📱

Get Our Mobile App

Take your business learning on the go!

Download on the App StoreGet it on Google Play

MODUL 8 | PUNCA SIMPTOM DAN KESAN JENAYAH RASUAH

UiTM Channel36:44

Transcription

[Musik] Modul ini akan membincangkan:

Yang pertama, punca-punca rasuah berdasarkan pendapat pakar di seluruh dunia.

Yang kedua, punca fraud dan rasuah berdasarkan teori Segitiga Fraud (Fraud Triangle Theory).

Dan yang ketiga, simpton atau tanda-tanda mereka yang terlibat dengan jenayah rasuah.

Yang terakhir, kesan-kesan rasuah beserta contoh kes sebenar.

Punca-punca berlakunya rasuah berdasarkan teori-teori ahli akademik, pengkritik sosial, dan ahli kriminologi. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian SPRM, kebanyakan orang yang terlibat rasuah adalah mereka yang mempunyai kuasa. Mereka menggunakan kuasa tersebut untuk mendapat keuntungan diri sendiri.

Pegawai kerajaan dalam bidang berikut berisiko terlibat rasuah kerana kuasa:

Pertama, penguatkuasaan kuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan.

Kedua, kuasa dari segi perolehan: kuasa mencadangkan pembekal yang layak, kuasa mencadangkan pembekal secara terus, kuasa untuk mempercepatkan bayaran.

Ketiga, pelesenan, iaitu kuasa untuk meluluskan permit atau lesen.

Lord Ton, pengkritik sosial di England, beliau mengatakan bahawa kuasa menyebabkan seseorang itu cenderung melakukan rasuah. Seseorang yang mempunyai kuasa, iaitu kuasa mutlak, pasti akan terjebak dalam perbuatan rasuah. Kritikan beliau ini menunjukkan kuasa merupakan faktor utama seseorang itu melakukan rasuah.

Abraham Lincoln adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-16. Beliau berkata, "Hampir semua orang mampu berhadapan dengan kesusahan. Namun, sekiranya ingin melihat karakter sebenar seseorang itu, beri dia kuasa." Kata-kata ini menunjukkan kuasa boleh mengubah seseorang individu. Ketika tanpa kuasa, seseorang individu itu mampu menjadi insan yang baik. Tetapi selepas mendapat kuasa, individu boleh lupa daratan, menggunakan kuasa untuk melakukan penyelewengan dan mendapat faedah untuk diri sendiri atau keluarga.

Profesor John Hogard adalah seorang ahli akademik di University of Canada. Teori beliau adalah rasuah berpunca daripada dua faktor utama, iaitu tamak dan peluang. Apabila wujud kombinasi dua faktor ini, maka rasuah berlaku. Contohnya, seorang yang tamak sentiasa berasa tidak cukup dengan apa yang ada. Mereka akan cuba mendapat pendapatan lebih walau dengan apa cara sekalipun. Peluang wujud apabila tugas mereka membuka ruang untuk melakukan rasuah dan penyelewengan, ditambah pula kurang pemantauan daripada pegawai atasan dan sistem yang lemah. Teori ini menjelaskan tiga faktor berlakunya rasuah: pertama, memiliki kuasa; mempunyai ruang dan peluang melakukan rasuah; dan yang ketiga, ketiadaan integriti dalam diri.

Sekitar tahun 2004, Dr. Ronald R. K., seorang ahli kriminologi Amerika Syarikat, membuat kajian terhadap 50 jenayah fraud. Berlakunya perbuatan fraud membangunkan model Segitiga Fraud yang mencadangkan tiga punca utama. Model ini turut sesuai untuk memahami mengapa seseorang itu melakukan perbuatan rasuah. Model tersebut menyatakan seorang manusia biasa akan melakukan fraud dan rasionalisasi (rationalization).

Mengadaptasikan daripada model Segitiga Fraud, rasuah yang berlaku disebabkan tiga faktor utama ini, iaitu:

Yang pertama, berlaku disebabkan tekanan hidup.

Wujudnya peluang untuk melakukan rasuah.

Yang ketiga, akal yang merasionalkan tindakan melakukan rasuah.

