πŸ“±

Get Our Mobile App

Take your business learning on the go!

Download on the App StoreGet it on Google Play

'Saya tak kata kena jilat PM, macam perangai walaun' - Anwar bidas Takiyuddin

KiniTVβ€’14:59

Transcription

Jika tidak perlu pembangkang, beritahulah. Tidak perlu pembangkang, Yang Amat Berhormat Tambun. Satu masa dahulu, saya ingat semasa duduk di situ menjadi menteri kewangan, pernah menyebut bila membahaskan tentang perbankan tak berfaedah, Yang Amat Berhormat sebut sebenarnya selain daripada perbankan tak berfaedah, ada pembangkang tak berfaedah. Jadi, jika tidak perlu pembangkang, buatlah undang-undang, jangan perlu ada pembangkang. Ini hubung dengan peruntukan.

Saya ingin sebut, sehubungan dengan itu juga, ada satu laporan yang cukup positif, yang cukup profesional dan cukup tidak memihak daripada Bersih, satu NGO yang memihak kepada dulunya kepada pihak kerajaan. Satu siaran akhbar telah dibuat pada 27 November semalam oleh Bersih yang bertajuk 'Memaknai Kalimat Madani: Hormati Semua Wakil Rakyat dengan CDF Sama Rata'. Antara kandungan yang saya baca sepintas lalu, gabungan Bersih dan IDEAS mengkritik kenyataan Perdana Menteri PMX Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa kerajaan perpaduan tidak akan memberikan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang semasa Kongres Keadilan. Bersih dan IDEAS sekali lagi menggesa kerajaan perpaduan pimpinan PMX. Ini gesaan dia, PR Madani mereka, untuk memaknai kalimat Madani ini dengan sebenar-benarnya, dengan memberi peruntukan pembangunan kawasan yang sama rata kepada semua ahli parlimen, tidak kira sama ada yang menyatakan sokongan kepada kerajaan mahupun di pihak pembangkang. Peruntukan CDF ini sepatutnya diberikan kepada semua ahli parlimen, bukannya semata-mata kepada ahli parlimen kerajaan sahaja, kerana semua ahli parlimen dipilih oleh rakyat di parlimen masing-masing. Rakyat mendengar, Yang Berhormat Tan Sri, kerajaan perpaduan seharusnya bersifat lebih reformis dan progresif dengan mengkanunkan peruntukan CDF kepada ahli parlimen sebagai undang-undang, agar peruntukan ini tidak salah gunakan sebagai balasan untuk mempengaruhi – ini penting – mempengaruhi mana-mana ahli parlimen bagi menyokong kerajaan, sebagaimana yang berlaku kepada hari ini. Empat ahli parlimen Bersatu telah menyatakan sokongan kepada kerajaan, tambah sekarang ini lima, tiada masalah.

Jadi, saya juga dalam hal ini ingin memuji pendirian sahabat kita daripada Pasir Gudang yang mengatakan bahawa peruntukan yang sepatutnya diberikan oleh kerajaan Madani ini dilaporkan – saya tak bercakap kosong, beliau mengatakan beliau ada di sini. Terima kasih, Gudang. Saya ini umur bukan panjang sangat, sekurang-kurangnya kita buat satu perkara betul. Perlu ada pindaan undang-undang, tak kira kerajaan, tak peruntukan kepada parlimen diberi sama rata. Kalau Yang Amat Berhormat Tambun dapat buat, amat cantik. Panjang sangat laporan itu, dia lebih kurang sama dengan Bukit Gantang, ya, ya. Okey, soalan saya, soalan saya, soalan saya. Terima kasih. Saya tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan cepat koyak macam Hulu Langat. Soalan saya, Kota Bharu, jangan macam itu. Saya tak kacau.

Okey, Adik, layak jadi ketua pembangkang? AB soal layak jadi ketua pembangkang, gantikan Lumut sebab Lumut tak kamu. Mac Larut? Larut, Larut layak jadi ketua pembangkang. Jangan lama tanya-tanya sangat. Saya pun nak tanya Perdana Menteri, setujukah saya katakan bahawa, setujukah saya katakan bahawa bukankah peruntukan CDF ini merupakan peruntukan untuk pembangunan kawasan? Sebab itu dia nama CDF, *Constituency Development Fund*, bukannya peruntukan pembangunan untuk kawasan penyokong kerajaan sahaja. Dan yang keduanya, bukankah peruntukan untuk ahli parlimen ini digunakan untuk kepentingan kawasan parlimen dan juga rakyat di kawasan itu, *constituents*, tanpa mengira latar belakang politik dan sebagainya? Bukan untuk digunakan sebagai alat untuk menyanjung, membodek atau, minta maaf saya gunakan perkataan, menjilat Perdana Menteri ataupun Putrajaya.

