📱

Get Our Mobile App

Take your business learning on the go!

Download on the App StoreGet it on Google Play

KIAR - Bab 4 - Agensi Pencegahan Rasuah Dan Pemerkasaan Integriti

Skor MPU8:12

Transcription

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Apa khabar Tuan Puan?

Tuan Puan, video kali ini kita nak membincangkan tentang satu agensi yang sangat penting dan signifikan dalam menjaga rumah kita semua, iaitu negara kita. Yang mana agensi ini bertanggung jawab untuk nak merimbunkan pembudayaan integriti dalam hati dan jiwa kita, tuan-tuan.

Agensi yang saya nak sebut ini, agensi yang penting ini, agensi yang merupakan peneraju dan usaha pencegahan rasuah di negara kita adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ataupun singkatannya adalah SPRM.

Kalau kita melihat kepada latar belakang SPRM, pada Januari 1958, sejarahnya Tuan, kerajaan telah minta Shah Nazir Alam, yang merupakan seorang pegawai tinggi polis Pakistan, untuk membuat satu kajian berhubung dengan isu rasuah di negara kita pada waktu itu. Ingat ya tuan-tuan, 1958, kita pun baru je Merdeka.

Kemudian, pada 26 April 1958, kajian Shah Nazir Alam telah dikemukakan kepada kerajaan dan laporan itu telah mencadangkan kewujudan sebuah agensi yang khusus ditubuhkan bagi mencegah rasuah. Maka Alhamdulillah, pada Julai pada tahun 1959, Unit Pencegahan Rasuah ataupun UPPR telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Yang mana fungsi UPPR ini adalah melaksanakan program-program kesedaran antirasuah. Jadi pada waktu itu adalah untuk nak menimbulkan kesedaran kepada masyarakat tentang antirasuah.

Manakala bagi siasatan kes rasuah pada waktu itu, tetap dijalankan oleh Criminal Investigation Department dalam bahagian Special Crime oleh Polis Diraja Malaysia. Dan pada Oktober, 1 Oktober 1967, agensi khusus telah ditubuhkan di mana semua fungsi pencegahan rasuah diletakkan di bawah agensi ini.

Dan pada Januari 2009, 1 Januari 2009 tuan-tuan, tertubuhlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, agensi peneraju usaha pencegahan rasuah di negara kita.

Tuan-tuan, fungsi SPRM banyak sangat membantu kita, membantu negara kita, menjaga keluarga kita, menjaga komuniti kita. Yang mana mereka menjalankan fungsi check and balance. Antara mekanisma check and balance di dalam SPRM adalah dengan penubuhan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang dibentuk melalui Seksyen 13 Akta SPRM 2009. Dan adanya yang kedua adalah Panel Penilaian Operasi. Saya ulang, Panel Penilaian Operasi yang dibentuk secara pentadbiran. Dan yang ketiga adalah Jawatankuasa Aduan yang telah dibentuk melalui Seksyen 15 Akta SPRM 2009.

Selain daripada tiga institusi yang saya sebutkan tadi, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Panel Penilaian Operasi, Jawatankuasa Aduan, SPRM turut mewujudkan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang dibentuk melalui Seksyen 14 Akta SPRM 2009. Dan yang kelima, Panel Perundingan Pencegahan Rasuah yang dibentuk secara pentadbiran. Tuan-tuan, banyak tu.

Fungsi SPRM ini adalah buku-buku yang di hadapan saya ini, tuan-tuan, adalah di antara banyak lagi kandungan-kandungan buku-buku PPL yang mana berfungsi untuk nak merimbunkan rakyat Malaysia. Namun kalau kita lihat kepada fungsi utama penubuhan ataupun kewujudan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini adalah:

Yang pertama adalah untuk menerima aduan kes rasuah dan salah guna kedudukan. Dan yang kedua akan menjalankan siasatan bagi kes rasuah. Dan yang ketiga menyediakan, SPRM dia menyediakan khidmat perundingan dan nasihat untuk untuk menambah baik sistem, prosedur dan tatacara yang lemah dalam sesebuah organisasi. Dan yang keempat, antara fungsi SPRM adalah untuk mendidik dan mendapatkan sokongan masyarakat dalam memerangi rasuah.

Namun tuan-tuan, kalau tuan-tuan perasan daripada fungsi-fungsi tadi, nampaknya adanya pengasingan kuasa. Kerana apabila seseorang memberikan aduan ataupun maklumat kepada SPRM, tugas SPRM adalah menyiasat. Hasil siasatan SPRM kemudian dibawa kepada Jabatan Peguam Negara selaku badan yang akan membuat pendakwaan. Seterusnya dibawa ke mahkamah bagi tujuan pengadilan dan penghakiman.

Jadi mungkin timbul persoalan, kenapa SPRM tiada kuasa mendakwa? Ada juga pihak yang kata SPRM ada kuasa mendakwa. Sebenarnya kuasa bagi pendakwaan hanya diberikan kepada Peguam Negara, tuan-tuan.

Isu nak menyalahkan SPRM ni, ni kita kena pertahankan juga tuan-tuan institusi-institusi penting seperti ini. Iaitu timbullah isu menyalahkan SPRM bila mana satu kes tu, satu, dia tidak dibawa ke mahkamah. Disiasat tapi tak dibawa ke mahkamah. Ataupun isu tu dia kalah di peringkat perbicaraan di mahkamah. Ataupun isu tu kes pendakwaan itu ditarik balik.

Sedangkan dalam ketiga-tiga senario tadi, sama ada tak kena dakwa, kena dakwa tetapi kalah, ataupun kes ditarik balik, SPRM tak ada kuasa, tuan-tuan. Ni saya nak jelaskan juga dalam video ni. Di mana perkara ini merupakan satu kehendak di bawah Perkara 145(3), 145(3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri ataupun Mahkamah Tentera.

Maknanya, kuasa Peguam Negara telah jelas diperuntukkan dalam Perkara 143(3), 145 maaf, 3 Perlembagaan Persekutuan. Maka tuan-tuan, daripada itu, sejarah SPRM dan fungsi SPRM telah kita bicarakan. Maka mari tuan-tuan, kita ingat slogan SPRM ini bahawa rasuah dihina, maruah dibina.

Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Jumpa lagi ya tuan-tuan. Baik.