Transcription
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat datang ke kursus integriti dan antirasuah. Sebagaimana yang saya janjikan, minggu ni kursus kita, kelas kita adalah secara online. Insya-allah pada minggu ni, tajuk yang kita akan sentuh adalah integriti teras kesejahteraan.
Integriti teras kesejahteraan ini adalah isi kandungan perbincangan kita untuk hari ini. Yang pertama ialah tadbir urus tata kelola korporat. Yang kedua, tadbir urus atau tata kelola keinsanan. Yang ketiga, etika dalam kehidupan. Yang keempat, definisi integriti. Yang kelima, faktor-faktor yang boleh menggugat integriti. Yang keenam, bidang pekerjaan berisiko tinggi yang yang terlibat dengan isu integriti. Yang ketujuh, pembudayaan integriti dalam kalangan pelajar. Dan yang terakhir ialah inisiatif kerajaan bagi meningkatkan integriti dalam perkhidmatan awam.
Dari sesi ini, apa yang kita harapkan ialah anda semua dapat memahami apa itu tadbir urus atau tata kelola korporat, tata kelola keinsanan dan juga memahami etika dalam kehidupan. Mengetahui definisi integriti dan faktor yang menggugat integriti. Memahami apa apakah bidang yang berisiko tinggi yang mana terlibat dalam isu integriti. Dan anda juga akhirnya dapat memahami dan mengetahui pembudayaan integriti dalam kalangan pelajar serta inisiatif kerajaan bagi meningkatkan inisiatif integriti perkhidmatan awam.
Bila kita menyentuh tentang isu integriti, ia sebenarnya sesuatu yang tertanam dalam diri kita. Mungkin menjadi satu tabiat, menjadi satu kelaziman yang sentiasa kita amalkan. Allah Taala berfirman dalam surah Ar-Ra'du ayat ke-11: "Innallaha la yugayyiruma biin hatta yugayyiruma bifusihin." Yang mana Allah menyatakan, Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka itu mengubah apa yang ada pada diri mereka.
Dari ayat ini, kita fahami bahawa untuk bercakap tentang integriti, ia tidak akan berlaku kecuali kita yang usahakan. Maksudnya, kita kena usahakan untuk menanamkan sikap integriti dalam diri kita.
Apa itu tatakelola? Tatakelola ni mudahnya kita kata pengurusan. Kaedah pengurusan. Kita kata tatakelola ni boleh jadi suatu istilah yang merujuk kepada kaedah pengurusan. Bagaimana kita mengelola, bagaimana kita menguruskan. Itu dipanggil tataakelola. Dan untuk tata kelola bagi subjek kita ni, kita ada dua. Iaitu pertama, tata kelola korporat yang melibatkan syarikat-syarikat korporat, perniagaan. Yang kedua ialah tata kelola keinsanan yang mana melibatkan integriti, melibatkan etika, akhlak dan sebagainya. Jadi, korporat dan keinsanan.
Untuk mendapatkan definisi yang lebih tepat tentang tata kelola, maka pelajar boleh bacalah definisi yang diberikan oleh High Level Finance Committee Report. Maksud tata kelola keinsanan boleh kita lihat dalam definisi yang diberikan oleh Salh dan Ahmad, iaitu "Being Human." Menjadi manusia. Dan biasanya untuk jadi manusia ni, kita dipandu, guided oleh satu set, satu peraturan yang diwarisi atau diterima oleh semua orang. Ada antara kita yang mana membentuk keinsanan kita kerana keturunan kita, keluarga kita. Ada yang mana akhlak dan sikap lazimnya ini terbentuk melalui pendidikan. Ada yang mana mereka ini kerana pengaruh rakan-rakan sebaya. Ada juga mereka yang membentuk akhlak dan peribadi mereka melalui bangsa. Dan yang paling pentingnya melalui agama. Dan banyak manusia ini sebenarnya memerlukan agama untuk membantu mereka membentuk akhlak yang lebih baik.
