📱

Get Our Mobile App

Take your business learning on the go!

Download on the App StoreGet it on Google Play

Dewan gamat Anwar sebut nama 'Mahathir', ajar Bahasa Melayu

KiniTV3:35

Transcription

Diesel yang dibangkitkan oleh Kota Marudu, Temerloh, Sibuga, Libaran dan Atantau Panjang. Kita tahu bahawa harga diesel subsidi RM2.50, 15 sen, ketimbang harga pasaran RM3.78. Dan prinsip subsidi kita diterangkan juga oleh Menteri Pertanian, ya, apa dia? Kita subsidi kepada 3.5 juta orang asing, kita subsidi kepada golongan maha kaya. Ada yang bangkitkan, mengapa saya sebut maha kaya termasuk Alora dan beberapa yang lain? Saya tak ingat, ya. Alora, Larut, Machang, Hulu Terengganu, Marang, Marang.

Saya tidak menentang orang kaya maha kaya ini kerana kategori ini tidak boleh dapat sedekah dan subsidi. Itu saja poin dia. Bukan kita marah dia sebab dia kaya. Kita kata program subsidi macam diesel, minyak, ayam, semua dapat manfaat kepada golongan kaya. Jadi kita nak elak daripada ini berlaku, sebab itulah dikatakan penyasaran subsidi. Dan kalaulah dengan cara ini rakyat terbeban, harga gula naik atau harga tepung naik atau garam, kita tidak akan ubah dasar subsidi ini. Tetapi kita beri suntikan tambahan STR yang melibatkan 9 juta rakyat. Maknanya, yang akan mendapat faedah daripada bantuan kepada kerajaan untuk mengurangkan beban mereka.

Tapi dibangkitkan ini soal bahasa sedikit. Mana dia? Maha kaya tak betul. Maha tu istilah. Maha mahasiswa boleh pula. Nah, kemudian ada lagi istilah. Hanya Mahathir? Baik, nak tak? Sebab kata tak boleh ini, hukum ini hanya kepada Allah Subhanahuwataala Maha Suci. Atau paling tidak, Maha Mulia hanya kepada Sultan. Tidak boleh ini. Mahasiswa boleh, maha guru boleh, mahawangsa boleh. Ini kena belajar bahasa juga sedikit. Macam ketimbang, saya tanya Dewan Bahasa, ya. Istilah ini dia ikut zaman dia, apa yang disebutkan keperihalan keadaan ini, teori bahasa 'ex of situation'. Orang guna, dia guna dulu. Tidak ada 'Alf', tidak ada mampan, tidak ada ketelusan. Tetapi bila kita gunakan dia secara teliti, terutama ucapan belanjawan, dan dia rasa sesuai dikembangkan, saya sama setuju dengan supaya kita memperkasakan bahasa. Dan malah itu konsisten dengan seruan ber. Itu saya arahkan semua jabatan kerajaan, ya, dan syarikat-syarikat tempatan tidak boleh menulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa lain. Tulis bahasa Melayu. Tapi kalau syarikat antarabangsa itu dikecualikan, ya. Ada yang salah faham, syarikat antarabangsa boleh. Ada yang tidak setuju. Jadi, saja selingan soal bahasa dibangkitkan balik.