📱

Get Our Mobile App

Take your business learning on the go!

Download on the App StoreGet it on Google Play

Ahli Parlimen tolak usul kerajaan dianggap letak jawatan, menurut MoU

Free Malaysia Today1:17

Transcription

Usul percaya dan rang undang-undang perbekalan antara lima perkara dipersetujui gabungan politik yang menjadikannya antara gabungan di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Ia antara lain turut membawa kepada pengosongan kerusi ahli Parlimen yang dimenangi ketika menjalankan tanggungjawab mereka menjelang sidang khas Parlimen ini.

Melalui perkara itu, ia menuntut supaya setiap parti dan pihak mengundi untuk menyokong Perdana Menteri dalam usaha berkait dengan usul percaya perbekalan dan atau apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan kerajaan persekutuan.

Justeru, sekiranya berlaku kegagalan, keengganan atau kecuali yang mana-mana ahli Parlimen dalam gabungan berkenaan untuk berbuat demikian, maka ia dianggap sebagai peletakan jawatan dan atau pemberhentian daripada menjadi ahli Parlimen dikosongkan seperti dalam kerangka maksud Artikel 49I kurungan satu Perlembagaan Persekutuan.