📱

Get Our Mobile App

Take your business learning on the go!

Download on the App StoreGet it on Google Play

Isu Maritim: Anwar tempelak Takiyuddin, sindir Muhyiddin - 'Itulah soalan, beza kecaman diluar'

KiniTV16:39

Transcription

Apabila kita bercakap mengenai sempadan wilayah sebuah negara, ia tentunya berkait rapat dengan soal kedaulatan ataupun *soft sovereignty* negara tersebut yang seringkali menjadi pertikaian antara negara-negara berjiran seumpama kita dengan Indonesia sekarang ini. Dalam hal ini, ramai berpandangan langkah yang telah diambil oleh menteri menandatangani perjanjian dengan Presiden Indonesia baru-baru ini berkaitan pertikaian maritim Malaysia-Indonesia ini bukanlah satu langkah proaktif untuk menyelesaikan pertikaian yang disebut tadi sudah 18 tahun, tetapi ianya lebih suatu langkah kompromi yang kurang berhati-hati yang boleh merugikan usaha melindungi hak wilayah Malaysia dan menyentuh soal kedaulatan negara.

Tindakan kerajaan yang jelas ini penting. Pandangan pakar-pakar maritim kita yang selama ini membantu kerajaan dengan tekun dalam usaha melindungi hak wilayah maritim, mereka memberi pandangan *expert opinion* agar Malaysia tidak berkompromi dengan tuntutan Jakarta yang melibatkan kawasan laut di Laut Sulawesi dan di bahagian paling selatan di Melaka. Pandangan mereka, langkah ini merugikan Malaysia di mana Negeri Johor pada pandangan mereka akan kehilangan wilayah laut termasuk menghadapi kesan negatif di Pelabuhan Tanjung Lepas. Ini bukan ruang untuk yang hormat besar, oleh kerana itu, saya ada empat soalan sahaja, empat sahaja. Yang pertama, soalan saya, adakah langkah yang diambil oleh menteri dalam hal ini, iaitu menandatangani perjanjian dengan Jokowi, telah mengambil kira pandangan pihak yang berkepentingan (*interested parties*), khususnya kerajaan Negeri Johor dan kerajaan Sabah? Dan jika ada konsultasi atau *engagement* itu, bila ia dibuat? Itu soalan pertama. Yang kedua, sekiranya kerajaan tidak mahu lagi menggunakan nasihat yang saya sebutkan tadi, saya mahu tahu, adakah sekarang ini kerajaan mempunyai penasihat baru di dalam aspek maritim yang dilindungi oleh pihak kerajaan? Jika ada, sila nyatakan siapa penasihat baru ini. Yang ketiga, dalam membuat keputusan menandatangani perjanjian berkaitan dengan Indonesia, adakah kerajaan mengambil kira asas garisan sempadan antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh konvensyen antarabangsa? Indonesia mempunyai dalam tuntutan, tak perlu kompromi, kita ada *maritime boundary* sebagaimana keputusan ICJ dalam kes Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan. Dan yang keempat, ini juga penting, apakah sikap Kerajaan Malaysia terhadap tindakan negara Singapura yang telah menyatakan persetujuan dengan Indonesia mengenai sempadan maritim dalam kawasan yang mana Malaysia juga mempunyai tuntutan dalam kawasan yang sama, iaitu dalam kawasan tiga batu nautika daripada pantai Johor? Itu empat soalan saya. Terima kasih.

Kemudian, peraturan mana, peruntukan mana dia? Apakah pandangan berkepentingan? Johor, pihak Sultan telah dimaklumkan bahawa sempadan ini tiga batu nautika daripada kawasan di Johor tidak termasuk perbatasan Johor. Satu, Sabah. Sabah tidak dimeterai dalam hal ini. Ketua Menteri Sabah dimaklumkan bahawa mengutamakan Pulau Sebatik dan kawasan yang melibatkan Tawau, dan itu ditangguh sehingga ada persetujuan baru kerana kita belum bersetuju. Saya dengar, kecuali nama-nama Kementerian Luar, Jabatan Maritim, Jabatan Pemetaan Hidrografi Malaysia. Tapi sebelum saya meterai perjuangan akhir, saya masih berdepan dengan mereka. Jadi, mengesahkan, adakah penasihat baru yang disebut tadi? Canggihlah sebut badan saya, nama siapa ini, pakai sembrono sahaja.

