 2020. Masa itu pun semak kenyataan saya bahawa kita ini dalam keadaan mana pun kita kena menghadapi segala persepsi. Kalau diserang pun kita kena terima. Yang pentingnya cara mana kita nak menangani isu ini sampai sekarang. Jadi bila kata orang kata kita begitu, apa tindakan kita pula? Jadi kita tidak boleh duduk diam.
Okey. Berani dan radikal ini satu hal dah buat lama pun. Saya baru perkenalkan sahaja. Tindakan kita dalam, dalam kita menjelaskan pada masyarakat berbagai cara. Okey, telus. Saya dah telus dah. Ada jadual untuk apa tu? Sidang media kepada pemberita. Ada garis masa kes dalam laman sesawang kita. Nak telus lagi? Saya tidak tahu apa lagi orang nak telus sebab saya mengamalkan konsep dahulu 10 tahun lalu "no news is a good news." Sekarang "there's no news it's a bad news."
Jadi kalau orang nak, nak memperkatakan, nak, nak katakan SPRM ini hanya menyasarkan penjawat awam sahaja sebenarnya tidak betul. Tidak betul. Sebenarnya kita nak menjaga perkhidmatan awam ini bukan menyasarkan dan juga termasuk GLC ini, kebelakangan ini ada GLC satu dua dalam siasatan. IGM juga GLC sebab kepentingan kerajaan. Kerajaan Khazanah ada, KWSP ada, KWAP ada saham dalam itu, ingat ada dua tiga lagi yang membenarkan bahawa kepentingan-kepentingan kerajaan di situ terjejas oleh kerana seseorang.
Ah, itu tanggungjawab saya. Jadi yang kena siasat dah tentu akan gunakan rangkaian dia. Gunakan siapa baik ahli politik ke, menyerang kita di parlimen. "I'm okay tapi you wait for my answer. If you don't like for my answer, it's up to you. My responsibility is to answer to the public apa yang kita telah lakukan. You don't like my answer, it's up to you. Sehingga saya habis jawatan KP esok, terpulang." Hmm. Saya esok keluar esok "I will be quiet as possible. I don't want to talk anything. Kalau bolehlah. Ya."
Tetapi saya cuba. Kalau pihak-pihak ini tidak puas hati, ah pergilah merungut mana-mana. Kalau tidak puas hati juga, pergi mahkamah. Platform itu semua ada. Saya ada platform saya. Saya kalau orang mencabar saya benda tidak betul, saya juga akan pergi ke mahkamah. Ya. Saya juga akan menjelaskan kepada masyarakat tentang apa tindakan kita yang kita buat sekarang. Kerana apa Tuan Hisham? Ini adalah tanggungjawab mandat yang diberikan.
Sebab itu saya pernah sebut pada Malaysia Kini sebab dia tanya soalan sama. Kenapa tidak panggil ini? Saya kata kalau itu arahannya pada kamu daripada kamu, kamu itu baik saya tutup SPRM ini kerana setiap tindakan saya kena tanya orang dulu. Kena buat tinjauan awam, minta pendapat awam, kena buat referendum. Adakah itu kerja kami? Jadi saya akan putuskan sebab tanggungjawab saya adalah untuk membuat keputusan yang pada saya, pada kepercayaan saya, keyakinan saya ia adalah betul dan benar.
Jadi di sini Tan Sri kita boleh cakap yang paling penting di sini, yang paling utama adalah SPRM terus menjalankan peranan dan juga tanggungjawab. Itu yang paling penting untuk negara kitalah, untuk mandat rakyat.