Apa itu etika? Etika ialah kebolehan dan kemahiran kita untuk membuat pertimbangan antara yang baik dan yang buruk. Jadi, kita akan memilih mana yang baik dan mana yang buruk. Itu adalah etika. Menurut SPRM, antara punca utama berlakunya rasuah ialah kerana tiada integriti, tiada nilai-nilai murni, tiada etika dalam diri seseorang yang menawarkan rasuah atau menerima rasuah.
Setelah kita tahu bahawa tiada integriti merupakan punca utama berlakunya rasuah, maka apakah definisi integriti? Kalau kita lihat Oxford, integrity sebagai "the quality of honest." Maknanya berlaku jujur. Berlaku jujur. Manakala Kamus Dewan pula mendefinisikan integriti sebagai kejujuran, ketelusan, kesempurnaan, kesempurnaan dan keutuhan. Maknanya elemen jujur, honesty adalah elemen utama dalam integriti ini. Pihak-pihak yang dalam Pelan Integriti Nasional, pelajar-pelajar boleh baca. Manakala Institut Integriti Malaysia mendefinisikan integriti sebagai berikut. Pendek kata, pelbagai definisi diberikan sama ada melalui dasar-dasar kerajaan, melalui kamus-kamus yang kita baca. Tapi ada satu definisi yang sangat ringkas dan menarik yang mana dipetik daripada C.S. Lewis. Beliau mengatakan, "Integrity is doing the right thing even when no one is watching." Itu kamu membuat sesuatu yang baik walaupun tak ada orang melihat.
Sebenarnya konsep integriti ni telah lama pun diterapkan dalam agama. Dan kalau dalam agama Islam, konsep ini dipanggil Ihsan. Konsep Ihsan atau integriti ni kita boleh kita boleh katakan sebagai suatu keadaan yang mana kita buat sesuatu, sama ada yang baik atau yang buruk, dan kita rasa kita diperhatikan oleh Allah Taala. Yang mana perbuatan baik kita itu dicatat, perbuatan buruk kita juga dicatat. Dan semua catatan-catatan amalan kita ini, sama ada baik atau buruk, walaupun tak ada orang melihat, Allah perhatikan dan akan diadili di hari kiamat nanti. Siapa yang buat baik akan dapat balasan yang baik. Siapa yang buat buruk, dia akan dapat balasan yang buruk. Maknanya, kalau dekat dunia ni kita melakukan rasuah, tipu daya, walaupun tak ada orang melihat, tapi percayalah bahawa Allah melihat dan kejahatan kita itu akan dibongkarkan pada hari kiamat dan akan menerima balasan.
Antara contoh perbuatan yang berintegriti adalah seperti yang dipaparkan dalamnya. Dia ada seorang ni, dia tak cukup duit nak makan. Maka dia ambil duit tabung masjid, lalu dia tulis not: "Assalamualaikum. Saya pinjam duit tabung masjid RM7.85. Maaf, saya dah tiga hari tak makan sebab itulah saya sebab saya tak ada duit. Insya-allah dalam masa terdekat saya akan ganti balik. Saya one of the student kolej ini. Terima kasih. Allah bless all of you. Doakan saya kuat." Jadi perkara ini memang berlaku dalam masyarakat. Ada orang yang tak cukup makan keperluan. Maka dalam bab ini, pilihan di tangan Anda. Sama ada nak buat benda yang baik untuk dapatkan keperluan, atau buat benda yang buruk. Sama ada nak buat macam inilah, tulis nota bagi tahu saya pinjam duit sebab saya tak ada duit, ataupun nak pergi ambil duit, nak rompak, nak ambil rasuah. Itu terpulang kepada apa nilai integriti yang ada pada kita.