Faktor satu, tekanan, iaitu dua jenis tekanan: tekanan kewangan dan tekanan kerja. Contoh tekanan kewangan adalah masalah hutang, tunggakan bil, gaya hidup mewah, terlibat dengan ketagihan dadah, alkohol, dan berjudi. Boleh juga disebabkan peningkatan kos sara hidup, terutama bagi mereka yang mempunyai isteri dan anak yang ramai. Dalam sesebuah syarikat, tekanan kerja disebabkan pihak pengurusan menetapkan sasaran pencapaian yang terlalu tinggi atau tidak realistik, yang mana mesti dicapai walau apa cara sekalipun. Akibatnya, rasuah digunakan untuk memastikan sesuatu projek atau tender berjaya diperolehi. Tekanan juga boleh berlaku apabila seseorang itu merasakan kerja yang dibuat tidak setimpal dengan gaji yang diperolehi.

Ini adalah untuk memudahkan pemahaman pelajar. Dalam Seksyen 17A Akta SPRM 2009, dua terma penting untuk difahami adalah:

Organisasi komersial.

Dan yang kedua, orang yang bersekutu dengan organisasi komersial.

Kesalahan rasuah adalah menawar, menjanjikan, dan memberi rasuah yang bertujuan rasuah adalah untuk memperoleh atau mengekalkan kontrak. Contohnya, untuk memberi rasuah kepada pegawai perolehan untuk pastikan kontrak diperoleh atau disambung pada tahun hadapan.

Yang kedua, untuk mendapatkan apa-apa faedah bagi organisasi komersial. Contohnya, memberi rasuah untuk kelulusan permit, mempercepatkan pembayaran, atau mengelakkan tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut.

Faktor kedua, peluang. Seseorang itu akan melakukan rasuah apabila beliau melihat jalan untuk melakukannya. Peluang wujud akibat kelemahan kawalan dalaman, karenah birokrasi, tiada pemantauan, tiada sistem pengasingan tugas, dan penggunaan kuasa serta budi bicara yang berlebihan ataupun tidak terkawal. Contohnya, prosedur permohonan yang mempunyai banyak lapisan, iaitu birokrasi, sebelum diluluskan menyebabkan urusan menjadi lambat. Peluang kepada pelanggan untuk menawarkan rasuah agar proses disegerakan. Begitu juga sekiranya prosedur terlalu rumit menyebabkan ada pegawai menawarkan bantuan untuk memudahkan proses dengan bayaran tertentu. Peluang juga wujud apabila seseorang pekerja itu mempunyai pengetahuan mendalam mengenai selok-belok sesuatu proses kerja, memegang jawatan yang mendapat kepercayaan pegawai atasan, atau menjadi satu-satunya individu yang tahu mengenai sesuatu tugas atau prosedur.

Faktor yang ketiga adalah rasionalisasi. Orang yang melakukan fraud atau rasuah tidak melihat diri mereka sebagai penjenayah. Sebaliknya, merasakan mereka adalah orang-orang biasa yang jujur tetapi terperangkap dalam keadaan yang salah. Mereka mewajarkan perbuatan salah yang dilakukan dengan alasan yang kelihatan rasional bagi diri mereka. Contohnya, rasionalisasi adalah seperti dalam slide. Contoh lain: "Ini bukan salah saya," "Tuhan pasti akan mengampunkan saya," "Semua orang buat benda ni, dia untung, saya pun untung, apa masalahnya?" "Duit itu saya pinjam sekejap je," "Saya buat kerana terdesak," "Saya kena bantu keluarga saya yang miskin."

Pada tahun 2004, model Segitiga Fraud K. dikembangkan oleh Wolfe dan Hermanson yang memperkenalkan model Fraud Diamond. Menurut model ini, satu lagi elemen yang menyebabkan seseorang itu melakukan fraud adalah keupayaan individu tersebut. Wolfe dan Hermanson percaya perbuatan fraud tidak berlaku sekiranya pelaku tiada keupayaan untuk melakukannya. Itu mempunyai keupayaan apabila:

Yang pertama, mempunyai kedudukan dan kuasa dalam organisasi.

Yang kedua, mempunyai kapasiti untuk memahami dan memanipulasi sistem perakaunan.

Yang ketiga, mempunyai keyakinan bahawa perbuatan beliau tidak akan dikesan atau ditangkap.