Okey Tan Sri, bercakap tentang operasi tadi Tan Sri ada sebut masa Tan Sri menjadi Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi dulu, mungkin masa dekat perisikan apa semua itu. Kalau kita lihat di SPRM ini kita ada satu tindakan yang dipanggil penyiasatan secara proaktiflah. Yang mana kita tahu Tan Sri antara pelopor awal kaedah tindakan siasatan berasaskan risikan ini ataupun kita panggil IBI lah senang, "Intelligent Based Investigation." "Intelligent Based Investigation." Jadi soalan saya, apa faktor yang menyebabkan pemilihan kaedah tersebut dilaksanakan pada masa itu?
Okey sebelum saya pergi jauh ke arah itu, namanya "proactive investigation." Ambil ayat proaktif. Sebelum pergi jauh itu saya juga mempelopori modul-modul siasatan yang ada sekarang. Ya. Proaktif ini bermaknanya kita dah fikir, kita dah meramalkan, fokus, fokus, kita dah meramalkan tentang risiko semasa dan risiko masa hadapan dan juga keperluan yang ada. Sebab itu dalam hal pencegahan rasuah ini, tidak kiralah siasatan ke, pencegahan dan juga pendidikan masyarakat, kita kena proaktif.
Maksud proaktif ini penting di mana kita bertindak awal lagi. Kita tidak boleh defensif, kita kena ofensif. Ah, dalam risikan saya selalu guna ayat ini. Defensif, ofensif. Maksud defensif. Defensif tunggulah. Tunggulah. Okey. Tunggu tunggu. Biar kita okey. Okey. Dia jangan jawab. Jangan jawab. Diam. Diam. Jangan buat apa-apa. Ha okey. Tidak payah inisiatif apa dia diam.
Ofensif maksud di sini, kita proaktif. Maknanya bukan suruh serang. Ada juga ayat ofensif itu untuk menyerang. Tetapi di sini ofensif kita ialah kita lebih baik meramalkan masa hadapan, kita kena tengok apa yang akan berlaku pada tahun-tahun akan datang. 2027 saya dah fokuskan apa yang berlaku pada 2026 ini mungkin tidak relevan lagi pada 2027 kerana 2027 apa dia contohnya, 2027 adalah di mana ketika itu adalah tahun pilihan raya. Sebagai contoh. Apa aspek dia punya peranan, kena fikir ketika itu masyarakat kita di tahap mana.
Okey balik pada cerita tadi, saya mempelopori bukan sahaja penyiasatan berasaskan risikan, saya juga mempelopori saya sebutkan tadi tentang pemulihan aset di mana dah ada undang-undang kita dan saya nak pergi jauh lagi untuk mendapatkan kelulusan kabinet dan juga parlimen, DPA, nama dia perjanjian penangguhan pendakwaan. Okey. Baik. Balik pada itu sebenarnya konsepnya senang sahaja sebenarnya, saya nakkan pegawai saya proaktif dalam hal menjalankan kerja.
Dalam siasatan tidak akan ada efektif siasatan kalau sekiranya tidak ada data-data ataupun maklumat dan juga kerja-kerja penyiasatan, kerja-kerja risikan yang berkesan. Sebab itu pegawai risikan kita kena ubah cara pemikiran dia tentang bagaimana mereka boleh membuat pengesanan yang berkesan. Bila siasatan dijalankan sebenarnya hanya untuk, macam tsunamilah, tsunami ombak dah besar hanya buat 5% sahaja ombak itu akan menghapuskan segala-galanya. Begitulah dalam hal ini ialah penyiasatan proaktif itu adalah di mana keberkesanan dalam mendapatkan maklumat, tindakan pengesanan dibuat dengan lebih efektif. Dan akhirnya membuahkan hasil yang berkesan dalam penyiasatan.
Sebabnya kalau kes-kes pergi ke mahkamah sebagai contohnya, keterangan-keterangan itu adalah keterangan yang kuat dan jitu. Itu maksud saya. Dia penyiasatan proaktif ini menggunakan penyiasatan berasaskan risikan. Maknanya berasaskan risikan, maknanya asasnya adalah risikan. Makna di sini menggunakan kepala otak kita, kepakaran kita dalam mengesan itu penting. Ada bahasa disebutlah "information is power." Okey, ada orang sebut "knowledge is power." Tidak kiralah apa tapi saya gunakan ayat "information is power." "When you have that information, you will be the powerful person."