Yauhina amanu li kanahun alamatul munafik salasun hadas kaba. Menteri Agama boleh terjemahkan perkara ini. Terima kasih. Saya mohon jawapan yang jujur dan ikhlas. Saya faham Kota Bharu marah betul sebab Batu Kikir, Gantang. Dia bukan dia bersyarah. Ini maknanya Tan Sri Yang Dipertua bagi laluan yang baik. Ini menunjukkan Madani kita bagi laluan selalu. Soalan itu, Pin Pengkat dah marah macam mana. Tiap-tiap bulan kata nak ambil kerajaan, tiap-tiap bulan ada ahli yang keluar, ya. Jadi maknanya, berhenti pertanyaan untuk nak rampas tebuk atap ni, hentikan dulu, ya. Keduanya, soalan itu tidak aneh. Soalan Bukit Gantang itu hanya menjelaskan ada permasalahan dalam negara dan peranan pembangkang itu membangkang. Saya tidak pernah kata semua harus sokong kerajaan, tetapi apa yang berlaku di kempen kita ini menentang Islam kita, bahawa negara Melayu sudah tidak ada, pimpinan Melayu sudah hilang. Apa dia saja wakil Islam dunia ini? Mereka saja wakil Melayu di dunia ini? Masa mereka perintah, harta Melayu mereka sakau banyak. Ini kenyataan. Sekarang tiga tahun dalam kerajaan, menteri-menteri ada belah sana. Saya bagi tahu apa peruntukan diberi kepada orang-orang lain, pembangkang. Apa hukum dan hadis itu, 'lima taqulun', terpakai kepada orang lain, tak terpakai kepada kamu? Baca ayat salah guna. Kalau betul, saya nak tanya mengapa dulu tak beri pembangkang masa itu dalam kerajaan? Ya, kamu dah duduk dulu, diam. Jangan cakap banyak. Isma menjadi ahli parlimen, menteri membagi peruntukan yang sama. Besut, Banting pun tak ikut peraturan. Macam mana? Floor, floor ni, floor Tambun. Ya, betul, belah sini pun ada. Tapi soalnya, jangan tak terlepas tanggungjawab. Kamu baca ayat Quran, 'lima taqulun'. Kamu kata mesti kepada semua wakil rakyat. Mengapa tiga tahun kamu tak bagi pada wakil rakyat? Kamu baca Quran mana masa itu? Tahu pun jangan guna ayat Quran ditunggang untuk kepalsuan. Kalau konsisten, saya hormat. Setiap ada masa kami tidak ada rasuah, masa kami tidak dinaikkan judi, masa kami peruntukan diberikan, saya *salute*. Tapi tak ada berlaku baik, ya. Itu yang bohong. Di mana? Apa betul atau tidak masa kamu perintah judi naik jadi 22? Saya tanya betul atau tidak masa kamu perintah? Jeritlah sebanyak mana, tak boleh dinafikan kenyataan masa kamu perintah Jana Wibawa berleluasa, sakau duit rakyat. Masa kamu perintah, ini diberikan kepada rakyat. Saya beritahu tak pernah saya katakan peruntukan tidak diberikan. Saya kata bincang dengan TPM Dua, sepertimana kami bincang tatkala beliau menjadi Perdana Menteri dan Kota Bharu menjadi ahli perundingannya. Dia lupa semua itu. Dia dalam rundingan. Saya tak kata syaratnya mesti sokong Perdana Menteri atau jilat Perdana Menteri, seperti kamu jilat sebagai perangai walaun yang jilat tanpa sanggup berdebat dalam hal ini, mengaku dan hanya menghina. Mereka kata, 'Oh, kita pembangkang yang bertanggungjawab'. Bertanggungjawab bagaimana? Pergi mana-mana kami ini bukan Melayu, kami ini bukan Islam, doa melaknatkan orang. Kemudian nak suruh runding dengan baik, dengan beradab, dengan berakhlak.

