📱

Get Our Mobile App

Take your business learning on the go!

Download on the App StoreGet it on Google Play

MODUL 7 | JENAYAH KOLAR PUTIH

UiTM Channel16:05

Transcription

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita masih lagi dalam kursus integriti dan antirasuah. Sehingga kini, kita telah selesai mempelajari enam modul di dalam kursus ini.

Kini, kita akan masuk ke modul jenayah. Jenayah adalah jenayah, walaupun istilahnya berbeza. Mengapa penting untuk kita tahu? Apa pun istilah yang digunakan, jenayah tetap jenayah yang akan memberi kesan kepada semua pihak.

Pada tahun 2018, berlaku peningkatan indeks jenayah kolar putih di negara, berdasarkan dapatan oleh firma audit terkemuka, Price Waterhouse Cooper. Menurut Presiden Transparency International Malaysia yang berbahagia, Datuk Seri Akbar Ali, dalam temubual, menurut Datuk Seri Mohammad Zakaria Ahmad, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, jumlah kertas siasatan dan bilangan tangkapan yang membabitkan kesalahan jenayah komersial yang dibuka seluruh negara meningkat dan membabitkan jumlah kerugian yang besar sepanjang Januari hingga Disember tahun 2019.

Apakah itu white-collar crime atau jenayah kolar putih? Istilah ini telah diperkenalkan oleh seorang ahli sosiologi Amerika Syarikat bernama Edwin Sutherland. Pada tahun 1939, beliau telah mengistilahkannya sebagai, dalam bahasa Inggerisnya, "a crime committed by a person of respectability and high social status in the course of occupation." Dalam bahasa Melayu, jenayah yang dilakukan oleh seseorang yang dihormati dan berpengaruh dalam menjalankan tanggungjawab.

Secara umumnya, jenayah kolar putih adalah jenayah yang dilakukan oleh mereka dalam kelompok atau golongan profesional yang mempunyai kedudukan dan kuasa, serta sanggup menggadaikan prinsip moral demi kepentingan diri, bermotifkan keuntungan, serta tidak melibatkan sebarang elemen kekerasan. Ini kerana golongan tersebut sentiasa mengenakan pakaian yang pilihan pakaian berkemeja putih serta bertali leher bagi menampakkan status profesional mereka.

Anda pernah mendengar jenayah kolar biru? Jenayah ini dilakukan oleh individu dari kelas sosial yang lebih rendah berbanding jenayah kolar putih, serta memberi manfaat kepada individu ataupun kumpulan yang terlibat sahaja. Jenayah ini juga mampu menyebabkan kecederaan, kematian, dan kerosakan.

Kewangan merupakan contoh-contoh kesalahan yang diklasifikasikan sebagai jenayah kolar putih. Mari sama-sama kita lihat beberapa kes berkaitan jenayah kolar putih.

Kajian oleh American Certified Fraud Examiner pada tahun 2013, kesan daripada aktiviti fraud dan penipuan mengakibatkan kerugian kepada peniaga sebanyak 5% daripada jumlah keuntungan mereka. Manakala kerugian yang dialami oleh seluruh dunia dalam aktiviti yang sama berjumlah hampir USD 3.7 trilion. Ini adalah beberapa contoh syarikat gergasi yang pernah gah suatu masa dahulu, rebah kerana aktiviti fraud dalam pelaporan kewangan mereka. Malah, syarikat audit yang bertanggungjawab pernah ditarik balik lesen mereka, serta mencemarkan reputasi syarikat gergasi yang pernah menjadi firma terbesar dunia.

Emulsi, yang tidak bertanggungjawab, individu yang berkedudukan juga telah meruntuhkan sesebuah institusi yang telah beroperasi selama 233 tahun. Merupakan sebuah bentuk skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang berlipat kali ganda dalam masa yang singkat. Skim ini turut menarik minat selebriti. Beberapa orang pelabur memaklumkan berhubung perancangan pemberian bonus awal berjumlah jutaan dolar, yang mula menimbulkan keraguan. Laporan telah dibuat oleh anak pengasas tersebut sendiri, dan keesokan harinya, telah ditangkap oleh pihak berkuasa dan didakwa atas pelbagai jenayah penipuan.

