Transcription
Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sesi ke-78 baru-baru ini tidak sepatutnya dikaitkan dengan politik. Sebaliknya, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, sudah tiba masanya masyarakat dan ahli politik membezakan suara pemimpin yang mewakili negara ke pentas antarabangsa dengan politik kepartian, jelas Zambry.
Kenyataan negara yang disampaikan Perdana Menteri disifatkan sebagai baik, tetapi malangnya dijadikan bahan kempen politik oleh segelintir pihak dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk mewujudkan persepsi-persepsi yang buruk kerana mereka menganggap bahawa kemunculan Yang Amat Berhormat berada di pentas antarabangsa akan mengaburkan, apa nama, kedudukan mereka, ya, pandangan terhadap mereka. Jadi, saya fikir sudah sampai masanya kita perlu melangkaui soal-soal politik.
Malang sekali apabila kita balik, kita mendengar ucapan-ucapan yang begitu menyedihkan sekali bagi saya. Umpamanya, apabila Yang Amat Berhormat selepas sahaja menyampaikan ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beliau dijemput untuk memberi khutbah dan dan dan di... bukan saya hendak sebutkan secara lanjut.
Zambry berkata, beliau tidak mahu bersikap berat sebelah dalam memberikan penilaian terhadap Anwar di sesi ke-78. Bagaimanapun, respons yang diberikan perwakilan di dalam dan luar dewan adalah sangat merangsangkan, selain ia diakui sendiri oleh bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar yang berpengalaman mengikuti persidangan tahunan berkenaan.