Dan yang terakhir, keupayaan untuk mengatasi tekanan dan kerisauan akibat tindakan salah yang dilakukan.

Simptom rasuah bermaksud tanda-tanda mereka yang terlibat dengan rasuah, penyelewengan, dan salah guna kuasa. Simptom ini adalah berdasarkan pemerhatian dan kajian SPRM.

Yang pertama, gaya hidup berubah menjadi mewah secara mendadak. Tidak salah untuk menjadi kaya, tetapi salah sekiranya kekayaan hasil aktiviti haram melebihi sempadan dengan pendapatan daripada sumber yang sah. Contoh perubahan hidup mewah: membeli hartanah mahal, ubah suai rumah yang keterlaluan, membeli kenderaan mewah, membeli pakej bercuti luar negara yang mahal, dan berbelanja secara mewah. Pakaian pula berjenama dan mahal, kerap bermain golf di luar negara, mempunyai jam tangan berharga puluhan dan ratusan ribu, beg tangan berjenama yang keterlaluan mahal.

Simptom yang kedua adalah tidak dapat menjelaskan punca perolehan harta dalam siasatan SPRM. SPRM boleh meminta mana-mana orang untuk mengisytiharkan harta dan pendapatan mereka di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009. Orang yang terlibat rasuah dan penyelewengan tidak akan dapat menjelaskan punca perolehan harta ataupun aset mereka. Kegagalan menjelaskan kelebihan harta ataupun aset merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 36(3) Akta SPRM 2009. Sekiranya bersalah, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai lebihan harta ataupun aset atau minimum RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Simptom yang ketiga, tidak mahu naik pangkat atau ditukarkan. Alasannya ialah ingin terus kekal di posisi atau tempat kerja lama. Terlalu lama di sesuatu posisi atau tempat boleh membuka ruang berlakunya rasuah. Kelebihan bekerja di sesuatu tempat bagi tempoh yang lama adalah kerana kemahiran pegawai adalah tinggi dan pegawai amat memahami selok-belok tugasnya. Keburukan terlalu lama, pegawai berkenaan amat memahami ruang yang boleh dimanipulasi untuk faedah diri sendiri. Pegawai berkenaan juga telah mengenal pasti pelanggan organisasi yang sanggup memberi rasuah untuk sesuatu perkara. Faedah ini menyebabkan mereka selesa bekerja di sesuatu tempat dan tidak kisah sekiranya pangkat dan gaji tidak naik, sebabnya ada pendapatan lain yang lebih lumayan.

Simptom yang keempat, panggilan telefon yang mencurigakan. Pegawai dan pelanggan organisasi akan berurusan secara sembunyi-sembunyi berkaitan perkara yang tidak betul ataupun rasuah. Pegawai berkenaan tidak akan membincangkan urusan mereka ataupun urusan rasuah mereka secara terbuka.

Simptom yang kelima, agak seperi orang kaya walaupun gaji biasa. Suka membeli barang-barang berjenama yang mahal, suka pula menunjuk-nunjuk kemewahan mereka, suka meraikan kawan-kawan dan rakan sekerja secara berlebihan. Contohnya, belanja makan di hotel mewah.

Simptom yang keenam, meletak jawatan atau berhenti kerja secara tiba-tiba. Mereka tidak kisah sekiranya terpaksa membayar penalti tertentu. Punca yang pertama, telah puas memperoleh pendapatan secara haram hasil aktiviti rasuah dan penyelewengan. Yang kedua, berasa aktiviti haram mereka telah dikesan dan tidak lagi selamat. Yang ketiga, cuba mencari bidang lain untuk meraih keuntungan.

Simptom yang ketujuh, perhubungan terlalu rapat dengan pelanggan syarikat atau jabatan. Contoh pelanggan syarikat: pembekal atau kontraktor. Contoh pelanggan bagi agensi penguatkuasaan: orang yang disiasat ataupun suspek. Hubungan terlalu rapat ini seperti bercuti bersama, selalu keluar makan, selalu memberi hadiah, dan lain-lain.

Bab ini menjelaskan kesan rasuah kepada ekonomi, reputasi negara, individu, organisasi, keselamatan negara, dan lain-lain. Contoh kesan rasuah dengan memetik beberapa kes sebenar. Semua ini adalah kesan kepada jenayah rasuah sekiranya tidak ditangani segera.