Sebab itu dalam penyiasatan, "you have that information, investigation will be powerful" dan kes itu boleh cepat siap dan sebagainya. Dan perkara ini sedang dikembangkan dalam pelbagai bentuk. Dulu saya menggunakan IBI pada tahun 2000, 20 Ogos 2000, tahun 2000 dalam kes lesen terbang. Ingat tak? Lesen melayang nama dia. Penggunaan risikan pertama sekali dalam BPR ketika itu dan juga dalam negara di mana penggunaan menggunakan penyamaran dan kes-kes rasuah.
Lepas itu saya kembangkan lagi di mana menjadi satu modul yang saya harap tidak ada siapa nak ciplaklah. Di mana menjadi satu modul yang kita kembangkan lagi kepada penyiasatan berprofil tinggi. Hmm. Di mana pengumpulan data, pengumpulan data dari segi data kewangan di mana kes-kes melibatkan jenayah kewangan perlu dibuat dengan teliti sebelum siasatan. Makna perisikan kena buat dengan teliti sebelum penyiasatan. Banyak perkara kena semak.
Banyak perkara sebagai contohnya, suspek atau sasaran kita zaman sekarang Tuan Hisham, tiada yang masuk duit akaun sendiri. Orang bodoh-bodoh itu dah masuk akaun sendiri itu tiba-tiba ada empat juta ada akaun dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Ada juga satu dua tapi kebanyakannya dia akan menyembunyikan. Dia akan letakkan bawah proksi, letak luar negara, mata wang kripto. Ini tugas perisikan yang perlu ataupun pengesanan yang perlu dibuat peringkat awal lagi sebelum penyiasatan.
Dulu secara dipanggil reaktif. Okey. Sebelum itu nama pun reaktif. Reaktif apa dia? Okey. Ada aduan bukan tunggu niat. Ada aduan baru kita siasat. Ada aduan baru kita siasat. Ada maklumat baru kita siasat. Proaktif sekarang ini saya nak bagi tahu tuan-tuan semua pada pendengarlah. Dalam sumber terbuka, dalam teknologi yang maklumat yang ada sekarang, maklumat semua sebenarnya telah terdedah ada di situ. Cuma cara kita nak tapis, cara kita nak ambil sebab itu kita kena ada teknologi. Sebab itu teknologi dah ada dah SPRM ini.
Terang saya katalah penggunaan AI di mana boleh buat analisis tentang sesuatu isu yang mana perlu cepat ataupun mana dia perlu dilambatkan dan bila dapat itu di mana pula kita nak, nak kesan. Ah, itu ada juga menggunakan cara konservatif sedikit di mana kita kena jumpalah rangkaian kita, pasukan kita untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Tetapi bila ada sistem yang ada, menggunakan sistem yang ada sekarang, keberkesanan dalam kita membuat pengesanan dalam penggunaan IBI ini adalah lebih-lebih berkesan. Ini perkembangan terbaru sekarang.
Sebab itu semua yang terlibat dalam hal ini ialah pegawai saya. Kalau di luar sana nak belajar pada kami pun boleh kalau rasa nak belajar. Di mana kita perlu lihat dan juga cari kaedah-kaedah baru, sistem-sistem baru dalam kita membuat pengesanan. Dunia berkembang sekarang banyak penggunaan teknologi deep web, dark web dan sebagainya, kita kena teroka. Tidak boleh duduk diam kalau tidak esok SPRM duduk di tahap begitulah akhirnya kita tidak boleh nak menjawab dah soalan-soalan di parlimen ataupun apa yang diperkatakan oleh masyarakat, makian dan hamunan mereka dan makian dan hamunan mereka itu akan menjadi satu diperakui oleh masyarakatlah.
