📱

Get Our Mobile App

Take your business learning on the go!

Download on the App StoreGet it on Google Play

'Pernah tak Pagoh...' - Saifuddin 'sekolahkan' Muhyiddin lepas persoal SOP siasatan 3R

KiniTV8:30

Transcription

Yang Berhormat Menteri, ya. Saya pernah duduk di sana, tapi saya tak pernah dengar dalam sejarahnya Ketua Polis Negara mengatakan tak boleh sebut soal 3R. Boleh sebut, tetapi jangan menyebut tentang perkara-perkara yang boleh menyentuh apa nama sensitiviti ataupun perasaan perkauman dan sebagainya itu. Bila Ketua Polis Negara langsung saya faham memang ada Akta Hasutan dan lain-lain lagi, saya fikir kenyataan itu tidak tepat. Jadi, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri boleh tak beritahu Ketua Polis Negara? Jelaskan boleh, pasal kita ada hak dan kebebasan untuk bersuara. Semua kita boleh cakap cara yang baik.

Jadi, kalau tak ada macam soalan memperjuangkan nasib kaum orang Melayu, takkan itu bercanggah? Atau nak mendokong Perlembagaan negara, menegakkan sistem beraja, takkan itu bercanggah? Jadi, kalau kita nak bercakap sekarang ni, takut pasal pihak polis yang saya beritahu tidak ada SOP. Jadi, siapa sebut kita panggil, dan saya dah lima kali kena panggil padahal saya tidak mengacu sesiapa. Jadi, boleh tak Yang Berhormat Menteri minta supaya Ketua Polis tarik balik kenyataan itu dan berikan penjelasan secara terperinci? Ketua Polis Negara dikatakan mengeluarkan kenyataan tak boleh bercakap tentang 3R. Nak cakap tentang bangsa kita, kasih sayang pada bangsa, bangsa mesti rajin, bangsa mesti terus maju, tingkatkan martabat dan kemuliaan, tak ada siapa tak ada salah apa-apa pun. Teruslah cakap, tak ada isu apa. Okey. Tak ada yang tak boleh. Apa yang tak boleh? Kalimah macam ini: mengundi Pakatan Harapan adalah bahaya kerana Pakatan Harapan menaja kumpulan Yahudi itu. Tak bolehlah, ya.

17 hari bulan 11 2022, 5 petang, aduan telah dibuat di atas ucapan Pagoh dalam ceramah Mega PN Best 16 hari bulan 11 2022 di Padang Bukit Mor, Parit Jawa, Sungai Gading. Ini disebut, jadi polis terpaksa buka siasatanlah sebab ada aduan. Apa kalimahnya? Nak cakap tentang bangsa Melayu, Islam, agama yang suci murni, silakan. Tapi bila sampai kepada bahaya Pakatan Harapan kerana menaja kumpulan Yahudi dan menyebabkan krisis di Malaysia, polis siasatlah, ya. Kalau polis siasat atas ini, Tan Sri dipanggillah. Tak adalah hina dipanggil ke Balai Polis, tak ada apa. Bagi kenyataan satu, dua, ambil itu saja. Kenyataan macam ini, contoh kenyataan bagaimana yang polis siasat, bagi contoh.

Baik, saya ambil contoh baik ini yang dibuat oleh Marang 30 Julai 2022. Ada aduan dibuat sepanjang 22 bulan memerintah, Pakatan Harapan telah merungkai Perlembagaan Persekutuan, buang Islam, hak istimewa orang Melayu. 22 bulan saya dengan Pagoh sama-sama dalam kerajaan. Pernahkah Pagoh? Cuba kita *recall* balik, pernah tak 22 bulan tu ada sebarang kertas jemaah menteri atau sebarang keputusan di peringkat Majlis Tertinggi Pakatan Harapan kita sebut nak rungkai perlembagaan dan nak buang Islam? Tak ada. Tapi ini diungkap oleh. Kerana itu aduan dibuat, aduan dibuat, ya. Baik, penjelasan. Sambut lagi penjelasan Yang Berhormat. Nanti saya belum habis lagi. Saya tengah jawab. Penjelasan bersambung. Saya tengah jawab Pagoh. Bagaimana dengan kenyataan atau ng kejak semalam penutup Muktamar Marang sebut lagi 3R ni patut dikenakan pada perkara yang mengancam agama Islam dan undang-undangnya, ya. Bukan ambil tindakan pada orang yang menasihati kerajaan, menasihati orang Melayu tentang 3R. Nasihat tak ada masalah, tak ada masalah. Tapi bila sebut perbuatan ini mencabar Islam, mencabar Allah, mencabar raja-raja, tapi tak disebut siapa cabar, ungkapan di mana, kat mana disebut? Tak ada. Lontar macam tu saja, ya. Cabar undang-undang Syariah ni mencabar agak umat Islam, mencabar Allah Tuhan kita, mencabar Nabi kita. Kat mana dalam negara kita hari ini yang Allah itu, yang Islam itu dicabar dan segala macam?

Jadi, kalau umpamanya aduan dibuat terhadap perkataan-perkataan macam saya nak sebut kena PAS menentang PH. Konon dalam PH ada DAP. Okey, takkah walaupun hakikatnya 1999 PAS duduk dengan DAP, 2004 dengan DAP, 2008 di mana DAP bertanding PAS jangan bertanding, di mana PAS bertanding DAP tak bertanding, tak ada masalah waktu itu. 2013 di Selangor memerintah sama, ya. Baik, bila disebut PH menyokong komunis, puak yang khianat dan puak yang menolak Raja. Bila pula kita tolak Raja? Ini diungkap bila? Diungkap dalam perutusan video dalam Kuliah Dhuha Masjid Rusila 14 Oktober 2022. Jadi, terpaksa aduan dibuat dan disiasat.

Jadi, ini, para rakan-rakan ahli parlimen, inilah Tan Sri IGP memberikan nasihat. Ini konteks latar belakang. Saya ada berpuluh lagi kes yang disiasat sekarang ni. 104 kertas siasatan dibuka. 104 di sebelah sana pun ada, di sebelah sini pun ada. Kita buat semua siasatan 104 yang saya diberikan kebenaran untuk memaklumkan. Saya ada lagi perkara yang saya katakan bahawa Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi, Perlembagaan Persekutuan, ini hal-hal yang menjadi panduan kepada kerajaan dalam menangani isu 3R.

Penjelasan sikit yang tak dihalang. Terus apa dia? Silakanlah nak cakap tentang agama, tentang bangsa, silakan, ya. Sebab kita pun, seperti mana sebelah sana, kita pun beriman dengan Al-Quran yang sama. Kita baca ayat yang umum. Kita baca. Saya pun dulu usrah sebelah sana dengan Kota Bharu, naqib yang sama. Bacalah. Kita tahu, wahai manusia, sesungguhnya Allah mencipta kamu daripada lelaki dan perempuan dan kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa, bersuku-suku untuk apa? Untuk *lita'arafu*, saling kenal-mengenal. Relevan, relevan. Ada Melayu, ada Cina, ada India. Bukan gelar kafir, Zionis. Itu bukan *lita'arafu*. Penjelasan Yang Berhormat. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Silakan.