Rasuah menyebabkan ketirisan hasil negara sehingga menjejaskan ekonomi rakyatnya. Rasuah yang melibatkan pegawai awam dan pimpinan negara akan mencemarkan nama serta maruah negara. Kajian oleh Transparency International setiap tahun dianggarkan nilai kerugian yang ditanggung akibat rasuah adalah sebanyak 5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) dunia. Jumlah ini bersamaan dengan US$2.6 trilion. Kajian oleh Transparency International setiap tahun dianggarkan sejumlah US$1 trilion rasuah dibayar untuk pelbagai tujuan.

Kesan rasuah kepada aliran ekonomi Malaysia. Global Financial Integrity Report 2017, kesan rasuah dan aktiviti haram lain menyebabkan kehilangan wang sekitar RM1.8 trilion. Jumlah kerugian tersebut amat besar. Sepatutnya wang ini boleh digunakan untuk pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Ketirisan boleh dielakkan sekiranya agensi kerajaan dan sektor swasta meningkatkan tadbir urus untuk mencegah jenayah rasuah.

CPI menjadi antara rujukan penting kepada pelabur-pelabur sebelum membuat pelaburan di sesebuah negara. CPI yang baik menarik pelabur asing ke dalam negara. Walaupun banyak pertikaian mengenai CPI, kebanyakan negara di dunia menerima CPI secara keseluruhannya. Kedudukan CPI Malaysia tidak begitu baik. Negara yang tidak mahu menerima CPI disebabkan faktor-faktor berikut:

Yang pertama, CPI hanya mengukur persepsi mengenai rasuah dan bukan insiden sebenar rasuah yang berlaku.

Yang kedua, CPI bukan kajian. CPI hanya mengumpulkan beberapa kajian lain menjadi satu indeks rasuah.

Yang ketiga, sumber kajian bagi CPI negara adalah berbeza. Contohnya, bagi tahun 2020, 13 sumber data digunakan untuk CPI Malaysia. Bagi negara lain, jumlah sumber data adalah berbeza.

Individu yang terlibat rasuah boleh didakwa, dipenjara, dan didenda. Individu terbabit juga akan hilang jawatan dan kedudukan apabila dikaitkan dengan jenayah rasuah.

Slide berikutnya adalah untuk memberi contoh beberapa pemimpin negara yang tumbang kerana jenayah rasuah.

Pemerintahan Soeharto selama 32 tahun dibayangi skandal rasuah, amalan kronisme, diktator, dan penindasan. Transparency International menganggarkan jumlah penyelewengan Soeharto sekitar US$15 bilion sehingga US$35 bilion. Soeharto meletak jawatan susulan pemberontakan rakyat Indonesia pada tahun 1998.

Presiden Mobutu terkenal sebagai diktator, skandal rasuah, nepotism, dan penyelewengan dana kerajaan berjumlah antara US$4 bilion sehingga US$15 bilion. Beliau mengamalkan gaya hidup mewah, termasuk terbang dengan Jet Concord ke Paris semata-mata untuk membeli-belah.

Dianggarkan Marcos menggalapkan wang kerajaan antara US$5 bilion sehingga US$10 bilion. Beliau dikatakan mengumpul kekayaan peribadi. Rakyat Filipina bangkit memberontak Revolusi Kuasa Rakyat pada Februari 1986 dan menggulingkan Marcos. Beliau dan isteri lari ke Hawaii dan meninggal dunia di sana pada 28 September 1989.

Presiden yang ketujuh Amerika Syarikat, Richard Nixon, dikaitkan dengan perbuatan rasuah dan salahguna kuasa semasa kempen pilihan raya presiden 1972, iaitu Skandal Watergate.

Merupakan ahli Senat Pennsylvania 1971 hingga 1981. Didakwa menerima rasuah US$300,000 bagi memastikan Syarikat Komputer Technology Associated (CTA) dilantik kerajaan bagi menentukan bayaran balik lebihan cukai kepada pekerja. Div dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara dan denda US$100,000. Pada Januari 1987, Div mengadakan sidang akhbar dan membunuh diri di hadapan wartawan yang hadir. Video Div boleh ditonton di YouTube.