Betullah ini contoh saya menangani isu tentang media. Kalau isu itu penting, penting. Saya dah bagi tahu pada tuan-tuan semua dalam tempoh 24 jam "we have to address the issue." Selepas 24 jam apa jadi? Rakyat akan menerima isu itu. Walaupun ia bukan isu yang benar. Walaupun ia isu palsu. Tetapi sama ada ia isu palsu atau tidak, masyarakat akan terima. Sebab itu saya kerap menjawab contoh baru ini cikgu Bat.
Dia berkata bahawa dia sudah beri maklumat dengan lejar. Dia beri, saya semak tiada, cepat saya jawab kata tidak, tidak. Hm. Makna di sini secara sindirannya kamu memberi maklumat yang salah dan palsu pada masyarakat.
Salah tafsir, kamu salah tafsir, salah fahamkan awam. Saya perlu menjawab itu. Walaupun saya tidak suka menjawab apa ini, apa itu aktivis-aktivis begini. Saya tidak suka sebenarnya. Tetapi dalam hal ini, bila nampak dia sudah mula hendak mengelirukan masyarakat, saya kena jawab sebagai ketua saya dan saya bertanggungjawab dengan apa saya kata. Saya dalam hal saya menjawab dengan media, saya memang bertanggungjawab. Saya tiada hendak buat apa itu pusingkan kamu ataupun pusing belakang.
Kalau saya sudah kata begitu, itulah jawapan saya. Kalau salah, saya minta maaf.
Ya. Tetapi Tan Sri, kalau kita tengok IBI ini satu kaedah yang boleh dikatakan berkesan. Adakah SPRM ada perancangan untuk meluaskan kaedah ini kepada agensi lain? Contoh MATF ke?
Dalam MATF kita gunakan, hm, MF banyak digunakan. Sebenarnya risikan dalam METF itu yang jalan dulu. Barulah METF buat serbuan dan sebagainya. Kalau tidak, mana kami hendak tahu maklumat-maklumat seseorang.
Betul.
Yang kedua, kita pun er, banyak juga yang telah kita muat latihan kepada negara-negara luar. Malang ini, negara dalam itu, agensi dalam tidak hendak. Tidak apalah, dia tidak hendak, dia punya pasallah.
Saya tidak boleh memaksa. Tetapi negara luar berminatlah. Berminat, banyak berminat. Ini sekarang ini saya sudah aa, apa itu, ingatkan makar supaya mempromosikan lagi tentang cara aa penyiasatan proaktif kita ini.
Okey.
Hmm.
Okey Tan Sri, aa ini mungkin soalan terakhirlah Tan Sri, aa kita pergi kepada peribadi sedikitlah.
Tan Sri sebagai seorang ketua pesuruhjaya, kan, yang kita tahu mempunyai karakter yang kuat, yang jati diri yang kuat.
Mungkinlah kut. Saya tidak tahulah, kan. Itu, itu apa yang kita lihatlah.
Saya pun ini, bila puji-puji ini, saya takut. Ah, tidak apa kita puji sedikit. Yalah, sebab saya beritahu tuan-tuan Hishayam, saya cukup takut dengan pujian. Terang-terang saya cakap, bila yang berat berhormat puji SPRM ini, saya cukup takut. Kenapa? Takut saya ialah takut kita tidak boleh memberikan er, apa itu, apa perkhidmatan yang berkesan pada masakan. Saya betul-betul cakap, saya cukup takut.
Ah, tidak puji tidak apalah. Lebih selamat kadang-kadang itu. Tetapi bila puji ini, saya cukup takut. Terutama diri saya, orang kata saya kacak ke, lagi saya takut. Ah, contohlah. Tetapi dalam kritikan yang tadi puji, pasti akan ada kritikan atau kecaman. Hmm.
