📱

Get Our Mobile App

Take your business learning on the go!

Download on the App StoreGet it on Google Play

KIAR - Bab 3 - Rasuah Dihina, Maruah diBina

Skor MPU5:25

Transcription

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Apa khabar Tuan Puan?

Tuan Puan, video kita pada kali ini kita nak bincangkan tentang kursus integriti dan anti rasuah. Melihat pada tajuk kursus ini sahaja, perkara yang perlu kita berikan penekanan antaranya adalah tentang apa itu rasuah.

Puan, kalau kita lihat pelbagai pihak, sama ada pihak dalam literatur tempatan, organisasi antarabangsa, ada memberikan definisi tentang rasuah. Seperti sebagai contoh, Transparency International, World Bank, kita ada daripada United, daripada UNDP dan sebagainya. Maka umumnya kita katakan rasuah adalah penerimaan atau pemberian suapan. Yakni, rasuah itu bertujuan supaya seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya.

Maka daripada definisi ini, tentang adanya perkataan penerimaan dan pemberian, maka kita nak bincangkan pula adalah kalau kita melihat kepada sudut pandang Akta SPRM 2009. Bagaimana yang dikatakan rasuah Tuan Puan?

Pertama adalah rasuah dikatakan sebagai meminta atau menerima rasuah. Mana-mana orang yang meminta ataupun mana-mana orang yang menerima suapan, yakni rasuah sebagai satu bentuk balasan untuk melakukan sesuatu ataupun tidak melakukan sesuatu bagi sesuatu perkara. Maka ini kita katakan rasuah. Maksudnya dia mempergunakan jalan bagi barang perkhidmatan bagi apa pun pun supaya A boleh menyuruh B menunaikan satu perkara yang dia nak, ataupun A menyuruh B supaya jangan melakukan perbuatan yang ini.

Maka Tuan Puan, yang kedua adalah yang dikatakan rasuah sebagai menawarkan atau memberi rasuah. Mana-mana orang yang menawar, mana-mana orang yang memberikan rasuah kepada seorang ejen ataupun pegawai awam sebagai balasan untuk melakukan sesuatu perkara berkaitan tugasan rasmi. Ah, kata kunci dia berkaitan dengan tugasan rasmi pegawai awam tersebut. Maksudnya adalah, ini yang perkara yang kita perlu elakkan adalah menawar ataupun memberi rasuah kepada mana-mana penjawat awam, ejen sebagainya jika itu merupakan tugas rasmi mereka. Yang ini tuan-tuan boleh lihat diperhalusi di dalam Seksyen 16B dan Seksyen 17B Akta SPRM 2009. Seksyen 16B, Seksyen 17B.

Manakala yang ketiga yang dikatakan rasuah adalah tuntutan palsu. Bahaya ni tuan-tuan, di mana jika ada mana-mana orang yang menggunakan ataupun mengemukakan dokumen tuntutan yang mempunyai butiran palsu dengan untuk mempdayakan pejabat. Contoh perjalanan daripada P.O. A kepada P.O. B adalah 100 kilometer, tapi letak P.O. A ke B sebagai 300 kilometer untuk menambahkan dia punya jumlah jarak ataupun bayaran yang nak [Musik] dikim. Ianya adalah mempunyai butiran palsu dengan niat nak memperdayakan pejabat tempat dia bertugas. Itu yang ketiga.

Manakala tuan-tuan, kita lihat yang keempat yang dikatakan rasuah adalah salah guna kuasa oleh pegawai awam. Pegawai awam yang menggunakan kedudukannya, maknanya dia pun jawatan dalam membuat keputusan ataupun mengambil apa-apa tindakan berhubung sesuatu perkara di mana dia ataupun saudaranya ataupun sekutunya ada kepentingan. Yang ini pun bahaya tuan-tuan. Ni satu nasihat untuk diri saya dan satu peringatan juga saya kongsikan tuan-tuan bahawa sekiranya mana-mana pegawai awam yang menggunakan kedudukan dia, ada jawatan, maka dia membuat keputusan atas faktor seseorang itu adalah saudaranya ke, sekutunya ke, yang mana dia ada kepentingan. Dan itu boleh kita katakan sebagai satu salah kuasa. Di mana nak lihat ni tuan-tuan? Tuan-tuan boleh rujuk Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Saya kira itu dahulu untuk video kita pada kali ini Tuan Puan. Ingat, rasuah dihina, maruah dibina. Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Jumpa lagi. Bye.