Matsuo Tanaka merupakan bekas Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun pada September 2006 sehingga Mei 2007. Beliau berhadapan dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan wang kerajaan. Beliau dikatakan telah berbelanja lebih 26 juta Yen bersamaan RM236,000 untuk utiliti pejabat rasminya, padahal beliau sebenarnya tidak perlu membayar apa-apa sewa dan belanja utiliti bagi pejabat tersebut. Pada 28 Mei 2007, Matsuo Tanaka membunuh diri, iaitu menggantung dirinya di pangsapuri purinya.

Teh Chin Wah, 1979 sehingga 1986, disiasat oleh Corrupt Practices Investigation Bureau (CPIB) kerana dakwaan menerima rasuah daripada kontraktor. Teh akhirnya bertindak membunuh diri juga pada 14 Disember 1986. Selepas kematiannya, seorang kontraktor mengaku kepada CPIB bahawa beliau menjadi orang tengah dan telah dua kali memberi sogokan kepada Teh. Setiap sogokan berjumlah S$500,000.

Pada tahun 2005, ketika memegang jawatan Datuk Bandar Jerusalem dan Menteri Perdagangan Israel, Olmert berhadapan dakwaan menerima rasuah berjumlah 500,000 shekel bersamaan dengan US$129,000 untuk melicinkan projek pembinaan kompleks perumahan yang dikenali sebagai Holyland, dan menerima 6,000 shekel daripada seorang lagi pemaju hartanah untuk satu lagi projek yang lain. Pada 31 Mac 2014, Olmert disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun.

Di Malaysia, rasuah dikategorikan sebagai jenayah serius. Rasuah merupakan kesalahan yang boleh ditangkap tanpa waran ataupun dipanggil 'seizable offence'. Perkara ini adalah sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 49(1) Akta SPRM 2009. Orang awam boleh membuat tangkapan terhadap pelaku rasuah sebagaimana di bawah Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah. Statistik tangkapan kes rasuah oleh SPRM adalah seperti di slide.

Disertakan juga nilai rasuah yang terlibat untuk rujukan. Akta SPRM 2009 menetapkan hukuman bagi kes rasuah adalah penjara dan denda. Rasuah berbentuk seks tidak boleh dinilai. Oleh sebab itu, denda yang boleh dikenakan adalah sebanyak RM10,000, iaitu minimum hukuman. Ini atas pertimbangan dan keputusan hakim. Sebelum menjatuhkan hukuman, hakim akan mempertimbangkan perkara-perkara seperti berikut:

Yang pertama, tahap serius kesalahan OKT (Orang Kena Tangkap).

Yang kedua, nilai suapan.

Yang ketiga, impak yang disebabkan.

Yang keempat, kedudukan OKT.

Yang kelima, hukuman yang telah diterima oleh OKT.

Dan yang keenam, lain-lain faktor.

Sekiranya pihak TPR tidak berpuas hati atas hukuman, rayuan akan dibuat.

Bagi penjawat awam, hukuman penjara boleh menyebabkan mereka hilang pencen di bawah Seksyen 21(1) Akta Pencen 1980. Jika mana-mana orang yang telah diberikan pencen atau faedah lain di bawah akta ini boleh dikenakan hukuman mati atau penjara selama suatu tempoh oleh suatu mahkamah, maka pencen atau faedah lain itu hendaklah terhenti dengan serta-merta. Perkara ini khusus untuk penjawat awam. Hukuman penjara walaupun sehari boleh menyebabkan mereka hilang pencen. Oleh sebab itu, amat tidak berbaloi terlibat dengan jenayah rasuah.

Pangkalan Data Pesalah Rasuah di portal rasmi SPRM, iaitu http://www.sprm.gov.my, mula diperkenalkan pada 4 Mac 2010. Pangkalan data ini dibangunkan untuk mewujudkan kesedaran tentang kesan buruk rasuah kepada orang ramai dengan memaparkan maklumat pesalah rasuah seperti gambar, nama, nombor Kad Pengenalan, nombor kes, pertuduhan, hukuman, dan tarikh sabitan kesalahan. Pangkalan data salah rasuah digunakan sebagai rujukan oleh majikan dan kedutaan asing dalam membuat penilaian kes atas individu yang memohon pekerjaan atau urusan pengeluaran visa. Maklumat pesalah rasuah ini dipamerkan dalam pangkalan data selama 3 tahun dari tarikh sabitan. Layari portal SPRM http://www.sprm.gov.my dan buat carian di data pesalah rasuah. Hanya kes yang telah dijatuhkan hukuman bersalah sahaja akan dipaparkan di pangkalan data ini.