Berikut adalah lima faktor yang boleh menyebabkan sesuatu integriti itu merosot. Faktor pertama yang atas sekali ialah kepimpinan yang tidak baik. Tak kiralah kepimpinan di peringkat atasan, di peringkat negara ke, di peringkat negeri ke, di peringkat daerah ke, di peringkat universiti ke, ataupun dalam kalangan kita saja pun boleh berlaku kemerosotan kepimpinan. Dan daripada situ, orang di bawah yang menjadi rakyat, yang menjadi pekerja akan melihat contoh daripada pemimpin. Kalau pemimpin amalkan rasuah, maka sudah pasti rakyat kata, "Oh, ini perkara biasa." Sudah pasti staf bawahan kata, "Oh, ini perkara biasa sebab bos aku pun ambil rasuah." Itu faktor pertama.
Faktor kedua pula ialah kelemahan sistem dan prosedur. Kadang-kadang berlaku rasuah ini atau pecah amanah ini kerana sistem kawalan dan perundangan yang ada selalunya lemah, sehingga menyebabkan mereka-mereka yang mempunyai niat jahat ini nampak peluang disebabkan sistem yang tidak cekap.
Yang ketiga ialah struktur dan institusi. Struktur dan institusi ini merujuk kepada kawalan seseorang itu. Kalau dalam keadaan struktur dia berada dalam kedudukan yang tinggi, biasanya mudah untuk menerima rasuah kerana ada orang yang melihat mereka ini ada kepentingan. Begitu juga dengan institusi. Institusi yang yang melibatkan kewangan lebih mudah menerima rasuah berbanding institusi-institusi yang menawarkan khidmat am semata-mata.
Yang keempat ialah budaya. Oleh kerana budaya sesuatu tempat itu menjadikan amalan rasuah itu satu kebiasaan, maka tidak mustahil integriti akan runtuh kerana budaya di situ menerima rasuah sebagai suatu yang normal.
Dan yang terakhir sekali ialah kelemahan individu. Nafikan bahawa bila kita lemah dari sudut imannya, dari sudut jati dirinya, maka mudah untuk kita menerima rasuah.
Baik, apabila kita kita berbincang atau memperkatakan tentang kenapa seseorang itu boleh terjebak dalam rasuah dan salah guna kuasa, maka kita lihat ada lebih kurang 10 faktor. Yang pertama sekali yang paling utama ialah tiada integriti. Sebagaimana ditekankan pada awal-awal lagi, tiada integriti antara punca utama berlakunya rasuah. Yang keduanya ialah sifat suka dirai. Dia rasa nak orang sanjung dia, orang puji dia, orang bagi kemewahan. Maka itu juga membawa kepada rasuah. Yang ketiga ialah sifat ingin untung secara mudah, ni "easy money." Yang keempat ialah budaya organisasi memberi hadiah. Yang kelima, persepakatan jahat antara pegawai dan juga kontraktor. Yang keenam, taktik kontraktor, iaitu menjalinkan hubungan yang baik dengan pegawai-pegawai tertentu. Yang ketujuh, taktik kontraktor juga bermula dengan meraikan, meraikan pegawai-pegawai ini atau memberikan hadiah-hadiah yang kecil. Bermula dengan perkara tersebut. Yang kelapan juga taktik kontraktor, berbaik-baik hari ini, mengena hari esok. Hari ni belanja makan, hari ni sponsor tiket penerbangan dan sebagainya. Esok lusa dia minta balasan. Yang kesembilan, kerana diuji dengan tawaran rasuah berulang kali. Hari ini orang offer, tolak. Esok tolak, lusa tolak, bulan depan tolak, lama-kelamaan tak tahan, terpaksa terima. Okey. Dan yang terakhir, yang ke-10, berjaya tolak rasuah tapi bukan untuk selamanya. Akhirnya kadang-kadang bila budaya ni, tawaran ini selalu datang, maka akhirnya orang yang tidak ada pendirian, tak ada integriti terjebak juga akhirnya.
