Transcription
Hai, bumi yang kita sedang berada sekarang ini adalah diistirahatkan oleh Allah sebagai tempat untuk manusia itu diuji dengan pelbagai ujian. Allah sebut dalam Quran, kami akan menguji mereka dengan ketakutan, dengan kelaparan, dengan kedahagaan.
Selama kita tidak masuk ke dalam syurga, di bumi ini adalah tempat untuk manusia diuji ketahanan iman mereka supaya apabila mereka berjaya, mereka akan diberikan label dan syurga oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Tentang kalian, semua orang ada ujian, semua ada masalah. Kalau kita sebut ujian dan masalah itu daripada satunya seratus dari segi banyak dan susah, maka tidak ada manusia yang boleh menandingi para rasul.
Ujian dari sudut pujian para rasul diuji oleh Allah dengan ujian yang sangat hebat. Saya nak sebut begini, seorang rasul yang bernama Yunus bin Matta Alaihissalam. Bagaimana Nabi Yunus menguruskan satu keadaan yang sukar, satu situasi yang...
Kalau sebut hari ini, tujuh bilion umat Islam hari ini, tak ada seorang pun yang diuji oleh Allah seperti kesukaran dan ujian yang diuji oleh Allah kepada Yunus bin Matta Alaihissalam. Betul tak tuan?
Kalau hari ini kita hidup mengalami tekanan, kekusutan hidup dengan ujian keluarga, ada anak-anak, di tempat kerja, kewangan, kesihatan, dan macam-macam contoh, tengok kisah-kisah para nabi dan rasul. Nabi Yunus bin Matta...
Diuji oleh Allah, akhirnya dilemparkan setelah ujian ke dalam laut. Nabi Yunus diuji oleh Allah dengan takdir dan kehendak Allah selepas diundi beberapa kali. Mengena kepada Nabi Yunus dan dialah yang perlu dibuang ke dalam laut.
Akhirnya bila buang ke dalam laut yang bergelora, apakah jadi? Akal dan logik manusia, mati-mati. Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengarahkan seekor ikan. Tengah ujian, yang ujian yakni satu bahagian daripada ujian kehidupan para rasul.
Bila terjun, ikan datang. Terlalu Nabi Yunus tak payah bahaslah ikan di laut mana, musim panasmu itu tak perlulah di-detail panjang. Ditelan oleh ikan itu. Janganlah false semut al-hajj. Yang pastinya, ia adalah ikan yang besar menelan Nabi Yunus Alaihissalam dan Nabi Yunus boleh hidup di dalam itu.
Bukankah hidup yang tenang? Bukan berjalan-jalan ke sana ke mari, duduk di tempat, tiada makanan, gelap gelita. Semakin hari semakin sakit. Berlalu hari pertama, berlalu hari kedua, berlalu hari yang ketiga.
Allah ceritakan sedikit daripada keadaan suasana Nabi Yunus di dalam perut ikan di tengah lautan samudera yang luas, ombak yang begitu bergelora. Ikan itu masuk ke dasar lautan. Gelap malam, gelap perut ikan dan gelap dasar lautan.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebut dalam Quran, A'uzubillahiminasyaitanirrajim, "Falaula annahu kana minal musabbihin, lalabitsa fi batnihi ila yaumi yub'athun."
Kalau bukan kerana Yunus ini di kalangan orang yang banyak bertasbih, memuji dan bertaubat kepada Allah di dalam perut ikan tersebut, nescaya Yunus bin Matta akan kekal di dalam perut ikan itu sampailah hari kiamat.
Beberapa pandangan ulama sebut tentang tafsiran ayat ini. Yang pertamanya, Yunus bin Matta adalah di kalangan hamba Allah yang banyak solat, yang banyak puji Allah, yang banyak berzikir ketika dia senang. Maka ketika Yunus bin Matta Alaihissalam susah, Allah Subhanahu Wa Ta'ala menyelamatkan beliau.
Pandangan kedua daripada mufassir tentang ayat ini ialah Yunus Alaihissalam ketika berada di dalam perut ikan dalam situasi yang susah, keadaan yang tak menentu, tak menentu bila boleh keluar. Di mana ikan itu bawa Nabi Yunus berada dalam satu kawasan yang sempit dan gelap. Tak boleh berdiri, tak boleh nak makan, tak boleh. Semakin lama semakin sakit.
Akan tetapi, Yunus bin Matta Alaihissalam tidak lupa untuk terus bertaubat dengan zikirnya yang terkenal, "La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin." Tiada Tuhan yang disembah melainkan Kamu, ya itulah Allah. Subhanallah, sucimu ya Allah. Inni kuntu minaz zalimin, sesungguhnya aku di kalangan orang-orang yang bersalah ataupun zalim.
Nabi Yunus yang pertama sekali menyebutkan syahadah, "La ilaha illallah," kata para ulama. Kemudian Nabi Yunus puji Allah, "Subhanallah, suci Kamu wahai Allah." Elemen yang ketiga yang ada dalam zikir dan doa taubat munajat Nabi Yunus ini adalah, "Subhanaka inni kuntu minaz zalimin," sesungguhnya aku ini bersalah.
Sebut dan mengaku di hadapan Allah bahawa dia bersalah. Akhirnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala memperkenankan doa daripada seorang hamba. Betul tak tuan? Keadaan stres mana yang kita nak bandingkan dengan ujian kepada kita?
Stres kita masih ada rumah, masih ada kerja, masih ada makan. Cuma stres di tempat kerja, pupuk sampai tak solat, tak boleh nak sedekah, tak ada urusan anak. Kadangkala stres kita tak ada umur, sekurang-kurangnya kita masih boleh berjalan, bernafas, makan. Dan satu ini, Yunus Alaihissalam, Allah Ta'ala uji nak tunjuk kepada kita, saya dan kita semua...
Kesukaran ujian yang kami berikan kepada para Rasul, duduk di suatu tempat yang sempit dan gelap. Tak tahu ke mana ikan itu bawa orang Yunus Alaihissalam dan tidak tahu bila ikan itu akan memuntahkan dan mengeluarkan Nabi Yunus. Apakah akan dikeluarkan Yunus bin Matta Alaihissalam? Ketika itu, maka jadi keadaan ujian kepada Nabi Yunus itu menandingi seluruh ujian yang dihadapi oleh manusia yang 2020 hari ini.
Jadi Nabi Yunus mengajak kita kalaupun berada pada satu tahap yang mana dengan logik akal manusia pasti mati, pasti mati, pasti mati. Dua lampu ikan di dasar lautan dalam keadaan yang gelap. Berdiri pun tak boleh, makan pun tak boleh, solat pun tak boleh. Segala-galanya. Sehingga kurus Nabi Yunus pun begitu. Yunus bin Matta Alaihissalam tetap memuji Allah, bertaubat kepada Allah.
Mengaku kepada Allah dosa yang dilakukan, akhirnya diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Doa taubat, munajat, doa dan zikir yang dipanjatkan oleh Nabi Yunus bin Matta Alaihissalam. Semoga kisah ini memberikan manfaat bagi kita semua, pengajaran untuk kita jadikan pegangan, panduan hidup menghadapi hari-hari yang sukar dengan ujian yang Allah beri pada diri dan keluarga kita. Wallahu A'lam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.