Transcription
Hai, assalamualaikum semua. Saya M. Tuzi binoh Nor. Saya akan memberikan penerangan berkaitan dengan Modul Kelima Kursus Integriti dan Anti-Rasuh.
Apakah yang dimaksudkan dengan rasuah? Rasuah, penyuapan, atau suap, bertujuan supaya seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya. Terdapat kesalahan lain yang telah ditetapkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah 2009.
Seksyen 16 dan Seksyen 17A adalah minta dan terima. Seksyen 17B adalah menawarkan dan memberi rasuah. Seksyen 18 adalah mengemukakan tuntutan palsu. Manakala Seksyen 23 adalah salahguna kuasa oleh penjawat awam.
Kesalahan satu: Mana-mana orang meminta atau menerima suapan rasuah sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara.
Sebagai contoh, seorang pegawai polis telah disabitkan kesalahan dan didenda sebanyak RM100 kerana terima suapan untuk melepaskan pesalah. Hal ini, seterusnya, pegawai Perbadanan Putrajaya dipenjara dua tahun dan didenda sebanyak RM1,110 kerana terima rasuah tiket kapal terbang. Hakim Mahkamah Syariah dipenjara 6 tahun dan denda RM210,000 kerana menerima rasuah RM13,000 dan meluluskan poligami. Pensyarah matematik juga dipenjara dan didenda kerana terima rasuah daripada pelajarnya sebanyak RM130 untuk menaikkan markah pelajar tersebut. Kes seterusnya, guru besar menerima rasuah daripada pengusaha kantin sekolah. Telah dihukum penjara 8 bulan bagi mendapatkan surat sokongan untuk melanjutkan tender. Dipenjara kerana menjual ijazah selama dua tahun dan denda RM55,000.
Kesalahan kedua adalah menawar dan memberi rasuah. Mana-mana orang menawar atau memberi rasuah kepada seseorang ejen atau pegawai awam sebagai balasan untuk melakukan sesuatu perkara berkaitan dengan tugas rasminya. Beri suapan untuk tukar sampel air kencing kepada air paip. Di mana tertuduh telah memberi rasuah kepada pegawai polis untuk melepaskannya dari tuduhan kes dadah. Beliau telah didenda RM10,000 dan penjara selama sebulan. Kontraktor dipenjara 3 bulan dan didenda sebanyak RM15,000 kerana memberi rasuah kepada pegawai PTG agar tindakan terhadap syarikatnya tidak diambil kerana menjalankan kerja tanpa permit. Kes seterusnya, peniaga tiada permit kerja telah memberikan rasuah kepada pegawai imigresen sebanyak RM6. Telah dipenjara satu hari dan denda RM1,000. Rasuah RM150, denda RM500. Itulah yang dikenakan terhadap pemuda yang memberi rasuah kepada polis supaya tidak mengambil tindakan kepadanya kerana tiada lesen memandu.
Apa yang perlu dilakukan jika ditawarkan rasuah? Satu, menolak dengan tegas. Kedua, buat laporan SPRM.
Kesalahan-kesalahan seterusnya adalah tuntutan palsu. Mana-mana orang menggunakan atau mengemukakan dokumen tuntutan yang mempunyai butiran palsu dengan niat untuk memperdayakan pejabatnya. Ia merujuk kepada Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Contoh mudahnya adalah tuntut lain tapi buat lain, barang tidak ikut spesifikasi atau tidak lengkap jumlahnya. Kontraktor dan juruteknik JKR dipenjara 4 tahun dan denda lebih kurang RM144,000 kerana membuat tuntutan kerja yang tidak dibuat sepenuhnya. Ada juga dekan yang didakwa kes rasuah kerana memperakukan peralatan yang tidak betul seperti mana dalam kontrak. CEO Yayasan Pelajaran Mara dipenjara satu hari dan denda RM300,000 kerana membuat tuntutan pada program yang tidak wujud. Pengurus Syarikat Cisco membuat tuntutan gaji dan lebih masa sebanyak RM1,000 dipenjara 18 bulan dan didenda RM1,106. Pengurus Besar Kanan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM1,580. Telah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM46,800. Adun dan pembantunya didapati bersalah. Mereka dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda RM50,000 bagi setiap pertuduhan kerana telah mengemukakan tujuh tuntutan palsu berhubung program mesra rakyat sempena Tahun Baru Cina dan sambutan Thaipusam.