Mengikut peraturan asal sempadan, tidak ada pelanggaran langsung yang disetujui. Ada yang disetujui, ada yang tidak disetujui, yang kita tentang kawasan perairan tidak terlibat. Yang keduanya, soal yang betul-betul jadi masalah ialah soal kesempadanan dengan Sabah yang kita tidak setuju.

Baik, mengenai persoalan keempat tentang Singapura dari pulau Indonesia, dan apa yang kita lakukan sampai sekarang, harus tahu, perjanjian Singapura-Republik Indonesia perjanjian 2009 itu telah dibantah oleh kerajaan Malaysia, dan saya telah maklum kepada Presiden Jokowi bahawa kita tidak boleh terima ini kerana ia menjejaskan kepentingan Malaysia.

Baik, jadi penjelasan saya ini itu hanya digunakan sebagai ruang politik murahan. Sebab mana mungkin, ya, kalau disebut pakar, mana perjanjian, mana yang dianggap peruntukan, mana ada kawasan mana yang diserahkan Indonesia yang mengabaikan kepentingan kita? Yang saya sebut tadi, yang kita betul-betul kawasan Pelabuhan Tanjung Lepas yang sebenarnya keluar daripada perbatasan. Kemudian Sabah yang tak dapat kita setujui, walaupun saya sudah minta pegawai cari jalan runding supaya ada *win-win situation*. Itu tengok rekod yang pakai gunting dengan Presiden Soeharto itu. Saya sebagai kunci utama Perdana Menteri untuk membawa, memberikan, mengambil keputusan oleh sesuatu untuk bawa Sipadan dan Ligitan. Saya beri laluan. Terima kasih saya ucapkan kepada Tambun atas jawabannya. Cukup jelas sebentar tadi, sekaligus menjawab segala kelemahan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap kerajaan berhubung isu sempadan maritim. Ini juga saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan hari ini kerana kebijaksanaan kerajaan hari ini, Malaysia telah menang pertikaian mahkamah berkaitan tuntutan waris Sultan Sulu. Soalan saya, apakah lagi perkara yang ingin dicapai oleh kerajaan dalam tempoh lima tahun mendatang menurut hubungan akrab yang sedang terjalin bersama Indonesia dalam bidang ekonomi, perdagangan dan juga pelabuhan supaya dapat dimanfaatkan dan dinikmati oleh rakyat Malaysia? Terima kasih.

Terima kasih. Soal hubungan Indonesia ini, saya akan jelaskan. Bagi saya, jangan kita politikkan kepentingan hubungan Malaysia-Indonesia. Satu rumpun, umat Islam, soal budaya, soal pendidikan, soal ekonomi, soal perdagangan, pelaporan itu kita tingkatkan. Dalam enam bulan ini, saya beritahu kepada Presiden Jokowi dan dia pun sambut sangat baik dan dia akui bahawa hubungan kita itu dapat ditingkatkan. Dan ini penting kerana bukan masalah rakyat juga dari rumpun yang sama, tetapi hubungan itu daripada satu negara sahabat yang sangat penting untuk kepentingan strategi, kepentingan ekonomi, kepentingan budaya dan Islam. Jadi, saya tidak fikir kita patut remehkan hal ini.

Adakah ini bermakna kita akan korbankan kepentingan kawasan sempadan kita? Kita tidak sampai di mana pendirian kita. Batu Putih, kita tidak tahu langsung sama sekali. Dan walaupun keputusan dibuat oleh yang lalu, kita bantah keras keputusan yang lama yang tak betul. Begitu juga tentang Sipadan. Dan sekarang dalam soal sempadan yang disebut dengan yang sama-sama ada dengan berita, ada pakar. Saya rujuk Speaker, saya rujuk pakar pegawai yang ini kerana ini soalnya saya tahu satu kesilapan kita menandatangani berkurun-kurun, kita akan dipersalahkan seperti ini. Jadi sebab itu dalam musyawarah akhirnya dipertanggungjawabkan dan saya tanya untuk soal ini bila disahkan dan ikut hujah terutamanya jabatan yang tak dapat dipersetujui lagi.