Ini adalah antara harta atau aset yang dimiliki dengan menggunakan hasil rasuah yang boleh disita dan dilucut hak. Pelucuthakan harta dilakukan sama ada melalui Seksyen 40 dan 41 Akta SPRM 2009 atau Seksyen 55 dan 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Amla (AMLATFPUAA) 2001. Pelucuthakan harta dibuat dalam dua keadaan, iaitu:

Yang pertama, pelaku rasuah didakwa di Mahkamah.

Yang kedua, pelaku rasuah tidak didakwa di Mahkamah.

Statistik nilai harta dan aset yang disita dan dilucut hak adalah seperti di slide. Pelucuthakan harta adalah satu proses yang rumit dan memakan masa yang panjang. Banyak kes lucut hak masih lagi belum selesai. Jumlah lucut hak akan meningkat dari semasa ke semasa. Pada tahun 2020, peningkatan ketara ini berikutan pemulangan dana dan aset dari negara luar berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pasukan penjejakan aset 1MDB dianggotai SPRM dan beberapa agensi lain berjaya membawa pulang sejumlah RM14,112,820,234 dari negara Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu, dan beberapa negara lain.

Ini adalah contoh kes yang melibatkan harta atau aset disita oleh SPRM. Kes ini masih di peringkat perbicaraan. Persoalannya, benarkah kes ini ada melibatkan ahli politik di Sabah? Jawapannya adalah tidak benar kerana siasatan SPRM tidak menjumpai sebarang bukti atau keterangan bahawa wang yang dirampas itu berkait dengan mana-mana pemimpin politik di Sabah atau negeri lain.

Rasuah boleh menyebabkan kerugian kepada syarikat. Imej dan reputasi syarikat boleh tercemar kerana budaya rasuah diamalkan oleh warga syarikat. Kerana rasuah, pelabur dan pemegang taruh akan hilang keyakinan terhadap sesebuah syarikat. Pekerja yang mengamalkan rasuah akan mengutamakan keuntungan peribadi berbanding keuntungan syarikat. Mereka sanggup menjual maklumat dalaman syarikat kepada pesaing semata-mata kerana lumayan. Kontraktor dipilih kerana rasuah menyebabkan projek tidak sempurna atau terbengkalai. Ini kerana pemilihan bukan berdasarkan kelayakan atau keupayaan tetapi rasuah. Ingat, rasuah merupakan pelaburan berbahaya yang berisiko tinggi.

Contoh kes rasuah melibatkan seorang YDP Majlis Perbandaran Kangar pada tahun 2004. Beliau didakwa dengan empat pertuduhan rasuah dan didapati bersalah dalam kes tersebut. YDP bukan sahaja menerima rasuah, beliau juga bertindak secara tidak sah menamatkan kontrak Syarikat XX yang menjalankan kerja pembangunan di atas tanah Majlis Perbandaran Kangar. Akibatnya, MPK telah disita selama dua minggu dan nyaris dilelong pada 28 Ogos 2006 setelah gagal membayar ganti rugi sebanyak RM6.35 juta kepada Syarikat X.

Bayaran rasuah untuk memperoleh sesuatu projek atau kontrak akan meningkatkan kos operasi. Apabila kos operasi meningkat, harga barang atau perkhidmatan turut akan menjadi mahal. Sebagai contohnya, seorang peniaga membayar rasuah sebanyak RM500 secara bulanan kepada penguatkuasa Majlis Perbandaran X. Rasuah itu adalah bertujuan untuk memastikan premisnya tidak diperiksa dan diganggu oleh penguatkuasa berkenaan. Bagi mengekalkan keuntungannya, peniaga menyerapkan kos bayaran rasuah tersebut dalam harga barang-barang yang dijual.