Tetapi dalam kecaman atau kritikan yang saya, saya percaya yang Tan Sri akan hadapi sepanjang masa, hm, di mana kekuatan yang Tan Sri dapat dalam diri itu untuk menghadapi kecaman atau kritikan?
Kekuatan ini sebenarnya bukan datang, ah, orang kata itu bukan, ah, datang bergolek begitu sajalah.
Dia berdasarkan pengalamanlah. Terus terang kalau katakan, katalah saya ini menjadi TKPO pada tahun 2014, saya rasa saya belum bersedia. Jadi tentang perkara ini, ia ada dua perkara. Pertama, kamu kena persiapkan diri kamu sendiri dengan latihan. Yang kedua, dengan pengalaman. Pengalaman sebenarnya, pengalaman lebih kurang dalam 70% lah hidup saya. Itu yang mengejar saya. Saya lihat banyak contoh. Saya sendiri menghadapi berbagai tekanan sebagai sebelum ini. Ada yang saya boleh, ada tidak boleh. Tetapi akhirnya, insya-Allah, saya boleh menjadi manusia yang kental setakat ini. Walaupun cakap-cakap jenakanya saya kata saya boleh tidur malam boleh peluk. Ini maksud di sini ialah saya boleh lagi er, apa itu, menangani apa itu er, tekanan-tekanan dan sebagainya kerana apa saya memikirkan satu, ah, bukan untuk diri saya. Kalau saya tidak boleh menghadapi semua ini, saya tidak kental, saya tidak ada karakter yang kuat dan sebagainya, impaknya adalah pada organisasi.
Organisasi, ah, bukan keluarga saya. Keluarga saya tiada hal. Mereka tengok, ah, kadang-kadang banyak bertanya, 'Eh, ayah macam ini orang serang? Jangan risau, ia bukan, maksud saya, kamu boleh lihat itu tetapi jangan risau, itu kerja saya. Kamu hanya balik ke rumah kamu dan kemudian buat kerja kamu.' Itu, ah, kamu teruskan dengan hidup kamu. Jangan terlalu banyak fikir tentang saya, nanti kamu semua terlebih fikir. Jadi itu yang saya beritahu dalam keluarga saya. Saya tahu serangan ini juga akan memberi kesan kepada keluarga saya.
Tetapi bagi diri saya, kerana pengalaman mungkin dan juga mungkin latihan, saya bersedia. Yang yang paling akhir tetapi bukan ilmu ialah tentang di mana ilmu. Ilmu kena cari. Saya walaupun cara mana pun saya akan cari. Saya minta pandangan daripada mereka yang lebih lebih pandai daripada saya. Kena kita ini tidak boleh bekerja dalam silo ataupun hidup dalam silo. Saya tidak percaya bab itu.
Manusia ini kena ada kawan.
Kalau kita jadi beruk, jadi bangkai boleh duduk seorang-seorang. Duduk seorang-seorang itu tidak apa. Tetapi kita ini manusia.
Saya kena apa itu? Apa ini? Hidup dalam satu realiti bahawa saya bukan pandai. Saya bukan orang pandai. Saya kena tahu, kena tanya dengan orang yang lebih pandai daripada itu. Jadi kita jangan berhenti belajar. Ah, tiga perkara ini penting untuk kita menghadapi apa-apa situasi baik dalam perkhidmatan kita dan sebagainya. Tuan-tuan semua mungkin ada tekanan masing-masing. Sebab itu yang tidak boleh hadapi tekanan itu, itu makan ubat itu.
Ubat tekanan dan sebagainya. Kerana dia sudah hidup alam lain. Dia sudah tidak tahu di mana hala tuju dia. Sebagai ketua paja. Saya kena kuat. Kalau tidak saya tidak kuat, saya minta maaf. Saya akan cau, saya akan cabut daripada agensi ini. Cari orang lain yang lebih kuat daripada saya untuk melayari itu SPRM ini.