Ini adalah antara beberapa contoh kes sebenar yang melibatkan perbuatan tidak berintegriti. Antaranya ialah kes penyelewengan dalam pemberian subsidi baja padi. Audit mendapati penyelewengan berlaku dalam bentuk berikut. Yang pertama, pesawah tidak terima subsidi baja, menyebabkan pesawah terpaksa membeli baja padi dengan harga yang mahal. Dan ada keadaan yang mana yang menerima subsidi baja itu bukannya pesawah, tapi orang-orang yang hampir dengan dengan penguasa yang menjaga subsidi baja ini.
Pula kes ketiga yang melibatkan perbuatan tidak berintegriti, yang mana pada 18 November 2014, seorang pegawai sebuah agensi awam didakwa meminta habuan seks daripada seorang ibu tunggal. Dan sebagai balasan, kalau ibu tunggal setuju, maka dia akan dapat kelulusan memiliki, memiliki rumah mampu milik, projek Perumahan Rakyat Termiskin. Inilah antara contoh perbuatan yang tidak baik, tidak berintegriti. Dahlah orang tu miskin, tapi diambil kesempatan pula terhadap mangsa ini.
Pula kes keempat, iaitu memasukkan ijazah untuk dapat kerja. Bekas pengurus kilang didenda sebab tu para pelajar sekalian, eh, pastikan degree yang akan Anda dapat nanti adalah degree atau ijazah yang asli.
Para pelajar sekalian, tajuk seterusnya adalah satu tajuk yang sangat menarik, iaitu bidang-bidang yang berisiko tinggi. Sebab tu tulis hati-hati sekiranya Anda bekerja dalam bidang ini. Apakah bidang tersebut? Bidang paling berisiko tinggi ialah kontrak dan tender. Sekiranya Anda bekerja dalam mana-mana sektor sekalipun, perkilangan ke, perindustrian ke, pendidikan ke, kesihatan ke, tapi anda ditugaskan untuk menilai, membuka tender, menguruskan tender, maka anda tinggi untuk ditawarkan rasuah. Dan kalau tak ada integriti, Anda pasti akan menerima rasuah. Antara isu integriti yang kemungkinan berlaku sekiranya Anda memegang jawatan dalam skop tender dan juga kontrak ialah antaranya percanggahan kepentingan. Ada adik-beradik minta nak masuk tender, ahli keluarga minta masuk tender. Yang kedua, pilih kasih terhadap kontraktor. Anda kenal kontraktor ni baik, kroni dengan anda, maka anda pun mudah menerima mereka walaupun mereka tak layak. Yang ketiga, dengan sengaja tidak melaporkan apa-apa kecacatan atau kekurangan yang dilakukan oleh kontraktor. Membocorkan maklumat pejabat, apa lagi memutablikkkan fakta tentang spek kerja, barangan dan seterusnya. Anda boleh baca.
Bidang kedua yang boleh menyebabkan Anda menghadapi risiko yang tinggi dalam integriti ialah pembelian dan pembekalan. Sekiranya Anda terlibat dalam proses membelikan, membeli barang-barang untuk kegunaan tempat kerja ataupun membekalkan barang-barang untuk mana-mana company atau agensi, maka anda juga berisiko tinggi untuk ditawarkan rasuah. Antara isu integriti yang berlaku ialah membeli secara berlebihan. Tak patut beli tapi beli sebab nak tolong member. Pembekalan barang yang bermutu rendah, tidak mengikut kualiti dia. Sebab apa? Sebab member yang...
Bidang pekerjaan ketiga yang tertinggi yang berdepan dengan risiko rasuah ialah penguatkuasaan dan penyeliaan. Tidak kiralah kalau anda bertugas sebagai anggota keselamatan ke, ataupun bertugas sebagai pegawai integriti, pegawai tatatertib dalam satu organisasi, bertugas sebagai Hakim, bertugas sebagai pendakwa raya, atau mana-mana institusi yang berkaitan pengusahaan. Jadi anda juga boleh terdedah kepada mereka yang ingin melepaskan diri untuk untuk dengan menawarkan rasuah kepada anda.