Seterusnya, kesalahan salahguna kuasa. Pegawai badan awam, iaitu menggunakan kedudukan dalam membuat keputusan yang memihak kepada sekutunya. Badan awam adalah syarikat milik kerajaan sepertimana termaktub dalam Akta SPRM Seksyen 3. Sebagai contoh, seorang ketua jabatan menggunakan jawatannya dengan meluluskan projek kepada syarikat milik anaknya. Pensyarah telah disabitkan bersalah kerana menyalahgunakan jawatan. Telah dipenjara satu hari dan denda sebanyak RM170,251.25. Seorang pegawai kerajaan di Pulau Pinang didakwa kerana menyalahguna kuasa, kakukan bayaran bernilai RM6,162.50 di mana beliau didapati mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut. Dan beliau didakwa menerima RM24,656 daripada individu yang mempunyai hubungan rasmi dengannya. Seorang pengetua memilih syarikatnya sendiri bagi kontrak membekal alat bantuan belajar dan alat tulis. Telah dijatuhi hukuman penjara 9 bulan dan denda RM4,000. Ketua menteri sebuah negeri didakwa menyalahguna kuasa kerana meluluskan projek pembangunan di sebuah daerah bernilai hampir 1.5 juta kepada syarikat yang dimiliki oleh dua adik iparnya.
Seterusnya, kes bekas EXCO Melaka, Datuk Sahar bin Arpan, sepertimana terpapar di skrin. Apa perlu anda lakukan? Pertama, perlu isytiharkan kepentingan kepada pengurusan jabatan. Kedua, tidak melibatkan diri dalam mesyuarat. Ketiga, jangan melobi. Pastikan setiap minit mesyuarat direkodkan sekiranya pengistiharan telah dibuat.
Seksyen 24(1) dan (2) adalah hukuman kepada pesalah rasuah. Tiada jumlah minimum untuk penjara bagi penjawat awam. Hukuman penjara menyebabkan mereka hilang pencen sepertimana termaktub dalam Seksyen 21(1) Akta Pencen 1980. Hasil dari kegiatan rasuah akan disita dan dilucut hak. Jika melibatkan suapan berbentuk perkhidmatan, contohnya, ianya tiada nilai. Jadi denda minimum yang boleh dikenakan adalah RM10,000. Statistik sitaan dan lucut hak, seperti diproses. Hak bukan perkara mudah dan memerlukan masa yang agak lama dan panjang. Kerana banyak dokumen dan keterangan yang diperlukan. Peningkatan jumlah sitaan dan lucut hak pada tahun 2020 kerana melibatkan kes 1MDB.
Semua transaksi hasil rasuah boleh juga didakwa di bawah kesalahan pengubahan wang haram ataupun AMLA. Tahun 2001, semua kesalahan kes rasuah. Kesan berlakunya jenayah pengubahan wang haram berlaku. Contoh, rasuah, mencuri, pecah amanah. Hasil daripada kes tersebut pula, mereka membeli aset, membuat pelaburan, dan disimpan dalam bank. Adalah transaksi pengubahan wang haram. Kesalahan dalam AMLA: kesalahan penjara tidak lebih 15 tahun dan denda 5 kali nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi. Semangat dalam peruntukan akta ini adalah untuk mengesan aktiviti haram, mengelakkan hasil aktiviti haram disembunyikan, dan mendapatkan semula hasil aktiviti haram kepada kerajaan.
Hadiah merupakan amalan biasa untuk menunjukkan penghargaan, kasih sayang, dan sebagainya. Tetapi hadiah juga menjadi salah satu bentuk kesalahan rasuah jika ianya melibatkan balasan daripada penerima hadiah. Juga menjadi kesalahan jika ianya diterima daripada seseorang yang mempunyai kepentingan dengan kita ataupun jabatan kita. Penjawat awam dinasihati supaya berhati-hati dalam pemberian dan penerimaan hadiah. Kerana adakalanya hadiah boleh menjadi suatu kesalahan rasuah kerana ianya mempunyai hubungan rasmi. Seksyen 165 kan kesalahan satu jenayah apabila seorang penjawat awam terima barang berharga tanpa balasan setimpal daripada kontraktor atau pembekal yang mempunyai hubungan rasmi dengannya. Kriteria pemberian atau penerimaan hadiah yang boleh menjadi rasuah. Walaupun bernilai RM1, sekiranya ada hubungan rasmi. Jika hadiah yang diterima dari seseorang yang tiada hubungan rasmi, ia hendaklah dilaporkan kepada ketua jabatan masing-masing dan kepada keputusan ketua jabatan sama ada menerima atau dipulangkan kembali.
Seharusnya semua boleh memahami apa yang terkandung di dalam Modul 5 ini, terutama empat kesalahan utama rasuah di dalam Akta SPRM 2009. Ingat empat kesalahan utama: minta dan terima rasuah, tawar dan beri rasuah, membuat tuntutan palsu, dan menggunakan kedudukan untuk suapan.
Seterusnya adalah aktiviti yang perlu anda buat dalam Modul ini. Bincangkan kajian kes satu. Dapatkan detail yang diperlukan. Bincangkan juga kajian kes yang kedua dan juga kajian kes yang ketiga. Sekian, terima kasih.