Kes yang pernah menggemparkan di tahun 1990, serta pernah diadaptasi ke layar perak, merupakan seorang ketua jabatan di sebuah institusi perbankan di ibu negara. Melalui kemahiran yang dipelajari dalam satu kursus yang dihadiri, beliau telah mengemukakan arahan palsu kepada Bank Negara Malaysia untuk memindahkan sejumlah wang pelanggan. Hasil tindakan tersebut, dalam masa yang singkat, berjaya mengumpul wang mencecah RM 8 juta. Disebabkan sikap yang suka menunjuk-nunjuk dalam sebuah rancangan terbitan TV3, kemewahan yang dipamerkan diri, apabila hal tersebut menimbulkan keraguan. Bekas pengurus bank yang kebetulan menonton rancangan tersebut, beliau telah meminta pihak bank menyemak dan audit semua transaksi terdahulu. Bukti yang diperoleh telah dikemukakan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mengasaskan sebuah skim pelaburan yang kompleks bernilai jutaan ringgit, beroperasi secara haram dengan menjanjikan pulangan yang tinggi setiap bulan. Pelabur terdiri daripada pegawai kanan kerajaan, pesara, ahli perniagaan, dan orang kampung. Bank Negara Malaysia telah mendakwa atas kesalahan menerima wang orang ramai tanpa lesen. Telah melakukan kesalahan dan membayar denda secara tunai berjumlah RM 50,000. Kekal mendapat kepercayaan pelabur dengan pembiayaan dividen yang meningkat. Apabila kadar dividen semakin berkurangan, malah ada yang sebahagian bayaran dividen, pelabur mula mengambil tindakan. Berhadapan dengan tindakan saman daripada 639 pelabur, pihak polis turut mengenakan tindakan buang daerah ke Kuala Berang Hulu Terengganu. Selepas dibebaskan, menyara hidup dengan membaiki radio dan televisyen, meninggal pada usia 70 tahun akibat sakit tua.

Ini merupakan taktik penipuan scam melalui panggilan telefon yang dilakukan oleh ahli sindiket. Antara taktik scammer tersebut adalah: satu, menghubungi mangsa dan melakukan penyamaran. Dua, menakut-nakutkan mangsa hingga mangsa panik. Tiga, mengarahkan mangsa mendepositkan wang ke akaun tertentu dan tidak memberitahu sesiapa. Mereka yang selalu menjadi sasaran adalah warga emas dan golongan pesara kerajaan berpencen kerana mempunyai simpanan yang banyak, dan mereka juga cepat panik. Orang-orang kaya berharta, mereka mencuba nasib untuk menipu. Sekiranya berjaya, hasilnya adalah lumayan, dan golongan yang mudah cemas.

Kegiatan jenayah ini dipercayai berasal daripada Macau dan dikenali sebagai Macau scam. Siasatan berhubung jenayah ini dilakukan oleh pihak PDRM. Empat modus operandi yang telah disenaraikan oleh pihak PDRM berhubung kait dengan Macau scam, sama ada melalui kaedah pelaksanaan, cara operasi, ataupun strategi yang dilakukan, iaitu: memenangi cabutan bertuah tipu, culik atau meminta wang tebusan, menyamar sebagai pegawai penguatkuasa, pegawai mahkamah, ataupun agensi kerajaan, menyamar sebagai pegawai Bank Negara ataupun bank komersial.

Berikut adalah contoh-contoh dan modus operandi Macau scam berkaitan cabutan bertuah atau lucky draw, dan bagaimana mangsa diperdaya. Ini pula adalah contoh modus operandi Macau scam berkaitan spoofing panggilan polis atau pegawai agensi. Dan ini pula adalah modus operandi Macau scam berkaitan spoofing pegawai Bank Negara dan bank komersial, yang lazimnya berkaitan dengan kad kredit. Seterusnya adalah contoh dan modus operandi Macau scam yang berkaitan tipu culik dan meminta wang tebusan.

Sekiranya ini berlaku kepada anda, berkaitan mana-mana ahli keluarga atau kenalan rapat, jangan panik. Sebaliknya, hubungi individu yang dikatakan diculik itu bagi mengesahkan keselamatan mereka.

Penipuan cinta secara atas talian banyak melibatkan mangsa dari golongan profesional yang mempunyai latar belakang masalah dalam perhubungan ataupun percintaan. Penipuan ini berkaitan dengan penipuan cinta atas talian, atau boleh dilakukan secara rawak kepada mangsa berdasarkan trend semasa. Pembelian atas talian, perkara ini berlaku apabila ada lambakan bungkusan yang tidak dituntut, membolehkan maklumat seperti nama dan alamat rumah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Penjelasan berkaitan penipuan ini sebagaimana di dalam slide, dan boleh dirujuk.

Skim penipuan phishing menjadi ancaman paling serius kepada syarikat. Kaedah phishing biasanya menjadikan emel sebagai medium penipuan. Mereka, salah satu sebab kenapa emel berfungsi dengan baik adalah kerana semua orang menggunakan emel. Phishing dilancarkan bagi mendapatkan maklumat peribadi seseorang secara tidak sah, bagi tujuan penipuan, seperti mencari username, password, nombor PIN, nombor akaun bank, dan sebagainya.