Bidang keempat yang juga mempunyai potensi tinggi untuk menerima rasuah ialah mereka yang terlibat dalam pengurusan harta dan aset pejabat. Sebab bila anda menjaga harta dan aset, maka adakalanya kuantiti barang yang dihantar tak cukup. Kerusi, kusyen untuk kegunaan pejabat sebanyak 50 biji tapi yang dihantar 45. Yang lima tu kita tutup mata, dia pun hantar duit bawah meja. Ada berlaku macam tu.
Sebab itulah pihak kerajaan telah membuat satu tema yang dipanggil "Budayakan Integriti, Jauhi Rasuah." Budayakan integriti, jadikan integriti tu pakaian pada kita, amalan kita. Dan elakkan daripada menerima. Sebab itulah integriti ini ataupun Ihsan itu dimulakan dari hati. Ia bermula dari hati kita. Kemudian daripada hati yang telah murni ini, yang baik ini, maka budaya integriti itu perlu dierapkan, diterapkan kepada anak-anak. Anak-anak perlu dibentuk supaya mempunyai nilai-nilai integriti dalam diri mereka.
Berikut adalah antara inisiatif yang telah digariskan oleh pihak kerajaan dalam meningkatkan integriti pegawai-pegawai di sektor perkhidmatan awam. Antara inisiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan ialah kita lihat tahun 1979, panduan perkhidmatan cemerlang. Tahun 1980, Tun Dr. Mahathir telah memperkenalkan kad perakam waktu supaya orang yang datang kerja tiada masa. So apa punch in dan punch out. 1982, kempen bersih, cekap, amanah. Tahun 87. Tahun 82 juga diperkenalkan dasar pandang ke timur. Kerana masa itu kerajaan melihat negara Jepun, negara Korea yang dulunya tidak maju, tetapi bila mengamalkan sikap integriti yang tinggi, maka mereka terus jadi negara maju. Tahun 1983, diperkenalkan name tag atau tanda nama. Tahun 83 juga digunakan slogan kepimpinan melalui teladan supaya pemimpin-pemimpin menunjukkan contoh yang baik. Tahun 1985, penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran seperti konsep Ihsan tadi. Tahun 87, etika kerja Islam. 1990, gerakan budaya kerja cemerlang. 1991, sambutan hari kualiti. Tahun 1992, buku Tonggak 12. Ni boleh cari apa itu buku Tonggak 12. Tahun 1998, arahan Perdana Menteri untuk melaksanakan aktiviti nilai murni. Tahun 2000, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan. Dan tahun 2004, Pelan Integriti Nasional. Kemudian disambung pada tahun 2007 dengan Audit Nilai. Tahun 2009, diperkenalkan SPRM. 2009 juga diperkenalkan KPI, Key Performance Index, KIK, kerja kumpulan inovasi kerja, Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus, Bidang Keberhasilan Utama Negara ataupun National Key Key Result Area and BOS, National Blue Ocean Strategy. Ini zaman Datuk Seri Najib. 2009, ada SPRM, KPI, KIK, JITU, NKRA dan juga NBOS. 2013, penubuhan Unit Integriti Agency. 2014, Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus, G2 Exa, Ekosistem Kerja. Saya pun lupa nama dia. 5S. Apa tu 5S? Tah. 5S, Human Resource Management, Integrated System. 2018, Jawatankuasa Khas Mengenai Antirasuah, Jawatankuasa Antirasuah dan Pelan Antirasuah Nasional.
Jadi ini adalah antara inisiatif-inisiatif dan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan yang bertujuan untuk membasmi rasuah dan membentuk integriti, perkara-perkara nilai-nilai yang baik dalam diri kita. Jadi mudah-mudahan apa yang diterapkan oleh kerajaan ini dapat kita terima dan kita amalkan dalam hidup kita. Itu saja untuk sesi kita pada hari ini. Insya-allah kita akan jumpa pada minggu depan dalam sesi secara fizikal. Terima kasih atas masa yang telah diberikan dan kita jumpa lagi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.