Tetapi tadi saya, saya Tan Sri ada sebut tentang er cabaran ataupun ujian sepanjang perkhidmatan.
Tetapi mungkin ini mungkin adakah, pernah tidak Tan Sri berhadapan dengan titik terendah kamu atau titik terendah Tan Sri sepanjang, ah, perkhidmatan terutama?
Tidak boleh, tidak boleh langsung hendak kendali. Ah, untuk rasa putus asa ke ataupun macam mana?
Tidak tahulah. Saya belum pernah putus asa lagilah. Terus terang saya cakap, ada juga suara-suara setiaan datang kata kamu lebih baik putus asa. Kamu tahu satu perkara kamu perlu ingat dalam fikiran sebagai seorang manusia sebagai seorang Muslim, kan, syaitan akan membisikkan kamu lebih baik putus asa, ah, dan sebagainya. Kamu perlu mengatasi itu. Ah, saya tidak hendak bercakap pasal agamalah. Ini zikir-zikir ini saya tahulah masing-masing ada zikir masing-masing, tetapi kita mesti dapat mengatasi aa, apa itu, bisikan ini. Perkara-perkara yang kadang manusia pun ada bisikan juga. Saya belum lagi ke ke tahap itulah. Kalau saya masuk ke tahap itu, maknanya saya tidak, bukan saya tidak duduk tempat saya sekarang.
Ya.
Saya terus saja pencabar. Hidup saya sebenarnya, tuan Isam, banyak orang tidak tahu. Saya sudah menghadapi pelbagai kekacauan dalam hidup saya lah. Baik sakitnya dan sebagainya. Eh, terang ada orang kata saya duduk, saya memang tinggal satu buah pinggang. Betul, buah pinggang saya satu, ah, 2019 bulan satu bulan doktor buang hidup saya kini saya masih bertahan dan sihat sehingga sekarang. Okey, jadi apa?
Ah, ini, ini semua ujian daripada Allah Subhanahuwataala kepada kita untuk kita menjadi lebih kuat, bersyukur.
Ada orang kata Azam, kamu putus asa, ada orang kata kamu lebih baik letak jawatan sudah. Ada sudah sebut, pernah, pernah. Tetapi kita sendiri, kamu hendak putus asa tidak? Saya belum putus asa lagi. Insya-Allah. Daripada saya budak sampai ke besar sepanjang hidup saya, saya belum putus asa lagi. Apa saya buat, saya buat.
Kalau saya salah buat pun, saya teruskan. Ha, itu perangai saya. Contohlah, saya dulu belajar di universiti sebagai, ah, dalam bidang kejuruteraan elektrik. Okey. Lepas itu saya masuk BPR.
Adakah saya apa itu? Pilih apa itu? Salah. Apa itu er, apa ini, er, kursus universiti? Jawapan dia tidak sebab universiti itu pada saya untuk mengajar saya untuk untuk jadi orang lebih, lebih, lebih matang. Masuk BPR pun ada sumbangan. Jadi kena tetapkan diri saya sebenarnya saya tidak salah memilih kursus berkenaan. Satu, yang kedua, bila masuk BPR ini, kamu, kamu hendak putus asa ke sebab kamu tidak boleh jadi jurutera ke?
Semua orang kata kenapa kamu tidak pergi belajar lebih lanjut jadi jurutera? Tidak, BPR lillahi taala lah yang boleh sahkan ini Datuk Izani. Saya dengan dia dulu saya kata dengan dia saya satu norma dengan dia masa kursus saya kata tidak, saya akan teruskan dan buat kerja saya sebaik mungkin. Ada juga suara-suara ketika itu mengatakan, "Azam, kalau kamu masuk BPR ini, jawatan tertinggi kamu boleh capai ialah sekarang ini parimateria lah. P38, ya. Penolong pegawai siasatan kanan, tertinggi sokongan." Ah, sokongan gaji dia RM5,000, ah, maksimum ketika itu. Oh, saya kata betul juga. Okey, tidak apalah. Apa-apa hendak jadi pun saya akan cuba. Umur saya ketika itu, umur saya 20 tahun berapa?