Contoh kes yang menjelaskan bagaimana rasuah boleh merugikan syarikat. Seksyen 17A Akta SPRM 2009, kesalahan rasuah oleh organisasi komersial merupakan peruntukan baharu dalam Akta SPRM 2009. Ia diluluskan oleh Parlimen pada 5 April 2018 tetapi berkuatkuasa bermula 1 Jun 2020, iaitu selepas dua tahun kelulusan Parlimen. Hukuman bagi kesalahan ini: denda 10 kali nilai suapan atau minimum sebanyak RM1 juta atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali. Kesalahan berlaku apabila seseorang yang bersekutu dengan organisasi komersial menawarkan atau memberikan atau menjanjikan rasuah yang bertujuan untuk memperoleh atau mengekalkan perniagaan bagi organisasi komersial itu atau untuk memperoleh atau mengekalkan faedah dalam menjalankan perniagaan bagi organisasi komersial itu.

Contoh kes di mana syarikat dikenakan penalti akibat perbuatan rasuah oleh pegawai-pegawainya. Kes disiasat di bawah UK Bribery Act 2010. Walaupun Rolls-Royce telah dikenakan penalti, perkara itu tidak menghalang individu yang terlibat untuk didakwa. Pada November 2017, tiga bekas pegawai Rolls-Royce mengaku bersalah atas dakwaan merasuah seorang pekerja syarikat perunding yang bertindak bagi pihak Rolls-Royce. Turut mengaku bersalah atas dakwaan rasuah seorang lagi yang didakwa adalah orang tengah kepada Rolls-Royce.

Siemens merupakan syarikat kejuruteraan elektrik dan elektronik terbesar di Eropah, berpusat di Munich dan Berlin. Berhadapan dakwaan rasuah dan penyelewengan di 20 negara. Kontroversi rasuah melibatkan Siemens bermula lewat tahun 2002 sehingga 2006. Siasatan pihak berkuasa mendapati Siemens telah membuat bayaran meragukan kepada pihak tertentu berjumlah 1.3 bilion Euro, dipercayai adalah bayaran rasuah untuk tujuan memenangi bidaan kontrak bagi projek-projek besar. Penemuan tersebut menyebabkan Siemens berhadapan inkuiri di Jerman, Amerika Syarikat, dan beberapa negara lain. Negara-negara yang menjalankan siasatan dan pendakwaan terhadap Siemens termasuk Amerika Syarikat, Rusia, China, Nigeria, dan Malaysia. Pada bulan Disember 2008, Siemens akhirnya mengaku bersalah atas dakwaan rasuah dan bersetuju membayar penalti terbesar sebanyak US$1.6 bilion.

Ini adalah contoh kes di mana syarikat dikenakan penalti akibat perbuatan rasuah oleh pegawai-pegawainya. Kes disiasat di bawah US Foreign Corrupt Practices Act 1977. Kes Alcatel di Malaysia. Putrajaya, pada 20 Disember 2016, bekas Ketua Akaun Pelanggan Serantau Alcatel Network System Malaysia Berhad dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM5,000 selepas didapati bersalah kerana merasuah. Tertuduh telah memberi suapan sebanyak RM25,000 dalam bentuk cek Alcatel kepada Penolong Pengurus Perolehan Telekom Malaysia Berhad. Rasuah adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat tender for the supply of white band COD division multiply access (WDCMA) mobile communication system dan the provision of the world PH 2.

Rasuah mengancam keselamatan negara dan alam sekitar. Walaupun perbuatan rasuah dilakukan oleh mereka yang berjawatan kecil dalam perkhidmatan awam, kesan kepada keselamatan dan alam sekitar amat besar. Contohnya ialah:

Yang pertama, rasuah yang dilakukan oleh mereka yang bertugas di sempadan negara menyebabkan senjata api dan bahan terlarang masuk ke negara kita.

Contoh yang kedua, rasuah yang dilakukan oleh pegawai jabatan alam sekitar menyebabkan mereka yang melakukan pencemaran terlepas daripada tindakan undang-undang.

Ini adalah contoh kesan rasuah kepada alam sekitar dan keselamatan negara.

Ini adalah contoh kesan rasuah kepada alam sekitar dan keselamatan negara.

Ini juga adalah contoh kesan rasuah kepada alam sekitar dan keselamatan negara.

[Musik]