Kalau boleh diizinkan satu soalan. Yang telah menjelaskan bahawa apa yang telah Indonesia itu bukan satu perjanjian yang komprehensif. Ada banyak yang mungkin boleh bersetuju, tapi banyak lagi perkara yang tak lagi diselesaikan. Macam contoh tadi, sama ada soal yang berkaitan dengan sempadan di mana melibatkan Negeri Johor, Negeri Sayalah ataupun di Sabah ini, selain dapat itu yang berkaitan Pulau Sebatik ataupun dengan soal Ambalat ini menjadi isu ataupun banyak lagi rundingan akan diadakan. Boleh tak dijamin supaya apa yang dikatakan tuntutan hak Malaysia itu tidak kita kompromi langsung? Dan kalau begitu, adakah dengan pihak kita berkata begitu, pihak Indonesia akan mengikuti kehendak kita? Paksa selama ini pun tuntutan yang kita buat untuk mempertahankan hak mereka itu hak kita dan kita tidak akan berganjak. Jadi, soalnya saya, sama ada ada jaminan untuk pastikan mana ada lagi proses perundingan-perundingan-perundingan yang saya kira mungkin tidak akan selesai cepat bahawa itu tidak akan berlaku? Dan keduanya, sama ada bilamana perjanjian dimeterai akhirnya nanti yang agak komprehensif yang merangkumi semua perkara itu, rakyat akan diberikan peluang untuk melihat sebenarnya apa yang telah ditandatangani pada waktu itu, ia tidaklah mengkompromi kedaulatan negara kita? Itu soalnya. Terima kasih, Pak.

Apa, itulah soalan itu. Berbeza daripada kecaman di luar. Yang ditanya itu ialah keperluan satu perjanjian komprehensif. Saya setuju jaminan bahawa tidak akan dikorbankan kepentingan kedaulatan negara itu memang pendirian kita. Adakah melibatkan diri? Tidak ada kawasan melibatkan Negeri Johor yang melibatkan hanya Sabah. Dan saya telah jawab tadi soal Sabah ini bukan saja untuk kawasan sempadan termasuk sekitar Pulau Sebatik. Itu akan melibatkan wakil dari kerajaan Negeri Sabah. Itu sudah saya bagi penerangan komprehensif yang belum dimeterai hanya sebahagian kecil yang melibatkan sempadan Sabah dan memang kita tidak dapat setuju. Bagaimana boleh kita teruskan? Kalau pengalaman kita dengan Thailand, kita akhirnya setuju *win-win joint development*. Tapi Pulau Sebatik belum sampai ke situ. Itu kita kena bincang. Adakah wajar ditekankan? Setakat ini kita telah bawa pendirian kita. Indonesia jelas tuntutan kita dan kita tahu tuntutan Indonesia, tapi kita tidak setuju. Jadi peringkat ini, nah itulah keadaannya. Dan soal kompromi tidak berbelah bahagi. Presiden Jokowi dia mewakili rakyat dan negara Indonesia, saya mewakili rakyat dan negara Malaysia. Soal kedaulatan tidak boleh dikompromi atau dikorbankan. Jadi itu kita akan lakukan dengan sebaiknya. Cuma saya memberitahu dalam keadaan dunia ini, sementara itu diteruskan, kita ketika kita selesaikanlah, setuju dulu dan kecil kita setuju tangguh, tetapi jangan menjejaskan hubungan dua hala.

Saya berpendirian dan kerajaan ini akan terus menganggap Indonesia itu sebagai negara sahabat dan harus kita tingkatkan kerjasama dalam semua bidang. Dan kita tidak mahu beberapa masalah perbezaan yang didapati di antara kita menjejaskan hubungan dua hala. Jadi, tapi tamat, pendirian kita adalah tidak mungkin kita korbankan satu inci pun tanah negara kita. Saya sudah bagi laluan. Memenangkan pantas, Puteri, tambah-tambah.