Transcription
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pada persidangan Parlimen yang lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan cadangan yang saya akur, iaitu untuk peruntukan Parlimen diberikan secara adil dan saksama, perlu adakan rundingan dahulu dengan pihak Timbalan Perdana Menteri. Muar telah pun berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Dua untuk tujuan ini. Persoalan saya, apakah tindakan susulan SOP yang jelas yang boleh digariskan? Adakah rundingan mencukupi atau seperti mungkin apa yang dibincangkan sejak seminggu dua minggu yang lepas, iaitu perlu ada kenyataan media yang dikeluarkan contohnya oleh dua ahli Parlimen yang menyatakan sokongan ke atas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?
Perkara ini penting supaya ahli-ahli Parlimen tahu apa yang perlu mereka lakukan. Dapat peruntukan dari Kuala Kangsar dan Labuan itu tidak runding dengan saya atau mana-mana menteri, ya? Jadi, itu kalau mahu penjelasan, biar tanya Kuala Kangsar dan Labuan. Tentu saya mengalu-alukan kerana itu kematangan dan kebijaksanaan mereka.
Yang Berhormat Menteri, sedikit. Saya mohon, saya mohon sedikit, sedikit penjelasan. Lepas ni Arau pula. Yang Berhormat Perdana Menteri, saya mohon. Baik, Yang Berhormat. Royalti, royalti untuk menjawab. Untuk menjawab, mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Mohon Yang Berhormat nak jawab royalti Kuala Kangsar dan Labuan. Tetapi TPM2 telah diberikan tugas bersama jawatankuasa sepertimana kita lakukan tatkala Yang Berhormat menjadi Perdana Menteri. Ada libat urus, runding, tengok parameter dia. Dan kita teruskan. Dan saya tidak berganjak pendirian itu. Soal nak kata ni zalim, makanya kerajaan dulu ni zalimlah tak bagi. Tak pula zalim kami buat. Zalim yang kamu buat tak zalim? Ni hukum apa? Hukum rimba, bukan hukum Islam.
Baik, sedikit penjelasan Yang Berhormat Menteri. Baik, sedikit Yang Berhormat sebut Arau, sedikit, sedikit. Tuan Speaker nak maklum, Yang Berhormat Arau sekarang pengerusi Lajnah Parlimen PAS. Dahsyat!
Okey, nombor dua. Yang Berhormat, Yang Berhormat masa jadi Perdana Menteri, dia hanya suruh Yang Berhormat semua masa tu sokong bajet. Kami pun boleh sokong bajet, tak ada masalah. Tapi kenapa, kenapa dibagi syarat dalam suruh sokong sampai habis penggal dan sebagainya? Tak apa. Sekarang Yang Berhormat, saya nak minta buat ralat. Ralat tadi, ralat empat bilion tambahan, ralat. Saya ahli Parlimen ni, 75, 300 juta diminta dikeluarkan. Sebab apa? Tak nak bagi duit kat kami, kena keluarkanlah. Jadi sekarang ni peruntukannya masih ada. Jadi baik, maka tak mahu lawan tu. Maknanya sekarang ni bukan Yang Berhormat tak nak bagi. Kena jadi, jadi ambil keputusan sekarang tu. Itu, itu ugutan. Itu ugutan.
Ah, tengok tu. Yang Berhormat Arau cadang hari ini. Yang Berhormat, Yang Berhormat Arau cadang supaya dikeluarkan bajet ni. Bagilah kami bawa balik berita gembira. Isytiharkan peruntukan dibagi sama rata.
Baik. Kasih Perdana Menteri. Pengerusi Lajnah apa? Lajnah apa? Lajnah Parlimen apa? Yang Berhormat Pengerusi Lajnah Parlimen. Saya Lajnah Parlimen tu. Sebab saya cakap, saya lepas ni dia orang akan lantik jadi Pengerusi Lajnah Perikatan Nasional. Jadi saya kena cakap di Parlimen, Yang Berhormat.
Okey, okey. Untuk ahli-ahli Parlimen, Yang Berhormat Arau nak cari pahala ke dosa? Nak cari pahala, bagi peruntukan. Cari dosa, tahan peruntukan. Kita tanya Yang Berhormat Tan Sri. Sejak masuk PAS, cepat dia bagi hukum. Baik, Yang Berhormat. Pasal royalti disebut oleh Yang Berhormat Muar. Nak tanya pasal saya? Saya tak... Sekali lagi saya tegaskan, ya. Syarat dan sebagainya, bincang. Yang Berhormat, ada Yang Berhormat Larut pun tahu, dulu ada duduk bincang dulu. Saya tak mahu bagi apa-apa keputusan buat apa yang bincang. Dan kalau yang munasabah, lulus, tak ada masalah. Dan kata tidak ada peruntukan, tak betul. Dan saya kata peruntukan ahli Parlimen itu satu keputusan. Kemudian dia bukan satu, semestinya satu hak. Haknya bagi negara ialah untuk memberikan peruntukan yang cukup kepada rakyat. Ahli Parlimen ini untuk rakyat dan wakil rakyat. Ada elaun, ada gaji, ada elaun. Itu hak dia. Janganlah hukum sebab mereka berkuasa tidak difikirkan soal ini. Kita tunggu sekian lama, ya.
Yang Berhormat, sedikit. Keadilan, DAP, PAS masa itu pun tak pernah dapat dalam kerajaan dulu. Kemudian bila mereka berkuasa pun kita tidak dapat juga sehingga ada Yang Berhormat... Boleh saya mencelah sedikit dalam hal ini? Royalti tadi, royalti Yang Berhormat, royalti Petroleum untuk Kelantan, bila nak jawab? Royalti Petroleum pun tidak pernah diluluskan semasa kerajaan Perikatan Nasional. Sekarang ini, kita bilang ini zaman reformasi baru. Jadi saya kata peruntukan. Saya tidak tangguh, tapi yang melibatkan projek, kita teliti bahawa projek itu mesti ikut kaedah kewangan yang ketat, yang maknanya mengikut kaedah peraturan kewangan. Umpamanya, kalau ada yang mendesak macam Keny, itu tak payah panjang-panjang, saya terus bersetuju dan meluluskan sehinggakan target sampai RM100 juta, ya. Dan projek-projek itu sebahagiannya termasuk dalam dana royalti. Jadi kita boleh, dan saya dah minta Kementerian Kewangan untuk dapat input daripada negeri-negeri dalam hal yang sedemikian. Dan juga pusat-pusat tempatan, dan juga berkaitan pusat-pusat tempatan.