Jadi, saya nak tegaskan di sini, walaupun apa pun yang diucapkan, dia tidak menghalang daripada perundingan untuk kembalikan peruntukan kepada semua wakil rakyat. Dia ada juga beberapa peraturan, dia tidak automatik seperti mana kita terima perlembagaan, ya. Kita terima peraturan dan kita tidak berikan peraturan apa. Saya bagi ruang TPM dengar pandangan mereka, bincang. Ini yang saya minta Kota Bharu beritahu pada sahabat-sahabat. Jadi, untuk menghina soalan aneh, meminggirkan konsep Madani tidak tepat. Ya, betul, dokumen harapan. Sebab itu saya akan patuh pada keputusan itu dipersetujui dan tidak tidak dimasukkan. Setakat yang saya bincang dengan TPM Dua, tidak ada kata wajib menyokong Perdana Menteri untuk mendapat apa peruntukan. Tak ada. Ini bincang. Sombong bukan main, ya. Saya sebagai ketua pembangkang, saya sebagai ketua pembangkang, bila dipanggil memang enggan, memang tak mahu jumpa, ya. Dia ada kelas lain. Tapi beliau jumpa dan kita bincang. Jadi, saya tak ada masalah, tak terasa terhakis pengaruh atau kedudukan. Jadi, saya itu saya nak jelaskan tentang kedudukan wakil rakyat yang saya sebut dalam Kongres Keadilan. Apa boleh kritik kerajaan dengan cerca sebagai tidak Melayu, tidak Islam? Itu bagi saya tidak boleh terima. Kalau ada dekorum, akhlak dihormati, tidak, kita tak ada masalah. Saya kenal Kota Bharu dan ramai pimpinan. Saya nak beritahu di sini, saya tidak ada sikap untuk nak benci, nak tak ada. Tetapi sikap itu harus juga resiprokal, ya. Saya bukan kata mesti sokong Perdana Menteri dan jilat, tak pernah saya macam itu. Tetapi beri ruang, ya. Saya kalau Kota Bharu ikhlas, saya pun begitu. Ya, sudahlah. Ini tiap kali nak cukup jumlah, nak ambil alih, tak apa, perlembagaan membolehkan. Tetapi tak usah hina sampai soal akidah kita, sampai tak ada harga langsung dalam kempen-kempen. Tak boleh, Tan Sri Yang Dipertua. Saya marah-marah, saya pun saya ikut peraturan. Saya pergi ke Kedah berunding dengan di sempadan, maaf, Sadao dengan Bukit Kayu Hitam berunding dan memang tidak diundang Menteri Besar Perlis dan Kedah. Saya putuskan undang Perdana Menteri Thailand tidak mengundang Menteri Besar untuk makan tengah hari di Sadao. Saya bagi nota kepada Perdana Menteri oleh kerana dia ikut rombongan, minta dia disamakan dalam jawatankuasa itu kerana saya tahu had saya. Saya boleh berbeza pendapat dari segi politik, tapi saya iktiraf kedudukan bahawa dia memang dipilih sebagai Menteri Besar Perlis dan Kedah. Jadi ada hadnya, Kota Bharu, dia jangan hina lebih. Itu saya juga tahu had saya. Dan seperti mana berlaku semalam dalam rundingan dengan Perdana Menteri Thailand, jarang kita bawa pembangkang. Semasa Kota Bharu jadi menteri dalam urusan dengan kerajaan-kerajaan luar, tidak pernah wakil pembangkang dibawa. Saya bawa wakil. Jadi jangan tanggap seolah hina dan daif di sini. Jadi saya harap semangat itu ditunjukkan. Projek-projek seperti disebut, walaupun projek untuk rakyat tempatan, banjir. Jawab panjang. Kita bagi keutamaan, Tan Sri Yang Dipertua, lebih daripada tempat lain kerana kesan banjir di Kelantan. Tetapi kalau cerita seolah kami tidak mendapat faedah, kami di apa, ditindas, saya nak jawab tidak benar. Satu hal saja nampak terkesan. Ya, soal peruntukan itu pun ada jalan keluar. Kalau tanya nasihat saya sebagai sahabat, walaupun Kota Bharu kata bekas sahabat, saya tidak anggap sebagai bekas sahabat. Saya anggap sahabat. Rundinglah dulu dengan TPM Dua dan carilah penyelesaian yang baik. Terima kasih.