Bagi mengelakkan penipuan secara dalam talian, kita perlu ingat tawaran yang "too good to be true" adalah tipu. Jangan percaya tawaran menarik daripada individu yang baru dikenali. Jangan sesekali berkongsi maklumat akaun atau kad kredit anda. Berikut adalah antara contoh-contoh lain penipuan kad kredit yang boleh dirujuk.

Merujuk kamus Cambridge, fraud adalah "crime of getting money by deceiving people" atau "crime obtaining money or property by deceiving people." Gelaran bagi mereka yang melakukan fraud adalah fraudster. Antara contoh-contoh fraud adalah seperti corporate fraud, kredit kad, atau tax fraud, banking atau accounting fraud.

KPMG adalah antara empat firma perakaunan dan pengauditan terbesar di dunia. Tiga firma lain adalah seperti Deloitte, Price Waterhouse Coopers, dan Ernst & Young. Hasil kajian oleh KPMG telah menghasilkan satu laporan, Global Profile of Fraud. Umurnya majoriti yang berusia antara 36 hingga 55 tahun. Pada tahap ini, mereka matang dan mempunyai kedudukan, serta mahir tentang selok-belok sesebuah organisasi. Pengetahuan yang dimiliki memudahkan mereka melakukan fraud.

Fraud adalah jenayah yang dilakukan oleh orang dalam, ini kerana mereka lebih memahami selok-belok sesebuah organisasi. Kemampuan ini digunakan mereka untuk memanipulasi kelemahan sistem dan prosedur untuk kepentingan peribadi. Selain itu, mereka tahu bagaimana untuk menyembunyikan jejak daripada dikesan ataupun ditangkap.

Dalam kes jenayah fraud, kebiasaannya dilakukan oleh mereka yang mempunyai kedudukan dan jawatan dalam sesebuah organisasi. Kuasa yang ada pada mereka memberikan mereka kawalan kepada sesebuah proses kerja. Mereka juga boleh menggunakan kedudukan mereka kepada pekerja bawahan untuk melakukan sesuatu perkara. Jawatan tersebut juga menjadikan mereka dihormati dalam organisasi tersebut. Kebiasaannya, kelemahan kawalan dalaman menjadi punca utama berlakunya fraud di dalam sebuah organisasi. Antara contohnya adalah kelemahan pemantauan pegawai atasan, kewangan yang berlebihan, yang mempunyai banyak kelemahan dan tiada mekanisme check and balance dalam sesuatu proses yang dilakukan.

Terdapat banyak jenis fraud, dan yang paling kerap dilakukan dalam organisasi adalah pengelengan, perolehan, dan penipuan laporan kewangan. Hasil kajian daripada KPMG, perkembangan teknologi membantu fraud dilakukan dengan lebih jayanya. Kebanyakan pengesanan kes fraud dikesan melalui aduan yang dibuat. Untuk itu, organisasi perlu menguatkuasakan saluran aduan agar warga organisasi tersebut dapat membuat aduan mengenai sebarang salah laku yang berlaku. Pengesanan juga boleh dilakukan melalui pemeriksaan seperti audit dan sebagainya. Peranan juru audit mesti melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menemui sebarang penyelewengan, rasuah atau fraud dalam organisasi.

Berikut adalah faktor-faktor yang mendorong seseorang itu terlibat dengan fraud. Walau bagaimanapun, dua faktor yang sangat mendorong kepada aktiviti fraud adalah sikap tamak dan ingin mendapatkan keuntungan peribadi, serta kemampuan yang wujud kerana kuasa yang dimiliki, pengetahuan tentang sesuatu proses, dan bagaimana untuk memanipulasi kelemahan tersebut untuk faedah diri sendiri. Antara motif lain juga boleh dikaitkan dengan tekanan untuk mencapai KPI dan juga menyembunyikan kerugian organisasi tersebut.

Kesimpulan kepada tajuk ini, rasuah merupakan salah satu jenayah terbesar dalam kolar putih. Jenayah rasuah turut membawa kemudaratan yang lebih dahsyat kepada organisasi. Dengan perwujudan Seksyen 17 Akta Anti Rasuah SPRM 2009, syarikat boleh diambil tindakan atau didakwa sekiranya pegawai syarikat melakukan rasuah untuk faedah syarikat. Rasuah turut memberikan kesan kepada ekonomi dan keselamatan negara. Malah ada kerajaan dari dahulu hingga sekarang yang tumbang kerana jenayah rasuah.