Transcription
[Muzik] Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang bersama saya, Mohamad Taruzi bin Nor. Bagi menerangkan lebih lanjut modul KIA ini, saya menerangkan mengenai slogan SPRM iaitu 'Rasuah Dihina, Maruah Dibina'. Apakah yang dimaksudkan dengan rasuah ini? Rasuah adalah salah guna kuasa untuk tujuan peribadi melalui amalan suapan, nepotisme dan sebagainya. Sama juga dengan World Bank menyatakan salah guna kuasa untuk tujuan peribadi. Transparency International (TI) menyatakan rasuah aktif dan rasuah pasif. Hakim yang Arif, Raja Azlan Shah, dalam kes pendakwaan melawan Datuk Harun bin Idris, menyatakan rasuah bermaksud melakukan perbuatan yang salah sedangkan ianya dilarang oleh undang-undang. Rasuah adalah soal niat. Apa yang dilakukan oleh seseorang itu telah digerakkan dengan niat jahat, maka dia bertanggungjawab di bawah seksyen itu. Penerimaan atau pemberian suapan bertujuan supaya seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya. Rasuah boleh berlaku dengan mengharapkan sesuatu balasan bagi diri sendiri atau orang lain.
Ada lima elemen rasuah yang perlu difahami iaitu mesti ada pemberi, penerima, jenis suapan, mengharap balasan, dan niat (mens rea). Duit raya dari pemberian ibu bapa kita adalah bukan satu bentuk rasuah kerana tiada niat jahat di situ dan tidak melanggar undang-undang. Sama juga pemberian sedekah kepada anak yatim dan juga asnaf yang kesusahan.
Pelbagai panggilan rasuah di negara kita iaitu 'duit minyak pelincir', 'duit kopi' dan lain-lain seperti mana di dalam slaid yang tertera. Bukan sahaja di Malaysia, di luar negara juga ada panggilan rasuah mengikut negara-negara seperti mana di dalam slaid. Perkataan-perkataan ini sering digunakan bagi mengaburi mata penguat kuasa dari mengetahui kegiatan rasuah mereka.
Seterusnya adalah bentuk rasuah yang biasa berlaku di negara kita iaitu wang, upah, hadiah, jawatan, bonus, diskaun dan perkhidmatan. Perlu diingat bahawa rasuah bukan masalah sosial yang boleh dipandang ringan, tetapi jenayah berat. Jika tidak dikawal, dapat memusnahkan diri, keluarga dan negara amnya.
Sebagai contoh, banyak negara atau empayar yang gah satu ketika dahulu musnah akibat daripada rasuah yang tidak terkawal. Paling dekat dengan kita adalah dalam negara kita sendiri, sejarah Kerajaan Negeri Melaka, empayar di Rom, China dan juga kerajaan di Filipina.
Dianggarkan kerugian akibat rasuah sebanyak RM3.6 trilion setiap tahun di seluruh dunia dan ianya adalah kerugian yang amat besar. Banyak yang boleh digunakan untuk membiayai pembangunan di sesebuah negara jika tiada rasuah. Banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan pembinaan sekolah-sekolah dan hospital.
Data daripada TI menyatakan bahawa satu trilion wang rasuah digunakan untuk pelbagai tujuan dan ia boleh menyebabkan kerja-kerja yang tidak berkualiti dan projek yang sakit.
Persepsi masyarakat Global Barometer Asia 2020 menyatakan golongan paling rasuah adalah Parlimen, iaitu melibatkan politik, polis, penjawat awam lain dan ahli perniagaan. Rasuah juga berleluasa dalam kalangan penjawat awam kebelakangan ini dan ianya semakin serius sejak 10 tahun ini.
Statistik sekitar tahun 2005 hingga 2014 menyatakan kehilangan 1.8 trilion melalui aliran keluar wang yang tidak sah dan tidak mengikut prosedur yang betul. Melalui kajian Indeks Persepsi Rasuah (CPI), negara kita berada pada kedudukan yang ke-61 daripada 180 buah negara dan ianya kedudukan yang tidak bagus untuk meyakinkan pelabur untuk mempercayai Malaysia dalam aspek ekonomi. Jadi, Kerajaan Madani mensasarkan Malaysia berada pada kedudukan ke-25 ke atas pada masa akan datang.
Tiada yang boleh menyatakan terkecuali daripada rasuah. Mungkin kita semua belum lagi diuji atau mempunyai peluang itu. Jadi, bekalkan diri dengan ilmu agama dan juga didikan integriti dalam diri supaya menjadi pendinding pada masa depan.
Mengapa ada individu yang boleh terjebak dengan rasuah? Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan perkara itu terjadi seperti yang dalam slaid ini. Kita perlu memahami minda perasuah serta alasan mereka untuk mengambil rasuah iaitu antaranya sifat tamak dalam diri, kecewa dengan hidup yang susah, takut dipulaukan dan didedahkan dengan tingkah laku bos atau ketua yang makan rasuah.
Slaid berikutnya adalah apa yang ada dalam minda perasuah. Mengapa saya ambil rasuah? Mungkin terikut dengan trend terkini dan tidak mahu terlepas peluang dan terlalu bercita-cita tinggi. Ada sifat tamak dalam diri kerana ingin menampakkan dirinya berjaya dengan jalan yang mudah. Takut dipulau oleh rakan yang ambil rasuah menyebabkan terpaksa mengambil rasuah juga. Kadang-kadang ianya mengikut ketua yang tidak betul, jenis yang suka makan rasuah menyebabkan terasa rugi jika tidak mengambil rasuah. Mereka berfikir jika terlepas sekali akan terlepas selamanya.
Perlu diingat pepatah 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua'. Apa yang tidak elok akhirnya akan terbongkar jua. Akhirnya, sentiasa kecewa kerana segala kesungguhan dan kejujuran tidak dihargai kerana terlalu baik atau lurus, orang kata, menyebabkan terdorong untuk mengambil rasuah. Ada juga perasuah menjadikan rasuah sebagai survival hidup kerana gaji yang tidak cukup atau berbelanja melebihi kemampuan.
Kesimpulannya, rasuah akan mengakibatkan kesan yang amat buruk kepada diri, keluarga dan negara. Rasuah bukan sahaja melibatkan penerima dan pemberi rasuah, ianya juga melibatkan salah guna kuasa dan juga jawatan.
Seterusnya adalah aktiviti yang akan ditentukan oleh pensyarah bagi menguji kefahaman tentang tajuk yang disampaikan ini. Sebagai pengajaran dan pedoman, lihatlah gambar di slaid yang menunjukkan rantaian rasuah dan ianya akan menjadi darah daging keturunan kita. Adakah kita mahu memberi makan keluarga kita dengan hasil rasuah? Tepuk dada, tanyalah iman dalam diri masing-masing. Semoga apa yang disampaikan ini boleh membantu untuk memahami modul ini. Sekian, terima kasih. [Muzik]