Hmm, 21 tahun 6 bulan. Umur saya enam bulan atau tujuh bulan. Antara yang paling mudalah saya dengan Zani, orang muda masuk PPR. Jadi ketika itu umur pencen 55 tahun. Okey, ada lagi 34 tahun untuk berkhidmat. Tidak apalah, 34 tahun ini pada saya tidak panjang. Sekejap saja sudah sampai, eh, sudah masuk tahun 90-an, eh, sudah masuk tahun 2000, eh, sudah masuk tahun 2009. SPRM sudah terbentuk. Jadi kalau saya hendak nasihatkan pada mana-manalah yang muda-muda daripada sayalah, saya sudah umur 62 ini, yang muda daripada saya ini, hmm, saya ayat saya selalu gunakan: muda ikut zaman.
Hmm.
Kerap kali saya cakap kita kena muda ikut zaman. Bukan kerana hal peribadi, bukan. Tetapi muda ikut zaman ini ialah kita melayari hidup kita ini ikut zaman ketika itu supaya kita sebenarnya zaman itu kita muda ikut dia. Kalau teknologi dikembangkan, kita kena ikut teknologi berkenaan. Jangan besok teknologi baru ini, buat apa teknologi baru ini, ah, kamu jadi apa sebenarnya? Kamu jadi orang yang tertinggal ke belakang tentang aa, apa itu, orang panggil apa itu, anti-kemapanan. Ah, perkara-perkara baru, reformasi, kamu tidak hendak buat.
Hmm. Okey, ah, saya Tan, soalan terakhirlah. Saya, tidak apa hendak tanya 10 soalan lagi pun boleh, tidak? Kita ada kekangan masa juga ini.
Pukul berapa sudah?
Ah, sudah hampir sejam juga kita er buat rakaman ini.
Er, mungkin Tan Sri ada sedikit er nasihat ataupun panduan kepada mana-mana pegawai SPRM terutama yang berhajat ataupun, ah, ingin menjadi seorang ketua pesuruhjaya. Dia ini, ah, satu perkara saya lupa hendak cakap tentang motivasi diri. Ini perkara ini berlaku pada diri saya sebab itu saya susah hendak ambil orang lain. Motivasi diri adalah sangat penting. Motivasi diri ini boleh jadi sama ada tuan-tuan sendiri ada dalam diri sendiri kerana kamu membawa ataupun carilah orang-orang yang pandai aa untuk pandu untuk ada motivasi diri. Saya selalu sebut ayat ini, tuan ingat tidak?
Ya. Ya betul.
Saya mahu orang yang pandai duduk di sebelah saya.
Betul.
Saya tidak mahu orang bodoh duduk di sebelah saya. Kalau kamu duduk, orang bodoh duduk sebelah kamu Hishayam, maka kamu akan jadi bodoh dan bingai macam dia.
Hm.
Terang saya cakap sebab itu bayat saya ini orang tidak suka dengar. Okey. Tetapi itu realitinya. Sebab itu saya, saya sebenar berdamping dengan orang pandai-pandai.
Persekitaran kita itu.
Ya. Saya tidak hendak kalau orang bodoh-bodoh saya diam saja. Saya tidak hendak dengar cakap dia. Sebab apa? Akhirnya kamu akan jadi bodoh macam dia. Sebab saya hendak motivasi diri. Motivasi diri ini akan menyebabkan kamu akan melari hidup kamu ke arah kejayaan. Tidak kira apa hendak jadi. Arwah bapa saya ingatkan satu perkara. Azam, aku tidak kiralah kau hendak jadi apa. Asal kau, kau jadi orang. Jangan timbul masalah pada orang. Besok engkau jadi musuh orang. Kamu menimbulkan masalah, kau menimbulkan masalah pada orang ramai. Itu yang penting hendak ingat. Jadi kalau kita hendak menjadi seorang yang relevan kepada masyarakat, motivasi diri kena ada. Kemudian kamu perlu gigih, komitmen, komited dan dedikasi dalam dalam dalam hidup kamu. Apa-apa kamu buat pun mesti ada perkara ini. Kalau tidak ada, tidak boleh. Itu nasihat saya pada pegawai-pegawai baru. Sebab saya tengok sekarang ini ramai pegawai-pegawai yang hanya hendak suapan saja. Saya boleh tunjukkan inovasi saya kalau hendak tengok, hmm, pemulihan aset, penyiasatan dan juga IBI. Tiga perkara yang saya terlibat membuat inovasi dalam inovasi dalam SPRM kerana minat saya. Sudah buat satu kerja kena ada minat.
Kalau tuan-tuan semua hanya makan gaji, makna kamu keluar. Tidak kiralah hendak jadi KP pun tidak atau tidak. KP ini ada seorang saja. Daripada 4,000 besok akan datang mungkin 4,000 keanggotaan. Seorang saja boleh jadi KP.
Silap-silap orang luar masuk. Hmm.
Sekarang ini saya berdoa pada Allah Subhanahuwataala, lepas saya besok kena orang SPRM ganti, sebab kita lebih memahami. Tetapi kalau orang SPRM sendiri tidak bersedia, tidak melengkapkan diri dengan ilmu dan sebagainya, orang akan pandang kita sebelah mata. Aelah ini apa? Pegawai ini hendak jadi KPSPRM.
Ah, saya kena tunjukkan belang saya sebagai KPSPRM. Itulah saya. Kalau pegawai-pegawai besok tidak tunjuk belang dia sebagai pegawai SPRM. Bercakap dengan orang pun tidak ada, personaliti interpersonal pun tidak ada. Ini siapa ini? Besok kena pada saya juga. SPRM ini KP dia Azam Azam Baki. Dia macam mana dia didik pegawai dia menjadi seorang pegawai yang nampak lekeh, tidak profesional, bercakap pun tidak tuah. Bahasa Inggeris pun tunggang-langgang.
Banyak perkara lagi. Ah, ini perkara yang tuan Hisham yang saya nasihat pegawai-pegawai saya. Saya tidak tahu hendak cakap banyak, sudah kita promosikan latihan sebagainya. Dan kita sendiri sebenarnya kena cuba berubah. Berubah. Kalau sendiri tidak hendak cari ilmu, minta maaflah. Bukan masalah SPRM saja. Kamu sendiri pun melayani hidup kamu dengan keluarga kamu besok ke arah ke apa itu? Kemurungan ataupun ke arah kejatuhan.
Jadi itulah, alhamdulillah, saya ini sering ada di dalam keliling Tan Sri itu. Kira saya ini antara yang bijaklah.
Baiklah.
Alhamdulillah.
Okey. Tetapi Tan Sri, itu sajalah saya kira er sesi kita untuk berbual. Terima kasih Tan Sri sekali lagi kerana sudi hadir ke podcast Kuala Hitam, kan, bukan sekadar operasi ini, untuk episod pertama dan, ah, kita mengharapkan agar aa para penonton ataupun pendengar semua dapat mengambil manfaat dan mengambil yang positifnyalah, kan. Kalau hendak kritik pun, biar kritik dengan rasional dan ada hujahnya, Tan Sri, eh. Yalah, saya ini manusia biasa. Mana yang baik ambillah, mana yang tidak baik itu tinggalkanlah. Itu begitu saja.
Jadi sehingga itu, er, kami di podcast Kuala Hitam ingin mengucapkan terima kasih dan kita akan berjumpa lagi di episod yang akan datang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Ya.